Chereads / The Fear Of Hurt / Chapter 3 - chapter 3

Chapter 3 - chapter 3

FARISHA mengangkat buku sains milik Ilya lalu dia berkata, "Encik Aniq dah datang ke wahai cik Ilya yang cantik berseri kalah seri muka?" usik Farisha. Ilya tersenyum.

"Manalah Aku tahu. Lagipun Aku baru je datang."

"Tadi cikgu Azman suruh Aku ambil buku latihan kat dia. Ni nak Aku jadi pak guard tunggu budak keluar masuk sambil kawal keselamatan?" seloroh Farisha. Ilya membuka zip bagnya lalu dia mengeluarkan segala peralatan alat tulis.

"By the way habis exam ni kau free?" soal Farisha.

"Free kot. Kenapa?"

"Aku nak ajak kau gi mandi sungai. Tapi Aku tak tahulah sungai mana. So kau ada cadangan sungai mana yang best?" Ilya berfikir buat seketika namun dia gagal fikirkan hal yang diinginkan oleh Farisha kerana dia ternampak Aniq yang lalu dihadapan kelasnya.

"Tu Aniq. Kau gi lah minta buku kat dia." Farisha mengerutkan dahi. Aik? Aniq?

"Aniq? Tu Haikal budak kelas sebelah. Kau ni mesti fikir pasal mamat sepuluh sen tu."

"Tak ada makna Aku nak fikir pasal lelaki tu."

"Ilya jangankan ikan kat dalam peti ais mak Aku tu Aku boleh tahu mana jantan mana betina inikan kau yang sedang fikirkan jantan sepuluh sen." Hah sudah sampai ke ikan dalam peti ais pula Farisha ni. Tapi pelik juga Ilya kenapa dia kerap fikirkan lelaki itu.

"Okey Aku rasa Aku kena bagitahu kau. But kena ada Daus sekali. Baru rancak."

"Ish kau ni. Dah lah jom teman Aku cari sepuluh sen tu. Before exam mula." Ilya bersetuju dengan apa yang Farisha inginkan.

"Tapi ni Aku nak bagitahu. Hati-hati kalau nampak geng Amer tu sebab sekali dia tampar fuhhh hilang gigi depan kau." Bisik Farisha. Ilya cuma tersenyum. Ada sahaja karenah Farisha yang sering membuatkan dia tersenyum dan ketawa.

KAKI Farisha dan Ilya terhenti saat nama mereka dipanggil oleh seseorang. "Asal Aku rasa takut?" tanya Ilya.

"Far..Ilya. Kenapa datang sini?" soal lelaki dibelakang dua gadis itu. Farisha memusingkan tubuhnya begitu juga Ilya dan Ilya terkejut kerana wajah Amer yang muncul.

"Korang buat apa kat sini?" Soal Amer dengan sopan. Ceh sopan sangat kalau bukan disebabkan Ilya agaknya hilang kesopanan dan kesusilaan tu.

"Cari Aniq sebab nak minta buku latihan kat dia." Amer mengangguk perlahan.

"Far gi cari kat kelas. Ilya tunggu sini." Ilya terkejut. Lah kenapa dia pula kena tinggal? Namun Farisha buat tak tahu sahaja dengan kata-kata Amer.

"Yang ada urusan dengan Aniq cuma Farisha dan bukan Ilya. Kau rasa Aniq nak tengok minah ni ada dekat ngan dia?" entah kenapa Ilya berasa tahapnya dan Aniq jauh beza. Amer pula ukirkan senyuman sinis seraya menyedut air kotak laici hingga titisan yang terakhir.

"Ada Aku kisah? Muka Aku ni nampak macam kisah sangat? Tak ada kan? Sayonara bro." Farisha menarik lengan Ilya seraya menuju ke arah kelas 5 Biru. Tanpa mengetuk pintu mahupun memberi salam, Farisha menerjah masuk pintu belakang kelas itu seperti pencuri. Pencuri buku latihan demi cikgu Azman yang garang.

