Beberapa bulan kemudian.. "Xandra, kau pergi ke majlis pelancaran fesyen terbaru daripada Alna fesyen designer tu.. mesti majlisnya hebat kan". Taniya teruja. "Malaslah." Elsyamia xandra bangun daripada duduknya dan membetulkan urat-urat punggung yang terasa lenguh. Banyaknya customer yang datang ke cafe hasil perkongsian mereka bertiga ini. Malah mereka sudah ada dua cawangan dan yang satu lagi itu dikendalikan Alan.
"Tapi rugi tak pergi beb. Lagi-lagi bila Fesyen show itu dibuat di tengah-tengah ruang shopping complex mewah mereka sendiri tu dan semua yang berminat dijemput hadir untuk memeriahkan majlis itu kut. Bukan senang sesetengah fesyen designer ni nak buat.. pelancaran dekat tempat umum macam tu.. "kata taniya lagi teruja. "Shopping mall itu.laki dia punya kan.
Jadi senanglah kerja dia, aku tak mahu pergilah. Sakit hati pulak nak bersesak-sesak dekat situ." kata Elsyamia Xandra beralasan. "Ala..." Taniya mencebik. "Kau goda aku dengan segala ilmu yang kau ada pun, aku tak akan pergi Taniya.. titik!. Hissy!!. kenapalah hujan tak berhenti lagi.. "keluhnya apabila hujan semakin melebat di luar sana. Cahaya Matahari yang bersinar terang tadi pun, tak boleh nak keluar-keluar lagi mengatasi bumbung gelap si hujan.
Sejuknya jelas terasa hingga menusuk ke tulang. Mereka tersentak apabila beberapa pelanggan memasuki Cafe milik mereka, Taniya dengan mulut terngangga luas, Elsyamia Xandra terkejut besar. Kenapa mereka harus ke sini, pergilah melepak kat tempat lain. Sakit hati pulak dia melihatnya, peristiwa lalu merobek kembali hatinya yang sememangnya
banyak bernanah. Tapi mana mereka tahu cafe ini milik dia, kalau mereka tahu.. Silap hari bulan pintu kedainya boleh kena ludah kut dahsyatnyaa!!!.
Bila mata bertemu pandang dengan customer yang baru masuk itu, Elsyamia Xandra berak selamba berjalan melangkah ke arah pelanggan-pelanggan itu. Apa pun hal peribadi tolak tepi, bisnes tetap bisnes kut!. Nyata pelanggan-pelanggan itu, mempunyai reaksi yang sangat terkejut dan terkesima melihat Elsyamia Xandra. Ketenangan Elsyamia Xandra membuatkan hati mereka harus biru.
Setelah selesai menghantar pesanan yang diminta customer nya tadi. Elsyamia xandra kembali duduk di depan counter cafe itu,sambil membuka game clash of clans Aka coc. Dia mula mengerahkan tentera comelnya menyerang kampung yang sudah dijadikan sasaran. Dia sukakan game ini.. Kerana tidak stress dan boleh kopi-kopi sambil menanti para tentera comelnya selesai menyerang. Santai kan.
Taniya yang masih terkesima tadi itu, kelihatan duduk perlahan-lahan di sebelah Elsyamia Xandra dengan wajah yang teruja habis. "Beb...sejarah beb..."Taniya menggoncang bahu Elsyamia Xandra teruja. "Teruja apa benda?" Elsyamia xandra menyoal, tapi matanya fokus kepada game c.o.c nya itu
Menarik sangat acara bulan ni ye. "Yelah... terciptalah sejarah cafe kita yang baru nak up ni, bila di langgani pengunjung yang sangat berpengaruh dalam fesyen dan dunia perniagaan.
Tapi kenapa Mr jz tu tak ingat kita lagi ye.... Padahal sempat juga kita berkenalan dengannya di birthday party si Amy beberapa bulan yang lalu."Taniya mengeluh kecewa.. Banyak sangat kut spesies muka yang dia jumpa setiap hari. Jadi tidak mustahil dia boleh ingat semua.. Jangan berangan sangat nak di ingati lelaki kacak yang hebat seperti dia " kata Elsyamia Xandra. Kini dia menyerang di pangkalan pembina pulak.
Semakin bertambah kemajuan kampung c.o.c miliknya ..Dia kena memfokuskan untuk menguatkan pertahanan dan meningkat tahap-tahap tenteranya. Supaya dia mudah membuat setiap serangannya. "Tapi dia dengan yanena nampak sepadan, tapi kalau dengan kau pulak nampak berjodoh.
Itulah firasat yang aku rasa, lagipun Orang cakap kalau muka kita iras-iras dengan lelaki itu.. maknanya dialah jodoh kita kan.. "Yanena menatap lama wajah Elsyamia Xandra. Kerap kali dia terfikirkan kemungkinan itu. Selepas pertemuan pertama mereka dengan MR.JZ itu.
"Memang dia laki aku pun. " Getus hati Elsyamia Xandra. "Firasat dengan fakta dua pekara yang berbeza-beza taniya. "Elsyamia xandra berkata perlahan, tidak mahu perbualan mereka di dengari para customer itu. "Tapi bagaimana kalau firasat itu tepat?!" ... "Ianya tidak perlu di ambil serius kut.. Sebab aku tidak peduli tentang semua itu.."Elsyamia xandra berhenti dari bermain game dan melihat keluar cermin kedai itu.
Nampaknya cahaya matahari sudah mampu menembus bumbung awan hitam tadi serta kembali menerangi bumi dengan cahaya yang memukau. "Taniya aku pergi bahagian belakang jap... Kau tengok-tengokan customer kita. "Elsyamia xandra bangun pergi ke arah bahagian dapur besar kedai itu. Dia rasa tidak selesa, rasa diperhatikan oleh beberapa mata yang sangat mengenalinya.
Sebelum terjadinya pekara-pekara yang mungkin terjadi lebih baik dia mengelak diri. Walaupun dia tahu suatu saat dia perlu juga berhadapan dengan semua itu, tapi untuk lakukanya sekarang adalah mustahil kut... Hatinya masih mengeras.