" selfish'
Elsyamia xandra khusyuk merendahkan kakinya di dalam air kolam renang yang besar itu. Rasa tenang fikiran yang agak runsing memikirkan tentang luahan perasaan Nathan beberapa hari yang lalu. Sejak lelaki itu sudah meluahkan perasaannya, Nathan terlalu kerap menghubunginya sehingga dia tiba-tiba. Tiba-tiba rasa lemas, mereka bukannya pernah rapat, hanya berkenalan begitu sahaja. Peristiwa lalu mengajar terlalu trauma untuk bercinta.
Papanya meninggalkan keluarga kandunganya kerana terlalu menyayangi mamanya dan mamanya, meninggalkan papanya kerana rasa diabaikan kerana papa hanya sibuk bekerja memberi kesenangan kepada mereka. Kerana terlanjur cinta kepada lelaki lain,bmamanya tega meninggalkan mereka dan memilih untuk mengkhianati cinta papa. Elsyamia xandra sangat kecewa dengan tindakan mamanya itu, langsung tidak pernah ada kesabaran untuk memahami keadaan papanya.
Rasa diabaikan itu bukannya terus dijadikan alasan sedangkan ada cara yang lain boleh difikirkan. Elsyamia xandra melepaskan keluhannya, tidak mungkin dia akan memberikan cinta kepada sesiapapun kerana baginya cinta itu adalah sesuatu yang sangat menyakitkan dan dia yakin dia mampu meneruskan hidup tanpa merasai cinta. Biarpun suatu hari nanti Hubungannya dengan Jayzenz shane akan terpisah, dia akan rela dan bersetuju kerana, lelaki kacak bermata biru itu mungkin memerlukan cinta dan seorang wanita yang sangat sempurna untuk menyambung zuriatnya.
"Hei!!!"Elsyamia xandra terjerit kecil apabila seseorang terjun tiba-tiba ke dalam kolam itu dan air yang terpercik daripada terjunan itu..membuatkan baju dan muka Elsyamia Xandra menjadi basah. "Air ni sangat mujarab untuk menyedarkan sesorang yang suka termenung!"Jayzenz shane memercikkan lagi air kolam itu kepada Elsyamia Xandra. Dari tadi dia sudah memerhatikan kelibat Elsyamia Xandra yang jauh termenung seolah-olah sedang memikirkan sesuatu yang berat..dan apakah itu??!!.
"Jangan sibuk urusan saya boleh tak penyibuk!!" Marah Elsyamia Xandra dengan muka yang masam mencuka itu,habis basah baju dan rambutnya,vJayzenz shane memang sengaja buat dia marah. Belum sempat Elsyamia Xandra bangun untuk pergi, kakinya sudah direntap dan ditarik masuk ke dalam kolam itu. Sehingga alang-alang sudah basah termandilah dia sekali dibuat Jayzenz shane yang sudah tergelak-gelak besar itu. "Apa awak ni hah!!!".
Elsyamia xandra mengamuk,dia berenang ke arah Jayzenz shane yang masih ketawa itu dan ditariknya dengan sekuat hati rambut lelaki itu,dia benar-benar geram tak terkata. "Hei sakitlah!". "Awak yang mulakan dulu penyibuk!" "Aku cuma ubatkan orang yang suka mengelamun kut!" "Suka hatilah sayalah!!. Lagipun mungkin saya mengelamun teringatkan kekasih hati saya. Lelaki player macam awak ni mana tahu apa maknanya kekasih sebenar-benarnya. Yang awak tahu main pakai buang aje!"Perli Elsyamia Xandra dengan muka mengejeknya.
