"ANIQ? Kenapa berdarah ni?" tanya Encik Qhalil dengan riak wajah terkejut.
"Tadi tolong kebumikan kucing yang kena langgar. Tu pasal berdarah." Balas Aniq dan akhir perkataan itu diikuti dengan bunyi batuk.
"Aniq keluar tanpa bagitahu ayah atau kakak. Balik-balik sahaja baju dah basah kuyup. Dahi berdarah. Muka sembam dan bengkak. Kiri kanan lengan tu bertampal dengan plaster. Baju pula ada kesan darah. Lebih baik beritahu ayah, apa yang dah jadi?" Aniq berselindung disebalik selimut yang begitu hangat. Entah kenapa kepala dia berat pada waktu itu. Mungkin terlalu lama dia berendam di dalam air.
"Ayah keluar dulu...Aniq pening ni." Si ayah meletakkan tapak tangan di dahi Aniq lalu dia mengucap panjang. Dahi Aniq begitu panas. Aniq sudahpun terlelap dalam beberapa minit. Nak atau tidak Encik Qhalil perlu keluar dari kamar anaknya untuk biarkan Aniq berehat tapi dia perlu siasat apa masalah Aniq hingga menyebabkan kesan bengkak dan luka?
"Mana Aniq? Tidur lagi ke budak tu?" tanya Puan Adira kepada encik suami yang baru keluar dari bilik anak bujangnya.
"Dia demam. Nanti awak sediakan bahan untuk buat bubur. Saya nak masakan untuk dia."
"Demam? Macam mana boleh demam? Dari dia lahir sampai sekarang susah dia nak sakit." Pelik juga Puan Adira dengan anak teruna dia tu. Tak akan boleh demam pula. Sedangkan antibodi Aniq serupa dengan antibodi Puan Adira. Kuat sahaja.
"Saya rasa anak kita ada masalah." Puan Adira yang asyik benar dengan memotong sayur terus mengerutkan dahi.
"Masalah? Awak nak kata Saya yang bawa masalah ke?"
"Yang awak terasa kenapa? Awak ada bagi anak kesayangan Saya tu masalah ke? Awak jangan ya Adira dia tu walaupun bukan darah daging Saya, Saya tetap sayangkan dia macam Aqilah." Puan Adira menjeling si suami. Encik Qhalil melangkah ke arah singki untuk membasuh beras.
"Saya nak tanya." suara Encik Qhalil bertukar menjadi serius.
"Tanya apa?" wajah tenang Puan Adira membuatkan Encik Qhalil tersenyum.
"Siapa ayah kandung Aniq?" perbuatan Puan Adira terhenti buat seketika. Bagai terdapat sesuatu di dalam mulutnya yang membuatkan dia tidak dapat membalas soalan itu.
"Siapa ayah kandung Aniq? Saya tanya elok-elok ni." soal Encik Qhalil dengan lembut. Tangannya laju memotong ayam di atas singki dengan berwajah tenang manakala Puan Adira kelihatan gelisah.
"Kenapa nak tahu? Bukan awak kata awak tak nak dengar cerita hal silam Saya ke?" balas Puan Adira tanpa memandang wajah suaminya.
"Saya nak ayah dia bertanggungjawab. Saya nak dia tahu dia ada anak lagi. Anak yang serba boleh dan bijak. Saya nak dia hargai kehadiran Aniq."
"Alasan awak tu buat Saya rasa macam alasan sampah. Saya ni mak dia dan awak ayah dia. Hanya kita sahaja mak ayah dia dan tak ada orang luar!" marah Puan Adira.
"Kita tak tahu masa depan Aniq macam mana dan katakan kalau dia nak berkahwin dengan seorang perempuan tanpa ambil tahu perempuan tu ada pertalian darah dengan dia macam mana? Saya nak elakkan perkara tu dan Saya tak nak orang pandang rendah dekat anak saya." luah Encik Qhalil seraya memotong ayam di singki dengan begitu kuat.
Aniq melangkah keluar daripada bilik lalu dia mendekati tubuh ibu bapanya di dapur. "Aniq tahu siapa ayah Aniq sebenarnya dan ahli keluarga ayah Aniq tak ada anak perempuan." Puan Adira terdiam. Macam mana Aniq tahu siapa sebenarnya ayah dia?
"Ayah tak perlu risau tentang Aniq. Kalau Aniq ada masalah, Aniq boleh selesaikan sendiri."
"Dah tu? Yang baju kena darah tu? Ayah tak percaya kalau itu darah kucing. Ayah tak kira. Ayah nak Aniq ceritakan dari A-Z." Aniq setia menatap wajah Encik Qhalil. Pandangan kosong namun otaknya bermain pita rakaman audio milik ayah kandungnya.
