Chereads / Selepas itu... / Chapter 5 - BAB 5:...tagged!?

Chapter 5 - BAB 5:...tagged!?

'...Some day, we'll meet again It'll be the happiest day I will go to you like the first snow

I will go to you...'

"..ooo..itu maksudnya.." Barulah aku faham sebenarnya lagu ni.

Selama ni aku hanya dengar je lagu Ailee ni sebab aku suka tengok Gong Yoo dengan Dong Wook. Bagus juga lirik lagu ni sebenarnya, tambah lagi dengan power vokal Ailee memang berhantu la lagu ni sebenarnya.

Lagi 10 minit dah pukul 5, perlukah aku ke sana lagi? Ish..leceh betul bila kena berfikir ni. Dengan pasrah aku mula berjalan menunggu ketibaan lif. Pintu dibuka dan hanya aku sahaja di dalamnya.

" Level 3..haish" Aku menekan butang lif dalam keterpaksaan. Kalaulah aku ikut Min dengan Fiji maybe bende ni tak jadi. Tapi dah too late untuk aku menyesal-dem! Setelah beberapa ketika, pintu lif terbuka.

Dari dalam, Primune Athlete kelihatan dekat; tempat yang aku kena pergi demi memulangkan kad debit,duit dan aku keluar kedai tanpa membayar kasut yang aku pakai. Terasa macam shoplifter amatur pun ada bila difikirkan balik. Macam mana la aku boleh terjebak dengan senario ni!!??? Aku mula berjalan longlai menuju ke kedai. Tuhan je tahu perasaan aku masa ni. Rasa kalau boleh, nak aje setiap mosaic lantai ni telan aku sebelum aku sampai.

"Haissshh!!! Apa-apa la!" jeritku. Mujurlah tak ada yang mendengarnya.

Akhirnya aku sampai di depan Primune Athlete dan dengan kekuatan bulan seperti serikandi sailormoon aku teguhkan langkah untuk masuk. Belum sempat aku nak melangkah auto doornya, terbuka sendiri. Ada pelanggan keluar rupanya-ceh!

Di dalam kedai, tepatnya di kaunter pembayaran, seseorang telah menungguku. Aku tak pasti adakah jejaka yang berada di situ adalah orang yang sama aku sepatutnya jumpa. Tinggi, kulit mulus peloles;bak kata budak-budak sekolah, dengan rambut rapi berdandan, berikat tak ubah macam model. Sekali imbas, rupanya seperti GOT7-Jackson Wang. Tahap kekacakan memang berada di skala 10/10. Bak Kata orang,kalau dah memang cantik atau kacak, pakai apapun tetap menarik.

Aku tengok sekali lagi untuk kepastian dan dari cara dia tersenyum, memang sahlah dialah orangnya. Dia keluar dari dalam kaunter dan berjalan ke arahku dengan selamba. Semua staff dalam kedai memerhatikan tindakan seterusnya. Sambil berjalan dia sempat membetulkan anak rambutnya-apa dia fikir ni runaway ke?

"..dah sampai?" Ucapnya sambil merendahkan badannya dihadapanku.

Jahatnya! Dia masih tersenyum nakal. Perbuatannya 3 jam lalu masih tak hilang dalam otakku,sekarang, ini pula. Hampir tak bernafas aku dibuatnya. Dia melambai pegun pada staff Primune Athlete dan mula membawa aku keluar. Dari kejauhan, Malique masih tak berpuas hati dengan apa yang dilihatnya.

"Jap,saya tak bayar lagi duit kasut!" aku bersuara.

Dia terhenti dan memandangku. Sebentar kemudian, Angie berlari anak ke arahnya. Dia menyerahkan beg kertas.

" Kasut cik tadi." katanya.

Angie sempat meneliti wajah gadis yang bersama bossnya. Dia tersenyum puas dan berjalan balik ke kaunter. Sambil berjalan dia menunjukkan isyarat thumbs-up kepada yang lain dengan apa dilihatnya.

Jejaka tadi memandangku lagi dan mengajakku keluar. Kali ini aku menurutinya keluar. Tiba-tiba handphoneku berbunyi. Kami berhenti berjalan. Dia menunjukkan isyarat supaya aku mengambil panggilan itu. Video call rupanya.

" Mika, ko dah naik tren belum?" tanya Min.

" Belum. Aku still kat mall." balas ku.

" Ko nak kitorang amek ko ke?" balas Fiji dari meja tulisnya.

