Aku hampir tak percaya dengan apa yang aku nampak. Aku menggosok-gosok lagi mataku untuk mendapatkan kepastian. Siennn! Macam mana dia jumpa aku di sini? Oh, tuhan! Sze Rei mengangkat tangannya dan berjalan ke arahku.
Aku cepat-cepat berlari untuk mengelaknya. Apabila dia nampak aku mula berlari, dia sepantas kilat mengejarku. Aku menoleh kebelakang untuk memastikan dia tidak menghampiri. Aku terus berlari masuk ke dalam bilik persalinan dan menyorok di celah-celah deretan baju. Tak apa, aku kecik je dan agak susah nak nampak aku kalau aku menyorok dalam deretan baju ni.
" Nak lari lagi ke?" tiba-tiba aku ditarik keluar.
Sze Rei berjaya menjumpai aku, tapi bagaimana dia lakukannya?? Bukan tadi dia jauh dari aku ke? Dia menarik tanganku dan membawaku keluar dalam bilik persalinan. Micheal terpinga-pinga kehairanan.
Setelah sampai ke kawasan pakir, dia membetulkan hoodienya dan memakaikan topi keledar ke kepalaku. Motor Kawasaki Ninja 400 nya meluncur laju di atas jalan raya dan dia sengaja membawanya laju supaya aku memeluknya dari belakang. Ketika tanganku mulai berada jauh dari tubuhnya, dia akan menariknya semula supaya aku terus memeluknya.
Adegan itu berlaku sehingga kami berhenti di persimpanggan lampu isyarat, dia menegakkan tubuhnya dan memerhatikan aku dari side mirrornya, sesekali dia akan menoleh untuk melihatku. Agaknya nak check sama ada aku still on the bike atau dah tercicir.
"Okay, sampai.." katanya sambil menanggalkan helmetku.
Aku melihat sekeliling. Primula? Kenapa kena datang sini, aku tertanya.
Dihadapan kami kelihatan seorang staf sedang menunggu. Sze Rei menghulurkan helmet dan kunci motorsikalnya kepada staff berkenaan. Pada masa yang sama dia mengenakan topi bagi melengkapkan pakaiannya.
" I pinjam .." katanya kepadaku sambil melemparkan senyuman nakal.
Sambil berjalan dia memegang tanganku seperti ia adalah miliknya.
Hari ini Primula Mall tak nampak seperti biasa. Ia kelihatan lebih sesak dari biasa. Hampir setiap penjuru mall dipenuhi penggunjung.
"Ada event ke hari ini?" aku menarik tangan Sze Rei.
Dia mengangguk dan terus membawaku. Sewaktu menunggu lif, aku sempat melihat sekeliling. Nampaknya ada pelancaran sesuatu barang. Semua pelanggan nampak sangat teruja tapi aku tak pasti apa sebenarnya. Pintu lif terbuka dan Sze Rei menarikku masuk. Dia menyuruhku berdiri dibelakangnya bagi mengelakkan aku ditolak oleh orang lain.
Keadaan lif terasa sesak apabila tiba ditingkat 3 dan ada sepasang suami isteri membawa stroller. Ruang untuk aku berdiri semakin mengecil dan Sze Rei segera memelukku bagi memberi ruang. Dalam keadaan ruang yang kecil itu, terasa pelukannya sangat selesa dan dia berbau mesra;bau yang macam aku dah lama kenal. Tanpa aku sedari, aku telah merehatkan kepalaku ke dadanya. Sze Rei terus memelukku sehingga sampai ke tingkat yang hendak dituju.
"Okay, we are here.." kata Sze Rei.
"Tingkat 10?" Aku memandangnya pelik.
Dia terus menarikku dan membuka pintu Primune Works. Sebaik sahaja dia melangkah, staf- staf front desknya bangun tunduk hormat kepadanya. Dia hanya mengangguk dan terus melangkah masuk. Sepanjang dia menarik aku, ramai staf berhenti memberi tunduk hormat kepadanya dan aku sempat meninjau-ninjau sekitar kawasan premis itu; nampak macam syarikat penerbitan, macam pejabat Min, tapi tak sama.
Akhirnya kami tiba di sebuah pejabat, Sze Rei membuka pintunya dan menarikku masuk. Sebentar kemudian, pembantunya masuk membawa sepasang persalinan. Dia menghulurkan persalinan itu kepada Sze Rei. Dia memandangku dan mula membuka topi dan seterus hoodienya. Aku cepat-cepat berpaling sambil menutup mukaku- Ciss!!
Agak-agak 5 minit menutup mata, kepalaku dicium. Aku terkejut dan menoleh, dia tersenyum nakal dan mengenyitkan matanya. Tanganku ditarik lagi tapi kali ini ke arah sofa.
"Don't go anywhere, I'll be back!" katanya sambil membutangkan suit jaketnya.
Aku terpegun sekejap melihat Sze Rei dihadapanku lengkap bersuit. Gayanya persis seorang selebriti; jaket,kemeja, seluar tali pinggang, jam tangan dan malah cuflingsnya nampak perfect. Cuma ada satu benda yang menggangu aku; tali lehernya. Aku bangun ke arahnya yang sedang membelek-belek fail yang diberikan oleh pembantunya. Secara automatik tangan aku memegang lengannya dan aku menjengkit kakiku supaya dapat mencapai tali lehernya. Seperti memahami, Sze Rei melepas salah satu tangan yang memegang fail dan mulai menundukkan badannya bagi membolehkan aku mengemaskan tali lehernya.