"What's up Far away." Wafiy mengusik juniornya yang meluru masuk itu.

"Apa khabar wifi umobile?" balas Farisha pula. Wafiy tarik muka. Bukan dia boleh bab-bab usik mengusik ni. Hati tisu si Wafiy ni.

"Nak apa?" Soal Aniq.

"Cikgu Azman nak buku latihan. Baik cepat sebelum exam mula." Aniq mengeluarkan buku latihan mata pelajar pendidikan Islam yang diajar oleh cikgu Azman lalu buku itu diberikan kepada Farisha.

"Kau seorang? Daus mana?" soal Yusuf pula.

"Daus gi lepaskan hajat. Aku datang ngan budak baru. Ilya nama dia. Jap Aku angkut dia datang sini." tanpa disuruh, Farisha menarik lengan Ilya untuk melangkah masuk ke dalam kelas itu. Semua pelajar kini menumpukan perhatian kepada Ilya dan Farisha.

"Ilya adik abang Hilman? I mean doktor Hilman?" teka Yusuf. Ilya mengangguk perlahan.

"Kirim salam abang lah ya. Cakap dengan dia terima kasih bagi kata-kata semangat dekat calon SPM ni." Ujar Yusuf dengan mesra.

"Kalau dah habis boleh balik." Suara garau Aniq membuatkan Ilya terdiam. Garau namun tegas dalam nada juga ada.

"Aik awal? Dulu Aku datang kat kelas ni elok je kau. Kenapa berubah?" Aniq mengeluh perlahan. Ish sudahlah Amer dari tadi perhatikan Aniq dan Ilya tiba-tiba sahaja Farisha banyak songeh.

"Tak elok kau selalu datang sini. Batas tu jaga. Walaupun Wafiy ni sepupu kau tak bermaksud kau boleh dengan dia sahaja. Sebagai perempuan tu cuba jaga batas. Ini tidak." Bebel Aniq.

"Ohh okey faham. By the way jagakan lah juga anak ikan Aku ni a.k.a Ilya. Kang tak pasal-pasal gengster tahi kucing tu kacau. Okey?" Yusuf dan Wafiy mengangkat 3 jari di langit tanda setuju.

Keluar sahaja mereka dari kelas, Aniq mencubit tangannya dengan sekuat hati. Tanda balasan kerana mendekatkan diri dengan Ilya Sufia. Dan dia juga sudah tahu nasibnya selepas ini. Habis...luka dan luka. Itulah yang sering dia lalui.

"Aku teringat kata-kata si abang Ilya tu. Kalau rasa tak mampu berdiri cubalah bersandar di bahu seseorang kalau tidak mampu juga maka bersujudlah dihadapan tuhanmu kerana engkau tak akan mampu bangun tanpa tulang belakang. Ayat dia macam nak kita berpegang pada sesuatu. Sekarang ni nak Aku pegang apa? Meja belajar?" seloroh Yusuf. Makin rancak Wafiy dan Yusuf bergurau sampai mereka terlupa bertanya kenapa Aniq bertindak begitu.

'Kalau betul dia nak tolong...bukan Aku kena hargai ke? Kan? Mana tahu ni kali terakhir Aku jumpa orang baik.'

ANIQ HAMDAN menunggu kepulangan Ilya Sufia yang akan keluar sebentar lagi. Dalam cuaca yang panas terik ini dia masih mampu menunggu cik prihatin a.k.a Ilya Sufia. Dari peperiksaan hinggalah habis peperiksaan, dia sudah membuat keputusan untuk menerima kehadiran Ilya Sufia yang ingin membantu dia. Lagipun dia sendiri tak mampu nak hadap semua ini. Hari-hari dibelasah tanpa rasa kasihan kini dia akan bangkit dengan pertolongan.

"Aniq? Tak balik lagi?" soal Hilman yang baru sahaja tiba.

"Cadang nak balik dengan Ilya. Tapi abang dah sampai ni jadi Saya balik dululah." Senyum.

