ELSYAMIA XANDRA
Bangun dengan malasnya apabila loceng kondominiumnya berbunyi bertalu-talu. Boleh pulak dia kena selesema selepas balik daripada cafe tadi. Mungkin kesan daripada hujan lebat tadi kut. Entah sudah ke berapa kali dia terbersin kuat, hingus pun rasa meleleh-leleh.
Elsyamia Xandra agak terkejut melihat gerangan manusia yang berdiri di muka pintunya. Akhirnya gerangan tetamu itu dibenarkan masuk setelah masing-masing mendiamkan diri terlalu lama. Lagipun dia belumlah terlalu kurang ajar mahu menghalau tetamu yang langsung tidak di undang.
Kalau di suruh mengundang tetamu ini pun belum tentu dia mahu.. Dia Benci!!! "Minumlah. "pelawa Elsyamia Xandra dingin kepada si tetamu. "Papa xandra mana?" "Dah pergi..." . "Pergi. Papa xandra masih sibuk berkerja macam dulu-dulu jugak ke? tak berubah langsung ke? ". "Xandra bangga dengan papa xandra!!", katanya mengawal intonasi suaranya daripada berkasar dengan datin seri Alna A.k.a mama kandungannya.
Langsung dia tidak menyangka wanita itu cepat menjejakinya hingga ke sini. Selepas terjadinya pertemuan yang tidak di sangka-sangka tengah hari tadi. "Papa xandra tak berkhawin lain ke?" "Lelaki yang setia kepada cintanya, tidak mudah beralih kasih untuk mencari yang lagi sempurna.."Elsyamia xandra menjawab dalam sindirannya.
"Begini ke cara papa besarkan xandra. Xandra sangat kurang ajar bila bercakap ye.. Di besarkan lelaki yang sibuk berkerja 24 jam, beginilah hasil anak dibesarkannya.. Perangai teruk betul!!!". Datin seri Alna bersuara lantang. Panas hatinya dengan sikap dingin Elsyamia Xandra menyambut kedatangannya. Padahal dahulu anak itulah yang sangat disayanginya dan menyayanginya.
Cuma selepas dia bersikap curang, Elsyamia Xandra mula menjauhkan diri daripadanya dan menunjukkan kemarahan kepadanya. Sedikit demi sedikit dan bila tibanya masanya perpisahannya dengan Richard. Elsyamia Xandra langsung tidak menangis hanya pandangan mata anak itu sahaja terpalit dengan kelukaan dan kemarahan merenung pemergiannya dengan kekasih baru.
"Sekurang-kurangnya lebih baik daripada di besarkan seorang ibu yang sanggup mengkhianati suaminya sendiri!", balas Elsyamia Xandra sinis. Kenapa tiada kemaafan langsung di hatinya buat wanita bergelar ibu in??!. Kenapa??!! "Elsyamia xandra!!!", suara Datin seri Alna melengking kuat.
Beraninya Elsyamia Xandra berkata begitu kepadanya. Adakah Richard sudah membenih rasa benci di hati Elsyamia Xandra sehingga anak gadisnya itu, tidak mahu memaafkan kesilapan masa lalunya. Hatinya mendongkol marah kepada si bekas suami.
"Papa xandra mana??. Mama nak berbincang dengan dia.". "Kenapa nak cari xandra setelah lima tahun berlalu?". pintas Elsyamia Xandra. Hatinya sudah menangis kuat apabila nama papa kesayangannya di ungkit dan dikutuk. "Aku nak tengok macam mana papa xandra besarkan anak perempuan dia. Ternyata dia gagal mendidik peribadi anak perempuan kesayangannya dia pulak.
Tulah sibuk sangat dengan kerja-kerja dia, ingat kerja itu nanti boleh jaga sakit pening dia ke.. Degil sangat nak membuat perubahan dalam hidup ", Datin seri Alna berkata geram. Richard hanya muka biasa-biasa dia tidaklah sekacak dato seri Vincent. Tapi keistimewaan Richard adalah lelaki itu sangat bersikap penyayang dan lembut menuturkan kata, di saat dia tertangkap curang.
Richard hanya mampu menangis dan melepaskannya dengan rela hati..bekas suaminya itu tidak mengamuk mahu mengeluarkan kata-kata kesat yang menyakitkan hati. Richard tetap bersikap melepaskannya dengan rela.
