Chereads / THE MAFIA IS MY HUSBAND / Chapter 9 - BAB 8:

Chapter 9 - BAB 8:

Tok! Tok! Tok! Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik diketuk dengan kuat. Haih! Boleh roboh pintu tu kang...

"Erkk, lahanat mana yang ketuk pintu macam nak tercabut pintu tu?" Soal Amirul dengan bengang sambil menenyeh nenyeh matanya. Haih! Aku turut tersedar, aku and Amirul berjalan beriringan menuju ke arah pintu.

"Mel! Markas kita kat Jerman kena serang!" Jerit Amanda and Zahirah serentak. Hampir tercabut jantung aku and Amirul tadi.. Mana taknya, diorang dengan rambut serabainya. Dah macam hantu kak Limah pun ade... Haih...

"Tapi bukan ker abang Danial and Abang Danish ade kat Malaysia? Sape jaga kat sane and sape yang serang markas kita?" Soalku dengan dingin.

"Abang Danial, Abang Danish and Papa kau dah on the way kesana... Yang serang markas kita tu Team Eagle Eye" Jawab Zahirah.

"Tak guna! Mesti dia cari benda tu.." Marahku.

"So macamana ni?! Ni kita nak pergi Jerman ker?" Soal Amanda.

"Nope, kita tunggu. Aku pasti, dia akan turun Malaysia jugak nanti, sebab benda tu ade dengan aku." Terangku.

"Emm... Anak buah kita macamana?" Soalku.

"Takde yang mati, 15 orang tercedera." Terang Zahirah.

"Kerahkan anak buah kita perketatkan kawalan kat markas kita sekarang.. Aku sure dia akan datang sini." Arahku.

"Okeh." Amanda and Zahirah terus berlalu pergi.

"Diorang cari cip tu ker?" Soal Amirul dengan hairan.

"Ha'ah..." Balasku dengan dingin.

"Hmm.. Aku rasa kita kena balik rumah aku, atleast senang sikit nak buat kerja." Ujar Amirul.

"Betul tu."

"So, kau kemaskan barang-barang kita, ikut aku balik rumah aku sekarang." Aju Amirul.

Aku mengangguk tanda faham. Amirul terus keluar dari bilik...

Usai bersiap, aku and Amirul terus ke rumah Amirul.

"Besar jugak rumah kau.. Menarik.." Ujarku.

"Of course." Balasnya.

"Takpe, biar aku bawakkan ni." Amirul terus menarik bagasi aku.

"Okeh, thanks." Ucapku. Dia mengangguk.

Kitorang terus naik ke tingkat atas...

"Aku cop bilik ni." Ujarku.

"Mak aih, kau ingat ni harta bapak engkau? Nak cop cop sesuka hati?" Soal Amirul.

"Ni bilik aku." Ujar Amirul.

"Okey, fine. Sebelah ni bilik aku." Balasku dengan menyampah.

"Eh, taknak tidur dengan aku ker?" Soal Amirul sambil menayangkan senyuman nakal.

"Memang tak lah.." Balasku and terus turun ke bawah.

"Macam budak-budak." Bisik Amirul perlahan and tanpa dia sedar, bibirnya mengukir senyuman.

"Hai Mel!" Sapa Zack, Rayyan and Tengku Hafiz.

"Oh hai!" Sapaku.

"Korang semua buat ape dekat sini?" Soalku dengan hairan.

"Saje jer nak datang.. Kenapa? Tak boleh ker?" Balas Tengku Hafiz and tersenyum.

"Eh boleh..." Jawabku.

"Amirul mane?" Soal Tengku Hafiz.

"Dia kat atas." Jawabku.

"Mel..." Panggil Zack and tersengih seperti kerang busuk.

"Kau dah kenapa pulak ni?" Soal ku dengan hairan.

"Emm... Aku nak nombor telefon Amanda boleh tak?" Soal Zack dengan tersimpul malu. Naik geli aku dibuatnya.

"Eh.. Asal kau tak mintak dengan dia sendiri?" Soalku.

"Alahh... Aku malu lah.." Balas Zack. Rayyan membuat muka menyampah.

"Sejak bila kau mintak nombor telefon perempuan? Selama ni tak pernah-pernah lagi." Soal Rayyan dengan hairan.

"Diam lah bodoh.. Kau takkan faham." Marah Zack.

"Dasar jantan pelik." Balas Rayyan dengan menyampah.

"Kau cakap jerlah kau jealous.. Dasar single.." Balas Zack. Rayyan menjeling Tajam ke arah Zack.

"Mehh sini telefon kau.." Aku menghulurkan tangan. Zack terus memberikan telefonnya kepada ku.

"Dah siap.." Ajuku and memberikan telefonnya.

"Ok, thanks Mel.." Ucap Zack. Aku mengangguk.

"Eh! Bila korang sampai ni?" Soal Amirul yang baru sahaja turun.

"Emm.. Tahun lepas.." Jawab Zack.

"Oh yerker?" Sinis Amirul and memandang Zack dengan menyampah.

"Actually macam ni, aku dah tahu pasal Markas Tengku Razlan kat Jerman kena serang pagi tadi." Ujar Tengku Hafiz dengan serius.

"So?" Soalku.

"Macam ni, abang rasa, diorang akan serang tempat kita malam ni." Terang Tengku Hafiz seraya duduk di atas sofa. Aku turut duduk di atas sofa sebelahnya. Amirul memandang aku dengan bengang.

"Adik pun rasa macam tu, kita kena bersiap sedia." Balasku.

"Hai korang!" Sapa seseorang di pintu.

Kami memandang orang itu.

"Haikal!!!!" Jerit Zack and Rayyan seraya berlari memeluk Haikal.

