Chereads / The Fear Of Hurt / Chapter 8 - chapter 8

Chapter 8 - chapter 8

PUAN ADIRA mendapatkan Aniq yang baru masuk ke dalam rumah. Aniq berselindung disebalik tubuh Aqilah sambil mengangkat tangan di muka sebagai perisai. "Kenapa tak bagitahu? Kenapa tak bagitahu..." Puan Adira memeluk Aniq dengan erat. Aniq terpaku disitu.

"Kalau ibu tak terdetik nak cari Aniq...mungkin kitaorang dah hilang Aniq." Kata si ayah yang berada di belakang isterinya.

"Kita solat berjemaah. Lagipun dah azan isya'." Kata si ayah lagi yang kini cuba meleraikan pelukan ibu dan anak.

"Ibu dah masak lauk favorite Aniq. Kita makan sama-sama. Lepastu Aniq cerita dari awal hingga akhir. Ibu nak masalah ni selesai dengan cepat."

"Aniq boleh selesaikan sendiri..."

"Udahlah kamu. Gi mandi lepastu bersiap kita solat sekali. Nanti demam lagi satu masalah pula." Aniq dan Aqilah terus menuju ke bilik masing-masing bagi membersihkan diri mereka.

USAI tahiyat akhir, Aniq dan yang lain menadah tangan bagi mengaamiinkan doa ketika Encik Qhalil melafazkan doa. Puan Adira tidak henti berdoa supaya Aniq dan Aqilah dilindungi dan berada di kalangan orang yang beriman. Air matanya tidak henti mengalir dari awal solat hingga akhir solat. Sayu sahaja tangisan Puan Adira di sebelah Aqilah. Dalam fikirannya hanya ada Aniq dan Aqilah sahaja pada ketika itu. Dia memohon agar Allah s.w.t memudahkan urusan mereka sekeluarga dan dijauhi ujian yang begitu berat buat anak dia.

'Ya Allah, katakan Aku yang akan meninggalkan dunia ini terlebih dahulu maka kau ampunkanlah dosa-dosa ku dan Aku memohon agar tiada umat mu mencuba untuk membuka aib ku. Kau berikanlah kami hidayah dan kuatkanlah iman kami agar tidak terpesong ke jalan yang salah. Tunjukkan lah satu demi satu petunjuk ataupun jalan keluar agar Aku kembali ke pangkal jalan. Sekiranya Aku tiada pada hari seterusnya, kau berikanlah pahala ku kepada ibu bapa ku yang menjaga dan mendidik Aku dari kecil hingga sekarang. Kau berikanlah syurga kepada ahli keluargaku dan Aku memohon kau kurangkan dosa adik ku, Amer Adnan yang merupakan insan yang membuli Aku. Kau gerakanlah hati dia untuk berubah dan berikan dia peluang untuk berubah, ya Allah. Aamiin.'

Dalam diam dia juga mendoakan yang terbaik buat adiknya. Ya walaupun Amer dan Encik Adnan tidak mengetahui Aniq Hamdan merupakan ahli keluarga mereka tapi Aniq tahu itu juga merupakan ujian. Kita tidak tahu mungkin suatu hari nanti Amer akan kembali ke jalan yang benar.

Semasa di meja makan, Puan Adira tidak henti menyuruh Aniq menambah semula lauk pauk di atas meja. "Next week hari jadi Ilya. Hilman jemput kita sambut dengan dia." Kata Aqilah sambil menutup skrin telefon dia.

"Ayah bab makan ni jangan tanya lah ayah on je tapi tanya ibu kamu. Dia tu kadang k.o kadang o.k." balas Encik Qhalil seraya menunjuk isterinya.

"Aniq ikut sekali?" Soal Puan Adira kepada si bongsu. Aniq mengangguk perlahan. Kalau diizinkan dia akan pergi untuk menyambut hari kelahiran Ilya yang ingin sekali membantu dia.

"Ikut..kalau diberikan nafas pada masatu." Senyum.

KETIKA di ruang tamu, Aqilah duduk disebelah Aniq manakala Puan Adira duduk disebelah Encik Qhalil. Mereka mendengar cerita Aniq dari awal hingga akhir. Tiada kata-kata yang dapat diluahkan dari mulut ahli keluarganya melainkan air mata kasihan dari si ibu. Bermula dari menolong membuatkan kerja sekolah selepas itu meminta wang dan akhirnya dipukul teruk. Ibu mana yang sanggup melihat si anak dalam keadaan begitu?

"Kenapa Aniq tak nak beritahu ibu bapa diaorang? Kenapa Aniq pertahankan keluarga kita macam tu sekali sedangkan dia dah hina sekaligus masuk dalam keluarga kita." Tanya Encik Qhalil.

