Usai majlis, aku terus naik ke bilik aku and aku menghempaskan tubuhku di atas katil yang empuk itu..
"Huh... Penatttt!!!" Keluhku.
Krek!
Pintu bilik dikuak.
"Penat sangat ker?" Soal Tengku Amirul dengan dingin. Aku juga turut membuat wajah dingin. Kau ingat kau sorang pandai buat muka camtu? Aku pun boleh lah...Cehh..
Aku tak membalas kata-katanya, and aku terus membuka iphone 11 pro max aku..Bukak jer whatsapp, penuh gambar aku dengan Amirul dalam whatsapp tu... Sape lagi yang hantar kalau bukan si Amanda tu.. Haishh..
"Kau dengar tak aku cakap ape?!" Soal Tengku Amirul dengan bengang.
"Kau cakap ape tadi eh?" Soalku and tersenyum sinis.
"Kau kena tahu satu benda pasal aku, aku paling tak suka bila kena ulang benda yang aku cakap tu dua kali.." Terang Tengku Amirul dengan dingin.
"Oh... Yerker? Kau pun perlu tahu satu benda pasal aku, aku tak suka orang nak sibuk-sibuk tanya aku soalan yang bodoh.." Balasku dengan menyampah.
"Pack barang sekarang..." Arah Tengku Amirul.
"Pack? Nak gi mana?" Soalku dengan hairan.
"Balik rumah mummy, dia dah bising tadi tu... Haih.." Keluh Amirul.
"Asal kau macam tak suka jer?" Soalku dengan dingin.
"Kau akan dapat jawapannya nanti." Jawabnya dengan dingin.
"Kau sepatutnya happy sebab kau masih ade mummy..." Ujarku dengan wajah dingin.
"Kau tak payah nak acah-acah sedih sangat lah... Kau bunuh orang selama ni, ade kau fikir pasal family diorang?" Perli Amirul. Aku terkedu. "Cakap kat orang, dia tu dua kali lima sepuluh ajer..." Omelku perlahan.
Tanpa berlengah, aku terus pergi packing barang and dia terus keluar dari bilik.
Setibanya Amirul di ruang tamu,
"Ehem.." Tengku Danial berdehem.
"Aku nak bagi warning kat kau.." Ujar Tengku Danial dengan wajah dingin.
"Ape?" Soal Amirul dengan dingin.
"Dengar cerita kau hampir nak bunuh adik aku kan? So, aku nak warning kau, kau jangan sesekali sakitkan dia, kalau aku dapat tahu, aku tak teragak-agak nak bunuh kau." Pesan Tengku Danial.
"Aku tahu lah macamana nak jaga bini aku, kau tak payah nak menyibuk, tak payah nak tunjuk pandai." Balas Amirul.
"Okey, look.. Aku just nak adik aku bahagia jer... Mungkin Danish and papa tak suka kau, tapi aku nak kau tahu... Aku berharap sangat-sangat dengan kau, bahagiakan adik aku... Banyak benda dah dia tempuhi, aku sayang dia.... Aku taknak dia sakit and aku betul-betul berharap kau dapat kembalikan adik aku yang ceria dulu... Percayalah Amirul, adik aku bukan macam ape yang kau nampak, asalnya dia baik sangat, dia peramah... Tapi lepas satu peristiwa ni timpa dia, dia jadi manusia yang tak berperikemanusiaan... Tapi aku percaya, ade sebab tuhan satukan kau dengan dia... Bahagiakanlah dia... Tu jer permintaan aku.." Ujar Tengku Danial and terus menepuk-nepuk bahu Amirul. Amirul terkedu. Terlalu banyak persoalan yang bermain di mindanya.
"Emm... Aku akan cuba." Balas Amirul. Tengku Danial tersenyum.
"Erghh! Berat lah!!" Keluhku di tangga seraya menarik bagasi.
"Takpe, abang angkatkan." Ujar Tengku Danial.
"Takyah, bang... Biar aku angkatkan.." Ujar Amirul and terus mengambil bagasi aku. Aku tersentak. Tengku Danial tersenyum apabila Amirul memanggilnya dengan panggilan 'abang'...