"Ah kau. Jom naik ngan abang. Lagipun lepasni kitaorang nak beli barang dapur. Nak join?" Hilman angkat kening.

"Saya? Ikut? Tak menyusahkan ke?"

"Susahkan apa? Bukan Aku kena dukung kau bagai. Tolong angkat barang itu ini masuk dalam bonet je. Boleh kan? Kalau nak harapkan Ilya tu hm habuk je dia bagi. Suruh angkat telur satu papan pun dia dah kata berat." Aniq ketawa kecil. Dia berasa senang dengan Hilman dan Ilya kerana dia seperti mempunyai keluarga yang lebih baik.

"Abang suka kau kawan dengan Ilya. Dia tu susah nak dapat kawan. Kalau kawan pun setakat seorang je lepastu esok lusa blah je." Teringat pula dia ketika Ilya menangis disebabkan kehilangan kawan. Baru kenal seminggu tapi Ilya sanggup korbankan duit demi membantu bekas kawannya tapi rupanya duit yang diberi itu digunakan sebagai membeli rokok dan dadah.

'Kawan? Aku ada...kawan?'

"Abang nak tanya ni tapi kau jangan fikir bukan-bukan lah." tiba-tiba Aniq berdebar. Apa pula soalan kalini. Redup sahaja pandangan Hilman yang membuatkan Aniq berdebar pada waktu itu.

"Apa dia?"

"Haritu kenapa kau nangis? Kau jangan nak pusing cerita ya, Niq. Abang nampak dan dengar kau nangis kat taman haritu. Hah baik cerita sebelum abang report kat akak kau." Lah sejak bila kak Aqilah dan Hilman berkawan ni? Pelik! Aniq cuba berlagak tenang dengan mengukirkan senyuman.

"Biasalah bang. Budak lagi kan." Senyum.

"Alasan kau tak berapa kena dengan telinga Aku. Baik kau cerita. Abang ni sebagai doktor kenalah dengar masalah kau ni. Hah ceritalah." Aniq menggeleng. Nak tak nak Hilman biarkan juga soalan itu terbiar. Mungkin satu hari nanti dia akan tahu masalah Aniq.

ILYA yang baru sahaja melangkah keluar dari kawasan sekolah terpanah saat melihat Aniq mengukirkan senyuman kepada abangnya, Hilman. Dan dia mula berdebar.

"Bye, Ilya. Jangan lupa novel yang kau nak bagi tu." sempat Firdhaus mengenyitkan mata sebelum dia bertolak pulang. Farisha mengikut langkah si abang hinggalah bayang-bayang mereka lesap dari pandangan Ilya Sufia.

"Ilya Sufia! Diri kat situ tu dah kenapa? Abang nak cepat ni." Jerit Hilman seraya bercekak pinggang. Ilya gigit bibir. Langkahnya menjadi berat apabila dia terdengar bualan Amer dan Ridhuan yang baru berjalan disebelahnya. Aish! Kenapa dia berasa kurang senang dengan kedatangan jejaka itu?

"Saya rasa dia tak selesa lah sebab ada Saya. Saya balik dululah. Assalamualaikum." Tanpa menahan tubuh kecil itu bergerak, Aniq berlalu pergi. Hilman pula rasa serba salah. Sebagai doktor, dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan Aniq. Dari wajah Aniq, dia dapat mengenal pasti bahawa Aniq mempunyai masalah dan dari segi plaster yang dilekatkan di bahagian luka pula sudah membuat Hilman yakin 100%. Aniq telah dibuli boleh jadi didera tapi mana satu?

BAJU SEKOLAH diletakkan di dalam bakul. Pintu yang sudah dikunci dan rumah yang kosong tanpa ibu bapa mahupun seorang kakak telah membuatkan insan bernama Aniq Hamdan tersenyum dihadapan cermin. Senyuman yang penuh makna menambahkan lagi rasa sakit. Dia mula mencari mesej dia dan Ilya. Kalini dia benar-benar inginkan pertolongan. Dan dia berharap dia dapat melarikan diri dari kesakitan ini.

