dibawah cahaya rembulan. Larry melihat dengan begitu jelas muka mage itu yang membuatkannya berada dalam situasi yang tidak menguntungkan kerana ia tidak mempunyai cara lain selain membunuh atau dibunuh.
" apa yang kau buat disini huh?" soal Larry dengan nada yang sepertinya rimas dan benggang.
" alala... begini ke cara kau sambut kawan lama? soal mage itu dengan nada begitu menjengkelkan.
" iya.... lagi satu kau bukan lagi kawan aku atau aku mempunyai hubungan dengan kau.... Fang atau nama penuh anda ? Fang Meihua? bukan?" soal Larry dengan wajah serius.
" alala... ingatkan dah lupa dah nama saya sendiri.. manalah tahu orang yang paling dihormati dan digeruni oleh academic satu ketika dahulu kan Larry Lavender?" sindir Fang dengan nada yang sepertinya memprovok.
" kisah lalu tak perlu diungkit dan saya tanya sekali lagi apa urusan kau ke sini?" soal Larry dengan serius sepertinya kesabarannya senipis tisu.
" sudah terang lagi bersuluh... untuk bunuh kau dengan anak-anak buah kau lah" jawab Fang dengan tersenyum.
Larry tanpa berfikir panjang menyerang asassin yang berada di belakangnya terlebih dahulu dengan menggunakan pisau kecil yang diselaputi racun. asassin tersebut tidak dapat mendekati Larry walau ia sudah menghilangkan jejak serta bunyi pergerakan tetapi dihentikan oleh Larry dengan satu kali tebasan kecil di lehernya sekaligus mengakibatkan dirinya terkena racun yang telah disapukan di pisau kecil itu.
Larry sepertinya tidak kisah akan apa yang ia lakukan kerana dia hanya ingin membuatkan lawannya untuk tidak bergerak tetapi kali ini ia terpaksa membuatkan mereka mati secara perlahan. Larry menendang asassin itu ke satu sisi dan secara mengejut mage yang berada di sisi Fang menyerang Larry menggunakkan magic tanah dimana ia menghentakkan tanah yang menyebabkan tanah di kawasan sekitar Larry berubah menjadi kubah untuk memerangkap Larry, mage itu juga menggunakkan elemen tanah dan tumbuhan untuk menjadi senjata tajam lalu menusukkannya kedalam kubah itu.
" adakah serangan berjaya?" soal mage itu
" tidak" jawab Fang dengan yakin sambil melihat kearah kubah itu.
" trick ini sungguh rendah, bagaimana seorang mage menggunakkan trick yang lemah serta rendah untuk meyerangkan mage yang mempunyai artibut dan mana yang lebih tinggi?" soal Larry yang memecahkan kubah itu tanpa sebarang luka di badannya.
" tch-" mage itu terasa seperti dihina serta direndahkan oleh Larry.
" maaflah jika engkau marasa seperti dihina atau direndahkan tetapi kena terima fakta yang begitu jelas bahawanya kau adalah lemah" sindir Larry dengan nada kasar sambil melihat kearah mage itu.
" biar saya lihatkan sedikit bagaimana magic itu sendiri" kata Larry sambil mengangkat sebelah tangannya dan mengangkat jari telunjuknya kearah mereka.
Fang dan mage itu hanya mampu berdiri tanpa mengerakkan badan mereka walau mereka memaksanya.
" jangan gerak..." kata Larry dengan selamba
" a-apa yang kau buat ni! dasar mage yang tidak berperikemanusian! kau bunuh kami dengan magic yang sepatutnya digunakan untuk melindungi-" kata mage itu dengan wajah yang begitu marah.
" kejam? memang betul pun" jawan Larry dengan spontan
Larry kemudian menggunakan beberapa elemen lalu ia fokuskan di hujung jari telunjuknya menjadi bebola yang begitu kecil.
" jangan risau kamu tidak akan mati secara langsung" kata Larry dan ia melepaskan magic itu kearah mage dan Fang.
mage itu berasa begitu ketakutan kerana ia merasakan dia akan mati jika terkena magic tersebut. Fang hanya berdiri seperti biasa tanpa berkata apa-apa.
cahaya itu menuju kearah mereka tetapi ketika sampai di dekat mereka ia bertukar menjadi asap yang begitu tebal.
" asap apa ini" jerit mage itu
" jangan bergerak dan jangan hirup asap ini" tegas Fang.
Larry yag masih berdiri sepertinya menunggu apa yang Fang dan mage itu akan buat dan seketika asap yang tebal itu hilang dan kelihatan Fang menggunakan magicnya iaitu elemen angin dan tumbuhan untuk menghilangkan asap itu sekaligus meneutralkan racun dari asap itu.
Larry sepertinya tidak terkejut kerana ia memang melakukan semua ini.
" Larry sepertinya gaya bertarung mu semakin lemah" sindir Fang yang sepertinya menyapu habuk di bahu bajunya.
" sudah pasti... sebab saya taknak buang masa dan tenaga untuk bertarung akan hal bodoh seperti ini dan kau berfikir aku mencampurkan racun di dalam asap itu, kau menggunakkan elemen angin dan tumbuhan untuk meneatraulkannya tetapi saya tak masukkan racun sama sekali. sepertinya kau tak berubah sama sekali selalu berfikir semua orang adalah musuh mu sendiri!" sindir Larry sambil mengerakkan tangannya kerana itu adalah kebiasaannya.
" kau buat aku rasa jijik dengan apa yang kau katakan. masa main dah tamat, mati sahajalah disini" kata Fang dengan wajah begitu benggang dan ingin membunuh Larry.