'Aip, sejak bila ni?'
Kitorang terus ke rumah mummy and daddy Amirul.
Setibanya kami disana,
"Hye babe!" Sapa Amanda and Zahirah. Terkejut beruk aku dibuatnya.
"Korang buat ape kat sini?" Soalku dengan hairan.
"Aku yang suruh diorang datang..." Balas Amirul dengan dingin.
"Hai, Mel.." Sapa Zack and Rayyan serentak. Serious arr? Dua ekor ni pun ade?
"Emm.."
"Asal muka kau asyik ketat jer ea?" Perli Rayyan.
"Aku ade guna mulut kau ke nak bercakap? Yang kau kisah tu dah kenapa?" Soalku.
"Erk, annoying nak mampus kau ni." Balas Rayyan dengan menyampah.
"Jangan sampai aku shoot kau kat sini, kang tak pasal-pasal menyesal kau nanti." Sinisku.
"Kau jangan pandang aku sebelah mata, kang nyawa kau dulu yang melayang." Balas Rayyan.
Amirul terus masuk ke dalam rumah,
"Zack, angkat barang kat dalam bonet kereta aku." Arah Amirul.
Zack terus menjalankan tugasnya.
Aku terus masuk ke dalam rumah.
"Ehh! Menantu mummy dah sampai..." Sambut mummy. Aku tersenyum, mummy terus memeluk aku dengan erat... Aku kaku... Aku rindu mama... Tapi wajahku tetap same... Air mataku tidak mengalir... Last aku menangis masa mama aku meninggal..
"Emm... Korang semua mesti penat kan? Pergi lah berehat dulu.." Aju mummy.
"Ok mummy" Balas aku and Amirul serentak.
Aku melirik ke arah jam tangan aku, dah pukul 6.00 petang... Tanpa berlengah, Amirul terus merangkul tangan aku and kami masuk ke lift untuk naik ke bilik..
#DALAM LIFT#
"Lepaslah bodoh!" Bentakku.
Dia merentap tangan ku dengan kasar.
"Kau jangan ingat aku nak sentuh kau sangat! Kalau bukan sebab mummy, memang tak lah aku sentuh sentuh kau... Tak hingin aku!" Suaranya dinaikkan satu oktaf. Aku menjelingnya dengan tajam.
Ting!!
Pintu Lif terbuka and Amirul terus melangkah masuk ke dalam bilik.. Aku mengekorinya dari belakang.
"Bilik kau ke ni?" Soalku.
"Eh tak... Bilik Zack.." Balas Amirul.
"Pastu takkan kau nak aku tidur dengan Zack?" Soalku dengan blur. Amirul menggigit bibirnya menahan ketawa. Asal bengap sangat bini aku ni?
"Aku gurau jer.." Balas Amirul. Aku menjelingnya dengan tajam. Mamat beku ni pandai bergurau rupanya.
Aku terus menghempaskan tubuhku di atas katil yang empuk itu.
"Eh! Sape bagi kebenaran kau baring atas katil aku?" Soal Amirul dengan dingin.
"Ikut suka hati aku lah." Balas ku dengan dingin. Dia merenung ku dengan tajam. Langkahnya terus masuk ke bilik air.
"Kau nak pergi mane?" Soalku.
"Kau tak nampak ker aku nak mandi?" Soalnya.
"Hmm."
"Kau taknak mandi ker? Ke kau suka pakai pakaian pengantin tu lama-lama?" Soalnya.
"Kejap lagi lah.. Aku nak baring baring jap." Balasku and aku terus menutup mata ku.
Amirul mengeluh kecil and terus masuk ke dalam bilik air.
Setelah beberapa minit...
"Weh! Bangun!" Arah Amirul dengan dingin.
"Haih perempuan ni.. Tadi cakap nak mandi! Pastu tidur pulak.." Omelnya seorang diri.
Tiba-tiba, tangan sasanya diheret oleh Tengku Melissa and membuatkan Amirul jatuh di atas katil and wajahnya dengan wajah Melissa hanya beberapa inci.
