ANIQ mengikat tali kasutnya sebelum berangkat ke sekolah, pagi itu dia berasa...ceria? Dan entah kenapa dia seperti mahu menatap wajah ayu Ilya Sufia. Usai solat Subuh tadi sempat dia melihat mesej Ilya sebelum memakai baju.
"Saya dah janji dengan diri Saya, Saya nak selamatkan awak." – Ilya
Aniq tersenyum apabila teringat mesej itu. Selamatkan dia? Dia sendiri tak boleh inikan orang lain pula. "Dia anggap perkara ni senang." Kata Aniq seraya menutup pagar rumahnya. Sempat dia menyapa lelaki semalam yang merupakan jiran dia juga. Nampak gaya seperti jiran baru kerana belum pernah dia lihat lelaki itu di kejiranan tersebut.
"Selamat pagi." Sapa Aniq dengan senyuman dibibir. Lelaki itu turut menghadiahkan segaris senyuman.
"Jiran baru?" Soal Aniq. Lelaki itu mengangguk perlahan.
"Hilman. Panggil abang Man je. Adik?"
"Aniq. Aniq Hamdan. Rumah Saya selang 4 buah rumah dari sini." Hilman mengangguk lagi seperti burung belatuk.
"By the way abang tinggal ngan adik abang sahaja so kalau Aniq perasan kereta tak ada tu call abang tau sebab adiknya tu suka duduk rumah." Hilman memberikan kad kerjanya kepada Aniq.
"Boleh je. Okeylah bang Aniq gerak dulu ya. Assalamualaikum." Salam dijawab di dalam hati. Hati Hilman berasa tenang melihat wajah budak itu. Itulah budak lelaki yang menangis di taman semalam. EH!dia lupa pula mahu bertanya kenapa budak lelaki itu menangis? Alahai.
"Nanti je lah tanya." Hilman mencapai kain pelikatnya di ampai baju sebelum masuk ke dalam rumah.
"OKAY class, tomorrow we don't have a class because akan ada pakar motivasi datang our school so homework for tomorrow is buku aktiviti page 56. Only that." Satu kelas 5 Biru mengeluh apabila guru english mereka iaitu Puan Yana memberitahu tentang kerja rumah. Kecuali Aniq yang duduk di belakang sekali. Dia cuma menjadi patung sahaja sejak masuk ke sekolah hingga sekarang. Dia memandang langit yang dipenuhi awan yang putih.
Setiap kali dia melihat langit, dia berasa tenang dan berasa dirinya terbang ke langit yang biru dan luas. Cikgu-cikgu lain tidak kisah kalau Aniq sering memandang langit tiap kali pelajaran mereka bermula kerana Aniq merupakan pelajar top 5 jadi apa nak kisah kalau Aniq yang bijak pandai pandang ke luar tingkap.
"Jangan nak mengeluh. Kata nak lulus SPM.
Jangan buat malu kelas perniagaan."
"Relax cikgu. Kalini Saya yakin kelas kita akan dapat tempat pertama sebab Aniq ada." Kata ketua kelas iaitu Yusuf selaku anak kepada pengetua di sekolah itu. Semua mata tertumpu kepada Aniq yang sedang melihat keindahan langit pada waktu itu.
KRINGG!
Loceng sekolah telah berbunyi dan ini menandakan kelas telahpun tamat. Semua murid bangun bagi mengucapkan terima kasih kepada guru yang mengajar begitu juga Aniq.
"Aku gerak dulu gi makmal." Kata Aniq yang sudah keluar dari bilik darjah. Masa kedua telahpun bermula dan kini kelas Aniq akan bergerak ke makmal sains yang bersebelahan dengan kelas Ilya. Dalam perjalanan ke makmal, Aniq
terserempak dengan Ilya yang berjalan beriringan rakan kelasnya.
