Chereads / My Girlfriend Bodyguard / Chapter 4 - Bab 3

Chapter 4 - Bab 3

AISY memandang bangunan yang besar di hadapannya itu. Dia memasuki bangunan tersebut tanpa mempedulikan hal lain. Tujuannya hanya satu iaitu kerja. Dia berjalan menuju ke arah kaunter yang jauh dari pintu masuk itu.

"Tumpang tanya... Saya ada janji dengan Tengku Fahmi. Di mana saya boleh jumpa tengku?" beritahu Aisy dan menanyakan hal tersebut.

"Ouh, kejap ye." Penjaga kaunter yang bernama Lina itu memintanya untuk menunggu sebentar.

Aisy sekadar mengangguk sahaja. Sementara menunggu, dia memandang sekelilingnya itu. 'Boleh tahan juga lah..' puji Aisy dalam hati.

"Cik siapa?" soal Lina. Dia memandang Aisy sambil menanyakan siapa gadis yang comel berada dihadapannya ketika itu.

"Bodyguard." Aisy memberitahu identitinya dengan menunjukkan sekeping kad yang tertulis STRONG BODYGUARD. "Saya diberitahu untuk berjumpa dengan Tengku Fahmi di FR Holding ini," sambung Aisy lagi bagi meyakinkan penjaga kaunter yang bernama Lina itu.

Lina mengerutkan dahinya lalu memberitahu seseorang di dalam talian tadi. Mungkin pelik dengan perkataan bodyguard bagi seorang gadis agaknya. Mesti dia tak percaya akan kerjayanya itu. Mana tak percaya! Dengan badan kecil molek, takde siapa yang percaya punya! Percayalah! Silap-silap, kawan-kawannya yang satu sekolah dengannya dulu pun tak percaya...

Terangguk-angguk Lina apabila diberitahu sesuatu. Beberapa minit kemudian, barulah Lina meletakkan gagang telefon. "Cik Aisy boleh pergi ke tingkat 3... Nanti ada yang tunggu cik dekat sana," jelas Lina sambil tersenyum.

"Thanks," ucap Aisy sepatah sahaja. Dia terus menuju ke arah lift dan menekan butang buka pada tepi lift itu. Dia pun masuk dan menutupnya kembali lalu menekan butang nombor 3 pula. Sesampai di sana, seorang lelaki yang tingginya lebih kurang 178 sedang menunggunya.

"Aisy, kan?" tanya Aliff dengan teruja. Betapa gembiranya dia dapat bertemu dengan kawan satu sekolahnya itu lagi. Hati yang sebelumnya berasa serba salah dengan gadis itu pun berkurang. Satu perkataan saja ingin Aliff katakan iaitu 'MAAF'. Selebihnya itu terpulang pada Aisy yang ingin memaafkannya atau tidak.

"Hmm." Dingin sahaja suara yang menjawab pertanyaan Aliff itu.

Seketika, Aliff terasa seram sejuk sahaja mendengar jawapan yang dingin dari Aisy itu. Masih sama... Kali terakhir sebelum Aisy pindah pun macam ni.. Opss, bukan pindah tapi lebih sesuai perkataan lari dari kawan baiknya, Fahmi.

"Kau buat apa kat sini?" soal Aliff dengan mengalihkan topik lain. Dia tak nak Aisy berasa tak selesa dengannya. Habislah Fahmi... Hati Aisy dah keras macam logam dah...

"Kerja." Satu perkataan yang keluar daripada mulut Aisy itu mengundang pertanyaan buat Aliff.

Aliff mengangkat kening sebelah kirinya itu. Itu menunjukkan bahawa dia pelik akan jawapan itu. "Kerja? Kau kerja kat sini ke?" tanya Aliff serius. Haih, takkan si Aisy ni bodyguard yang dipanggil tu! Tak mungkin.. Tak mungkin..

"Haah. Sementara saja selagi perkhidmatan aku digunakan," jelas Aisy. "Kau setiausaha Tengku Fahmi kan?" sambung Aisy dengan menanyakan soalan buat Aliff.

"Jangan cakap yang kau tu bodyguard sudah!" ucap Aliff dengan nada yang tidak percaya. Dia menekup mulutnya tanda tidak percaya langsung.