"Kau tak rindu aku ke Haikal? Huaaaa..." Air mata palsu milik Zack mengalir.

"Aku rindu kau Haikal.. Huaaa.." Giliran Rayyan pula mengalirkan air mata palsunya.

"Lepaslah! Jijik beruk!" Bentak Haikal.

"Sial kau!" Jerit Rayyan and Zack. Tengku Hafiz and Amirul menggelengkan kepala melihat Zack and Rayyan. 'Bila lah nak matang dua ekor ni?'

"Hai boss!" Sapa Haikal.

"Hidup lagi kau rupanya. Ingatkan dah arwah. Yerlah, dah dua tiga bulan duk kat Itali." Sakat Amirul.

"Menyempat lagi ea boss perli aku?" Soal Haikal and tersenyum sinis.

"Sape ni?" Soal Aku.

"Dia kawan kitorang." Terang Zack and Rayyan. Aku mengangguk tanda faham.

"Hai Haikal." Sapaku.

"Emm."

Aku menjelingnya tajam. Mak ai! Sombong nya kau ni.

"Jangan terasa dengan dia, dia memang macam tu, tak banyak cakap, ade emas kut dalam mulut dia." Perli Zack dengan menyampah. Haikal menjeling tajam ke arah Zack. Zack buat muka 'aku ade salah cakap ker?'

Tiba-tiba,

Kring! Kring! Kring!

iPhone ku berdering. Nama Zahirah tertera di skrin. Aku terus mengangkat panggilan.

"Mel!!! MARKAS KITA KENA SERANG! DATANG SEKARANG! ANAK BUAH KITA RAMAI TERCEDERA!" Jerit Zahirah dengan kuat.

"Okey, aku datang sekarang.. Korang bertahan." Balasku.

"Asal ni?" Soal Amirul, Abang Hafiz, Zack and Rayyan serentak.

"Diorang serang markas kita.. Jom!" Jawabku dengan cemas and terus berlari masuk ke dalam perut kereta. Mereka juga turut mengikuti aku.

Setibanya kami,

Bang!!

"Yahoooo!!! Mampos kau! Hahahaha" Kedengaran suara seseorang ketawa besar, sape lagi kalau bukan Amanda? Dia kan suka tembak tembak ni.

"Zack, Rayyan and Haikal, korang serang bahagian sane. " Arah Tengku Hafiz.

"Mel, Mirul, ikut aku." Arah Tengku Hafiz. Kitorang mengangguk dan mengikut arahan.

Apabila kitorang masuk, kitorang terus menembak nembak anak buah Eagle Eye.

"Wei! Zahirah! Cover aku!!" Jerit Amanda.

"Okey! Kau nak ke mana?!" Soal Zahirah.

"Aku nak gi bahagian sane! Cover aku!" Jerit Amanda.

Tiba-tiba, tanpa Amanda sedar, ade peluru yang datang ke arahnya.

"AMANDA! BELAKANG KAU!" Jerit Zack. Amanda terus mengelak.

"Thanks Zack!" Jerit Amanda.

"Most welcome darling!" Jerit Zack kembali. Wajah Amanda merona merah. Aih korang.. Agak-agak lah nak bersweet pun..😂

"MANE BOSS KORANG HAH?!" Jerit ku seperti dirasuk hantu. Amirul and Tengku Hafiz memandang ku dengan terkejut.

"Aku kat sini." Jawab seseorang di tingkat atas.

"Kau nak ape datang markas aku ni Syaiton?" Soalku dengan bengang.

"Aku nak cip tu bodoh.. Bagi kat aku sekarang." Jawab Alvin. Boss kepada team Eagle Eye.

"Jangan harap." Balasku and

Banggg!

Bangg!

Aku melepaskan dua das tembakan ke arah Alvin and Alvin selamat mengelak.

"GUYS! KELUAR! BOM NAK MELETUP!" Jerit Alvin kepada anak-anak buahnya.

Aku tersentak. Sempat lagi ea kau pasang bom?

Tiba-tiba,

"Arghhh!!" Jeritku apabila seseorang menembak kaki kanan ku.

"Mel!!!!" Jerit semua orang.

"Mirul! Kau bawak bini kau keluar! Kitorang settlekan semua ni!" Jerit Haikal yang berada dekat dengan ku mencuba untuk melindungi aku. Amirul tersentak memalingkan mukanya memandang aku and alangkah terkejutnya dia apabila melihat aku ditembak.

"SAPE TEMBAK DIA?!" Jerit Amirul dengan bengang. Zack, Rayyan and Haikal dah kecut perut.

"Yang tu." Haikal menunjuk ke arah anak buah Alvin yang berada di tepi tingkap itu. Tanpa berlengah Amirul terus mengeluarkan pisau Rambo miliknya and menghampiri orang yang menembak aku.

Amirul terus menolak anak buah Alvin itu sehingga jatuh terjelepok. Kemudian dia mengangkat kembali.

"HOW DARE YOU! SHIT!" Jerit Amirul and terus menikam nikam perut anak buah Alvin itu sehingga terburai perutnya. Amirul tersenyum sinis apabila anak buah Alvin itu mati.

"Kau silap sebab sakitkan dia.." Bisik Amirul and terus mendapatkan aku.

"Kau okey?" Soal Amirul. Aku memandang Amirul dengan tajam. Apehal bengap sangat soalan tu? Dah nampak aku kena tembak kan.

"Aku okey, sedap jer rasa kena tembak ni.. Rasa macam makan McD.." Balasku dengan bengang. Amirul membuat muka menyampah and terus mencempung tubuh ku and keluar dari situ.

"AMBIL BARANG PENTING AND KELUAR DARI SINI! BOM DAH NAK MELETUP!" Jerit Tengku Hafiz. Semua orang akur.