Chereads / Suri Hati Playboy's / Chapter 13 - Part 13

Chapter 13 - Part 13

JAYZENZ SHANE jadi tidak sedap hati apabila Elsyamia Xandra. Apabila Elsyamia Xandra termuntah-muntah teruk, bila balik malam itu. Fikiran negatifnya sudah membayangkan yang bukan-bukan. Adakah Elsyamia Xandra mengandung?? Dan anak siapakah itu?? hatinya jadi panas dan sakit. Kenapa sampai begini sekali Elsyamia Xandra membuat sosial dalam hidupnya, sebagai isteri kepada Jayzenz shane.

"Esok aku nak kau pindah kondominium aku yang kosong itu, rasa sukar aku berhadapan dengan kau lagi Elsyamia Xandra". Jayzenz shane benar-benar rasa sangat kecewa. "Awak ni dah kenapa?!" geram pulak dia apabila Jayzenz shane tiba-tiba bertindak menghalaunya. Adakah ini permulaan penyingkirannya dan dunia Jayzenz shane. Maknanya tidur beberapa malam bersama Jayzenz shane baru-baru ini.

Apa maksudnya?? Ya!!. Mereka belum melakukan apa-apa hubungan intim lagi, hanya sekadar berbual dan selepas itu bergaduh kecil dan akhirnya Elsyamia Xandra tertidur dan bila tiba waktu paginya.. Dia berada dalam pelukan Jayzenz shane. Ni tetiba mahunya pergi apa kes?!! !. "Aku dah tak sanggup nak biarkan perempuan curang dan tidak bermaruah terus bersama aku.. Aku menyesal kerana terima perempuan kotor macam kau masuk dan tidur dengan aku..

Aku adalah lelaki yang sangat bodoh!!. Tapi sekarang aku sedar, kau tidak layak. Untuk berada disini atau disisi aku, Maruah kau hanya layak untuk dipijak Elsyamia Xandra!!" Tegas Jayzenz shane bersuara. Elsyamia xandra tergelak sinis, haruskah dia mempertahankan diri, sedangkan salah dia juga kerana menipu Jayzenz shane dengan pelbagai babak penipuan ciptaannya supaya lelaki itu jijik dan sakit hati kepadanya.

Elsyamia xandra mahu berteriak mengatakan dia masih anak dara lagi, masih pemegang status Virgin. Jadi istilah mengandung itu tidak mungkin ada. Tapi kenapa dia terlalu ego untuk mempertahankan kebenarannya dan tetap memilih untuk menipu Jayzenz shane. Semuanya kerana disebabkan peristiwa lalu. "Baiklah kalau itu yang awak mahu. Jayrez macam mana?" Elsyamia xandra menunjukkan wajah tenangnya, kenapa hatinya terlalu trauma untuk memberikan cinta dan dicintai? Elsyamia Xandra sulitnya perasaan kau!!.

"Amy akan ambil alih tempat kau, lagipun Jayrez semakin sihat.. Rasa-rasanya tidak seharusnya aku membiarkan adik aku terus didekati perempuan yang tidak bermaruah dan suka bersosial. Ianya boleh membawa pengaruh buruk kepadanya.. Maaf aku tak boleh lepaskan kau bersama kekasih hati kau untuk masa ini. Aku perlukan masa untuk merungkai janji yang aku pernah buat dengan papa kau Elsyamia Xandra.

Bodohnya aku kerana tenggelam dengan janji itu dan membiarkan kau berseronok terapung dengan tidak memikirkan harapan ibu bapa kita!" Jayzenz shane berkata dingin. "Baiklah kalau itu yang terbaik. "Elsyamia xandra bersuara tenang lagi, hati kenapa kau terlalu keras untuk terus terang tentang keadaan yang sebenarnya?. "Tapi saya tak nak kondominium awak. Saya nak balik kondominium mendiang papa saya sendiri. Selepas ini kita tidak perlu berhubung lagi. Sehingga tiba-tiba waktu perpisahan itu ok."

Elsyamia xandra membuat senyum palsu,padahal hatinya rasa sangat sakit, kerana tidak mampu menjelaskan salah faham yang terjadi. Peristiwa dulu itu.betul-betul sudah mengeraskan hatinya menjadi sekeras batu. "Aku tak akan peduli lagi dengan kau Elsyamia Xandra. Selepas ini kau boleh angkut kekasih kau sesuka hati, masuk kondominium kau!" sinis Jayzenz shane dengan muka jengkelnya, tapi kenapa hatinya, merasakan Elsyamia Xandra sedang berduka?? Arrgghhh!!. pedulikan dia sendiri yang cari penyakit!.

"Saya tak akan buat benda terkutuk tu dekat kondominium papa. Lagipun banyak lagi hotel-hotel mewah saya boleh pergi kan. Barulah ada rasa honeymoon setiap hari kut" Elsyamia xandra berkata selamba. "Kau menipu lagi Elsyamia Xandra!!! Kali ini penipuan kau sangat melampau!!. Berang dan sakit hati Jayzenz shane mendengarnya ,tubuh Elsyamia Xandra menolaknya keluar dengan kasar daripada bilik tidurnya. Dia tidak mampu bertahan lagi untuk bersikap baik dengan Elsyamia Xandra.

Gadis itu terlalu teruk untuk dihormati. ELSYAMIA XANDRA Mengemaskan pakaiannya, tiba-tiba air matanya mengalir laju. "Stupid!!!" bentaknya kepada diri sendiri, kenapa harus air mata ini keluar, sedangkan ini akibatnya yang sememangnya dia sedar dari awal setiap pembohongannya. Terlalu melindungi hatinya daripada dilukai. Akhirnya tetap mencoret luka pulak di hatinya. Elsyamia xandra betulkah perbuatan kau selama ini?!.

Dan malam itu juga Elsyamia Xandra meninggalkan villa mewah milik Jayzenz shane, dia tidak pernah ada benda untuk dipertahankan disinijadi tidaklah langkahnya berat untuk meninggalkan semua ini. Tapi kenapa hati dan jiwanya menjerit tidak mahu pergi. Elsyamia Xandra adakah kau sudah jatuh sayang kepada Jayzenz shane tanpa sedar?!!.. Tidak mungkin!!. menafikan perasaannya adalah jalan yang terbaik,dia tidak mahu dikhianati kerana cinta seperti papanya.

Dia harus hidup sendiri dan bila hidup sendiri dia tidak akan disakiti,meskipun hidup sendiri itu rasa sangat sunyi dan sepi. Sekurang-kurangnya hatinya terlindung daripada rasa sakit dikhianati.. Elsyamia xandra menyerap ketegasan dalam dirinya dan dia malam itu pergi dengan satu tekad yang tidak pasti.