Chapter 31 - CHAPTER 25

bebola api yang turun seperti hujan secara tiba-tiba menjadi membeku diseleputi oleh ais lalu hancur begitu sahaja tanpa meninggalkan jejak. keadaan menjadi normal seperti tiada apa yang berlaku.

Fang yang kelihatan terkejut akan apa yang dia lihat, ia terduduk dengan wajah yang begitu tidak percaya.

"tidak.. tidak.. tidak.. TIDAK!!" jerit Fang.

secara tiba-tiba Fang terbaring kearah tanah tanpa bergerak sepertinya ia pengsan.

" dia mati ka?" soal tongkat itu.

Larry menghampiri Fang dan memeriksa denyut nadinya, kelihatan Fang seperti pengsan kerana kehabisan mana serta ia memaksa dirinya sampai menyebabkan ia mengalami masalah mana dan kawalan dalam atributnya yang berkemungkinan boleh menyebabkan kematian.

" dia cuma pengsan tapi jika dibiarkan dia akan m-" percakapan Larry dipotong oleh tongkatnya

" mati bukan? jadi biarkan dia mati disini nanti adalah tu penduduk kampung akan uruskan" jawab tongkat itu tanpa emosi.

Larry yang kelihatannya tidak ingin membiarkan Fang mati disitu.

" Larry, ia datang kesini untuk membunuh kamu semua. tak perlu kau rasa kesian kepada dia, jika kau biarkan dia hidup memang kau nak masalah" tegas tongkatnya.

" tapi-" Larry dengan nada risau

"baik perlu bertempat Larry, ingat selama ini siapa yang lindungi kau selama ini? siapa yang jaga kau? siapa yang terima kau? Harry-san bukan? jadi tak perlu kau kesian kepada musuh kepada orang yang telah melindungi kau" tegas tongkatnya dengan nada yang sepertinya ia mengingatkan kembali Larry.

Larry sebenarnya tahu akan semua itu tetapi ia tidak berani untuk membunuh orang yang ia kenali semasa ia belajar di academic suatu ketika dahulu.

IMBAS KEMBALI.....

ACADEMIC MAGIC SIMEON.

" baiklah kelas, hari ini kita mempunyai pelajar baharu iaitu Larry Lavender" kata guru kelas

" bukan ke dia tu budak orang biasa dan tidak mempunyai darah bangsawan?"

" macam mana dia boleh masuk kesini?"

" sudah pasti Duke Lavender menggunakkan kuasanya apa lagi"

" bukan ka itu penyalah gunaan kuasa?"

" tiada apa yang adil dalam dunia semua orang yang berkuasa begitu"

" sebab tu banyak bangsawan yang tidak suka dan benci akan keluarga Lavender"

kelihatan semua orang dalam kelas itu berbisik antara satu sama lain dimana mereka sepertinya tidak suka akan kehadiran Larry hanya disebabkan ia berasal dari rakyat biasa.

" hmph tak sangka orang macam kau ni berani datang kesini dasar rakyat yang menjijikkan, kau tak layak untuk hadirin sekolah yang berpretij ini hanya golongan bangsawan sahaja yang layak!" kelihatan seorang pelajar lelaki berdiri dan ia merupakan Fang Meihua.

" kelas, tolong diam dan jangan terlalu bising" pujuk guru kelas dengan cemas.

" setahu saya, sekolah ini terbuka untuk semua golongan selagi mana mereka berjaya lulus dari ujian kemasukan yang diadakan dan setiap soalan dan rintangan yang diberikan adalah sama untuk setiap murid dimana guru itu sendiri yang akan menilai. jika kamu semua menyatakan bahawanya saya tidak layak untuk menghadiri sekolah ini hanya kerana saya rakyat biasa bukan ka itu bermaksud kamu menyangkal dan tidak percaya akan sistem pendidikan sekolah ini?" soal Larry dengan selamba tanpa sebarang emosi yang ditunjukkan.

semua dalam kelas yang tadinya kelihatan marah dan benggang secara ajaib terdiam secara tiba-tiba tanpa memberikan sebarang bantahan dan alasan.

" t-tapi ia akan menjatuhkan nama baik sekolah ini jika rakyat biasa-" kata beberapa pelejar

" ia tiada kaitan sama sekali dengan reputasi sekolah malahan ia akan menaikkan nama sekolah kerana telah berjaya melahirkan pelajar dari golongan rakyat biasa menjadi seorang pelajar yang berguna tetapi sebaliknya ia akan mengancam reputasi dan kepercayaan pelajar dari golongan bangsawan dimana maruah mereka telah dipijak-pijak oleh rakyat biasa,... bukan itu yang kamu maksudkan? takut untuk bersaing dengan rakyat biasa bukannya ingin bersaing secara sihat" tambah Larry lagi yang membuatkan pelajar semakin terdiam dan tidak mempunyai peluang untuk melawan.

seketika terdengar lelaki memasuki kelas dengan ketawa terbahak-bahak sambil menumpuk tangannya.

" sangat mantap sekali apa yang kamu katakan tadi, memang benar apa yang kamu katakan mempunyai point yang begitu kuat dan sampai para pelajar yang lain tidak dapat melawan kamu semula" kata lelaki yang berumuran 60-an.

" pengetua.. apa yang kamu buat disini?" kata guru kelas itu sambil memberikan salam.

" saya cuma mengatakan perkara yang benar sahaja bukan bermaksud menyindir.." kata Larry dengan spontan.

" hahahahaha.... maaf maaf, tapi cara kamu bercakap sepertinya menyindir" balas pengetua sambil mengelus kepala Larry.

" baiklah kelas apa yang dia katakan adalah benar, sekolah ini menerima semua golongan dan bukan satu golongan sahaja tambahan lagi kamu semua terlalu dimanja oleh kehidupan yang kamu punya tanpa memikirkan sistem sekolah ini seperti kamu boleh kawal... saya beri peringatan sekali lagi baik kamu semua diam dan buat apa yang terbaik untuk kamu sebelum saya buang kamu dari sekolah..." tegas pengetua dengan wajah serius yang membuatkan semua pelajar dalam kelas itu ketakutan.

" dan lagi satu Larry merupakan pelajar peringkat satu dalam ujian kemasukan terutamanya dalam ujian bertulis dan peringkat ketiga dalam ujian pratikal, jadi dia mempunyai kebolehan yang lebih tinggi dari kamu semua" puji pengetua sambil menempuk bahu Larry.

" terima kasih atas pujian itu pengetua tetapi saya taklah hebat sangat" balas Larry sambil menundukkan kepalanya.

" tidak, kamu memang mempunyai potensi jadi jangan mudah berputus asa dan jangan dengar keluhan orang lain" pengetua memberikan nasihat kehidupan kepada Larry lalu meninggalkan ruangan.