Aniq pasang wajah angkuh dihadapan mereka dan terus bergerak ke makmal. Dia malas nak menegur murid di sekolah itu termasuklah Ilya. Apa dia peduli kalau anak gadis itu terasa atau tidak. Yang penting dia dapat menyelamatkan dirinya daripada dibunuh.
"KESIAN Aku tengok Aniq tu." kata Firdhaus. Ilya yang sedang mengangkat buku disebelah Aniq mengerutkan dahi.
"Kenapa pulak?"
"Sebab dia selalu kena buli. Dulu dia tak ada lah kena buli sangat tapi bila lepas dia menang anugerah projek sains, geng-geng senior kita pakat nak cari gaduh dengan Aniq. Aku ni tak faham macam mana orang good looking pun boleh kena buli." Ilya mengangguk perlahan. Jadi sudah lama rupanya Aniq dibuli. Kesiannya.
"Kau tak ada niat nak nak tolong dia?"
"Ada je tapi sekali. Masa Aku tolong dia larikan diri dari senior kita tapi last-last kena pukul juga. Bukan dia seorang dengan Aku sekali. Itu je lah kali terakhir Aku tolong dia."
"Mak bapak dia? Tak akan tak sedar kot anak dia macam tu."
"Rehat nanti Aku cerita. Dengan kembar Aku sekali si Farisha tu. Hah memang dari A sampai Z kitaorang cerita pasal Aniq. Okey?" Ilya bersetuju dengan cadangan kawannya. Baru hari kedua masuk ke sekolah namun dia berjaya mendapatkan beberapa kawan. Dan yang hebatnya Firdhaus dan Farisha merupakan kembar dan ibu bapa mereka bekerja sebagai doktor forensik. Mesti hebat!
"ILYA!!" jerit Farisha seraya mendakap tubuh kecil
Ilya. Ilya membalas dakapan itu dengan erat.
"Kau tak pernah jumpa dia tahu tak? Tapi mesra macam dah 30 tahun kenal." Kata Firdhaus kepada adiknya, Farisha. Farisha menjelirkan lidahnya lalu melabuhkan punggung disebelah Ilya.
"Farisha Damia tapi panggil Far je okey? Bukan Far yang jauh tau sebab now Aku dekat ngan kau." Ilya ketawa kecil dengan kata-kata Farisha Damia. I mean- Far yang dekat.
"Tadi kau nak tahu sangat pasal Aniq kan? Now Aku cerita pasal dia." Baru Firdhaus mahu membuka cerita tiba-tiba sahaja mereka diganggu oleh Ridhuan dan Amer yang lalu lalang disitu.
"Kau cerita dulu. Aku nak tampar jantan tak guna tu." ujar Farisha pula. Pantas Ridhuan dan Amer melarikan diri daripada terkena dengan silat Farisha. Ops lupa nak beritahu, Farisha dan Firdhaus juga mempunyai atuk yang merupakan guru silat. Jadi ilmu silat dari atuk mereka juga diturunkan kepada Farisha dan Firdhaus.
Farisha kembali ke pondok dengan wajah yang manis. "Hah cerita." Kata Farisha dengan selamba mengunyah roti Firdhaus. Ilya begitu teruja untuk mendengar cerita Aniq Hamdan. Bagi Ilya, Aniq mempunyai 1001 rahsia yang dia tak tahu. Dan daya tarikan Aniq pula dengan kebijaksanaan lelaki itu. Cuma...kurang satu sahaja Aniq tidak pandai.. iaitu membuat aduan.
"Parents dia kadang okey kadang tidak. Aku dapat tahu pun masa Aku main buai depan rumah dia. Dulu kitaorang jiran dia tapi sekarang dah pindah lah lepastu pernah sekali Aku dengar mak dia kata yang Aniq tak layak hidup. Tapi tu lah bapak Aniq kata yang bukan Aniq yang minta untuk hidup. So means bapak Aniq macam nak salahkan mak dia. And Aku baru dapat tahu Aniq anak luar nikah."
