Chereads / THE MAFIA IS MY HUSBAND / Chapter 15 - BAB 14:

Chapter 15 - BAB 14:

"Erhh awal korang bangun hari ni.. Aku baru jer ingat nak jerit tadi..." Sakat Abang Hafiz.

"Aku bangun awal sebab si Rayyan ni, dia boleh call aku pagi tadi, aku ingatkan bakal wife aku yang call, last last dia yang call.. Erkk.." Ujar Zack and merenung wajah Rayyan dengan tajam.

"Sorry arhh bro.. Tak sengaja." Balas Rayyan.

"Tak sengaja kepala hotak kau!" Marah Zack.

"Alolololo Zack... Abang Zack... You tak kesian kat I ker?" Soal Rayyan dengan nada meleret.

"Euwwww... Gay!!!" Sampuk Amanda and Zahirah.

"Euwww! Kitorang masih betul okey? No belok belok." Balas Zack and Rayyan serentak.

"Ni, roti bakar dah siap... So, silakan makan wahai adik-adikku." Arah Abang Hafiz dengan girang.

"Bila masa pulak aku adik kau?" Soal Rayyan.

"Taknak lah aku jadi adik kau..." Ujar Zack kepada Abang Hafiz.

"Pastu? Kau ingat aku nak sangat korang jadi adik-adik aku?" Soal Abang Hafiz.

"Erk.. Ni lah masalahnya kalau terlampau jujur.. Huhuhu...Zahirah... Tengoklah perangai Hafiz tu... Sedih I..." Ujar Rayyan kepada Zahirah dengan manja.

Zahirah menggeleng kepala.

Aku, Amirul and Haikal terus berlalu ke dapur.

"Ape bising-bising ni?" Soalku.

"Takde pape..." Jawab Zack.

"Yerker ni?" Dugaku.

"Melllll.... Hafiz tak mengaku aku ni adik dia!!..." Rayyan acah-acah nak nangis.

"Pastu bila masa pulak kau adik Hafiz?" Soal Haikal.

"Beku! Kau diam!" Marah Rayyan and menjegilkan mata ke arah Haikal.

"Sekali lagi kau cakap aku beku, memang tamatlah riwayat kau.." Pesan Haikal.

"Dik! Duduk sini!" Arah Abang Hafiz and menunjukkan tempat di sebelahnya. Sebaik sahaja aku ingin duduk, Amirul mengheret tangan aku.

"Ape guna aku suami dia?" Soal Amirul.

"Erk... Kau suami aku ker?" Soalku and tersenyum sinis.

"Lepaslah!" Marahku and merentap tangannya dengan kasar. Aku terus melabuhkan punggung di sebelah Abang Hafiz.

"Bangg... Tolong suapkan..." Ajuku.

Abang Hafiz mengangguk and terus menyuapkan roti bakar ke dalam mulut aku.

"Aummm... Sedapnya..." Ujarku and tersenyum manis. Semua orang ternganga, terkejut punya pasal.

"MEL! I'M STILL YOUR HUSBAND!" Jerit Amirul.

"Kau jealous ker?" Soalku.

"Tak kuasa aku nak jealous!" Marah Amirul and terus melabuhkan punggung di sebelah Rayyan. Keadaan menjadi senyap dan semua orang menikmati roti bakar.

Tiba-tiba,

Ting!

iPhone Amanda berbunyi menandakan whatsapp masuk.

"Sape whatsapp?" Soal Zack.

"Perlu ker kau tahu?" Soal Amanda.

"Mestilah perlu." Jawab Zack.

"Asal?" Soal Amanda.

"Sebab kau... Emm.. Takde papelah.." Jawab Zack.

"Ni, Farha.. Yang kawan baru kita tu..." Ujar Amanda.

"Ohh.. That's girl... Camne kau dapat nombor dia?" Soal Rayyan. Zahirah menjeling Rayyan dengan tajam.

"Aku mintak dengan dia semalam.." Jawab Amanda.

"Bakk sini nombor dia.." Aju Haikal. Semua orang tersentak.

"Kau nak buat ape?" Soal Amanda.