"Ilya, Saya nak minta tolong." – Aniq

Seminit

Dua minit

Tiga minit

Dan...empat minit berlalu. Masih tiada balasan mesej.

"Tolong apa?" – Ilya

"Awak tengah beli barang dapur kan? Nanti je lah Saya cerita." – Aniq

"Tak jadi. Abang Hilman ada meeting. Saya kat rumah ni." –Ilya

Aniq biarkan mesej itu dibaca oleh Tuah. Eh kucing reti membaca ke? Anggap je lah ya. Seketika dia teringat tahap dia dan Ilya. Berbeza? Cukup berbeza. Dia tak nak libatkan Ilya dalam masalah dia tapi dia juga perlukan pertolongan. Nak harapkan kakaknya pula dia juga tidak mahu kalau kakaknya di apa-apakan. Haih.

"DIA seen? Tadi beria nak minta tolong. Aku pukul kang. Apa dia ingat Aku ni tunggul kayu?" bebel Ilya seraya mengunyah ayam goreng yang dibeli oleh abangnya sebelum pulang ke rumah. Dia mengorak langkah untuk menuju ke dapur bagi mencuci pinggan mangkuk yang ditinggalkan pada pagi tadi.

Sambil-sambil dia mencuci, dia terfikir tentang bakal kakak iparnya. Sudah lama dia bertemu dengan kak Shila. Apabila dia bertanya tentang kak Shila kepada si abang, si abang cuma membalas ada kerja. Paling tidak pun kak Shila sibuk.

"Aku bukan nak jaga tepi kain orang tapi dia tu dah nak masuk keluarga Aku. Tak akan Aku nak biarkan kot. Bila Aku tanya majlis nak buat bila nanti adalah jawapan dari otak yang tak berapa nak cerdik tu kata belum cukup duit. Apa benda belum cukup duit? Dia nak hantaran sampai berjuta ke?" bebel Ilya sambil mencuci pinggan kotor. Masatu dia melepaskan geramnya dengan membebel seorang diri di dalam rumah.

"Tapi...bila fikirkan semula. Muka Ridhuan ngan Aniq dekat sama. Tapi ngan Amer pun. Sebiji tu tak ada tapi seiras tu ada. Lah tak kan nak kata kembar?" wajah Aniq memang seiras dengan Ridhuan dan Amer tapi hidungnya sahaja lebih kepada hidung si Amer. Kalau nak dibandingkan nampak gaya Aniq macam seorang abang.

AQILAH mengambil sekotak plaster luka di rak atas. Dia mengambil 2 kotak dan dia menuju ke arah ubat sapu luka yang berada di rak sebelah. Dia membeli barang itu kerana Aniq yang menyuruh. Katanya buat bekalan. "Aqilah?" sapa seorang lelaki bersuit hitam. Aqilah menatap wajah lelaki yang baru tiba di dalam farmasi itu.

"Encik Hilman. Buat apa kat sini?" soal Aqilah yang sudah berasa janggal. Hilman tersenyum.

"Ni farmasi kawan Saya. Tu saja singgah sebab nak ajak minum. Yang cik Aqilah kenapa beli plaster sampai 2 kotak? Kenapa tak ambil satu gudang sekali?" gurau Hilman. Aqilah senyum tawar. Ugh kenapa dia perlu berjumpa dengan lelaki ni? Sudahlah bajet bagus lepastu sibuk nak bertegur sapa orang sedangkan diri tu dah bertunang.

"Kalau encik yang nak bayar. Saya sudi ambil." Sengih. Dia bergerak ke kaunter untuk membayar barangnya. Pemilik farmasi yang baru sahaja keluar dari bilik khas terus mengukirkan senyuman kepada Hilman dan Aqilah.

"Cik Aqilah macam mana? Dah sihat?" Aqilah mengangguk bagi menjawab soalan doktor Daniel.