Aku tersenyum bangga bila dapat membetulkan tali lehernya yang senget itu. Aku menjadi pakar dengan perkara sebegini kerana Min dan Fiji selalu mempuyai masalah yang sama dengan tali leher. Aku menggenggam kedua tangan ke dada tanda puas dan mengusap-usap bajunya. Oh, tidak..ini bukan Min atau Fiji, aku mengangkat kepalaku-apa aku dah buat!!
"Thank you.." ucap Sze Rei dan beredar.
Aku menghela nafas lega kerana tiada perkara pelik berlaku. Bila semuanya telah beredar keluar, aku kembali duduk di sofa, menunggu...
Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Dah hampir sejam aku menunggu dalam bilik ini. Aku keluarkan handphoneku untuk menghubungi Min tetapi aku mendapat panggilan darinya.
"Mana?" tanya Min.
Belum sempat aku menjawab soalannya, Min melangkah masuk ke dalam pejabat bersama Sze Rei. Min mematikan panggilan dan memandangku untuk penjelasan.
"Oh..this is my wife. It's all right.." terang Sze Rei.
Wajah Min berubah apabila mendengar ucapan Sze Rei dan dia masih memandangku. Adoiii, mati la aku lepas ni.
" ..dan bagaimana pula hendak menerangkan antara hubungan kita Mika?" balas Min yang masih tak lepas memandangku.
Aku rasa macam nak hilangkan diri pada waktu itu; aku tak ada ayat nak cakap pada mereka. Saat ini aku mula teringat lagu Stacy,dan aku quote;'..lidah kukelu membisu...'
Sze Rei memandangku sambil menyandar di hadapan mejanya, Min pula merenungku sambil meneguk teh hijau Heaven&Earth sejuk dan lagi memburukkan Fiji juga ada di situ. Pembantu Sze Rei, Malique berdiri menjadi pemerhati keadaan di dalam ruang itu. Masing-masing menantikan jawapan.
" Haish...! Yang kat sana cium aku dulu then suruh aku kawen dengan dia!" jelasku dengan geram kepada Min dan Fiji seperti anak kecil merenggek.
"Yang ni dengan ni orang terpenting dalam hidup saya.." Aku memandang Sze Rei sambil menuding jari kepada Min dan Fiji.
Aku menghempaskan punggunggku dan duduk di atas sofa lembut selepas itu. Mukaku berkerut tak puas hati dan aku menundukkan kepalaku kepangkuanku. Kenapa huru hara jadinya hidup aku kebelakangan ini.
"You kissed her and stole her first kiss??" Fiji bersuara.
"No, I didn't steal it..it was mine from the start.." Sze Rei membalas sambil tersengih bangga.
Seperti mencurahkan petrol ke api yang marak, jawapan Sze Rei mampu membunuhnya pada waktu ini. Aku tak sanggup nak tengok dan terus menutup telingaku.
"I like him!!" Fiji memberi approval sambil menghulurkan brotherhood handshake kepada Sze Rei dan kembali menepuk bahu Min yang masih lagi tak puas hati.
Aku hampir tak percaya bila mendengar apa yang Fiji cakapkan. Sekarang aku hanya berharap pada MIn untuk memihak padaku. Min bangun dan melangkah ke arah Sze Rei dengan pandangan dinginnya. Dia mula mengusap-usap bahu Sze Rei yang kebetulan mempunyai ketinggian yang sama dengannya. Dia mendekatkan kepalanya dan membisikkan sesuatu kepada Sze Rei sebelum memandangnya semula. Min berpaling dan mengenyitkan matanya padaku dan memberi isyarat pulang kepada Fiji. Sebelum mengikuti Min, Fiji menghampiriku lalu mencium kepalaku dan melangkah keluar bersama Min.
"Dinner at 8 and don't be late Mika!" ucap Min sebelum keluar.
"..Fiji is cooking.." tambahnya lagi
What's wrong with you! Jeritku dalam hati.Ini semua luar jangkaan!
"Now, that's settled." ujar Sze Rei.
Malique juga menghela nafas lega melihat keadaan menjadi tenang. Dia segera keluar meninggalkan aku dan Sze Rei di dalam pejabat. Sebentar kemudian, dia masuk kembali dengan 2 set hidangan makan tengah hari. Dia menghidangkannya di atas meja dan beredar keluar semula.
" Jom makan.." ajak Sze Rei sambil menyingsing lengan kemejanya. Dia juga turut membuka set hidangan yang disediakan Malique.
Wagyu Steak dari Bizen Okayama Wagyu Steakhouse. Mewahnya makan tengah harinya! Aku tak mungkin akan mampu untuk makan semewah ini kalau Min dan Fiji tak payungkan aku. Dia mula memotong steak yang ada kepada bite-sized portion dan memberikan kepadaku. Sekali lagi dia mengenyitkan matanya bersama senyuman nakalnya. Aku mengakui, selama masa aku stuck dengannya,dia memang kacak dalam apa jua situasi. Kadangkala dia juga menjadi comel dalam kekacakannya.
Aku mula menyuap ketulan daging itu ke dalam mulut. Hmm, rasanya sangat sedap; setiap ketulan daging itu mencair di dalam mulut. Sangat berjus dan hampir tidak terasa seperti mengunyah. Perapan dan hidangan sampingan betul-betul menjadikan hidangan ini premium. Dalam keasyikan aku menikmati staek itu, aku perasan yang Sze Rei sedang memerhatikan aku. Dia mengunyah makanannya sambil tersenyum.