"Aku nak kenakan dia.." Jawab Haikal.

"Kal.. Kau demam ker ape?" Soal Zahirah dengan hairan.

"Aku sihat jer, nape?" Soal Haikal.

"Takde pape, saje jer tanya.. Tak tahu pulak beku boleh bercakap.." Ujar Zahirah entah apa-apa.

"Merapu jer kerja." Balas Haikal and menjeling Zahirah dengan tajam. Zahirah buat-buat tak nampak.

"Dahh... Jom... Lambat sampai nanti...Kita ni best student..." Ujar Amanda.

"Best student kepala hotak kau.. Kerja cikgu singa tu kau dah siap ke belum?" Soal Zack.

"Cikgu singa mane pulak?" Soalku.

"Cikgu Siti... Aku panggil dia singa sebab dia ade misai." Jawab Zack Selamba.

"Hahahahhahahahah" Meletus ketawa kitorang.

"Btw, aku tak siap lagi... Or, lebih tepat, tak siap.." Ujar Amanda.

"Same lah..." Sokong Zack, Rayyan and Haikal serentak.

"Korang siap tak?" Soal Zack kepada aku, Zahirah and Amirul.

"Aku mestilah siap.." Jawab aku and Zahirah serentak.

"Alahhhhh... Korangggg... Pastu aku camne?" Soal Amanda.

"Padan muka.. Orang suruh buat homework, kau pergi layan drama Korea..." Bebel Zahirah.

Amanda memuncungkan bibir.

"Aku tak siap.. Malas nak buat." Ujar Amirul.

"Ade kitorang tanya?" Soal Rayyan.

Zack menyiku lengan Rayyan.

"Kau jangan cari pasal, kang nyawa kita yang melayang." Bisik Zack kepada Rayyan. Rayyan mengangguk.

[....]

"SAPE TAK SIAP KERJA SAYA SEMALAM ATAU TAK BAWAK BUKU! BANGUN!" Jerit Cikgu Singa, eh! Cikgu Siti.

Amirul, Zack, Rayyan, Amanda and Haikal terus berdiri.

"Kau siap ker?" Soal Amirul kepada ku.

"Of course lah aku siap..." Jawabku dengan bangganya.

"Tipu... Mehh sini aku nak tengok.." Aju Amirul and menghulurkan tangannya.

"Nah.." Aku terus memberikan buku bahasa inggeris kepadanya. And you know what guys? Dia pergi lempar buku aku keluar dari tingkap.

"Kau buat ape ni bangang?! Buku aku! Zahirah! Buku aku!!" Ujarku, nak menangis pun ade... Dah lah aku sanggup korbankan masa aku untuk baca novel semata-mata untuk menyiapkan kerja sekolah. Huaaaaa!!!

"Opsss... Sorry..." Ucap Amirul.

"Kau memang babi lah sial!" Marahku.

"Hum... Amanda, kenapa tak siap?" Soal Cikgu Siti kepada Amanda.

"Tak ingat, cikgu..." Jawab Amanda and menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ooo... Nyanyuk sangat kamu ni yer..." Perli Cikgu Siti.

"Zack?" Soal Cikgu Siti.

"Buku saya tertinggal kat rumah atok saya, cikgu.." Jawab Zack.

"Pastu? Kamu ingat atok kamu yang baca?!" Soal Cikgu Siti dengan bengang.

"Rayyan! Kenapa tak siap?!" Soal Cikgu Siti.

"Erk... Saya tak sempat nak buat cikgu, kucing-kucing saya nak bermanja jer semalam, diorang tak bagi saya buat homework.." Jawab Rayyan. Kitorang menggelengkan kepala. Sudah nampak kebodohan disitu.

"Alasan!" Marah Cikgu.

"Haikal! Kenapa tak siap?!" Soal Cikgu dengan bengang.

Haikal hanya senyap and menjongketkan kedua-dua belah bahunya. Takde suara kot, beku kann... Haikal melirik ke arah Farha and at the same time Farha melirik ke arah Haikal.

'DUP! DAP! DUP! DAP!' Jantung diorang berdetak laju.

"Amirul?! Mane buku?!" Soal Cikgu.

