ILYA meneguk air sirap yang dihadangkan oleh Aniq yang memakai baju lengan pendek berwarna hitam dan berseluar sukan. Gaya rambut yang seperti baru lepas mandi dikemaskan di ruang tamu sambil duduk di sofa.
"Nak pinjam buku rujukan? Tunggu jap Aku ambil." Aniq masuk semula ke dalam bilik untuk mengambil buku rujukan mata pelajaran sejarah. Ilya melihat persekitaran rumah itu. Ceria sahaja tapi tidak untuk anak tuan rumah itu.
"Kau nak maggie?" tanya Aniq sambil memberikan buku rujukan kepada Ilya. Ilya menggelengkan kepalanya. Ish tak nak lah dia duduk disitu lama-lama nanti apa pula orang kata.
Dan- perut Ilya berbunyi pada ketika itu. Aniq tersenyum lalu dia menuju ke dapur. "Saya tak lapar." Kata Ilya di ruang tamu.
"Kakak Aku kat bilik. Ajak dia makan sekali." Senyuman manis Aniq membuatkan Ilya Sufia terdiam pada waktu itu. Kali pertama dia berasa nyaman dengan lelaki dan kali pertama dia rasakan debaran di dada.
"Kari ke ayam?" soal Aniq setelah memandang wajahnya kepada Ilya yang baru bergerak dari ruang tamu.
"Kari." Senyum. Aniq membalas senyuman itu dengan mengangkat sepaket maggie kari.
"Okey. Bilik dia kat atas yang sebelah tandas. Ketuk 3 kali dan suruh dia turun. Terima kasih." Ilya bergegas naik ke atas untuk memanggil Aqilah. Semasa Aniq memasak, dia tidak henti membelai Tuah yang setia menemani dia di dapur. Kucing yang memberi semangat untuk dia teruskan kehidupan dan kucing yang setia bersama si tuan.
SEMASA makan petang, Aniq tidak mampu menatap wajah Ilya dan Ilya tidak mampu melihat Aniq. Aqilah tidak jadi turun untuk makan bersama kerana telah dibuai mimpi. "Boleh janji dengan Saya?" Ilya mulakan perbualan bagi memecahkan suasana sunyi itu.
"Apa dia?"
"Jangan buat perkara bodoh kalau nak lari dari masalah tu." kata Ilya seraya menghirup mangkuk yang berisi maggie kari.
"Kau...maksud Saya, awak pernah rasa ke apa yang Saya rasa?"
"Awak pernah fikir secara logik tak? Awak biarkan perkara tu terjadi tanpa melawan? Awak nak sangat sakit ke?" marah Ilya. Aniq masih berwajah tenang.
"Saya buat sebab Saya tak mampu..."
"Apa maksud awak, awak tak mampu? Apa guna belajar silat sampai tak tahu jaga diri?" jari telunjuk Ilya menghala ke arah bingkai gambar di dinding yang terletak di ruang tamu. Bingkai gambar yang diisi sijil dan gambar Aniq yang mempelajari seni mempertahankan diri. Aniq melepaskan nafas.
"Kalau Saya kata Saya tak boleh jawabnya tidak, Ilya."
"Apa yang tak boleh? Dia hina awak, buli awak, hina keluarga awak sekali tapi awak bersabar. Apa masalah awak? Awak tak kesian dekat diri tu? Tak kesian tengok mak bapak dan kakak awak?"
"Saya tak boleh.." suara Aniq mula perlahan. Dia perlu kumpulkan kekuatan pada waktu itu tapi dia tak mampu.
"Kenapa? Apa kena mengena dengan dia sampai awak-" ayat Ilya dipotong oleh Aniq.
"Sebab dia adik beradik Saya!" Jerit Aniq di ruang meja makan. Ilya terpaku disitu setelah mendengar pengakuan Aniq. Amer adik kepada Aniq? Amer...buli adik beradik dia sendiri?
"Amer adik kau? Amer adik kau, Aniq?" Soal Aqilah yang berada di anak tangga. Dia menggoyangkan bahu si adik sambil menyoal soalan yang sama.
"Amer adik kandung Aniq. Sebab tu Aniq tak berani balas dia balik. Betapa hebat dan bijaknya, Aniq tak bermaksud Aniq boleh kalahkan dia. Dia adik dan Aniq ialah abang dia. Akak rasa Aniq boleh pukul dia macam apa yang dia buat?" Aqilah mengambil nafas lalu dia melepaskan nafasnya. Air matanya mula berkumpul di kelopak mata. Ilya pula rasa bersalah kerana mulakan pergaduhan itu.
"Kau memang tak boleh beritahu ke siapa dia masa mula-mula tu? Kau ingat Aku nak sangat tengok kau kena buli ke Aniq? Eh nasib baik tahu Ilya tanya kalau tak sampai Aku mati lah Aku tak akan tahu siapa sebenarnya dia."
"Dah tahu kan? Hah nak buat apa kalini? Marah Aniq? Marah Ilya?"
"Bapak dia polis kan?" Aniq diam.
"Bapak dia polis kan, Aniq Hamdan?" teriak Aqilah. Air matanya tumpah pada ketika itu.
"Jangan sampai Aku pancung jantan dua ekor tu." kata Aqilah dengan nada marah. Turun naik nafas dia kalini.
"Ya. Dia polis..."