"Entahlah tapi Far yakin Aniq ada kena mengena dengan Amer. Haritu Aku terbuka page belakang buku math si Amer. Fuh penuh nama Aniq. Tapi penuh makian lah. Nak kata penuh pujian tunggu habis exam pun belum tentu." Farisha menghabiskan ayatnya sebelum dia memantau sekeliling. Buatnya ada orang pasang telinga memang ada yang hilang nyawa sekejap lagi.
"Tapi pelik juga bila dia tak nak bagitahu." Kata Ilya pula.
"Tak perlu pelik sebab keluarga Amer tu dari golongan kayangan. Petik jari fuh duit jatuh. Mak dia kan kahwin dengan anak orang kaya lepastu sedara mara dia semua kerja syarikat. Tak pelik mana pun kalau tengok Aniq tak nak beritahu hal ni kat cikgu. Entah-entah bila dia buka mulut, habis lesap nyawa si Amer." Sambung Firdhaus pula. Ilya menelan air liur. Dia berasa takut dan risau apa yang akan terjadi pada Aniq.
"Ni kau nak tahu pasal Aniq kenapa? Kau suka dia?" usik Farisha.
"Sorry sikit taste Aku tinggi lagi dari mamat tu."
"Ya ke? Macam tak percaya je. Kalau tidak tak adanya kau ambil berat pasal mamat sepuluh sen."
"Ya betul. Lagipun Aku nak tolong dia. Kau tahulah Aku kan manusia paling penuh dengan rasa prihatin dan kasihan."
"Ya Allah gelinya Aku dengan perempuan ni." Farisha menggelengkan kepalanya buat seketika.
"ANIQ Hamdan!" jerit Puan Adira kepada teruna dia. Aniq yang baru pulang dari kelas tambahan pasang wajah sepuluh sen.
'Kalini dia nak pijak Aku depan orang ramai ke?'
"Apa?" Soal Aniq.
"Baju kat ampai tu bila nak angkat? Itu lepas makan basuhlah tak akan nak suruh juga baru dibuat." Bebel si ibu tanpa memandang wajah si anak. Aniq tersenyum sinis. Sedangkan dia tidak menjamah langsung makanan semasa di rumah dan di sekolah tiba-tiba pula dituduh? Baju di ampai? Itu bukan baju dia jadi perlu ke dia yang lakukan?
"Maaf." Balas Aniq dengan perlahan. Dia mengangkat baju di ampai lalu membuka kasut sebelum masuk ke rumah.
"Biar ayah buatkan." Kata Encik Qhalil. Kini baju telah bertukar tangan. Aniq menuju ke dapur untuk membersihkan singki dan pinggan mangkuk untuk disusun namun dia dihalang oleh Encik Qhalil.
"Ayah yang makan. Jadi biar ayah buat. Aniq masuk dalam bilik ya? Rehat, solat, lepastu kita makan malam." Si ibu memerhati gelagat si suami. Dia memasang wajah menyampah kepada si suami dan si anak sebelum masuk ke kamarnya.
"Aniq tak ada selera nak makan." Kata Aniq
sebelum masuk ke bilik.
"Kau nak mati ke sampai tak nak makan ni?" jerit si ibu yang berhenti di hadapan tangga.
"Kalau itu yang Aniq nak jadi tak salah kan?" senyum. Aniq melangkah masuk ke dalam bilik selepas itu pintu dikunci bagi tiada sesiapa masuk ke dalam bilik itu.
Tuah yang setia menanti kepulangan tuannya pantas berbaring di atas badan disebelah Aniq setelah Aniq duduk di birai katil. Aniq membuka bajunya lalu memandang ke arah cermin. "Cantik kan?" soal Aniq dengan menunjukkan lebam di bahagian belakang badan. "Tak sakit sangat. Jadi shh jangan bising." Senyum.
Tok! Tok! Tok! Pintu bilik diketuk buat beberapa kali dan tangan Aniq laju mengambil semula bajunya untuk dipakai.
"Ya?" soal Aniq kepada Encik Qhalil.