"Alhamdullilah sudah doktor Daniel." Senyum. Senyuman mesra itu dibalas dengan pandangan lembut oleh doktor Daniel. Hilman yang berdiri antara mereka cuma memerhati gelagat mereka berdua. Bergurau senda dengan begitu mesra seperti sudah berkenalan 10 tahun yang lalu.

"Kitaorang nak pergi makan. Qilah nak join? Tapi tak jauh lah dari farmasi ni. Kedai sebelah je." Hilman gigit bibir. Dah kenapa nak bawa Aqilah sekali? Ish!

"Korang borak macam dah 10 tahun kenal dah kenapa?" Daniel menjeling rakannya lalu dia membawa Aqilah keluar dari farmasi miliknya.

"Bos awak tu kalau Saya pukul kepala dia memang hilang lah kerja awak." Bebel Hilman kepada pekerja Daniel yang memakai tag nama Waheedah. Waheedah tersenyum kecil.

"Boleh jadi doktor Hilman yang hilang kerja sebab dengar cerita diaorang dah nak bertunang." Hilman terdiam. Tunang? Daniel dan Aqilah? Oh tidak...Aqilah terlalu baik untuk disisi Daniel yang berstatus golongan orang kaya raya.

DANIEL memberikan sehelai tisu kepada Aqilah yang baru sahaja selesai manakala Hilman pula melihat keakraban mereka. Dalam kata yang lain, Hilman cemburu dengan Aqilah dan Daniel.

"Shila ada call kau?" Soal Daniel. Hilman meletakkan tangannya di atas kerusi kosong disebelahnya lalu dia meneguk perlahan air teh tarik yang dipesan sebelum menjawab soalan Daniel.

"Aku dah putus tunang dengan dia." Dan...Daniel tersenyum. Aqilah memasang telinga pada ketika itu.

"Sebab?" tanya Daniel lagi.

"Dia gunakan Aku untuk jadi pak sanggup." Tersembur air sirap Daniel dibuatnya. Aqilah turut terkejut dengan punca pertunangan itu dibatalkan.

"Anak siapa? Kau jangan nak cakap anak Hazim."

"Bapak budak tu Hazim Yaakob. Tapi Aku dengar cerita Hazim tu bukan dia yang rogol si Shila tapi Shila yang rogol dia. Entahlah Aku sekali pening. Bila Aku dapat tahu je berita tu mak bapak Shila terus suruh putuskan pertunangan tu. Aku pun terima je lah sebab Shila tak suka adik Aku tu. Kau fikir Aku nak teruskan kalau dia tak terima adik Aku yang tiga suku tu?"

"Hazim yang doktor psikatri?" Aqilah mula bersuara. Hilman dan Daniel mengangguk perlahan.

"Awak serius ke Hilman?" suara Aqilah bertukar menjadi sayu.

"Saya serius ni. Lagipun Hazim tu junior Saya, jadi tak pelik sebab kitaorang memang akan dapat berita kalau junior buat hal. Lagi satu, berita kitaorang sentiasa sahih." Aqilah menahan air matanya daripada mengalir. Jauh dalam lubuk hatinya, dia memaki hamun Hazim Yaakob dan bekas tunang Hilman.

'Aku ni patung tak ada perasaan ke macam mana? Beria suruh Aku tunggu dia sebab nak masuk meminang bagai. Lah-lah eh tak ada.'

"Hilman. Awak hantar Saya balik. Dah lambat ni." Hilman mengangguk perlahan setelah sekian lama dia cuba memproses permintaan Aqilah. Pelik pula gadis ini tiba-tiba mahu dihantar pulang.

AIR MUKA Aniq yang ceria menambahkan rasa marah dalam diri Amer. Harini, Aniq telah menerima piala dan pingat dalam pertandingan matematik peringkat negeri dan Aniq berjaya mendapatkan tempat pertama dalam pertandingan itu. Semua murid termasuk guru memberikan tepukan gemuruh namun tidak bagi kumpulan Amer.

"Semua benda dia nak rembat. Apa esok lusa dia rembat bapak Aku sekali ke?" luah Amer setelah majlis itu tamat.

