Chereads / Suri Hati Playboy's / Chapter 6 - Part 6

Chapter 6 - Part 6

Sebulan selepas itu.. "Sori aku lambat.."Elsyamia xandra duduk di hadapan Nathan. Lelaki ini merupakan salah satu temannya ketika melanjutkan pelajaran di luar negara dahulu. Elsyamia xandra turut Jayrez shaun bersamanya, memandangkan dia sudah berjanji untuk membawa Jayrez shaun keluar, kalau Jayrez shaun bersikap baik dan ceria membawa kembali. "Sapa budak ni?" "Adik aku." "Setahu aku, kau hanya anak tunggal tidak punya adik-beradik".

Nathan bersuara tidak puas hati,lagi-lagi bila budak lelaki kacak itu merenungnya tajam seperti menghantar amaran supaya jangan berani menganggu Elsyamia Xandra. "Dia memang adik aku kut. Emm..Apa hal kau nak jumpa aku ni? girlfriends kau mana?" "Kami sudah berpisah. Tiada keserasian untuk kami meneruskan hubungan itu lagi, lagi hati aku telah terukir teguh nama kau Elsyamia Xandra..". Pengakuan berani mati Nathan itu, membuat air yang di minum Elsyamia Xandra tersembur keluar arah wajah lelaki itu. "Sori Nathan".

Elsyamia xandra menghulurkan tisu ke arah Nathan yang sudah kehabisan wajah itu. "Kakak Xandra milik abang aku..abang ni tak boleh cinta kepada dia!" . Protes Jayrez shaun dengan muka seriusnya. Elsyamia xandra menepuk dahinya. Jayrez shaun ni, sebijik sangat macam perangai abangnya si Jayzenz shane itu. "Elsyamia apa semua ni?!" Nathan keliru tidak akan Elsyamia Xandra telah berpunya kut. "Kau berterus terang tentang perasaan kau.Jadi sebaiknya aku terus terang tentang perasaan aku juga.

Nathan, kau dan aku tidak mungkin bercinta mahupun bersama. Aku tidak suka berkomitmen dalam hubungan perasaan..aku sentiasa menjadi kawan sahaja". Jelas Elsyamia Xandra dengan tegasnya itu. "Tapi aku sayang kau Elsyamia Xandra, dan aku sudah berterus terang dengannya. Amy, Dia turut merestui hubungan kita.." kata Nathan menggenggam erat jari-jemari Elsyamia Xandra yang berada di atas meja itu.

"Kalau abang Jz tahu abang ni pegang jari bini dia. Abang akan menerima akibatnya. Mungkin abang Jz akan potong tangan abang. ni juga "Perli Jayrez shaun merentap tangan Elsyamia Xandra daripada genggaman Nathan. "Elsyamia kau dah kahwin ke??" Nathan terkejut dengan pengakuan budak lelaki itu. "Nathan aku tak nak bercakap banyak lagi. Cukuplah kalau kau tahu aku tidak mahu menjalinkan hubungan istimewa. bersama kau.please jangan desak aku dengan benda yang aku tak suka. Ianya boleh merosakkan persahabatan kita selama ini."Elsyamia xandra bersuara serius.

Nampaknya membawa Jayrez shaun bersamanya bukan satu. tindakan yang betul. Jayrez shaun boleh membuatkannya terkantoi dengan statusnya yang sebenarnya. "Aku sanggup tunggu kau..demi cinta kita Elsyamia Xandra..aku akan rampas kau dari laki kau tu kalau betul kau dah berlaki..Ini Nathan apa yang aku nak.Tidak pernah aku tidak dapat.aku selalu menang memperoleh apa yang aku inginkan. " Nathan berkata dengan sombongnya.

"Aku akan report dengan abang Jz!"kata Jayrez shaun bercekak pinggang dengan muka garangnya. 3 "Suka hati kaulah budak, tapi aku nak ingatkan Elsyamia Xandra akan bersama aku dan kalau betul dia bini abang kau..pergilah bagitahu dua abang akan rampas bini dia dan selepas itu dia akan tinggalkan abang kau."ejek Nathan dengan muka jengkelnya, geram pulak dia dengan perangai penyibuk kanak-kanak lelaki itu.

Tapi betulkah Elsyamia Xandra sudah berkhawin? Mereka memang pernah belajar bersama di luar negara. Tapi, Elsyamia xandra adalah yang paling perahsia dan misteri di antara mereka. Gadis itu tidak pernah bercakap soal peribadi mahupun perasaan, Elsyamia Xandra terlalu tenang orangnya. Tapi kalau betul Elsyamia Xandra sudah berkhawin dia tidak akan peduli, dia akan mendapatkan Elsyamia Xandra dengan apa cara sekalipun.

Elsyamia Xandra akan dipastikan menjadi miliknya titik!!."Seriously Nathan!. K fine ni adik ipar aku..aku kecewa dengan cara kau bercakap dengan kanak-kanak seusia Jayrez, kau kena belajar mengambil hati kanak-kanak Nathan kerana kau tidak tahu. betapa aku sangat sukakan kanak- kanak. bila kau layan Jayrez kasar macam ni. Maknanya kau tidak layak untuk bercakap soal perasaan dengan aku!"tegas Elsyamia Xandra.

"Err.aku gurau aje dengan budak ni, lagipun dia nampak comel bila marah.."bohong Nathan mengusap kepala Jayrez shaun dengan perasaan berbaur-baur. Budak ini tidak akan menjadi punca pergaduhan dia dengan Elsyamia Xandra. Elsyamia xandra menarik nafas lega, kalau Nathan cuma bergurau. "Nathan lupakan perasaan kau pada aku kalau kita mahu meneruskan persahabatan kita... Aku sangat cintakan husband aku..he My evereything."kata Elsyamia Xandra dengan yakin tapi menipu, mana mungkin dia akan mencintai buaya darat ganas tu..memang tidaklah!! ,dia masih bertahan dengan Jayzenz shane pun kerana Jayrez shaun.

Kalau sudah lama dia pergi meninggalkan semuanya. Nathan hanya mempamerkan senyuman hambar,tidak mungkin dia akan mengalah sebelum berjuang,cuma mungkin saat ini bukan masa yang sesuai untuk berkeras dengan Elsyamia Xandra tentang perasaan, takut nanti Elsyamia Xandra jadi tidak selesa dan menjauhkan diri daripadanya. Dia akan mengusik hati Elsyamia Xandra dengan sentuhan persahabatan terlebih dahulu, sebelum bertindak ke arah yang serius.