"Baju ni ayah dah lipatkan."
"Terima kasih." Senyum dan dia mengambil baju yang telah dilipat itu lalu diletakkan di atas katil. Encik Qhalil tidak berganjak dari daun pintu kerana dia berasa ingin mengenali anak itu dengan lebih mesra.
"Ayah nak cakap sikit boleh?"
"Boleh. Masuklah dulu." Aniq mempelawa si ayah untuk masuk kebiliknya yang begitu kemas. Encik Qhalil melabuhkan punggung di atas katil manakala Aniq duduk atas lantai.
"Muka Aniq kenapa ada kesan luka tu? Siap plaster bagai. Aniq bergaduh?" Laju Aniq menggeleng.
"Tuah cakar. Biasalah kucing." Senyum. Encik Qhalil mengelus lembut si bulus dengan penuh rasa kasih sayang.
"Aniq jangan rasa tersingung dengan apa yang ibu cakap. Dia tak maksudkan apa yang dia cakap kan. Biasalah bila datang bulan sahaja mesti ada yang tak kena."
"Okey." Sepatah sahaja dia menjawab.
"Ayah ada permintaan. Itupun kalau Aniq boleh tunaikan."
"Apa dia?" Soal Aniq.
"Ayah nak Aniq panggil ayah sebagai ayah. Dah 10 tahun Aniq tak panggil ayah ni ayah. Ayah tahu ayah bukan ayah kandung Aniq tapi ayah anggap Aniq macam anak kandung ayah sendiri." Aniq mengangguk tanda faham dengan permintaan itu. Selama 10 tahun dia tidak memanggil Encik Qhalil sebagai ayah kerana dia mempunyai rasa TAK BERHAK.
"Baiklah ayah." Senyum. Encik Qhalil senyum dengan rasa bahagia. Dia mengucapkan tanda rasa syukur kepada Allah SWT kerana harini dia dapat mendengar perkataan itu yang keluar dari anak. Walaupun Aniq bukan anak kandungnya, dia tetap sayangkan Aniq seperti anak sendiri.
"Ayah keluar lah dulu. Aniq nak solat."
"Nanti keluar tau? Kita minum petang. Ayah nak buat cekodok pisang favorite Aniq."
"Tak apalah. Aniq nak belajar lagipun dah nak exam."
"Kalau macamtu nanti ayah bawakan cekodok ke bilik ya?" Aniq mengangguk perlahan. Nak tak nak dia perlu lah mengangguk tanda setuju dengan kehendak si ayah. Masuk harini sudah 2 hari dia tidak menjamah makanan. Berat badan dia juga sudah menurun. Dulu 45 kg sekarang sudah jadi 36 kg. Kalau dulu dia boleh makan dengan senyuman dibibir tapi sekarang dia merenung makanan dengan penuh rasa bersalah.
'Aku nak hidup Aku yang dulu. Tapi tak mampu. Siapalah Aku ni.'
HARI PEPERIKSAAN telah tiba di sekolah Aniq, semua pelajar begitu tekun dan fokus bagi peperiksaan kalini. Memandangkan peperiksaan kalini merupakan peperiksan pertengahan tahun jadi dia perlu buat yang terbaik. Dah bertahun dia cuba mengambil tempat pertama namun sayang mesti dia tewas dengan kawan sekelasnya, Kamarul. Boleh tahan bijak juga budak tu cuma kadang-kadang Aniq nombor satu kadang-kadang Kamarul pula. Jadi disitu menimbulkan rasa tak senang pada Kamarul.
"Jawapan objektif tadi apa Niq?" soal Yusuf yang duduk dihadapan Aniq.
"Nah." Baru sahaja Aniq menyerahkan kertas jawapan objektif kepada Yusuf, semua pelajar kelas 5 Biru berlari ke arah Yusuf untuk menyemak jawapan.
"Aik asal pula soalan 10 tu B? Bukan A ke?" soal Wafiy selaku bendahari kelas.
