"HA?" Ternganga Tengku Fahmi akan kenyataan itu. Satu disebabkan kemunculan gadis itu. Dua disebabkan kerjaya gadis itu. Bodyguard aku pulak tu! Gila!
"Tutup mulut, tengku. Nanti lalat masuk." Dingin sahaja teguran Aisy apabila bercakap dengan Tengku Fahmi.
Segera Tengku Fahmi patuh pada arahan Aisy. 'Eh, dah kenapa pulak aku ikut cakap dia ni?" tanya Tengku Fahmi dalam hati. Dia berdehem beberapa kali untuk menghilangkan rasa gelisah yang ada ketika itu. Dia baru mahu memulakan perbualan tetapi Aisy terlebih dahulu memulainya.
"Bila saya boleh mula kerja?" tanya Aisy. Mendatar saja suaranya apabila bertanya.
"Ouh, kerja... Ha? Kerja? Kerja apa?" soal Tengku Fahmi blur. Bukan blur sebenarnya tapi lebih kepada soalan bodoh.
Merah padam muka Aisy ketika itu. Itu pun disebabkan geram dengan soalan yang diberikan oleh Tengku Fahmi. 'Apa masalah dengan dia ni? Pergi tanya soalan yang tak masuk akal tu dah kenapa? Mamat ni dari dulu lagi suka cari masalah dengan aku! Apahal haa?' ujar Aisy geram dalam hati.
"Bodyguard, Tengku Fahmi." Jawab Aisy dengan mengetap giginya. Sementara itu, Aisy menyabarkan hatinya supaya jangan cepat marah. Sabar Aisy... Sabar... Sabar itukah separuh daripada iman. Bersabarlah, wahai Aisy...
"Ouh, yeke? Hehe..." ujar Tengku Fahmi menutup malu.
Aisy sekadar menjeling sahaja. Dia menatap muka Tengku Fahmi dengan penuh geram. Muka mamat ni... Nak kata buruk, tak boleh sebab muka mamat ni memang 'handsome'. Kalau tanya perempuan-perempuan kat luar sana pun... Confirm diorang tergila-gilakan mamat ni! Pakej lengkap! Handsome, pandai, kaya! Anak kacukan Melayu-Indonesia tau! Siapa je yang tak nak,kan? Ramai nak punya! Entah-entah, mak nyah kat luar sana pun suka.. Uishh, geli pulak aku!
"Aisy..." Sayu sahaja Tengku Fahmi memanggil Aisy.
Aisy mengangkat kening sebelahnya tanda pelik. Pulak? Eyy, apa siut? Buang tebiat ke panggil aku macam tu? Eww, kau fikir aku akan cair macam ais krim? Of course not!
Tengku Fahmi memanggil Aisy sekali lagi. Itu pun disebabkan panggilannya tidak menyahut. Kali ini lebih kuat lagi daripada yang tadi. "Aisy!"
"Nak apa, tengku?" soal Aisy acuh tak acuh sahaja lagaknya.
"Nak nombor awak, boleh?" pinta Tengku Fahmi. Fahmi... Fahmi... Kau sebenarnya nak minta maaf! Tapi ego kau tu tinggi sangat! Itu yang kau susah sangat nak minta maaf...
"Buat apa?" Berkerut dahi Aisy.
"Nak buat apa lagi? Nak save nombor awak lah... Takkan nak goreng pulak nombor tu. Alahai, awak ni. Kalau ye pun, janganlah sombong sangat..." perli Tengku Fahmi. Kan dah kena setepek! Padan muka!
Aisy hanya mampu mendengus sahaja. Nasib baik kali ni aku yang salah... Kalau tak, aku bedebik aje muka mamat sorang nih! Dia menghulurkan tangannya ke arah Tengku Fahmi dan meminta sesuatu.
"Apa?" tanya Tengku Fahmi.
"Your phone." Jawab Aisy dan masih lagi menghulurkan tangannya.
"Nak buat apa?" tanya Tengku Fahmi lagi dengan mengangkat kedua-dua keningnya itu.
"Nak buat apa lagi? Nak save nombor saya lah dekat phone tengku tu. Takkan nak goreng pulak phone tu. Kalau ye pun, janganlah blur sangat..." bidas Aisy dengan memerli. Dia memulangkan paku keras pada Tengku Fahmi. Biar dia rasa apa yang aku rasa!
Buk! Kan dah kena setepek! Itulah... Perli Aisy lagi, kan dah kena perli balik...