Aisy hanya sekadar mengangguk sahaja mengiyakan perkataan bodyguard itu. Kan aku dah kata.. Kawan sekolah aku pun tak percaya dengan kerjayanya sekarang ni... Dia mengeluarkan sekeping kad yang ditunjukkan kepada penjaga kaunter itu tadi sebagai bahan bukti akan kerjayanya itu. Asal semua tak percaya ahh? Tak puas hati nih!

"Wahhhhhhhhhh..." Panjang perkataan 'wah' nya itu. Serius, dia memang tak percaya. Bukan semua perempuan yang dapat jadi bodyguard ni! I can't believe it!

"Panjang sangat kau punya 'wah' tu... Karang masuk lalat lepas tu tercekik. Time tu padan lah muka kau. Jangan minta tolong aku sebab aku tak tolong kau ehh." Aisy mengusik Aliff dengan seram. Saja nak bagi takut sikit... Hehe...

"Hei, kau ni! Ke situ pulak kau merepek!" ujar Aliff. Segera dia menutup mulutnya agar terkunci rapat. Tak nak bagi lalat masuklah katakan.

Aisy sekadar mengangkat bahu sahaja tanda tidak tahu. "Berapa lama lagi nak tunggu kat sini?" soal Aisy bosan. Iyalah! Tercongok kat depan lift tanpa ada kerja. Lebih baik dia menyibukkan diri dengan perkara yang berfaedah. Betul tak?

"Ouh, ye tak ye! Berbual dengan kau sampai lupa nak tengok jam dah pukul berapa dah. Hmm, 9:55 pagi. Tinggal lima minit aje lagi dah dekat sepuluh..." kata Aliff sambil meneliti jarum jam yang dipakai olehnya.

Aisy hanya mendengar sahaja kata-kata Aliff dengan memerhati gelagatnya itu.

"Aisy, kau pergi dulu boleh? Aku nak ambil barang jap. Tertinggal tadi," ujar Aliff sambil menepuk dahinya itu.

"Hmm. Bilik meeting kat mana?" Aisy menanyakan kedudukan bilik meeting berada.

Bersinar wajah Aliff ketika itu. Pantas dia menyembunyikan reaksi wajahnya itu daripada di lihat terus oleh Aisy. Sebenarnya, dia mahu Tengku Fahmi menguruskannya sendiri mengenai Aisy. Dia tidak mahu masuk campur urusan mereka. Lebih baik, dia melarikan diri daripada terlibat dalam kisah mereka.

"Woi, bilik meeting kat mana?" tanya Aisy kuat. Berangan pulak mamat ni!

"Eh, sorry-sorry... Firstly, kau straight dulu. Lepas tu, kau belok kanan. Masa tu, kau nampak papan tanda yang bertulis 'BILIK MESYUARAT'. Ha, tulah dia bilik meeting nya!" jelas Aliff sambil tersengih-sengih menutup malu.

Aisy mengangguk kepalanya tanda faham akan penjelasan yang diberikan oleh Aliff. Dia pun berlalu meninggalkan Aliff seorang diri di situ.

TENGKU Fahmi memegang sebatang pen dan mengetuk banyak kali di meja yang selalu digunakan untuk mengadakan meeting. Matanya ketika itu sedang memandang ke arah cermin lut sinar yang besar. Di situ, dia melihat bangunan-bangunan yang tak kalah tingginya dengan bangunan miliknya.

Sedang Tengku Fahmi leka, satu suara ketukan di luar pintu bilik mesyuarat itu membuatkan dia sedikit tersentak. Terus sahaja, mulutnya menyuruh masuk.

Pantas, Tengku Fahmi berpusing menghadap orang itu yang disangka Aliff. "Apahal kau lam... bat..." Tercengang Tengku Fahmi lama. Dia terkejut akan pertemuan yang tidak diduga itu.

"Aisy?" soal Tengku Fahmi terkejut dengan kehadiran gadis yang sudah lama tidak dijumpainya.

"Tengku Fahmi." Aisy menyebut nama lelaki itu dengan dingin. Dia sememangnya sudah tahu identiti kliennya itu. Disebabkan itu, dia mengenalkan dirinya seolah-olah baru pertama kali berjumpa.

"Saya Aisy. Saya ialah bodyguard yang diarahkan untuk menjaga Tengku buat masa ini.Tolong kerjasama nya, Tengku" sambung Aisy dengan wajah dingin.

"Ha?" Ternganga Tengku Fahmi akan kenyataan itu. Satu disebabkan kemunculan gadis itu. Dua disebabkan kerjaya gadis itu. Bodyguard aku pulak tu! Gila!