Chereads / Suri Hati Playboy's / Chapter 4 - Part 4

Chapter 4 - Part 4

JAYZENZ SHANE

Melepaskan ketawanya apabila Elsyamia Xandra berkata begitu, tidak mungkin dia yang lelaki yang akan merasa rugi kan. "Aku lelaki..aku tak rugi apa-apa kut..." tangan Elsyamia Xandra yang memegang erat tualanya di tarik kasar dan tubuh Elsyamia Xandra ditolak kasar ke atas tilam dan ditindihnya dari atas dengan renungan yang sangat nakal. "Baik awak jangan berani lakukanya Jayzenz shane. Kalau sampai itu terjadi. Saya akan menghantui hidup awak setiap masa.

" Seram pulak Elsyamia Xandra melihat renungan gatal Jayzenz shane yang meratah setiap inci tubuhnya. "Patut ke kita.. rasmikan malam pertama kita.. Setelah berbulan-bulan tergendala Elsyamia Xandra? "Jayzenz shane merenung tajam wajah Elsyamia Xandra. Dia sudah tergoda dan teransang dengan setiap bentuk tubuh Elsyamia Xandra yang menggiurkan itu. "Saya bukan anak dara lagi. Jadi malam pertama itu tidak ada untuk bersama awak. Sori sayang, but you are too late. Saya dah buat 'benda' tu dengan ramai lelaki.." tipu Elsyamia Xandra dengan muka tegasnya.

Dia yakin Jayzenz shane tidak akan mahu menyentuhnya kalau dia sudah tidak suci lagi..dan sudah tentu lelaki itu menganggapnya perempuan kotor dan murahan dan jijik untuk menyentuhnya. Maka tidaklah malam pertama yang tertangguh itu di rasmikan, dia tidak akan menyerahkan tubuhnya untuk lelaki yang tidak dicintainya. Semestinya tidak!!. "Baiklah kau menang.. aku memang tidak akan sentuh perempuan yang sudah tercemar dan kotor macam kau."

Jayzenz shane bangun dan menyarungkan kembali bajunya. Kecewanya dia apabila Elsyamia Xandra mengaku tidak suci lagi, kalau tidak kerana Jayrez shaun dia tidak akan membiarkan perempuan jijik itu ada lagi dalam kehidupannya. Dia benci perempuan murahan yang mudah menyerahkan segala-galanya kepada lelaki-lelaki yang tidak berhak!. "Tapi itu tidak bermakna kau terlepas begitu sahaja.

Ikut aku balik esok, Jayrez shaun mungkin perlukan kau.kalau pun kau tidak pernah menghormati hubungan kita sebagai suami dan isteri, tapi tolong sembuhkan Jayrez shaun untuk hubungan saudara sepupu kita!" kata Jayzenz shane dinginbdan serius. ELSYAMIA XANDRA Membalut tubuhnya yang terdedah itu dengan selimut tebal itu. "Jayrez sakit apa?" "Kau akan tahu esok!" Tidak mungkin adik saudaranya yang sangat ceria dan nakal itu boleh jatuh sakit tiba-tiba, tapi siapa yang tahu tentang kesihatan di masa depankan.

Tiba-tiba Elsyamia Xandra menarik nafas sedihnya mengenangkan Jayrez shaun yang manja sangat dengannya suatu ketika dahulu. Malah dia kerap menjaga dan menemani Jayrez shaun sejak dari baby lagi. Kerana kanak-kanak lelaki itu sering ditinggalkan bersamanya dan papanya apabila. Kedua-dua suami isteri itu, pergi melakukan kerja outstation. Dan Jayzenz shane masa itu pulak masih sibuk menyambung pelajarannya di luar negara, sehingga mereka jarang bertemu dan bila bertemu ada sahaja yang mahu digaduhkan.

Itu semua gara-gara dia sangat tidak suka perangai angkuh Jayzenz shane yang suka memandang rendah pada kaum wanita dan menganggap perempuan ini seperti lampin pakai buang,mana-mana perempuan dan wanita mahu rasa disayangi dan di hargai,bukannya menjadi tempat sekadar persinggahan sebentar sahaja. Kenapa tidak cuba memahami bahawa percakapan dan tindakan kita itu,boleh membuatkan orang lain rasa tersinggung dan tidak terfikir bahawa hati yang sekeras batu pun boleh menjadi selembut tisu apabila kerap kali disakiti.

Elsyamia xandra menarik nafasnya, sukarnya memuaskan hati dan perasaan orang lain, setiap apa yang dilakukan mesti ada yang tidak kena.. Mereka mengkritik dan menghukum sesuka hati tentang tahap penilaian terhadap seseorang itu. Sepertinya mereka itu sangat sempurna. Tetapi sempurnakah diri itu apabila telah melakukan kesalahan tanpa sedar dengan menyinggung perasaan orang lain.

Elsyamia xandra tersentak daripada lamunannya apabila pintu tidur ini sudah tertutup rapat. Dia mengangkat wajahnya betulkah tindakannya membohongi Jayzenz shane tadi Atau lelaki itu akan semakin melayannya dengan dingin dengan penipuan yang dilakukannya tadi?!. Buat pertama kalinya Elsyamia Xandra rasa bersalah kerana membohongi Jayzenz shane Entah kenapalah?, dia menarik nafas kesal dan menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya.

Berharap Esok pertemuannya dengan Jayrez shaun tidak terlalu drama.. Kerana dia sangat merindui adik sepupu itu. Selama ini pun dia mahu kembali kepada Jayzenz shane tapi harus menghabiskan pelajaran yang tertangguh dahulu. Dia tidak suka bersama lelaki itu tapi itu tidak bermaksud dia tidak akan mencuba untuk menerima sikap lelaki itu seadanya, malah ini juga dia dan kawan-kawannya membuat parti perpisahan sebelum kembali kepada pangkuan keluarga masing-masing dan sebaik sahaja sampai daripada luar negara, dan juga membuat rancangan untuk menempah hotel untuk tinggal satu malam,sebelum esok paginya kembali memilih jalan yang mahu dituju.

Elsyamia xandra langsung tidak menyangka disitu akhirnya malam kepulangan berlalu adakah kawan-kawannya mencarinya. .Arrgghhh!!! Biarkan mereka mencari kerana mereka tidak sepatutnya membuat majlis perpisahan di tempat seperti itu dan kini rasakanlah akibatnya. Elsyamia xandra memejamkan matanya. Walaupun rasa pelik kerana rasa ghairahnya sudah hilang. Dia tetap malas mahu memikirkannya lagi. Dia mahu tidur dan tidak sabar berjumpa dengan Jayrez shaun.