"Aku jawab B. Kau seorang je A. So kau salah. Check semula dia nak apa." Balas Yusuf. Wafiy menjeling Yusuf. Seketika Wafiy memandang Aniq yang setia memandang ke arah langit yang biru.
"Aniq, boleh tolong Aku?" Aniq yang sedang mengelamun itu cepat-cepat memandang Wafiy yang berdiri disebelahnya.
"Apa?"
"Ajarkan Aku math. Aku tak nak gagal SPM. Please." Rayu Wafiy.
"Dengan Aku sekali." Sampuk Yusuf. Kamarul yang duduk dihadapan sekali terus memukul kuat meja belajarnya lalu dia menjerit.
"Memang dia seorang je ke yang bijak math? Hah? Mentang-mentang Aku dapat B dalam math korang terus minta si Aniq pula? Buta ke korang ni? Tak nampak siapa lagi bijak dari anak haram tu?"
"Mulut kau jaga Kamarul. Jangan sampai kaki Aku ni kena muka kau." Ujar Yusuf dengan nada marah. Kamarul ketawa sinis. Dia mendekati tubuh Aniq lalu kolar baju Aniq ditarik oleh dia.
"Bila dah nak dekat SPM memang semua pakat nak kawan dengan dia? Masa first day dia masuk sekolah tak ada seorang pun nak kenal dengan dia. Ni ke namanya kawan? Bila susah baru cari bila senang buat bodoh."
"Lepaskan." Kata Aniq. Anak mata dia bertukar menjadi garang saat Kamarul menarik kolar bajunya. Kamarul melepaskan juga kolar baju Aniq namun kini rambut Aniq pula menjadi sasaran Kamarul.
"Kau jangan melampau lah Kamarul. Kau lepaskan dia sebelum tangan Aku yang melekat kat muka kau." Kata Wafiy. Dia cuba sedaya upaya untuk melepaskan tangan Kamarul dari rambut Aniq namun dia gagal kerana ditepis dengan kuat oleh Kamarul.
"Bapak kau pengetua kan? Hah gi lah buat report. Tapi Aku tak yakin kau boleh buat. Sebab sekali kau laporkan tentang Aku, memang budak ni sekali kena buang." Tanpa berfikir panjang, Yusuf menumbuk Kamarul di bahagian perut. Wafiy pula menampar wajah Kamarul berkali-kali. Memang dah lama dia pendam untuk menampar wajah jantan itu. Tak habis-habis cemburu kerana Aniq dapat banyak perhatian daripada dia.
Pelajar yang lain cuma menjadi penonton kerana mereka tak mampu nak masuk campur dalam hal itu. Silap langkah memang yang lain juga kena.
"Berhentilah..." kata Aniq.
"Berhenti. Tolonglah..." Aniq berasa takut. Tangannya mula menggigil.
"Sudahlah!" Aniq mengikut perasaan marah dia tanpa dia sedari dia telah membuat pelajar kelas lain datang ke kelas dia. Wafiy dan Yusuf berhenti melakukan perbuatan mereka tadi. Aniq cuba membantu Kamarul untuk berdiri namun sayang. Kamarul menolak tubuh Aniq hingga kepala Aniq terhantuk di bucu meja.
"Aku tak akan teragak-agak nak heret kau keluar dari sekolah ni." Ujar Yusuf seraya melangkah keluar dari kelas itu. Dia mengorak langkah untuk bertemu dengan bapanya. Dia mahu bercerita segalanya kepada bapanya dan biar. Biarkan Kamarul diberhentikan.
"Kau layak terima semua tu." kata Wafiy sebelum duduk semula ke tempat asalnya. Kamarul pula menendang meja milik Aniq dengan sekuat hatinya. Aniq pula cuma berdiam diri.
"Kamarul. Amaran terakhir Aku bagi dekat kau. Kau ganggu pelajar dalam sekolah ni. Memang Aku kerjakan kau." ujar Wafiy selepas dia menghela nafas. Kamarul mula menyimpan dendam di dalam diri. Dia mahu Aniq menerima segalanya. Balasan dendam. Itulah Kamarul inginkan.