" Hmm..takpe kot. Nanti aku balik la naik tren. Korang jangan risau.." aku cuba meyakinkan mereka.

"Don't worry, I'll send her back kalau takde tren.." tambah jejaka itu sambil melambai.

"Wait! What!???"..Mika, who's that!!!" jerit Min dan Fiji serentak.

Aduhh, gawat!!

"Okok.. I go first..!!" cepat-cepat aku cancel call.

Aku membulatkan mataku dan menoleh kearah jejaka itu. Dahlah masalah di Primune tak settle, now this?? Dia membuat muka tidak bersalah kepadaku dan tersenyum lagi. Murah betul senyuman makhluk yang akan aku bunuh sekejap lagi ni. Tergamam aku sekali lagi dengan tindakannya. Pada masa yang sama notification Wechatku tak berhenti berbunyi dan aku tahu ianya dari Fiji dan Min.

Jejaka itu bersandar di dinding cermin koridor dan terus melihatku. Senyuman nakalnya masih tidak lekang dari wajahnya. Apalah nasib aku hari ini, keluhku perlahan. Aku berjalan kearahnya dan mengeluarkan kad debit dan duit yang dikirimnya.

"Nah, duit..resit..kad.."

" Oh, ni duit kasut tadi.." sambungku sambil menghulurkan duit.

Dia mengambil barangannya tetapi tidak duit yang aku hulurkan. Sebaliknya dia memegang tangan aku dan mula mengheretku berjalan. Mataku terbeliak lagi melihat tindakannya. Aku mengetap bibir menahan marah. Sesekali aku menghembuskan nafas tak puas hati, tapi dia buat tak peduli. Dia terus menggengam tanganku erat dan berjalan senang.

Sebenarnya, sakit juga tengkuk aku setiap kali nak tengok dia, mana taknya dia lebih tinggi dari aku. Perasaannya adalah sama seperti bila aku keluar dengan Fiji dan Min. Masing-masing mempunyai ketinggian pemain bola keranjang dan bola tampar. Aku, tak ubah macam itik nila; katik, kecik dan pendek.

Aku sempat mencuri memandang wajahnya; kulitnya memang mulus,cerah. Hidung tinggi terletak dengan mata kecil. Kalau nak kata, porpotion wajahnya cukup sempurna walaupun ada parut di antara mata dan kening kanannya. Seolah-olah perasaan yang aku sedang memerhatikannya, dia menoleh ke arahku. Aku cepat-cepat melarikan wajahku ke tempat lain.

" Kenapa? Saya kacak ke?" tanyanya.

Cis. Dia ingat lagi apa aku cakap tadi. Kemudian handphoneku berdering. Paparan skrin tertera nama pemanggil. Handphone aku masih lagi berdering.

'Sze Rei'

Siapakah? Setahu aku, tak ada kawan atau kenalan atau client dengan nama ni. Pelik juga. Jejaka itu mengangkat tangannya yang masih lagi mengenggam tanganku ke arahku. Riak wajahnya menyuruh aku mengangkat panggilan misteri itu. Dia juga rupanya sedang menerima panggilan. Mungkin deringan handphone aku menganggunya. Aku mengangguk dan mengambil panggilan tersebut.

" Emm..lama juga ya you nak pick up call.." ujar suara pemanggil.

Aku menoleh; hah!? Dia yang membuat panggilan, tapi bila masa...ooohhh...aku baru teringat. Dalam kedai, waktu itu- licik, sangat licik. Bahaya sebenarnya dia ni dan aku dah pun banyak kali terkena jeratnya tanpa aku sedari.

"Awak..Sze Rei?" aku menamatkan panggilan.

Ye lah sebab dah tahu siapa yang call, jadi tak perlulah aku membazir bateri. Dia mengangguk.

" Jadi, dari sekarang, ingat la nama saya.."balasnya.

" Bila nama ini appear, kena cepat ambil.." sambungnya lagi.

"...because, i will be calling you from today onward..." tambahnya lalu menyapu hidungku dengan jarinya.

Dia kembali melangkah dan tanpa pilihan aku juga turut mengikutinya. Agak-agak dalam 10 minit berjalan tanpa sebarang kata-kata, dia berhenti. Dia seolah-olah sedang memikirkan sesuatu dan kelihatan mengalami kesukaran untuk membuat keputusan. Kemudian dia memandangku untuk mendapatkan bantuan. Aku tengok saja perangainya sebab aku pun tak pasti apa sebenarnya tujuannya.

