Aku bangun dan mencari Haris. Sekarang baru pukul 5.. Sempat lagi kot..
Aku berjalan ke arah pokok-pokok. "Banyaknya pokok kat sini.."
Jalannya tidak jelas kelihatan sebab pokok.
"You suka Haris?" tiba-tiba ada satu suara datang daripada belakangku.
Aku menoleh. Ahh Sheryl..
"Err mana ada" balasku.
Sheryl semakin dekat dengan aku.
"You're lying. You like him don't you?" tanya Sheryl.
"No.." balasku. Aku membelakangkan badan aku.
Sheryl tersenyum sinis. "I'm warning you. Stay away from Haris"
"Err kalau saya suka dia kenapa?" tanyaku. Aduh Fatin kenapa la kau tanya soalan bodoh pula ni..
"If you like him.."Sheryl menyentuh lembut bahuku.
"You will be dead" Sheryl menolak aku sehingga aku terjatuh.
Kakiku yang terseliuh minggu lepas terkena batu.
"Ahhh" aku memegang kaki aku.
Sheryl ketawa. "You kena ingat apa yang I kata tadi kalau tak.."
Sheryl mendekatkan lagi diri dia dengan aku.
"Kalau tak apa?" tiba-tiba Haris datang memegang tangan Sheryl dengan kuat.
"Haris.. I miss you so much" Sheryl memeluk Haris.
Haris menolak Sheryl dengan kuat.
Haris datang ke arah aku. "Kau okay tak?"
"Kaki.."balasku.
"You love her don't you! Answer my question!"
Jeritan Sheryl menyebabkan semua pelajar menghampiri kami.
"So? If i love her what is your problem?" balas Haris.
"You kata you cintakan I sorang je!" jerit Sheryl.
"Dulu, yes. But now, no. Kau ingat aku bodoh ke Sheryl. Sebelum kau pergi London, aku nampak kau dengan lelaki lain. Aku cuba lupakan kau sebab kau adalah perempuan yang paling tak reti nak menghargai cinta aku! Kau tau aku betul-betul sayangkan kau dulu tapi apa kau buat? Curang dengan lelaki lain?! Enough la Sheryl, i don't love you anymore" jerit Haris.
Haris mendukung aku.
"Tak apa la saya boleh jalan... Nanti apa pulak orang kata.." kataku secara senyap kepada Haris.
"Aku tak kisah apa orang lain cakap" kata Haris.
"Tapi tu dulu! I betul-betul sayangkan you. Please listen to me..' ." Sheryl memegang erat tangan Haris.
Haris melepaskan tangan Sheryl.
Wajah Sheryl berubah. Sheryl memandang tepat ke arah aku.
"Kau sukakan perempuan ni kan! Jawab soalan aku!" jerit Sheryl. Tiada lagi ber-I, you.
"Yes I love her. And she is my wife balas Haris.
Semua pelajar terkejut. Termasuk aku. "Dia sukakan aku ke?..."
Sheryl terduduk. Aaron tersenyum melihat aku dan Haris. Akmal pula berlalu pergi daripada situ.
Haris membawa aku masuk balik ke dalam bilik. Dia meletakkan aku di atas katil.
Aku diam sahaja. Haris memegang kaki aku yang terseliuh itu tadi. Dia menyapu ubat.
"Tak apa saya boleh buat.." kataku.
"Kau duduk je diam-diam biar aku buat balas Haris sambil menyapu lagi ubat kepada aku.
"Haris.." kataku.
"Apa?" balas Haris. Dia memandang aku.
"Err.." aku seperti teragak-agak untuk menanyakan soalan itu.
"Awak suka saya ke?.." tanyaku.
Haris cepat-cepat mengalihkan pandangan.
"Kau duduk je rehat. Jangan gerak banyak. Nanti aku bagitau cikgu kau tak boleh join aktiviti malam ni. Aku balik bilik dulu" kata Haris.
Dia terus keluar daripada bilik tanpa menjawab soalan aku.
"Eiii kenapa dia tak jawab soalan aku!" aku membaringkan diri di atas katil.
______________________________________________
Tepat pada pukul 8 malam aku terjaga.
"Macam mana boleh tak sedar ni.." bisikku.
Aku berjalan ke arah beranda untuk menghirup udara segar.
Semasa aku ingin membuka pintu beranda, aku berhenti.
Aku terdengar bunyi petikan gitar daripada beranda sebelah.
"Aku cinta kamu..
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu.."
"Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu.."
Suara itu sangat merdu sampai menyentuh jiwa aku. Aku ingin melihat siapa yang menyanyi, tiba-tiba aku terkeluar daripada pintu itu.
Aku melihat pemilik suara itu. "Haris.."
Haris terkejut melihat aku. Dia meletakkan gitar itu di tepi.
"Sorry kacau. Saya err masuk dulu" kata ku.
"Tunggu jap!" kata Haris.
Aku memberhentikan diri aku.
"Pandang aku.." kata Haris. Aku terus memandang Haris tetapi aku cuba elak.
"Kenapa dengan dia ni.." bisikku. "Soalan kau tadi.." kata Haris tergagap.
Aku mendiamkan diri sahaja.
"Kalau aku kata aku cintakan kau, kau cintakan aku?" tanya Haris.
"Err tak tau.. Saya masuk dulu bye" aku cepat-cepat menutup pintu.
Jantungku berdegup sangat kencang.
"Kenapa la kau bodoh sangat ni.. Kalau kau suka dia cakap la kau suka dia kenapa kau larikan diri!!" bisikku.