' Tanawatt Charawitra'
Nama yang tertera di atas fail. Satu antara banyak lagi bahan bacaan yang dijumpai oleh seorang budak lelaki yang tak pernah puas dengan apa yang dibacanya. Setelah berjaya mengumpul beberapa fail dari dalam laci, budak itu pun segera meninggalkan bilik itu seperti selalu; melalui pintu utama.
Yang menghairankan, perbuatannya langsung tidak dapat dikesan walaupun kamera CCTV berfungsi dengan baik. Ianya seolah-olah dia disembunyikan oleh sesuatu apabila menyelinap masuk ke pejabat pengurusan maklumat penghuni.
Suasana rumah anak yatim pada malam itu agak berbeza dari biasa, tetapi semua itu tidak dipedulikan oleh budak lelaki itu. Dia sudah cukup gembira kerana berjaya memperolehi bahan bacaan baru bagi menghilangkan kebosanannya. Semua buku,majalah dan surat khabar di perpustakaan rumah anak yatim itu telah dibacanya, malah ada antaranya telah diulang sebanyak 10 kali.
Ada juga dia meminta Master untuk mendapatkan buku atau bahan bacaan yang lain, tetapi ia masih tidak mencukupi kerana dia berupaya membaca buku tanpa henti. Setiap helaian adalah dunia baru baginya dan berasa gembira berteman dengan setiap patah perkataan yang dibacanya.
Budak lelaki itu duduk bersandar katilnya dan bertemankan sinaran lampu jalan yang terang dia mula membaca fail-fail yang 'dipinjamnya' dari pejabat pengurusan maklumat penghuni. Sesekali dia akan menyuapkan mulutnya dengan kepingan potato chips seoalah-olah dia sedang membaca satu siri novel penyasiatan terkenal. Begitulah keadaannya sehingga habis semua helaian fail dibaca. Sebelum dia keluar meninggalkan biliknya, dia berjalan menuju ke arah katil seorang lagi budak lelaki yang agak sama baya dengannya. Dia mengusap kepala budak itu dah menghela nafas panjang dan dengan pandangan yang kasihan, dia keluar dari bilik dan menuju ke bilik pengurusan maklumat untuk memulangkan fail-fail yang telah 'dipinjamnya' tadi.
Keesokan paginya, budak lelaki itu seperti biasa akan menghabiskan sarapannya di hujung meja. Dia seperti sedang menghulurkan sepinggan mee kepada temannya, tetapi sebenarnya hanya dia sahaja berada di situ; sendirian. Itu bukan kali pertama dia berkelakuan begitu , tetapi sejak dia mula tinggal di rumah anak yatim tersebut. Pernah dia diambil oleh sebuah keluarga angkat tetapi mereka memulangkannya semula selepas sebulan disebabkan oleh perlakuannya yang sedikit seperti tidak waras itu. Sejak dari itu,dia tidak pernah lagi di ambil sebagai anak angkat.
"VitthaMin" Tiba-tiba, pinggan mee itu disambut oleh budak lelaki yang menjadi teman sebiliknya.
Kedua-dua budak lelaki itu saling berpandangan tanpa bersuara. Seketika kemudian, kedengaran gelak tawa dari meja itu sambil menikmati sarapan pagi bersama, dan untuk pertama kalinya Fiji ditemani oleh seseorang.
"Min.. kenapa kau ambil pinggan mee hari tu?" tanya Fiji tiba-tiba sambil memandang Min yang sedang bekerja dari sofa.
Min berhenti menaip kekunci laptopnya dan membalas pandangan Fiji.
"..kau usap kepala aku malam tu.." balas Min.
" ..hari tu...hari tu ulang tahun kematian mae dan po.." tambah Min dan kembali menyambung kerjanya.
Fiji bangun dari sofa dan berjalan menuju ke arah Min. Dia kemudiannya memeluk Min.
"Mae dengan po yang suruh aku...diorang suruh.." ujar Fiji.
Min mengangguk-angguk kepalanya dan menolak Fiji. Mungkin orang akan kata dia gila kerana berkawan dengan Fiji, tapi dia tak peduli kerana dia percaya kepadanya. Perbuatan Fiji mungkin luar jangkauan manusia normal dan kadangkala dia juga pernah takut dengan kelakuannya, tetapi Fiji tidak pernah menipu dalam perkara yang melibatkan latar belakang diri dia dan Mika. Dia tak mampu menipu kerana dia adalah Fiji.
Cuma kadangkala, dia perlu disedarkan supaya tidak terlalu pergi jauh seperti dulu kerana dunianya di sini. Masanya perlu dihabiskan di sini bersama manusia bukan sebaliknya.
Salah satu sebab lagi kenapa dia mempercayai Fiji kerana hanya dia yang tahu mengenai tindakannya berpura-pura untuk hilang ingatan. Itulah satu-satunya cara untuk dia terus kekal bernyawa dan mengumpul kekuatan untuk mencari kebenaran. Fiji dapat membongkarkan lakonannya di rumah anak yatim 20 tahun yang lepas dengan kebolehan fotograpik memori dan ketaksuban membacanya. Mungkin sebab itu jugalah dia memilih untuk menjadi seorang penulis.
Hari ini Min memilih untuk menyemadikan nama ibunya pada namanya sebelum dia dapat mengungkaikan kebenaran. Saat untuk kebenaran untuk dibongkarkan semakin hampir.
Keratan akhbar yang dibaca diletakkan semula. Min bangun dari meja kerjanya dan menguatkan volume lagu Fiction dari Beast, walaupun ianya agak old school, tetapi ia membantunya berfikir sambil dia menari mengikut rentaknya. Sebentar kemudian, Fiji pula mengikutnya menari tanpa mendengar apa yang didengar oleh MIn. Mereka terus bergerak bersama seiring tanpa henti...