"Relax mat. Jangan katakan bapak kau. Entah-entah mak kau sekali dia rembat." Api kemarahan Amer mula membuak. Dengan sekelip mata sahaja dia boleh meragut nyawa Aniq tapi disebabkan batas agama dia berundur terlebih dahulu. Sejujurnya. Tujuan dia membuli Amer atas sebab mahu melepaskan kemarahan sahaja.

Jiwa dia dirumah dan disekolah sungguh berbeza. Dirumah, hidup diaturkan okeh ibu bapa dia manakala disekolah pula dia mengaturkan hidup si Aniq. Kadang-kadang hidup dia dibandingkan oleh rakan-rakan yang lain termasuklah Aniq dan disitulah dia mula membenci Aniq. Tapi Aniq masih bersabar dengan sikap Amer dan yang lain.

"Aku kesian tengok dia. Asyik kena buli padahal tak buat salah pun." Kata Ridhuan seraya meneguk air mineral yang dibeli oleh Aniq pagi tadi. Aniq yang baru duduk didalam barisan kelasnya menundukkan kepala tanda hormat kepada Amer dan Ridhuan yang sedang memerhatikan dia.

"Kau yang buli dia lepastu nak kata kesian. Hilang kepala kau baru tahu." Ridhuan menjeling rakannya, Amer. Kalau ikutkan hati dia memang dia nak keluar dari kumpulan Amer. Perangai tak semengah dia inilah menyebabkan reputasi dirinya tercalar. Dahulu dia memegang jawatan sebagai pengawas tetapi selepas dia berkenalan dengan Amer, hilang terus jawatan itu.

"ANIQ!" panggil Farisha yang baru sahaja habis kuliah bagi tingkatan 4. Aniq mengukirkan senyuman kepada Farisha, Firdhaus dan Ilya yang baru tiba di pondok kecil bersebelahan perpustakaan.

"So how? Dapat motivasi?" Farisha menggeleng. Motivasi? Motivasi tidur sahaja dia dapat.

"Aku masuk dewan auto tidur. Nak Aku dapat motivasi apa tu?" Ilya ketawa kecil apabila teringat akan wajah Farisha yang dimarahi guru saat tertidur di atas bahunya.

"Sia-sia cikgu upah pakar motivasi tu." sampuk Firdhaus. Malu dia apabila rakan yang lain memandang dia ketika di dewan. Tapi dia sudah terbiasa dengan kejadian itu. "Aku lupa nak tanya kau. Kan si abang kau tu doktor psikologi asal dia bagi ceramah? Bukan biasa kaunseling ke bagi? Dia amek part-time eh?" soal Farisha.

"Dia ikut kawan dia je. Biarlah dia bukan hal Aku." Balas Ilya sambil menyuap nasi lemak kedalam mulutnya. Aniq mengulurkan tisu kepada Ilya kerana terdapat kesan sambal di pipi anak gadis itu. Ilya menjeling pula Aniq kerana berasa geli dengan tindakan itu.

"Kau asal tak makan? Nak kurus macam lidi sate tu ke?"

"Puasa."

"Dia nak tipu kitalah bang." Bisik Farisha di telinga kembarnya. Firdhaus memberikan air kotak yang sempat dia membeli sebelum datang ke pondok kepada Aniq.

"Minumlah. Aku tak nak ada kes budak pengsan sebab tak makan." Perbualan mereka terhenti saat susuk tubuh junior mereka mendekati tubuh Aniq yang duduk bersebelahan Firdhaus.

"Ni ada kawan abang bagi. Oke bye." Budak itu terus berlalu pergi tanpa menatap wajah mereka semua. Kertas yang dilipat dengan kemas dibuka dengan penuh tenang. Aniq seakan-akan tahu isi kandungan surat itu manakala yang lain menunggu Aniq untuk membacakan isi surat.

'Malam ni kita jumpa dekat kilang kosong dekat dengan rumah kau. Driver Aku amek.' –Amer