"Sebab dia adik Aniq."Puan Adira dan Encik Qhalil saling memandang antara satu sama lain. Tak akanlah Aniq merupakan abang kepada lelaki dan ayah kepada si keji itu.

"Aniq terjumpa pita rakaman dekat bawah tangga masa nak ambil Tuah. Aniq rasa nak tahu perkara dalam pita tu jadi Aniq dengar dalam bilik masa ibu, ayah dengan kakak keluar." Pita rakaman yang memainkan suara Puan Adira dan lelaki yang keji iaitu Adnan ataupun bapa kepada Amer dan juga Aniq.

WANITA yang berusia 30-an itu menangis ditepi katil sambil memukul lantai yang berwarna putih. Dia tidak henti menangis bahkan tidak lupa untuk berdoa kepada Allah agar itu semuanya adalah mimpi. "Baru sikit dah nangis. Masa kau syok dengan lelaki tu tak ada pula kau nak menangis bagai." Ujar lelaki yang membutang baju di hadapan cermin.

"Sebab dia suami Aku! Aku ni tak kenal kau dan tiba-tiba buat perkara ni kenapa? Apa dosa Aku dekat kau?" jerit wanita itu.

"Eh betina. Kau tu dah tak ada dara diam lah. Memekak pula kau. Kau ingat ya nama ni betul-betul. Kau tak akan jumpa semula Adnan Ismail semula. Walaupun mungkin akan ada benih dalam badan kau, Aku tak nak bertanggungjawab. Sekalipun tidak." Wanita mengerling ke arah kad nama di tepi katil.

"Adnan Ismail...polis..negeri sembilan." Kata wanita itu dalam bisikan.

"Nah duit." Adnan Ismail membaling not RM100 sebanyak 5 helai ke atas lantai.

"Terima kasih sudi layan nafsu Aku." Lafaz Adnan sebelum keluar dari bilik tidur itu. Wanita itu terus menekan button untuk hentikan rakaman itu. Perlahan dia menyandar di dinding. Pada hari itu dia sungguh kesal dengan perjumpaan lelaki yang bernama Adnan Ismail. Benar dia tidak mengenali nama mahupun lelaki itu sepanjang hidupnya dan tidak tahu bagaimana lelaki itu dapat mengenali dia. Siapa dia? Kenapa tubuh dia juga dilepaskan segala nafsu syaitan itu?

"Aku benci kau...Aku benci kau.." ujar Puan Adira seraya meraung di dalam bilik itu.

Argh betapa dia menyesal kerana tidak berhati-hati pada waktu itu. Dan pada masa itu dia ingin sahaja meninggalkan dunia ini dengan begitu sahaja. Dia malu dan rasa sangat hina pada waktu itu. Dia sebagai wanita dan juga seorang ibu dipergunakan oleh lelaki yang tidak ada perasaan hormat terhadap wanita.

"AMER! AMER!" panggil Encik Adnan kepada anaknya yang sedih bercucuk tanam di kebun rumah itu. Amer bangun dari cangkungnya lalu mengorak langkah ke arah si ayah.

"Ada ap-" belum sempat dia bertanya, tamparan kuat oleh Encik Adnan hinggap di pipi kanan dia. Amer terdiam.

"Kau masuk sekarang!" jerit Encik Adnan di halaman rumah itu. Amer mengikut kehendak si ayah sambil memasuki ruang tamu rumah itu. Puan Dahlia yang sedang menjahit baju di ruang tamu terhenti buat seketika saat ternampak si anak teruna memasang wajah masam.

"Kenapa masam ni?" tanya si ibu dengan lembut namun hanyan jelingan sahaja diberikan.

"Kalini Aku ajar kau jadi manusia!" belum sempat Amer mendapatkan si ibu, tali pinggang Encik Adnan terlebih dahulu tiba di tubuh Amer. Satu, dua dan tiga sebatan diterima dibadan Amer.

"Apa masalah awak pukul dia macam tu sekali?!" jerkah Puan Dahlia yang cuba menghentikan pergaduhan itu.

"Dia menconteng arang dekat muka kita. Muka kita Dahlia. Kau ingat Aku tak malu bila semua orang tanya Aku tentang Amer? Kau tahu kan SPM lagi beberapa hari tapi kau berani ya. Kau berani langgar peraturan Aku." Puan Dahlia tak faham.

"Cerita betul-betul apa yang Amer buat!"

"Awak ingat kes 16 tahun lepas?" mana mungkin Dahlia melupakan hal terkutuk mahupun sejarah hitam sang suami.