"Tak bawak.. Tertinggal.." Jawab Amirul selamba.

"Tertinggal ker saje tinggal?!" Soal Cikgu dengan bengang.

Amirul mengangkat bahu, wajahnya cool jer..

"MEL! WHERE IS YOUR BOOK?!" Jerit cikgu. Terkejut beruk aku dibuatnya. Aku tahulah nak marahkan Amirul, tapi kenapa lepas kat aku?

"Bu.. Buku.. Tadi ade... Sekarang kat luar tingkap.. Ehh.. Jatuh.. Ehh bukan... Ami.." Belum sempat aku habiskan ayat aku,

"Cikgu.. Kalau dah tak bawak tu tak bawak jerlah... Banyak pulak alasan budak ni.." Ujar Amirul and tersenyum sinis kearah aku.

'Sial kau Amirul!'

Cikgu Siti terus kehadapan kelas...

"ZACK! AMANDA! RAYYAN! HAIKAL! BLACK! MELISSA! AMIRUL! ADELIA! IKUT SAYA!" Jerit Cikgu Siti. Kitorang mengeluh and terus mengikut cikgu.

[....]

"Woi! Sial lah korang ni! Tolong lah aku sapu jugak!" Jerit Zack dengan bengang. Sebagai denda, kitorang kena bersihkan stor..Erk.

"Entahnya, senang hidup nampak! Goyang kaki jer!" Jerit Rayyan.

"Biarkan jerlah diorang dua orang tu..." Keluhku and menyapu.

"Kau tak jealous ker tengok Adelia ngan Amirul tu asyik berkepit dari tadi? Kerja pun tak buat.." Soal Amanda.

"Hum... Entah.. Aku... Entahlah..." Jawabku.

"Sabar Babe, aku tahu kau kuat.." Amanda memberi kata-kata semangat and menepuk bahu ku.

"MEL!" Jerit Amirul.

"Amende?!" Soalku dengan bengang.

"Cantik kan Adelia?!" Soal Amirul. Aku tersentak.

"Entah..." Jawabku.

"Adelia sayang...." Panggil Amirul dengan manja.

"Yer baby.." Sahut Adelia.

"I miss sooo muchhhhh!!" Ucap Amirul.

"I miss you tooo.. Baby..." Ucap Adelia. Aku terkedu. Amirul mengusap lembut rambut Adelia.

"Korang... Emm.. Aku nak keluar jap... Nak gi tandas.." Ajuku.

"Mel... Aku temankan.." Ujar Amanda.

"Takpe, aku boleh pergi sendiri.." Balasku.

Amanda memandang wajah ku yang berkaca.

"Kau sure?" Soal Amanda.

Aku mengangguk.

Aku terus keluar dari stor...

Setelah beberapa jam...

"Asal lama sangat Mel ni?" Keluh Amanda.

'Asal aku tak sedap hati ni?' Bisik hati Amirul.

"Haih.. Takleh jadi... Aku nak gi cari dia.." Ujar Amanda.

Bamm!

Pintu dihempas kuat.

"KORANG!" Jerit Zahirah dengan tercungap-cungap...

"Asal ni?" Soal Amirul.

"Mel...Mel..." Jawab Zahirah.

Semua orang tersentak.

"Asal dengan Mel?!" Soal Amirul.

"Dia pengsan kat padang sekolah! Cikgu Hafiz dah bawak dia pergi hospital!" Terang Zahirah.

"WHAT?!" Soal kawan-kawan ku serentak.

Amirul terus bangun and menuju ke pintu...

"Baby! You nak pergi mane?" Rengek Adelia.

"LEPASLAH BABI!" Jerit Amirul. Adelia tersentak. Amirul terus berlari keluar. 'Tunggu aku sweetheart.' Bisik hati Amirul.

"Tulah... Dalam hidup ni, kita takleh tamak, orang tamak selalu rugi.." Ujar Amanda kepada Adelia and terus berlalu pergi.

Adelia menghentakkan kaki tanda protes.

"Aku dah cakap, Amirul tak sebodoh tu.." Bisik Black. Adelia menjeling Black dengan tajam.