Chereads / THE MAFIA IS MY HUSBAND / Chapter 17 - BAB 16:

Chapter 17 - BAB 16:

"Huawwwwwww..." Aku menguap dengan panjang.

"Ehh... Mane Mirul ni?" Soalku seorang diri. Aku terus menapak keluar dari bilik and mencari-cari kelibat Amirul, tapi takde... Kemudian pergi ke dapur.

"Morning.." Sapa Amirul yang tengah melantak mee goreng.

"Morning too.." Balasku seraya tersenyum and aku terus menarik kerusi di hadapannya and terus melabuhkan punggung.

Amirul terus mencedok mee goreng ke dalam pinggan."Makan lah..."

"Emm.. Thanks.." Ucapku and aku terus makan mee goreng.

"Kau masak ker?" Soalku.

"Tak, abang Hafiz masak tadi... Sebelum dia pergi sekolah.." Jawab Amirul.

"Oooo....Emm... Nak tanya something boleh tak?..." Soalku and membuat wajah sehabis comel. Amirul kaku. Comel...

"Ape dia?" Soalnya dengan lembut.

"Nak gi jalan-jalan dengan kau..." Rengekku. Amirul memandang ku dengan hairan, dia terus meletakkan tangannya di dahi ku.

"Patutlah... Kau demam lagi ni.." Keluh Amirul.

"So, boleh tak? Nak gi dating dengan kau..." Rayuku.

"Dating? Emm... Boleh... Anything for you sweetheart." Balas Amirul seraya tersenyum manis. Aku terkesima. 'Fuyoooo! Handsome nak mampuih husband aku ni...'

"Dah puas pandang aku?" Soal Amirul menghentikan lamunan ku. Aku cepat-cepat memandang ke arah lain.

"Ma..Mane ade..." Balasku.

"Eleh... Aku tahu lah aku ni handsome..." Ujar Amirul dengan bangganya. Aku membuat wajah menyampah.

Usai makan, aku terus mengambil pinggan ku and membawa ke singki, tapi...

"Ehh... Takpe... Aku basuhkan..." Aju Amirul.

"Lahh... Takpelah... Setakat basuh pinggan jer pun..." Balas ku.

"Jangan menjawab boleh tak? Kang aku cium baru tau" Ugut Amirul.

"Erkk... Menyampah..." Balasku dengan menyampah.

"Sekali lagi kau bercakap, sumpah aku kiss kau." Amirul memberi amaran.

"Ade aku ki-"

Chup!

Terus mati kata-kata ku apabila dia mencium bibir ku. Aku terus memukul dada bidang Amirul.

"Asal kau kiss aku hah?! Arghhhhh... Zahirah! Amanda! Dia ambik first kiss aku..." Raungku dengan kuat.

"Eh... Tadi aku dah bagi warning, kau yang tak dengar." Balas Amirul selamba badak.

"Dah lah... Pergi bersiap, cakap nak gi dating tadi." Arah Amirul. Aku menjelingnya sekilas dan terus ke bilik sambil menyumpah seranah dekat suami aku.

"Aku dengar tu!! Tak baik mengutuk suami! Tak cium bau syurga!" Laung Amirul.

Bam!

Aku menghempas pintu dengan kuat.

Aku sempat mendengar suara Amirul yang gelakkan aku. Haish!

Usai bersiap, aku terus keluar dari bilik.

"Lamanya bersiap.. Kau pakai baju ker buat baju?" Perli Amirul.

"Takyah nak perli aku lah... Jom!" Ajakku dengan geram. Amirul tersengih.

Setibanya kami di Mall,

"Nah... Kad kredit... Kau nak shopping apa-apa pergi lah... Aku tunggu sini." Aju Amirul.

"Kau ingat aku takde duit?" Soalku dengan bengang.

"Opsss... Lupa pulak." Jawab Amirul and mengambil semula kad kreditnya.

"Wei.. Ape ni? Teman lah aku shopping!" Rengekku.

"Malas lah.. Aku nak gi ngorat penjaga kaunter kat depan tu.." Ujar Amirul and menunjuk ke arah penjaga kaunter yang cantik manis itu.

"No! Ikut aku!" Bentakku.

"Alolololo... Are you jealous sayang?" Soal Amirul.

"Lambat lagi..." Balasku dengan menyampah.

"Okeyh.. Aku temankan kau shopping.. Kau ni nak beli ape?" Soal Amirul. Aku menunjukkan ke hadapan. Amirul terkejut apabila melihat ke arah barang-barang bayi.

"K..Kau n..nak anak ker Mel?" Soal Amirul tergagap-gagap. Aku terus menepuk bahunya.

"Auchh.."

"Aku tunjuk kasut tu lah! Bukan baju baby tu..." Jawab ku and memuncungkan bibir.

"Lahh.. Ingatkan kau nak baby tadi..." Balas Amirul dengan suara menggoda. Naik meremang aku dibuatnya!

"Ishh.. Gatal.." Aku terus mencubit bahunya.

"Ishh.. Kau nak jadi ketam ke Mel?" Soal Amirul.

Aku tidak mengendahkan dia dan terus menuju ke arah kasut yang aku tunjukkan tadi.

Usai membeli kasut, aku and Adrian terus ke bahagian aiskrim.

"Nak aiskrim..." Rengekku.

"Haa.. Yerlah.. Yerlah.." Balas Amirul. Aku terus menghampiri bahagian aiskrim itu.

"Bagi Magnum ni 8 batang. Mirul, tolong bayarkan." Arahku. Amirul tersentak.

"8? Biar betul kau ni.. Kau nak bunuh diri ker ape?" Soal Amirul dengan terkejut.