"Ey, apa ni copy ayat orang!" Ucap Tengku Fahmi dengan berpura-pura marah. Serentak itu, dia menghalakan iPhone kepunyaannya kepada Aisy.
Lantas Aisy mencapai Iphone milik Tengku Fahmi. Dia memandang Tengku Fahmi sekilas dan matanya terus menatap skrin iPhone itu lalu menyimpan nombor telefonnya. Tiada tanda-tanda Aisy mahu membalas ucapan itu.
Tengku Fahmi membiarkan sahaja Aisy menyimpan nombornya. Dalam hatinya, dia sudah bersorak gembira. Walaupun ketika itu, reaksi wajahnya tenang sahaja. Nak sorok kegembiraanlah katakan.
Kalau korang tanya, kenapa gembira? Tengku Fahmi just cakap. 'Aku dapat nombor phone Aisy! Kau ada? Iyalah, bukannya senang nak dapat nombor dia! Huhuhu...'
"Done." Jawab Aisy sepatah. Dia pun mengembalikan iPhone milik Tengku Fahmi.
Tengku Fahmi lantas menyambutnya. Dia melihat skrin phone nya. Terpampang nama 'Girl Bodyguard' di permukaan skrin itu. "Aisy, awak ni saja kan save macam ni... Jatuhlah saham saya sebagai seorang lelaki!" ujar Tengku Fahmi geram. Kecil aje matanya melihat Aisy.
"Ouh, yeke? Saya fikir tengku ni perempuan! Sorry, tersilap pulak!" Bidas Aisy setepek.
Mendengar Aisy membidasnya membuatkan Tengku Fahmi kehilangan kata-kata. Haih, nasib aku lah dapat bodyguard yang mulut dia boleh tahan pedas jugak. Satu idea tiba-tiba muncul di fikirannya. Terus sahaja, dia menaip sesuatu di dalam phone nya.
Aisy yang menatapnya ketika itu pun pelik akan gelagat Tengku Fahmi.
Setelah siap, Tengku Fahmi pun memperlihatkannya kepada Aisy. Dia tersenyum puas.
Bulat mata Aisy memandang Tengku Fahmi. Dia mendengus kuat. "Awak! Kenapa memandai tukar? Biar ajelah save 'Girl Bodyguard' tu! Apahal save 'My Girlfriend Bodyguard' pulak! I'm not your girlfriend!" marah Aisy. Segera dia pergi ke arah Tengku Fahmi untuk merebut telefon pintar milik lelaki itu.
Terjadilah sebuah pergelutan antara Aisy dan juga Tengku Fahmi. Aisy berusaha sekuat hati untuk merebut telefon pintar milik Tengku Fahmi. Haish, tinggi siut mamat ni! Dulu tinggi sikit aje daripada aku... Sekarang, macam galah pun ada!
Pergelutan antara mereka masih lagi berlaku. Aisy sudah berusaha keras tetapi masih tidak dapat mencapainya.
"Dah tau pendek tu... Jangan lah berangan nak capai!" sindir Tengku Fahmi selamba.
Mendengar sindiran yang selamba itu membuatkan Aisy semakin geram dengan Tengku Fahmi. Pantas sahaja, dia menerpa lelaki itu dan membuatkan lelaki itu tidak dapat menampungnya. Lalu mereka pun jatuh bersama.
Keadaan itu menyebabkan mereka terkedu seketika. Posisi Aisy yang berada di atas badan Tengku Fahmi membuatkan mereka bertentang mata antara satu sama lain. Suasana di bilik meeting itu sunyi seketika. Lama mereka berkeadaan begitu.
Satu ketukan di sebalik pintu itu membuatkan mereka serentak berpaling ke arahnya. Sekujur tubuh seorang lelaki memasuki bilik itu dan menghadap mereka.
Terbeliak mata Aliff dibuatnya. Terus sahaja, dia membalikkan badannya menghala ke arah pintu. "Aku tak nampak apa-apa!" ucap Aliff gugup. Aduh! Diorang berkeadaan macam tu.. aku pulak yang gugup tak tentu pasal.. Hish! Meremang bulu roma aku!
Tersedar akan posisinya itu, Aisy pun terkial-kial bangun dan diikuti oleh Tengku Fahmi. Kedua-duanya pun membisu lama.
Kebisuan mereka itu membuatkan Aliff berpaling balik. 'Nak tergelak pun ada tengok diorang berdua ni...' ucapnya dalam hati. Tanpa dapat menahannya, dia pun menghamburkan tawanya dengan kuat. Bilik mesyuarat itu pun bergema disebabkan tawanya yang terlampau kuat itu.