Chereads / Suri Hati Playboy's / Chapter 10 - Part 10

Chapter 10 - Part 10

ELSYAMIA XANDRA berusaha menahan riak selambanya apabila dia dan Jayzenz shane ditemui di kediaman yang sama, iaitu kediaman milik keluarga Amy, dan sikap Jayzenz shane sengaja berpura-pura mengenalinya. Membuatkannya sedikit lega, tidaklah jenuh nak menjawab apa-apa soalan cepumas daripada kawan-kawannya yang ingin tahu nanti.

Mana dia tahu abang si Amy itu merupakan rakan dalam perniagaan Jayzenz shane, kalau dia tahu sumpah dia tidak datang dan si Amy pulak kelihatan sombong dan menunjuk-nunjuk dia dengan bersikap mengedik dengan Jayzenz shane. Bangga lah kalau lelaki kacak dan kaya Seperti Jayzenz shane turut berada di situ. Lagi-lagi bila lelaki itu idaman setiap wanita. "Si Amy tu pelik semacam aku tengok, tergedik-gedik". Alan bersuara dengan lenggok lembutnya. "Yelah.macam ulat bulu.." kini giliran si taniya pulak bersuara adik kepada si Alan lelaki lembut itu.

Mereka berdua adalah kawan yang paling rapat dan sporting bagi Elsyamia Xandra, manakala Nathan dan Amy merupakan kawan biasa aje. "Tapi MR.JZ tu nampak terlalu kacak pulak, cair biji mata aku bila abang si Amy memperkenalkan dia tadi..Adeiii kalaulah aku dapat berdiri dekat dengan dia, aku dah rasa bangga kut". Seperti ada bentuk-bentuk love pulak dekat mata si taniya itu. "Kau jangan nak mengada-ngada abang siku pulak kau nanti!". Alan bercekak pinggang merenung adiknya itu.

"Aku lapar lagi ni.Kita ambik makanan lagi ye?"Elsyamia xandra mengalihkan topik yang ditimbulkan.malas dia mahu masuk mencampuri topik tidak penting itu. "Xandra nak Han temankan ke?". Nathan yang baru datang menghampiri mereka bersuara lembut menghampiri Elsyamia Xandra yang baru ingin bangun itu. "Terpulang". Elsyamia xandra berkata perlahan. "Han call beberapa kali xandra selalu tidak mahu angkat, hantar whatsapp pun xandra jarang sangat nak balas sedangkan ada juga bluetick dan bila Hanya ajak lepak-lepak dengan kawan-kawan yang lain xandra banyak sangat cipta alasan.

Kenapa xandra?? husband kau kuat. cemburu ke?" Soal Nathan meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hatinya. "Bukan sekadar cemburu biasa..tapi cemburu tahap nak mampus, kalau dia tahu aku angkat panggilan lelaki atau lepak-lepak dengan kawan lelaki lain, Dia akan buat tindakan drastik bawak aku duduk di luar negara. Tapi aku tak kisah dikongkong, cemburu itu tandanya sayang. Ni aku dapat datang sini pun, sebab dia tengah outstation. Kalau tak memang taklah dia nak bagi aku keluar. Asyik nak manja-manja aje".

Elsyamia xandra mencapai potongan kek coklat dan menyumbat selamba ke dalam mulutnya.Emmm.sedap!. "Itu bukan sayang xandra, itu obses.Tidak akan cemburu hingga ke tahap begitu, tak profesional sangat.."nada suara Nathan beriak cemburu apabila menuturkan kata-katanya. Kenapa Elsyamia Xandra ini terlalu berterus terang tentang perasaannya yang sangat bahagia dengan suami tercinta, tidak bolehkah Elsyamia Xandra membangkitkan kebahagiaannya dan cuba memahami hatinya yang menaruh harapan pada cinta gadis itu. "Aku tak kisahlah..itu tandanya dia caring sangat dengan aku."Kata Elsyamia Xandra dengan muka yakinnya".

Elsyamia Xandra kau semakin profesional dalam menipu syabas!" Getus hati Elsyamia Xandra, tapi dia menipu bukan sengaja. Dia menipu untuk kebaikannya sendiri kut !. "Aku nak sangat kenal dengan laki kesayangan kau tu. Dia sangat bertuah kerana ada Wife yang sangat memahami seperti kau xandra". Lirih dan hampa suara Nathan terkeluar. Tapi dia tidak harus berputus asa, dia sangat bahawa Elsyamia Xandra tidak akan betah untuk berbahagia dengan lelaki kuat cemburu dan bercakap seperti suaminya itu. Lambat laun Elsyamia Xandra akan rasa bosan dan akhirnya putus asa..

Saat itu terciptalah peluangnya bersama Elsyamia Xandra dan saat itu akan dinantinya sehingga tiba. Bila Elsyamia Xandra mahu menyumbat satu potong lagi kek ke dalam mulutnya, Elsyamia Xandra terkedu apabila tangannya yang memegang. Kek itu ditangkap Nathan dan dengan selambanya lelaki itu, menyuapkan kek ditangan Elsyamia Xandra ke mulutnya. ELSYAMIA XANDRA Merentap tangannya kuat, Apabila Nathan dengan beraninya menjilat sisa lelehan kek coklat yang ada di telunjuk jari runcingnya.

Itu sangat keterlaluan baginya!. "Nathan apa ni ?!" Elsyamia xandra bersuara keras. "Emm.sedap..rasa nak kena suap lagi boleh ke?". Nathan bersuara mengoda. El syamia xandra pamer muka jengkelnya. "Kalau awak buat lagi macam itu.Tiada istilah kawan lagi di antara kita tahu!!". Amaran Elsyamia Xandra dengan muka seriusnya. Belum pernah dia membenarkan sesiapa menjilat telunjuk jarinya termasuk Jayzenz shane sekalipun. Nathan sangat berani menceroboh hak Milik Jayzenz shane.

Tapi lelaki itu bukannya kisah pun. "Sori kalau Xandra tak suka, tapi Han cuma nak usik xandra aje.tak boleh ke.?" "Nak mengusik pun kena ada batasnya.kalau husband xandra dapat tahun.xandra boleh kena kurung satu bulan dalam rumah tahu tak!" kata Elsyamia Xandra geram". Arrgghhh aku menipu dan berbohong lagi!! ". hati Elsyamia Xandra menjerit kuat. "Err..sori xandra aku". "Benda dah jadi pun..". keluh Elsyamia Xandra dengan dinginnya. Dia pergi kepada Alan dan taniya semula, meninggalkan Nathan yang kelihatan serba salah itu.