"Cukuplah ayah tahu Aniq nak hidup tanpa masalah yang berat." Aniq masuk semula ke dalam bilik. Pintu bilik telah dikunci dan yang tinggal cuma suara Aniq yang terngiang-ngiang di dapur itu.
BOLA BADMINTON yang terkena pada kaki Encik Adnan dibaling ke dalam kolam yang berdekatan dengan itu. Amer menghadiahkan jelingan maut kepada si bapa lalu dia mengambil bola badminton baru di atas kerusi.
"Mana kau pergi semalam?" soal Encik Adnan dengan suara serak basah.
"Kat rumah je." Encik Adnan ketawa sinis. Dekat rumah? Huh!
"Kau cakap dengan Aku apa kau buat dengan Aniq? Apa kau buat dengan budak tu?!" kalini mata Encik Adnan menikam mata anaknya. Dia benar-benar kecewa dengan apa yang dilakukan oleh anaknya sendiri.
"Yang semua nak risau tentang dia kenapa? Apa yang hebatnya dia sampai semua lupakan Amer. Kenapa bapa sendiri pun terhegeh nak kenal dengan dia? Papa buat Amer macam tak berguna bila malukan semua orang. Papa tunjuk kat semua orang siapa Aniq Hamdan yang sebenarnya tapi lupa hal anak sendiri. Amer ni anak kandung papa bukan anak haram tu!"
PANG!
"Mana adab kau dengan bapa sendiri?" jerit Encik Adnan. Amer terus melangkah untuk masuk ke dalam rumah. Rimas dan api kemarahan dia tak akan reda dengan begitu sahaja jadi dia akan pergi berjumpa dengan Aniq.
KETIKA makan malam, tiada seorang pun mencuba memecahkan dinding yang sepi dan sunyi. Amer, Encik Adnan dan isterinya Puan Dahlia.
"Minggu depan kau akan bersekolah di tempat yang lain." ujar Encik Adnan tanpa memandang wajah anaknya. Puan Dahlia cuma menjadi pendengar sahaja. Malas dia hendak masuk campur dalam hal anak beranak itu.
"Dah kenapa pula? Bukan Amer buat benda terkutuk pun."
"Kau buat lawak bodoh apa ni, Amer? Kalau Aku tak tanya cikgu-cikgu dan tak check cctv semalam memang kau buat habis-habis dekat dia."
"Ma, tolonglah ma." rayu si anak pada si ibu. Puan Dahlia cuma menggeleng. Dia tak akan sesekali masuk campur dalam hal itu. Tidak akan!
"Mama! Tolonglah!" Amer meninggikan suara saat Puan Dahlia cuba bangun daripada kerusi. Puan Dahlia memandang si anak lalu dia melafazkan sesuatu.
"Ikutkan hati Aku dah lama Aku heret kau masuk penjara. Biar perangai tu baik. Ini tidak melawan cakap kitaorang lepastu buli anak orang. Kau fikir perangai kau tu boleh buat mak bapak kau bangga? Luar takutkan orang tapi dalam rumah takut dengan bapak. Gengster apa tu? Kira okey lagi bapak kau tak pijak dan belasah kau." Dia terus menapak masuk ke dalam dapur bagi mencuci tangan dan pinggan itu.
"Kau jangan nak tayang muka kurang ajar tu dengan Aku." ujar Encik Adnan pula. Amer cuba menahan kesakitan yang dia alami pada saat itu. Dia benar-benar terluka dengan apa yang dikatakan si ibu dan si bapa. Dia jadi begini kerana kurang kasih sayang dari ibu bapa. Dia juga manusia dan masih seorang anak yang perlukan belaian kasih bukan belaian maki hamun.
Amer terus naik ke bilik untuk berkurung. Dia sendiri menetapkan balasan atas dirinya jadi ini tidak melebihi kemampuan dirinya. Puan Dahlia kembali ke ruang meja makan bersama buah jambu yang sudah siap dipotong.
"Dah jumpa dia?" soal Puan Dahlia.
"Dah cuma mesti dia tak tahu siapa bapa kandung dia." Balas Encik Adnan seraya mengunyah buah jambu itu.
"Kalau boleh jemputlah dia datang ke rumah. Saya nak tengok muka dia. Mana tahu seiras dengan arwah?"