"..what do you think? Korean?Japanese ?Chinese?..or Mekdi?" tanyanya.

Astaga! Nak tanya makan apa rupanya. Suspen betul dibuatnya. Tapi betullah, aku sebenarnya pun tengah lapar. Last makan tadi pun pukul 12.00; brunch, agaknya.

Sze Rei masih lagi menunggu jawapan. Untuk tidak mengecewakannya, aku menunjuk ke arah restoran Mala Hotpot yang sebenarnya dah lama aku nak cuba. For sure Min dan Fiji akan menyumpah bila tahu aku pergi tanpa mereka.

Sze Rei mengangguk setuju dan kami menuju ke restoran itu. Seperti yang aku agak, sebaik kami sampai, staff restoran tidak henti memandangnya; baik yang lelaki mahupun perempuan. Para pelanggan yang ada juga tidak ketinggalan memandangnya, lebih-lebih lagi bila dia mula melemparkan senyuman.

Aku mula rasa janggal; macam watak dalam manga bila watak samping tidak dipedulikan. Masa itulah watak itu terus mengecil dan berubah warna jadi kelabu yang terpinggir.

Meja yang kami duduk berada di sudut paling dalam, bersebelahan dengan cermin kaca dan mengadap meja keluarga 4 beranak. Mujurlah dia melepaskan tangan aku sebaik sahaja sampai ke meja. Dia duduk bertentangan dengan aku sambil membelek-belek menu. Aku hanya biarkannya dan memandang ke luar cermin kaca.

Setelah selesai menikmati makanan,aku meminta diri untuk ke toilet. Niat di hati nak lari, tapi Sze Rei lagi pantas bila berjaya merampas bag pack dari aku. Handphone dan wallet ada dalam beg. Selalunya aku akan pegang handphone bila ke mana-mana, tapi hari ini aku letakkannya dalam bag pack. Sekembali dari toilet, kelihatan Sze Rei sedang bermain dengan anak-anak pelanggan meja bersebelahan. Even budak-budak pun ada taste tinggi, getus hatiku. Dia melayan kerenah kanak-kanak yang berusia lingkungan 3 ke 4 tahun tanpa rasa kekok, malah dia nampak bagus sebenarnya. Dia berhenti bermain apabila ternampak aku tiba. Dia segera bangun dan melambai selamat tinggal kepada mereka.

"Nanti I nak macam tu.." tunjuknya sambil melambai. Aku berasa pelik dan tidak memahami maksudnya. Apa sebenarnya yang maksudkan?

"Kalau girl cute macam u, and boy handsome macam I.." tambahnya sambil berjalan.

"Whattt!!???" Aku terpana seketika.

Yang dimaksudkan tadi ialah anak? Memang sah, kadangkala rupa tidak dapat menyembunyikan kebenaran mengenai keadaan mental seseorang. It is official, aku kena scam dengan seseorang yang mengalami kecelaruan personaliti! Jadi sebelum parah, aku kena betulkan keadaan.

Aku mengajaknya duduk untuk berbincang, tetapi apa yang berlaku dia menarik tanganku ke kiosk aiskrim Mekdi. Dia menghulurkan Sundea kon kepadaku sebelum kami duduk di kerusi rehat yang ada di hadapan pancuran air kerana kakinya yang panjang, Sze Rei melunjurkannya sambil menikmati aiskrimnya.

"Rasanya, kita kena selesaikan kekeliruan yang berlaku sekarang." Aku memulakan perbualan.

" Tak, I tak keliru..I am very sure with what I did..hmm and I have no regrets.." balasnya.

Wah! Serius tak ada rasa bersalah atas perbuatannya di Primune mahupun sepanjang perjalanan sekeliling mall ini.

" Lagipun I dah pun tagged u..jadi, kita kahwin je la.." tambahnya dan melihatku.

Apa? Tagged? Dia ingat aku ni stok barangan? Aku menjadi marah dan terus bangun. Lebih baik aku beredar dari terus untuk cuba berbincang. Aku terus beredar dari kerusi itu, dari dia. Aku nak naik tren dan balik rumah. Kemudian aku nak mandi dan tidur untuk lupakan semua yang jadi hari ini. Belum sampai 5 langkah, tubuhku ditarik dan dirangkul ketat.

"..3 bulan..marry me, get to know me for 3 months, try to love me in 100 days, and then, you decide.." Sze Rei melepaskan separa rangkulannya dan ya, tersenyum.