"Ilya pergi balik dulu. Tadi abang tanya mana Ilya. Dia risau tu." Ilya terus bergerak keluar dari rumah itu. Berasa gerun dan rasa ingin menangis dalam masa yang sama. Gerun dengan perubahan Aqilah dan menangis kerana pengakuan Aniq. Dia sangkakan Aniq dan Amer cuma kawan rupanya lebih.
𝘥𝘢𝘺 – 48
𝘛𝘩𝘪𝘴 𝘤𝘰𝘯𝘧𝘦𝘴𝘴𝘪𝘰𝘯 𝘪𝘴 𝘵𝘰𝘰 𝘩𝘦𝘢𝘷𝘺 𝘧𝘰𝘳 𝘰𝘵𝘩𝘦𝘳𝘴 𝘵𝘰 𝘢𝘤𝘤𝘦𝘱𝘵. 𝘉𝘶𝘵 𝘣𝘦𝘭𝘪𝘦𝘷𝘦 𝘮𝘦 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘳𝘦𝘤𝘰𝘨𝘯𝘪𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘸𝘪𝘭𝘭 𝘣𝘳𝘪𝘯𝘨 𝘤𝘩𝘢𝘯𝘨𝘦.
SEMINGGU
DUA MINGGU
TIGA MINGGU telah berlalu, Aniq tidak bersemuka, menyapa dan bertemu Ilya dan yang lain. Dia kerap bersembunyi di bilik. Dan 3 minggu tersebut dia kerap dibuli selepas keputusan peperiksaan sudah keluar. Amer dan yang lain lepaskan kemarahan dan kesedihan mereka terhadap Aniq. Aniq pula cuma menahan kesakitan itu. Demi adiknya, dia sanggup.
Aniq kerap bergaduh dengan Aqilah dan Puan Adira. Kadang dia sering pergi ke tapak pembinaan yang terbiar di kawasan balai ayah kandungnya. Amer kelihatan runsing dan cuba untuk membunuh diri tetapi dia gagal kerana tiap kali dia ingin membunuh diri, dia terdengar suara si ibu yang menjerit namanya dan Ilya yang sering menyokong dia begitu juga amalan dia. Adakah amalan itu dapat mbawa dia ke syurga ataupun neraka?
SPM tinggal beberapa hari sahaja lagi dan Aniq pula semakin sibuk memikirkan jalan keluar. Dan dia juga baru dapat tahu Amer kerap membuli pelajar tingkatan 1 dan 3. Dia perlu hentikan Amer tapi dia sendiri gagal. Dia tak mampu buat semua itu kerana takut kalau-kalau adiknya hilang begitu sahaja.
Kini Aniq menghampiri tepi atas bangunan. Aniq memandang kebawah. Senyuman tawar dihadiahkan kepada tanah. Perlahan-lahan dia duduk disitu. Kakinya digoyangkan seiring angin pada malam itu. Malam bersejarah dalam hidup Aniq kerana buat pertama kali dia akan pergi ke dunia lain.
"Aniq!" jerit seorang wanita dibelakang Aniq. Aniq tersentak dari lamunan dia lalu mempalingkan wajahnya.
"Nak join?" Soal Aniq kepada wanita itu.
"Aniq, kita balik ya. Dah malam ni lagipun dah gerimis." Aniq menggelengkan kepalanya.
"Aniq jangan buat benda tak berfaedah. Ibu tunggu Aniq tu..." sayu sahaja suara Aqilah memujuk si adik. Aniq cuma memaparkan segaris senyuman.
"Akak nak tahu kenapa Aniq nak mati?" Aniq menggoyangkan kedua-dua belah kakinya seperti dalam keadaan yang ceria.
"Aniq, jangan cakap macam tu. Bawa mengucap..."
"Masih sama dan tetap sama. Tiada yang berbeza. Mengucap pun tiada guna kalau takdir yang buat Aniq begini."
"Aniq Hamdan. Ingat Allah. Dia merancang kitapun merancang. Jangan sesekali leka dalam ujian ini. Syaitan sengaja bisikan dalam diri kau untuk buat kerja terkutuk. Kalau kau jatuh maksudnya kau gagal dalam ujian ni. Ingat sikit kita ada Allah yang sentiasa lindungi kita."
"Dah tu kenapa? Kenapa doa Aniq tak dimakbulkan? Kau tahu tak Aku hampir mati dekat tangan adik Aku sendiri? Kau dengan tazkirah kau tu boleh main jauh-jauh. Sakitnya dalam ni hanya 'dia' sahaja yang tahu."
"Kau bukan doa untuk dipermudahkan urusan tapi kau meminta untuk kematian." Kalini Aqilah menarik tubuh Aniq ke tengah-tengah kawasan itu agar adiknya tidak berfikir untuk melompat dari tepi bangunan yang 4 tingkat itu.
"Aku ada...ibu,ayah,Ilya dan Hilman. Kitaorang boleh keluarkan kau. Cuma perlukan masa untuk dedahkan bahawa dia bersalah. Kita sama-sama tolong diri kita." Aqilah mendakap tubuh kerdil si adik. Kali pertama dalam pelukan yang hangat, itu membuatkan Aniq berasa selamat. Air mata Aqilah jatuh mengalir di pipi. Tiada senyuman dan tiada rayuan untuk diminta pergi. Hanya bunyi hujan yang lebat dan angin begitu juga tangisan dari seorang kakak.