"Nanti Saya pujuk dia tapi Saya tak nak dia berjumpa dengan Amer. Esok, pastikan dia tak keluar rumah. Saya tak nak dia apa-apakan budak Aniq tu. Dan Saya akan terima balasan sebagai bapa yang tak reti mengajar anak." Puan Dahlia setuju dengan apa yang dikatakan suaminya. Dia turut menerima balasan atas ibu yang tidak pandai menjaga mahupun mendidik anak dan dia terima segalanya ujian itu dengan hati yang terbuka.
KERETA Audi milik Hilman berhenti dihadapan sekolah Ilya, usai bersalaman dengan si abang, Ilya bergegas keluar dari kereta untuk bersemuka dengan rakan-rakan yang lain. Dalam perjalanan ke kelas, dia terserempak dengan Ridhuan. Langkahnya terhenti dan wajah tegas Ridhuan membuatkan Ilya berasa gerun.
"Nak apa?" Soal Ilya dalam ketakutan.
"Tadi kau nampak kereta Amer?" Ilya menggeleng.
"Oh. Terima kasih." Dan terus berlalu pergi. Ilya terus masuk ke dalam kelas tanpa berfikir hal Amer Adnan. Kenapa perlu fikirkan hal lelaki itu kalau dirinya sudah mengalami banyak masalah disebabkan Amer.
"Aku ada berita panas seperti api kemarahan mak Aku sebab lupa bawak tuppaware dia." Ujar Farisha seraya melabuhkan punggung dihadapan Ilya. Ilya yang baru tiba terus terkejut kerana Farisha terlebih dahulu menuju ke mejanya.
"Amer kena pindah sekolah. Aku macam tak percaya weyh. So dia tak akan ganggu Aniq kesayangan kau tu." sempat lagi Farisha bergurau dalam hal Amer. Ilya mengangguk perlahan. Entah kenapa pada pagi itu dia berasa kosong. Nak bercakap pun malas apatah lagi senyum.
"Rumah dia dengan Aniq dekat. Nombor pun ada. Amer tak akan senang-senang nak lepaskan Aniq sebab Aniq tu dah macam barang dia. Kalau kau nak tahu Amer siap ugut family dia. Kalau Amer kena pindah sekolah dia akan bunuh diri. Alasan tak berapa bijak itulah yang buat family dia terpaksa tangguhkan hal pindah ni." Ujar Firdhaus yang selang 2 baris dari meja Farisha. Farisha pasang riak wajah terkejut.
"Mana kau tahu? Asal kau tak bagitahu Aku? Hah? Aku ni apa? Pokok ke bang?"
"Kau? Diam. Aku dapat berita dari driver si Amer tu. Well Aku kan terlebih friendly. Lagi satu rahsia Amer dalam tangan Aku. Wa tak layan lah mamat gengster tahi kucing tu." kata Firdhaus dengan begitu yakin.
"Aku pelik tau macam mana boleh takut dengan Aniq. Tak logik lah budak macam dia boleh takut dengan jantan yang ada kuasa pada bapak je. Aniq pun ada kuasa sebagai pelajar, jawatan dia lagi tinggi, bapak dia bekas polis and mak dia bekas cikgu." Ujar Farisha seraya bermain-main dengan botol air milik Ilya.
"Aku rasa kan. Dia jadi lebih kuat bila Amer kaitkan hal family dia. Haritu Aku ada dengar dari kelas sebelah yang Aniq pukul Amer bila Amer sebut hal sejarah keluarga Aniq." Kata Ilya pula.
"Korang tak akan percaya apa Aku nampak tadi!" jerit ketua kelas memakai tag nama Mustaqim yang baru masuk ke dalam kelas.
"Kau nampak ular eh?" teka Farisha. Mengucap terus Mustaqim dengan soalan Farisha.
"Amer minta maaf dekat Aniq senior kita tu. Kau tahu Aku macam wow drama dah bermula. Amer siap melutut kot depan Aniq tapi Aniq buat tak tahu. Beria dia bawa buah tangan sebagai tanda minta maaf, lah-lah dia dapat malu je."
"Kau kata Aniq buat tak tahu dengan permohonan maaf tu?" soal Ilya. Mustaqim mengangguk perlahan. Ilya bergerak dengan laju untuk menuju ke arah bilik darjah Aniq. Dia pasti Amer akan membuat satu lagi kes dengan Aniq sebelum kelas bermula.
"Aniq!" Panggil Ilya kepada Aniq yang baru duduk di kerusi. Aniq menghadiahkan senyuman lalu dia menuju ke arah Ilya. Wafiy dan Yusuf saling menutup mulut mereka tanda terkejut dengan kehadiran Ilya Sufia di pagi hari itu.
"Awak balik pukul berapa?" Aniq memandang wajah Ilya dengan tenang.
"Kul 2 lah macam biasa."
