Di dalam kelas aku hanya diam sampailah waktu sekolah habis. Malas nak layan Haris. I really really really hate him!
"Kau pahal diam je?" tanya Haris.
"Jom balik!" balasku.
"How about a kiss? Then baru balik" Haris kembali ketawa. Sabar...sabar..
Aku terus menarik tangan Haris sampai ke tempat parking kereta.
"Wow, boleh tahan kuat juga kan kau?" tanya Haris. Aku hanya menjeling.
Aku terus masuk ke dalam kereta Audi tt sebaik sahaja Haris menekan butang unlock. Sexynya kereta ni!
"Jangan sentuh apa-apa pun dalam kereta ni. Kalau tak,siap kau" Aku hanya menjeling. Kedekut!
"Ikut aku pergi KLCC jap" kata Haris sebaik sahaja keretanya menyusur keluar dari pagar sekolah.
"Taknak. Saya nak balik. Penat" balasku.
"Ada aku kisah kau penat ke tak? Nak tak nak kau kene ikut aku juga sebab kau kan dah setuju dengan syarat aku" balas Haris sambil tersenyum sinis.
"Dah lah. Saya nak tidur" Aku membelakangkan seat. Mengantuknya!
"Ada aku suruh kau tidur ke, Bangun sekarang" Haris mencucuk badan aku.
Aku terus memukul tangan Haris. "suka hati saya lah"
"Berani eh kau pukul tangan aku. Eyy nak Kene kau ni" Haris menarik rambut aku yang telah diikat satu.
"Damn! Sakitlah" Aku terus bangun. Sakitnya hati aku eii. Ingat kau sorang je ke boleh buat? Aku menarik rambut Haris sehingga menyebabkan Haris memberhentikan kereta di bahu jalan.
"FATIN!! Jangan! Sesekali! Sentuh! Rambut! Aku!" Haris memandang tajam ke arah ku.
"Awak tarik rambut saya dulu!!!"
"Tu sebab kau tak dengar cakap aku" balas Haris sambil meneruskan semula perjalanan.
"Tapi awak tak ada hak nak halang saya tidur" Aku membelakangkan kembali kerusi.
Haris tergelak. "Tak ada hak? Are you sure about that? Fatin, apa hukumnya jika seorang isteri tidak mendengar cakap suami?"
"Dosa ustaz Haris. Tapi kalau suami yang jenis psycho, poyo, jahat, tak ada perasaan macam awak ni, saya pun boleh jadi gila" balasku.
"Berani kau kutuk aku kan? Tak ada perasaan? Kalau aku buat macam ni, ada perasaan tak" Haris tiba-tiba mendekatkan muka dia dengan muka aku. Jantungku kembali berdegup kencang. Kenapa aku selalu rasa macam ni....
Aku menolak muka Haris ke tepi. "you're driving Haris!"
Haris ketawa dengan kuat. "your cheeks turn red Fatin! Do you like me?"
"No! Why should I?! Bukan awak kata jangan suka awak?" Yang dia tanya soalan macam tu tiba-tiba kenapa ? Aku suka dia ke?? No. Aku tak boleh suka dia.
"Are you sure about that? Sebab pipi kau dah merah sangat tu. Bagus sebab kau ingat syarat aku."balas Haris sambil ketawa.
Aku hanya mendiamkan diri. Cuba untuk menutup mata. Tenang, tenang.