Chereads / Selepas itu... / Chapter 2 - Bab 2: Tabur Duit...?

Chapter 2 - Bab 2: Tabur Duit...?

Akhirnya aku tinggal seorang di IOI Mall; Fiji perlu pulang untuk siapkan web novelnya atas arahan Min. Mereka ada ajak aku pergi bersama , tetapi aku belum nak lagi balik. Tak mengapa, aku akan balik sebelum tren terakhir berlepas.

Aku terus bermundar mandir dari satu kedai ke satu kedai. Misi untuk menabur duit masih belum berjaya lagi nampaknya. Takpe, kalau berusaha pasti berjaya! Sambil berjalan aku cuba kosongkan fikiran yang berserabut; banyaknya nak aku ungkaikan! Aku masih belum beritahu Min dan Fiji tentang keputusan aku untuk bercuti tanpa gaji atau mungkin berhenti dari kerja. Aku perlu cari lebih banyak duit sebenarnya, atau itu adalah satu lagi alasan untuk aku larikan diri..

" Selamat datang!" Tiba-tiba aku disapa.

Aku melihat sekeliling; ah, aku mengelamun sampai masuk ke kedai sukan rupanya. Aku melemparkan senyuman dan bergerak perlahan masuk ke dalam kedai.

" Menarik.." bisik hatiku.

Aku mulai berjalan sekitar gantungan baju-baju jersi. Satu persatu aku belek;sejuk rasa kainnya. Aku berjalan lagi sehingga ke bahagian kasut- favourite aku ni. Suasana yang tadinya sepi kini bertukar agak riuh. Orang selalu kata; kalau aku masuk kedai yang sepi, jap lagi adalah pelanggan akan masuk. Aku ni dah macam kucing bawa tuah kata kawan-kawan pejabat setiap kali mereka berjalan dengan aku.

Tangan aku mula meraba-raba kasut-kasut yang ada. Baik, inilah tempat untuk aku mesti berbelanja. Mataku terpaut ke arah sepasang walking shoes. Cantik, sporty dan menarik kombinasi warna. Aku bergerak untuk menyentuh kasut display di rak. Setelah berpuas hati, aku meninjau sekeliling kalau-kalau ada promoter yang boleh bantu aku. Malangnya tiada yang berhampiran. Aku berjalan sambil memegang kasut ke rak berhampiran.

"Ada.." teriak hatiku riang bila ternampak seorang promoter lalu, aku melambai ke arahnya. Belum sempat aku hendak memanggilnya, aku terasa seperti dihampiri oleh seseorang.Terkejut aku dibuatnya apabila sesusuk tubuh yang tinggi berada dihadapanku. Aku mendongak untuk melihat.

" Wahseh, tingginya!..tak,tak.. maksud saya…"

Jejaka dihadapanku tersenyum dan melihatku. Aku tergamam melihat senyumannya-kacaknya. Aku menggelengkan kepala dan kembali ke alam realiti.

" ..saya nak cari saiz 36.." sambil menghulurkan kasut kepadanya. Dia masih tersenyum.

"..siennnn, aku salah orang!" getus hatiku.

Aku cepat-cepat meminta maaf dan cuba menerangkan perkara sebenar kepadanya. Tanpaku sedari, tiba-tiba wajahnya berada betul- betul di depan mukaku dan aku terasa seperti bibirku dikucup. Aku tergamam; tubuhku tidak bergerak,tidak, aku tidak mampu bergerak dan jantungku seolah-olah seperti hendak tercabut.

Jejaka itu meleraikan kucupan hangatnya dari bibirku sambil tersenyum. Aku hanya mampu memandangnya tanpa berbuat apa-apa. Kasut di tangan masih lagi aku genggam. Aku ternampak mata-mata pelanggan lain memandang kami sambil berbisik dari ekor mataku.

"..breath.." bisiknya lalu memimpinku pergi. "…she's my wife…" katanya kepada pelanggan yang ada di hadapan kami dan berlalu. Seperti dipukau, aku hanya mengikutinya tanpa berkata apa.

Dia terus membawaku ke bahagian kasut dan memberi isyarat kepadaku untuk duduk di bangku berhadapn rak. Kasut di tanganku di ambilnya dan dia seperti memanggil salah seorang promoter ke tempat kami berada. Aku duduk kaku di atas bangku memandang tepat ke arah cermin setinggi 7 kaki. Aku masih kabur dengan apa yang baru berlaku tadi. Bagaimana harus hadapi keadaan ini? Sementara fikiranku meliar cuba untuk memproses apa yang berlaku, jejaka itu kembali di hadapanku dengan sepasang kasut di tanganya. Senyuman tidak lekang dari wajahnya ketika kami bertentang mata.

Gawat. Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan untuk menghindari lirikan matanya. Serius aku sangat marah,malu,geram dan…haishh, aku pun tak pasti apa perasaan aku waktu ini.

"..saiz 36 da out of stock..jadi saya tukar dengan kasut ni..rasanya ini lagi sesuai dengan awak." Kata jejaka itu yang pada masa yang sama menanggalkan kasut di kakiku dan menyarungkan kasut diambilnya dengan cermat. Aku cuba menarik kakiku darinya tetapi tidak berjaya. Dia mendongakkan kepalanya dan tersenyum lagi.

"..shhh, don't move.." ucapnya perlahan seperti hampir tidak kedengaran. Dia mengemaskan tali kasut dan menyimpan kasut yang aku pakai ke dalam kotak.

".. this is nice on you.." sambil bangun dan memandangku. Aku menaikkan kepalaku dan melihat reflection kasut di kaki di dalam cermin. Aku mengaku yang kasut itu lebih menarik dari yang aku pegang tadi. Kasut di kakiku lebih sepadan dengan style aku. Aku tersenyum kegembiraan. Aku suka.

" ..alright then, my shift ends at 5..this is my bank card and you kena tolong i ambil duit..belakang card ada nombor pin.." ujar jejaka itu sambil menghulurkan kad debitnya.

".. emm, you withdraw dalam rm 500 ok..nanti i tunggu you sini at 5.." sambungnya lagi dan kali ini dia mengambil handphoneku.

" ..password?" Seraya dia melihat aku. Aku segera membuka kekunci handphoneku dan menyerahkan padanya. Setelah selesai berbuat sesuatu dengan handphoneku, dia menyerahkan semula kepadaku.

"..jalan hati-hati okay..jumpa lagi at 5!" Ujarnya sambil mengangkat tangan. Aku sedar-sedar, aku dah berada di pintu masuk kedai; bila masa aku dah sampai sini? Seperti orang dungu aku melangkah keluar dari kedai dan tak menoleh. Jam menunjukkan pukul 3.30 petang,maknanya ada lagi sejam setengah.