JAYZENZ SHANE Menarik pinggang Elsyamia Xandra dengan kasar apabila kaki mereka sudah menjejaki kaki di bahagian air kolam yang cetek itu. "Sapa lelaki itu?" "Cinta hati sayalah!!"protes Elsyamia Xandra dengan cuba melepaskan pinggangnya daripada pelukan Jayzenz shane yang erat dan kuat itu. Mahu putus rasanya nafas dia. "Kau sudah pergi meniduri jantan tu juga ke?!" keras Jayzenz shane bertanya, pandangan matanya tajam menikam wajah Elsyamia Xandra.
Walaupun Hubungan suami isteri mereka tidaklah sempurna dia tetap tidak suka Elsyamia Xandra berbuat sesuka hati di belakangnya. Ianya boleh membawa malapetaka dalam hidupnya, seandainya ada yang dapat menghidu tentang hubungan dan kecacatan rumah tangga yang sudah terbina. Selama hampir satu tahun ini. Memang memalukan seandainya terbongkarnya ikatan perkhawinan mereka, maka terungkap segala-galanya tentang Elsyamia Xandra yang berskandal dengan lelaki lain, sedangkan dia sudah sangat sempurna pada pandangan kebanyakan perempuan-perempuan yang cantik dan apa yang kurang bagi isterinya sehingga harus mencari luar.
Lagi bila bersuamikan lelaki yang menjadi impian setiap wanita.Kenapa Elsyamia Xandra tidak mahu memujanya seperti kebanyakan perempuan jadi tidak perlu memikirkan ini dan mungkin mereka boleh membuat perubahan positif dalam hubungan suami isteri mereka. Kerana sampai bila-bila pun Elsyamia Xandra tidak akan dilepaskan, kerana dia sudah berjanji kepada kedua-dua keluarga mereka bahawa Elsyamia Xandra dan Jayrez shaun akan disimpan sebagai nyawa sendiri dan tidak akan sesekali dia terfikir mahu melepaskan Elsyamia Xandra, walaupun gadis itu mungkin sudah melakukan banyak kesilapan.
"Kalau sudah kenapa?!" "Pastikan kau dengan dia guna 'perlindungan' aku tidak mahu ada yang lain terjadi.bercinta dan berkasihlah dengan sebanyak mana kau mahu.Kerana akhirnya kau tetap Puan Jayzenz shane buat selama-lamanya.cuma berhati-hatilah dalam setiap hubungan itu, kerana mustahil aku akan lepaskan kau."
Jayzenz shane melepaskan pelukan di pinggang Elsyamia Xandra dan berlalu keluar dari kolam itu dengan muka yang sangat dingin. Elsyamia xandra mengigit bibirnya. Kenapa tiba-tiba dia rasa kesal kerana membohongi Jayzenz shane, tapi ini semua perlu kerana dia mahu membuktikan bukan Jayzenz shane sahaja yang boleh berskandal sana sini. Dia juga boleh walaupun harus mencipta setiap babak-babak penipuannya dan dia tidak pernah berskandal pun apatah lagi jatuh cinta.
Dia cuma tidak mahu tewas dan lemah pada pandangan Jayzenz shane, dia tidak akan melakukan semua ini jika lelaki kacak itu tidak suka hati menggantikan pasangan, benci dan sakit hati dia melihat Jayzenz shane begitu. Dia tidak mahu kaumnya dirosakkan sebegitu sahaja. Kerana Elsyamia Xandra tahu betapa pentingnya maruah dan perasaan bagi seorang perempuan dan Jayzenz shane tidak akan pernah memahaminya dan itu sangat mengecewakannya.
Tapi sampai bila hubungan ini harus bergantung begini?? kalau benar Jayzenz shane tidak akan melepaskannya selama-lamanya, Elsamia xandra harus melakukan apa??. Tidak akanlah nak menjadikan setiap penipuannya adalah kebenaran?? Tidak!!!..Dia masih punya dara dan pemegang status Virgin dan tidak pernah ternoda dari segi tubuh dan perasaannya,dia akan mempertahankan kesuciannya daripada diambil kesempatan sesiapapun dan mungkin termasuk Jayzenz shane!.