"Diam lah kau... Biarlah aku." Balasku dengan geram.

"Haih.. Takleh takleh.. Ambik dua jer.." Arah Amirul.

"Taknak.. Nak 8! Diorang balik sekolah mesti nak jugak!" Aku mencebik geram.

"Ooo.. Okey.." Balas Amirul.

"Pastu nak yang ni dua ea? Perisa coklat and Vanila." Ujar Amirul.

"Ehh...Buang tebiat ke ape kau ni?" Soalku dengan hairan.

"Diamlah kau." Balas Amirul. Aku hanya mendiamkan diri.

Kitorang terus keluar dari mall and duduk di bangku di luar mall itu.

"Nah.. Makan.." Arahnya. Aku mengambil aiskrim vanilla yang diberinya.

"Taknak yang ni..."

"Habistu nak yang mane?" Soal Amirul dengan lembut.

"Nak yang kau punya... Aku nak flavour coklat." Rengekku.

"Banyak songeh betul lah kau ni.." Keluhnya.

"Nak jugak..." Rengekku.

"Tak boleh.." Tukasnya. Aku terus menarik aiskrim coklat di tangannya and memasukkan ke dalam mulut aku.

"Aummm... Syedapp..." Aku terus menikmati kesedapan aiskrim coklat itu.

"Mel... Alah kau ni..." Amirul memuncungkan bibir.

"Hahahahahhahaah" Meletus ketawa aku.

"Alolololo, hubby aku ni, merajuk ea?" Soalku and menarik hidungnya.

Amirul terkesima.

"Kau panggil aku ape tadi?" Soalnya bersama senyuman nakal.

"Takde pape." Balas ku acah-acah takde pape. Padahal wajah aku dah merah macam tomato.

"Hubby? I love that.. Panggil lah lagi sayang..." Rengek Amirul.

"Kau silap dengar tadi.. Aku bukan cakap hubby." Dalihku.

"Habis tu ape?" Soal Amirul.

"Babi." Jawab ku Selamba.

"Tak guna punya bini!" Amirul membuat muka menyampah.

"Hahahahahahahahaha" Aku gelak tak ingat dunia. Ni lagi best kalau Amanda and Zahirah ade sekali. Boleh aku mengilai dengan diorang.. Hahahahah.

"Haa.. Jomlah balik..." Ajak Amirul. Aku mengangguk.

"Mirul... Hehehe... Nak mintak something leh tak?" Pintaku.

"Ape?" Soal Amirul.

"Nak pegang tangan kau.." Pintaku and membuat wajah comel. Amirul tersenyum seraya menggenggam erat tangan ku.

"Thankyou.." Ucapku.

"U'r welcome sayang.." Balas Amirul and mencuit hidung aku. Aku tersentak dengan tingkah lakunya. Kitorang bertentang mata.

'DUP! DAP! DUP! DAP!' Jantung kitorang berdetak laju. Ya tuhan! I love him...😜

"Emm... Jomlah.." Ajaknya dengan sedikit awkward.

"Haa..Jom.." Balasku dengan sedikit janggal.

Kitorang terus berlalu ke arah kereta, sebaik sahaja tanganku ingin membuka pintu kereta,

Sepucuk pistol di letakkan di kepala aku.

"Woi!" Jerit Amirul.

"Selangkah kau datang, bersepai kepala bini kau.." Ugut orang yang memakai pakaian serba hitam dan face mask yang berwarna hitam itu. Aku kaku.

Tiba-tiba,

Seseorang menyepak tangan orang itu dan pistol itu jatuh dari tangannya.

Amirul terus mengheret aku kedalam dakapannya.

"Sape hantar kau?" Soal Abang Hafiz kepada orang itu.

Orang itu terus berlari meninggalkan kami.

"Asal lepas?" Soalku sedikit bengang.

"Takpe, abang tahu ape yang abang buat." Jawab Abang Hafiz.

Tiba-tiba,

"Papa!" Panggil seorang budak lelaki yang lingkungan umur 6 tahun.

"Yes Airel?" Balas Abang Hafiz. Aku tersentak. Abang Hafiz dah ade anak?

"Paksuuuu!!!" Jerit budak itu and terus memeluk Amirul. Amirul terus mendukung budak itu.

"Heyy... Lama tak jumpa kau, budak!" Balas Amirul and menepuk-nepuk kepala budak itu.

"Ape pulak? Airel dah besar lah, bukan budak." Marah budak itu.

"Emm.. Mirul, Abang, sape ni?" Soal ku dengan hairan.

"Ni anak abang, nama dia Airel Mikael. Panggil Airel jer." Terang Abang Hafiz.

"Abang dah kahwin?" Soalku.

"Ha ah.."

"Mane isteri abang?" Soalku. Wajah Abang Hafiz and Amirul bertukar muram.

"Dia dah meninggal.." Jawab Abang Hafiz.

"Ehh.. Sorry bang.. Mel tak tahu.." Ucapku.

"Takpe... Emm, Airel, ni aunty Mel.." Terang Abang Hafiz kepada Airel.

"Kalau nak panggil sayang boleh tak?" Soal Airel. Terbeliak biji mata kitorang. Amboi, kecil-kecil pun dah gatal ea... Haha.

"Kau panggil lag dia sayang kalau kau nak tengok aku naik gila." Pesan Amirul and meletakkan Airel.

"Jealous lah tuwww... Oklah, aunty Mel... Jom balik..." Ajak Airel and mengheret tangan aku. Aku menurutkan ajer..

"Sabor... Budak jer pun.." Pesan Abang Hafiz and ketawa kecil.

"Dah arh... Jom balik.." Balas Amirul dengan wajah dingin.