JAYZENZ SHANE
Berpeluk tubuh merenung keluar daripada cermin bilik officenya itu. Dengan perasaan yang sangat berkecamuk, semuanya gara-gara dia terdetik hati untuk mengikuti langkah Jayrez shaun berlari menaiki anak-anak menuju ke biliknya. Dan terkesima dia saat Jayrez shaun menangis dan berkata penuh berharap agar 'sesorang' itu kembali kepada mereka dan dia sangat tahu siapa orang itu. Yup! Dia mempunyai seorang isteri yang ramai tidak tahu kewujudannya.
"Elsyamia xandra.."Nama itu diseru perlahan, dia dengan gadis cantik comel empunya nama itu tidak pernah sebulu. Malah hampir setiap hari mereka bertengkar apabila ada perjumpaan mahupun pertembungan yang tidak disengajakan, dia tidak menyukai Elsyamia Xandra kerana gadis itu kuat melawan dan suka mengejeknya dengan muka jengkelnya. Kerana terpaksa berkhawin kerana penyatuan dua keluarga, dan sebenarnya Elsyamia Xandra anak kepada Abang Mummynya yang sudah lama terpisah daripada keluarga. Yang suatu ketika dahulu menghilangkan diri setelah rumah tangga yang terbina dengan wanita tercinta mendapat tentangan keras oleh Datuk mereka yang memahukan darjat dan pangkat yang tinggi sahaja layak menjadi salah satu ahli keluarga mereka.
Di akhir nafas datuknya beberapa tahun yang lalu, datuknya meminta supaya anak yang pernah pergi dijejaki secepat mungkin. Kerana mahu memohon kemaafan di atas keterlanjuran memilih status daripada kebahagiaan anak sendiri. Dan setelah Ayah saudaranya itu dijejaki, yang masih ada hanya Elsyamia Xandra dan Ayah saudaranya sahaja kerana ayah saudaranya telah berpisah dengan isterinya atas sebab-sebab tertentu.
Setelah datuk mereka pergi beberapa bulan kemudian keluarga mereka mula merancang penyatuan mereka. Mereka berdua berusaha untuk mengelak dan memprotes tapi gagal!. Gagal kerana kasih sayang terhadap ibu bapa mereka. Dan pada malam selepas perkhawinan mereka Elsyamia Xandra yang sememangnya tidak suka dengannya bertambah tidak suka. Apabila tertangkap dia dan salah seorang wanita yang menjadi antara satu koleksi kawan perempuannya. Dia pun terkejut dengan kehadiran teman wanita tidak rasminya itu berada dalam bilik hotel pengantin mereka malam itu, dan situasi malam bertambah runcing apabila kebetulannya dia baru lepas mandi dan dipeluk oleh seorang wanita separuh bogel daripada belakang.
Menyangkakan itu Elsyamia Xandra, Dia terus menarik dan menolak tubuh gadis itu ke atas katil.Dia rasa menang loteri apabila satu-satunya gadis yang pernah menolak dan tidak menginginkannya. Akhirnya tertunduk dan menyerahkan diri pada malam perkhawinan mereka. Adakah Elsyamia Xandra selama ini bersifat hipokrit pura-pura tidak sebulu dengannya. Tubuh gadis itu terus ditindih nya. Dia tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki satu-satunya perempuan yang berani bertengkar dan berlawan kata dengannya.
Dia akan memenangi 'trofi' terhebat dan teristimewanya pada malam itu dan akan membuatkan Elsyamia Xandra tertunduk kepada setiap kemahuan dan arahannya. Tapi sangkaannya meleset perempuan yang ditolak ke atas tilam dan ditindihnya bukan Elsyamia Xandra tapi perempuan lain, dan perbuatan itu belum sempat dielakkan daripada terlihat oleh Elsyamia Xandra. Sudah terlambat, kerana Elsyamia Xandra sudah terjerit dengan muka terkejutnya melihat adegan tidak sengajanya dengan perempuan lain. Padahal Elsyamia Xandra mula mengutuknya dengan kata-kata yang pelbagai kejengkelan.
Dan pada malam itu juga, Elsyamia Xandra menghilangkan diri.Tanpa mahu dijejaki lagi. Dan pada waktu pengebumian ayah, Elsyamia Xandra yang turut terkorban bersama kedua-dua ibu bapanya dalam kemalangan itu. Kelibat Elsyamia ada di perasanka, tapi selepas itu gadis itu menghilangkan diri lagi. Dan sekali lagi dia tidak ambil peduli dan membiarkan Elsyamia Xandra terus pergi jauh daripadanya. Kerana tidak mungkin dia akan memberikan komitmen pada Elsyamia Xandra sebagai 'si suami', biarlah mereka menjalani kehidupan masing-masing sehingga mencari masa yang tepat untuk berpisah. Tapi tegakah dia menghampakan impian insan-insan kesayangannya yang telah pergi itu!.
Tapi ini bukan masa untuk memikirkannya tentang hubungannya dengan Elsyamia Xandra. Sekarang dia harus fokus untuk menceriakan kembali adik kesayangannya itu dan kalau Jayrez shaun mahukan Elsyamia Xandra untuk menceriakannya, isterinya itu akan dicari dan dibawa pulang walaupun harus guna cara keras. Dan semalam juga dia terus membuat satu panggilan kepada anak-anak buahnya untuk mencari keberadaan Elsyamia secepat mungkin dan dia tidak akan gagal.Kerana belum wujud lagi manusia yang pandai bersembunyi daripada Jayzenz shane dia pasti itu. Jayzenz shane mengangkat panggilan iphonenya yang terjerit-jerit itu, sebaik sahaja apa yang dimahukannya hampir diperolehi.
Dia melakar senyuman yang sukar di mengerti,nampaknya kali ini dia akan melakukan sesuatu yang Jayrez shaun mahukan. Dan dia akan berkorban apa sahaja untuk mengembalikan adik kesayangannya itu kepada perangai asalnya. Tapi kenapa dalam apa yang berlaku ini dia rasa sangat tidak senang hati, seolah-olah tindakannya akan memberi kesan yang dahsyat dalam hidupnya. Tidak mahu banyak berfikir lagi, kot yang berada di belakang kerusi di tarik dan dia melangkah keluar dari situ, untuk pergi ke destinasi yang dituju.