"Pergilah sayang kalau bahagia muka bukan di sini. Maafkan hubbymu ini. Kerana terlalu banyak kelemahan dengan kekurangan. Sejujurnya itu adalah sikap semula jadi setiap manusia. Cuma izinkan saya yang jaga Elsyamia Xandra, si princess lambang cinta kita.
Saya janji saya akan berusaha untuk tidak mengabaikan dia seperti sayang. Mungkin sudah lambat untuk saya meminta peluang memperbaiki diri untuk sayang. Tapi izinkan hubbymu ini memperbaiki diri untuk anak kita." Itulah kata-kata terakhir Richard kepadanya. Masa itu dia terlalu tegas tidak mahu mengundur langkah, hatinya benar-benar sudah terpaut kepada sikap gentelman Dato seri Vincent,. Lelaki yang tegas pendirian serta pandai menjaga hatinya itu, di cintainya lebih daripada Richard.
Kini kenapa rasa menyesal meninggalkan kedua-dua beranak itu hadir. Setelah pertemuan mengejutkannya dengan anak perempuan yang sangat disayanginya suatu ketika dahulu. Tapi sekarang Elsyamia Xandra bersikap tegas seperti apa yang pernah dilakukannya suatu ketika dahulu. Silap dia ke semua ini sebenarnya?! "Papa xandra telah membuktikan bahawa dia boleh menjadi papa dan mama yang sangat baik kepada xandra..
Tapi sayangnya, isterinya tidak memberikan peluang itu kepadanya. Xandra lihat derita papa apabila datin seri tinggalkan dia.. Dia kecewa tapi dia kuat dan bangkit untuk xandra.. Dia papa yang sangat hebat, sampai xandra rasa bangga dengan semangatnya itu.. Datin seri baliklah.. Kalau nak minta maaf.. tolong bagi saya banyak lagi masa untuk maafkannya." kata Elsyamia Xandra bangga memperlihatkan keyakinannya di hadapan datin seri Alna.
Membuktikan kepada datin seri Alna. Tidak semestinya hanya dibesarkan satu pihak. Hidup perlu ada kekurangan. Asalkan kita positif menerima segala-galanya. Kita akan merasakan hidup ini lagi baik walaupun hanya dibesarkan seorang papa. "Aku datang bukan nak minta maaf. Aku tak menyesal tinggalkan papa kau.. " Aku cuma nak tengok keadaan anak perempuan aku dibesarkan.
Aku kecewa sangat, ternyata anak yang aku asuh untuk menjadi seorang wanita bekerjaya hebat, hanya sekadar pemilik cafe buruk tu. Sampai aku rasa malu nak mengaku anak." Cemuh datin seri Alna keras sekali. Hampir menangis Elsyamia Xandra mendengar cemuhan itu. Tapi dia harus makan hati, sabarnya masih ada lagi.
Nampaknya kemewahan sudah meracuni pemikiran datin seri Alna., sehingga bersikap angkuh. Seandainya wanita itu tahu bahawa dia ada harta yang sangat banyak yang di tinggalkan papa dan mendiang atuknya untuk dibelanjakan seumur hidupnya.. Adakah wanita itu masih berani bersikap angkuh?!.
"Datin seri mungkin melahirkan saya, tapi papa yang berkorban memberi saya setiap kebahagiaan. Sebenarnya datin seri yang tidak layak bersama papa.. Sedarlah, papa xandra yang bawa datin seri keluar mencari kebebasan dan kebahagiaan dari rumah anak yatim suatu ketika dahulu. Beringatlah dari mana datin seri berasal.
Jangan lupakan kebaikan papa xandra.. Biarpun datin seri berseronok dengan laki baru!!" .Elsyamia xandra semakin berani meluahkan kata-katanya. Pangg!!! Satu tamparan kuat menghinggapi pipi Elsyamia Xandra. "Kau anak yang kurang ajar!!!. Menyesal aku sibuk nak tahu keadaan kau.. Menyesal!!!" datin seri Alna berang dan sakit hati.
Ternyata Elsyamia Xandra sangat bijak mengeluarkan kata-kata untuk menempelaknya balik. Richard benar-benar sudah meracun pemikiran anak perempuan mereka.. Dia benci Richard!, dia meninggal kondominium si bekas suami dengan perasaan haru biru.