"Adira lahirkan anak Saya. Anak yang dihina, dicaci dan dimaki. Itulah abang kau, Amer! Anak yang kau kata itu anak luar nikah. Itulah ahli keluarga kita. Wajah dia cukup serupa dengan arwah atuk kau tapi kau tengok apa kau buat? Kau nak bunuh dia seakan-akan kau adalah tuhan tapi kau lupa, Amer. Kau lupa bahawa Allah itu lebih berkuasa. Aku tak beritahu hal ni sebab Aku tak yakin kau akan berjumpa dengan Aniq. Tapi bila Aku dapat berita yang kau buli dia, hina dia, maki dia, pukul dia sampai hilang separuh darah dalam badan dia. Kau ingat Aku nak berdiam diri?" Amer cuba mendalami ayat-ayat itu. Aniq...abang dia?

"Eloklah tu perangai Amer ikut papa. Berkepala syaitan. Bapa borek anak rintik." Senyum sinis.

"Mama dah muak cakap dengan kau dalam hal agama. Dah di rotan bila tak solat, marah juga dan dah tegur. Mama tak nak tengok anak mama hilang macam tu sahaja. Mama tak nak tengok kau menderita seperti tiada agama. Disebabkan pangkat dan darjat kitaorang, kau leka dengan ujian ni."

"Huh, ujian konon. Suami mama pun curang belakang mama! Ada hati nak cakap hal agama. Sedar diri tu."

PANG! wajah itu ditampar buat lagi sekali.

"Tampar! tampar! tampar lagi!" kalini tangan Amer menampar wajahnya sendiri.

"Kau dah dibuang sekolah, dah malukan kitaorang, kecewakan kitaorang. Apa lagi yang tak cukup?"

"Selagi budak tu masih hidup selagi tu dia bawa masalah dekat kita!" kata Amer.

"Aku bapak kau, Amer!" jerit Encik Adnan.

"Aku tak ada bapak yang perangai macam syaitan!" balas Amer dengan jeritan hingga menimbulkan urat di lehernya.

"Bapak macam syaitan ini juga yang akan menangung makan minum kau. Hormat Aku sebagai bapa!"

"Tengok diri tu sendiri. Tak sedar diri. Kalau bukan sebab papa, Aniq tak akan hidup dan anak papa tak akan jadi macam ni. Kau curang belakang mak Aku. Dan kau berdiri dihadapan Aku sebagai seorang ketua keluarga? Amer bukan budak 7 tahun. Amer dah 17 tahun yang dah kenal dunia ni." macam dah besar sahaja saat Amer mengungkapkan umur itu. 17 tahun ? huh.

"Kau cakap macam umur itu dah cukup matang sahaja. Kau cakap seolah-olah tak pernah buat dosa. Aku ungkit kisah lama Aku sebab tak nak kau buat benda lain tapi lupa pula Aku. Syaitan dalam diri kau dah sebati."

"Apa lagi yang mama dengan papa tak bagi dekat Amer? Cakap!" kata Puan Dahlia seraya memandang anaknya.

"Perhatian." satu perkataan itu sahaja membuatkan ibu bapa Amer terdiam. Mereka cuba mengingati memori mereka bersama Amer. Ada ke?

"Apa yang tak cukup? Amer nak ke sana dan ke sini mama dengan papa dah tunaikan." Amer menggeleng. Bukan itu yang dia mahukan.

"Amer minta itu dan ini sebab nak kasih sayang dan perhatian. Mama dengan papa asyik sibuk dengan kerja sampai lupa ada anak kat rumah. Dan yang buatkan Amer semakin marah dan benci dekat Aniq sebab mama dengan papa nak cari Aniq. Eh katakanlah satu hari dia jejak kaki kat dalan rumah ni memang Amer yang angkat kaki keluar dari sini."

"Sudahlah cakap dengan korang macam cakap dengan pokok. Tiada guna. Mak bapak konon lepastu pukul, marah dan tengking anak. Look at yourself, barulah anak. Cakap macam buat pahala lagi banyak." Amer mendaki anak tangga untuk masuk ke biliknya. Encik Adnan pula rasa tercabar dengan sikap kurang ajar Amer. Dia lebih suka kalau Aniq menjadi anaknya berbanding Amer yang tiada sifat hormat walau sedikitpun terhadap ibu bapa.

Dari kecil di didik dengan kasih sayang dan agama tapi bila besar mula memberontak. Ikut kepala dia sahaja. Dia sahaja yang betul dan dia lah raja di rumah itu. Manja kan sangat atau tidak memberi perhatian? Dua dalam satu agaknya.