Chapter 3 - Bab 3

Sepanjang sesi pembelajaran di dalam kelas aku hanya mendiamkan diri. Tak berani nak tegur kang tak pasal-pasal lebam juga muka aku. Haris pula hanya tidur dari tadi. Tapi kan aku rasa dia ada plan jahat.

"Hai" sapa seorang lelaki di sebelah aku dan rakan disebelahnya juga tersenyum.

"Hai" balasku. "Saya Akmal dan ni Aaron" kata Akmal.

"Oh. Hahaa.. Saya Fatin" balasku. Akmal,Aaron? Bukan diorang ni kawan Haris ke? Kalau tak silap aku dorang bertiga ni memang geng dari dulu.

"I know hahaha. Siapa tak kenal dengan manusia yang pertama dapat duduk sebelah Haris" balas Aaron.

"Awak ni kawan dia kan? Boleh saya tanya something tak?" balasku.

"Yup. What do you want to ask?" balas Akmal

"Hmmm" Aku memperlahankan suara supaya Haris tidak terjaga dari tidur.

"Kenapa dia tak suka orang duduk sebelah dia? and sentuh dia? Dia sentuh orang boleh pula" tanya ku. Sempat menjeling ke arah Haris.

Akmal dan Aaron tergelak mendengar soalan aku. Kelakar sangat ke err...

"Well, Haris memang macam tu dari dulu. Dia paling pantang kalau ada orang sentuh dia. Even ayah dia pun tak pernah pukul dia. Sebab tu rasanya sampai sekarang tak pernah ada girlfriend hahaha" balas Aaron sambil ketawa.

"Ada ke orang nak jadi girlfriend dia?" Siapa lah yang nak jadi girlfriend dia ni? Mesti Kene pukul je.

"Aik? Berminat nampak haha.. mestilah ada. Ramai kot perempuan nak kat dia. Dia je yang tolak sebab dia tunggu seorang perempuan ni". balas Akmal.

"Seorang perempuan? Siapa? bisik hatiku.

"I'm not interested okay. Pelik dengan orang yang nakkan Haris. Dah lah panas baran ,sentuh sikit mengamuk,suka gaduh pula tu" balasku.

"Hmmm Haris is not that bad. Kalau awak rapat dengan dia, dia sebenarnya baik tau" balas Akmal. Aku hanya mendiamkan diri.

______________________________________________

Loceng waktu sekolah tamat berbunyi. Yay boleh balik lepastu tidur! Aku mengemaskan bag sekolah. Terlihat air tin yang aku beli semasa rehat belum diminum. Aku mengeluarkan air tersebut lalu minum sambil keluar dari kelas.

Semasa aku sedang minum, Johan iaitu rakan sekelas aku berhenti tiba-tiba menyebabkan air yang sedang aku minum itu terlepas dan terkena orang sebelah kiri aku. Splash!

"I'm so sorry! Awak tak apa-apa?" tanyaku kepada orang yang telah aku tertumpah kan air di bajunya. Aku tidak sempat memandang mukanya kerana aku sibuk membersihkan bajunya dengan tisu.

Lelaki tersebut memegang tangan aku dengan kuat sambil berkata "Don't touch me!"

Damn.. Why must be him? Why? Kenapa orang yang aku langgar mesti Haris jugak? Hari ni hari malang ke?

Dengan perlahan aku memandang muka Haris. Haris merenung tajam ke arah aku. Aku tersenyum sambil berkata sorry.

Aku ingin beredar dari situ tetapi Haris menggenggam tangan aku dengan kuat.

"Lepaslah! Saya tak sengaja okay. Lagipun bukan salah saya. Johan yang berhenti tiba-tiba tadi so saya terlanggar lah awak" terangku.

"So? Do you think you can ran away easily?" balas Haris. Matanya merenung aku seperti nak bunuh aku..

Aku memandang Akmal dan Aaron yang sedang berdiri di sebelah Haris. Mereka buntu untuk tolong aku sebab Haris awal-awal dah suruh diorang stay away dari tolong aku.

"Haris, lepaslah je lah dia. Bukan berbaloi pun dia ni" kata Akmal. Aaron mengangguk tanda setuju.

"Aku tak puas hati dengan dia ni dari awal pagi tadi lagi. Aku dah cakap dengan dia yang dia akan menyesal. Dan sekarang terimalah padahnya" balas Haris.

Haris semakin lama semakin dekat untuk memukul aku. Apa aku nak buat ni? Think Fatin think! Wait dia tak suka orang sentuh dia kan? Apa kata kalau aku...

Haris kaku apabila aku tiba-tiba sahaja memeluk dia. Aku dah agak dia akan terkejut dan freeze kejap. And waktu ni lah aku boleh memecut melarikan diri.

Tapi..asal aku kaku jugak? Pelukan ini membuat jantung aku berdegup kencang. Badannya yang hangat membuatkan diri aku sukar melepaskan pelukan itu. What's strong with me?!

Haris menolak aku ke tepi dengan kasar. Aku tersedar. Mati la aku.

"Why...why you...hug me?!" Haris tergagap.

Aku sendiri terkejut dengan apa yang aku buat. Aku sendiri tak sangka yang aku peluk dia lebih lama dengan apa yang aku jangkakan.

Aku terus berlari meninggalkan Haris. Aku terdengar Haris menjerit "I'm not finish with you!"