Chereads / Selepas itu... / Chapter 4 - BAB 4: ...mereka

Chapter 4 - BAB 4: ...mereka

" Aku penat la..dah sejam aku tengok screen ni,apa pun tak datang…." Keluh Fiji.

Rasanya dah hampir 3 cawan kopi diminumnya, kalau kadar biasa dah jadi hyper. Tapi Fiji is still standing-kekebalan abadi si Kopi Gila.

Min hanya memaling wajahnya dari sofa sambil mengangkat kening. Earbud dari telinganya dikeluarkan dan mengangkat tablet ditangannya. Pandangan Min memang menyeramkan bila dia berada dalam mode workaholicnya-tenungan yang boleh membunuh semua sel DHA dalam otak. Boleh jadi bodoh la kiranya kalau ada hajat nak melawan renungannya.

Seperti telah memahami, Fiji terus mengalah dan memakai cermin mata menulisnya; frame yang tak berkanta. Kata Fiji ia buatkannya nampak kacak. Hakikatnya Fiji tak perlukan semua itu sebab dia sememangnya kacak. Apabila mereka berjalan; Min dan Fiji, akan menjadi tumpuan. Semua mata akan memandang mereka dengan kekaguman; satu dengan killer smile yang lagi sorang dengan kedinginan abadi.

Memang dari zaman persekolahan lagi mereka berdua sering menjadi tumpuan. Walaupun bukan dari sekolah yang sama tetapi chemistry yang ada pada mereka memang natural, dan puncanya ialah Mika- kunci kepada persahabatan mereka.

Tipu la kalau orang cakap yang persahabatan antara lelaki dan perempuan tak akan ada effect suka, sayang, perasaan ingin memiliki dan untuk melindungi. Semuanya ada pada Mika- at least itu yang mereka rasa kali pertama mengenalinya, tak ubah seperti telah terpahat dalam diri mereka,

" Mana yang kau stuck?" Min menepuk bahu Fiji sambil menyua kepalanya di sebelah bahu luas Fiji. Fiji menunjukkan screennya dan menggelengkan kepalanya. Min mencekak tengkuk Fiji dan memandang mukanya.

" BL romance.." Fiji tidak dapat menahan gelaknya lagi. Hampir gila sebenarnya dia cuba menahan dirinya. Memang begitula mereka berdua bila bersama dalam satu ruang.

Satu tamparan hebat mengena kepala Fiji dan semua kegilaan itu bertukar menjadi jenaka keanak-anakkan bagi dua orang lelaki dewasa.

Setelah seketika, gelak tawa itu berhenti sendiri. Fiji menghulurkan Heaven&Earth Ice Lemon Tea kepada Min dan minuman itu disambut mesra kerana itu memang kegemarannya.

"..kau rasa, boleh ke kita teruskan macam ni?" tanya Fiji sambil memandang ke arah jalan raya yang mulai sunyi.

Hanya beberapa kerlipan lampu kenderaan kelihatan di atas lebuhraya Westpoint Intersection. Min tidak bersuara dan hanya menepuk bahu Fiji. Dia memahami apa yang dimaksudkan oleh Fiji, dan dia juga tiada jawapan untuk pertanyaannya.

Mereka berdua terus memandang ke arah lebuhraya yang semakin menjadi tenang bersama kepekatan malam. Sesekali tiupan angin mesra memukul manja wajah mereka seolah-olah mahu menenangkan kebuntuan pada waktu itu.

"..katil kau, aku punya malam ni.." ujar Min sambil melangkah masuk dari balkoni.

" Yess! Tido sama!" usik Fiji.

"BODOH!" jeling Min lalu menendang Fiji tanpa belas kasihan.