ILYA memasang wajah masam kepada abangnya yang beria-ria menyuruh dia bersiap untuk bersarapan di rumah jiran tetangga. Sudahlah dia datang bulan tiba-tiba sahaja suruh bersiap cantik-cantik. Lepastu bukan main pujuk dengan gunakan aiskrim.
"Rumah siapa ni bang?" Soal Ilya. Dalam masa yang sama dia ingin tahu juga rumah siapa yang begitu bersih dihadapan mata dia ni.
"Jiran kita. Abang kenal dengan anak lelaki owner rumah ni. Lepastu semalam dia kata mak dia ajak sarapan. Abang on je sebab malas nak masakkan untuk kau." Ilya mengeluh perlahan. Mujur harini sudah mula cuti minggu kalau tidak tak ingin dia nak hadap semua ni.
Tuan rumah yang memakai baju kurung berwarna merah jambu menarik perhatian Hilman. Dan dia terpukau dengan kecantikan gadis melayu. Ceh gadis melayu. Tapi dikira juga gadis melayu kerana keayuan dan baju kurung yang dikenakan mampu membuat pemilik hati Hilman berdebar.
'Astargfirullah. Kau dah tunang Man woii.'
"Hilman dengan Ilya?"
"Hah betul." Pantas sahaja Hilman menjawab pertanyaan itu. Ilya menjeling.
"Masuklah dulu." Senyum. Tanpa segan silu Hilman melangkah masuk ke dalam rumah itu usai membuka kasut. Ilya membuntuti Hilman sahaja dari belakang. Dari depan hingga ke dalam rumah memang semua bersih dan teratur. Tambahan dengan pokok bunga yang berwarna-warni. Mesti tuan rumah ni suka alam semula jadi.
"Apa khabar pakcik..." Hilman bersalaman dengan lelaki berpakaian baju t-shirt merah dan berseluar hitam itu.
"Khabar baik. Ni adik ke?" Ilya mengangguk perlahan.
"Hilman dan Ilya, duduk dulu. Makcik nak panggil anak lelaki makcik sekejap." Ilya mengambil tempat berhadapan dengan abangnya. Anak matanya terbutang saat melihat wajah Aniq yang terjengul di tepi tangga.
'Aniq? Ni rumah dia? Allahu, bang kau cari naya ni.'
"Apa khabar Aniq?" sapa Hilman dengan mesra. Puan Adira mengambil tempat disebelah Hilman lalu Aniq duduk disebelah Ilya. Dia tidak memandang walau sedikit pun wajah Ilya.
"Baik. Abang sihat?" soal Aniq dengan mesra. Ilya sengaja menambah mi dihadapan Aniq. Dia marah dengan lelaki itu kerana tidak melayan dirinya seperti kawan.
Dengan bacaan bismillah, Ilya menyuap mi goreng kedalam mulutnya. Aniq cuma meneguk air teh buatan si kakak yang masih berada di dapur.
"Lupa nak kenalkan diri, panggil makcik, makcik Adira yang pakcik ni Qhalil. Yang anak dara seorang kat dapur tu Aqilah. Yang depan ni hah dah kenalkan? Aniq?" Hilman mengangguk perlahan. Ilya pula tidak henti berfikir macam mana mahu menegur Aniq. Kepala otaknya jauh melayang tentang si Aniq pada masa yang sama dia terfikir apa yang Aniq fikirkan saat itu.
"Aniq nak jogging jap. Assalamualaikum." Tanpa memandang wajah tetamu dan ibu bapanya, dia terus melangkah keluar dari rumah. Rimas juga apabila terpaksa meneguk air dan makan dihadapan ibu bapanya. Tambahan pula ada Ilya. Memang lagi dia rasa bersalah.
'Rasa bersalah Aku naik bila dia ada.'