"Kita balik sama-sama. Rehat ni teman Saya jumpa pengetua sebab dia nak jumpa Saya. Boleh?" Aniq mengangguk.
"Pergilah masuk kelas. Nanti Amer ganggu, Saya tak tahu ya." Senyuman manis Aniq ditayangkan kepada Ilya. Khas buat Ilya.
"Kalau boleh jauhkan diri dari jantan tak guna tu. Saya tak nak kawan Saya ni cedera sebab jantan tak berapa nak cerdik tu." Aniq ketawa kecil. Dia mengangguk perlahan kepalanya.
"Oke babai." Sempat Ilya melambai Aniq sebelum bergerak ke kelas. Aniq membalas lambaian itu dengan penuh gembira.
"Fuyoo Aniq ada peminat lah." usik rakan sekelasnya. Aniq menggelengkan kepala tanda itu bukan peminat dia.
"Aik bukan peminat? Tak akan couple kot." Balas salah seorang pelajar perempuan dalam kelas perniagaan.
"Kawan je."
"Tak apa kitaorang support persahabatan korang sampai jenjang pelamin." Kata sekumpulan gadis berpakaian baju pengawas itu. Mereka tidak heran kalau ada yang meminati anak emas cikgu Zarul. Eh senang cerita semua cikgu. Aniq merupakan model bagi satu sekolah itu dan Aniq juga musuh Amer.
"Aku ni tetiba dapat bau bunga-bunga cinta di pagi hari." Sampuk Yusuf dengan sengihan dibibir. Aniq menjeling si kawan sambil mengambil tempat duduknya. Buku teks sejarah dikeluarkan serentak dengan bekas alat tulis.
"Bunga tahi ayam?" kata Aniq.
"Mung ni cuba faham sikit apa Aku nak kata. Mung dengan Ilya tu secocok, sepadan, sehati dan sejiwa. Kitaorang ni tak kisah kalau kau sukakan dia tapi kitaorang kisah kalau kau hilang depan mata dia. Dari pandangan dia dekat kau pun Aku dah tahu dia sayangkan kau." Kalini Aniq tertarik dengan topik itu. Dia menarik kerusi untuk lebih dekat dengan Wafiy.
"Maksud kau?"
"Tahu bijak tapi jangan kurang cerdik dalam hal ni. Dia tu sukakan kau. Aish susah berkawan dengan orang tak tahu maksud cinta ni." Aniq mencebik.
Masih sekolah lagi nak bercinta pasal apa? Bukan dapat apa-apa pun. Dosa je! Aniq melepaskan nafas berat seraya memandang ke langit. Langit mula memainkan warna gelap pada pagi itu dan Aniq masih setia memandang diluar tingkap. Itulah kebiasaan Aniq. Memandang langit sambil fikirkan masa depan.
"Kurangkan lah berjumpa ke terserempak dengan mamat tu. Geli lah tengok muka tar jalan raya tu." balas Wafiy sambil pasang wajah geli. Nampak geli sangat tu dengan wajah dan hidung yang berkerut.
"Eh masa cuti sekolah tu apahal? Aku dapat cerita kau tak balik rumah. Kau lepak mana? Ngan siapa?" Yusuf pula menyoal lelaki itu. Walhal soalan itu daripada Ilya, dia cuma jadi orang kedua sahaja sebagai tukang menyampaikan berita. Kerja yang tidak dibayar.
"Tak. Tak ada apa-apa." Senyum.
"Cerita. Aku bercakap sebagai kawan." Suara Wafiy kedengaran tegas pada pagi itu. Kira-kira lagi 25 minit lagi kelas akan bermula dan inilah masanya untuk mereka mengorek rahsia.
"Aku, Aku pergi jumpa Amer." Dari nada itu sahaja sudah Wafiy beristighfar di dalam hati kerana dia tahu apa yang akan disoal oleh Yusuf sebentar lagi.
"Apa si beruk tu buat kat kau? Dia buli kau lagi ke?" soal Yusuf dengan garang. Cuma senyuman ikhlas sahaja menghiasi wajah Aniq pada ketika itu. Sejujurnya dia tidak mahu mengingati peristiwa itu kerana disebabkan kejadian itu, dia terselamat. Dia ingin mati dan bukan hidup di muka bumi.
"Borak je dan..." perbualan mereka terhenti apabila kedengaran bunyi ketukan papan putih di hadapan. Guru mata pelajaran pada pagi itu tiba lebih awal dari apa jadual tetapkan. Aniq bangun dari kerusi untuk memberi salam kepada guru dihadapan. Tapi dalam hati Yusuf dan Wafiy mereka risau akan hal Aniq.