'DUP! DAP! DUP! DAP!' Jantung Amirul berdetak laju. Dia menilik setiap inci wajah ku yang lena dibuai mimpi.
"Ermmm... Don't leave me..." Bisikku perlahan. Amirul tersentak.
'Mimpi rupanya budak ni.' Bisik Amirul.
"Comel." Bisik Amirul seraya mencuit hidung ku. Sebaik sahaja aku membuka mata ku,
"SHIT!" Jeritku dengan kuat and terus menolak Amirul dengan kasar membuatkan Amirul jatuh dari katil.
"Sakit lah bodoh!" Bentaknya.
"Eh sial! Aku ker kau yang bodoh? Kau buat ape kat aku hah?!" Jeritku.
Amirul menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.. Aip! Malu ker tu wahai Amirul?
"Emm... K.. Kau pergi lah man.. Mandi.. Aku nak tu..turun kejap.." Ujar Amirul dengan tergagap-gagap and terus berlalu pergi.
"Pelik-pelik lah mamat ni." Bisik ku perlahan. Aku terus mencapai towel and masuk ke dalam bilik air.
Setelah beberapa minit...
Aku terus turun ke bawah, Amirul takde, just Zahirah, Amanda, Zack and Rayyan jer ade yang duk tengok tv, actually bukan diorang tengok sangat pun, tv yang tengok diorang...
"Hai Puan Mel!" Sapa Zack. Aip! Sejak bila nak berpuan puan ni?
"Emm.."
"Kau cari Amirul ker?" Soal Rayyan.
"Tak arhh.." Jawabku.
"Yerlah tu..." Perli Zahirah.
"Ape kejadahnya aku nak cari dia?" Soalku seraya duduk di sebelah Amanda di atas sofa.
"Manalah tahu, anda kerinduan..." Sakat Zack.
"Alolololo, sweetnya... Rindu taknak ngaku.." Sakat Amanda. Aku memandang mereka silih berganti dengan pandangan tajam.
"Eh, Tengku Hafiz pun ade jugak?" Soal Zack.
Aku, Zahirah and Amanda menoleh ke arah Tengku Hafiz.
"Emm...."
"So macamana? Lepas kahwin dengan Amirul? Ok tak perangai adik abang ni?" Soal Tengku Hafiz and terus duduk di sebelah aku. Terkejut beruk aku dibuatnya. Zack, Rayyan, Amanda and Zahirah turut terkejut. Amirul yang muncul entah dari mana memandang ku dengan tajam.
"Emm... Okey jer abang Hafiz..." Balasku seraya tersenyum.
"Tak payah nak ber abang sangat, loya tekak aku." Sindir Amirul. Eh! Jealous ker mamat ni? Ha! Aku ade satu idea..
"Abang.. Ape makanan favourite abang?" Soalku and mendekati Tengku Hafiz. Aku tersenyum sinis ke arah Amirul.
"Emmm... Makanan favourite abang nasi lemak kot..." Balas Tengku Hafiz.
"Ooooo... Nanti kalau adik free, adik buatkan abang nasi lemak ea?" Soalku. Tengku Hafiz meleret senyum.
Amirul terus mengheret tangan ku dengan kasar and keluar dari rumah.
"Ape masalah kau perempuan?!" Soal Amirul dengan bengang.
"Opppss, jealous ker?" Soalku seraya tersenyum sinis. Amirul tersentak.
'Aku jealous ker?' Bisik hati Tengok Amirul.
"Eh! Buat ape kat luar ni? Jom solat." Ajak mummy. Aku and Amirul tersentak. Solat? OMG! Aku last solat masa aku form 2..
"Emm.. Ok mummy.." Balas aku and Amirul serentak. Mummy tersenyum and terus masuk ke dalam rumah. Zahirah and Amanda terus datang kepada aku.
"Wei! Mampus aku! Solat doh! Aku dah lama tinggal! Al-Fatihah pun aku dah tak ingat, inikan pula surah-surah lain!" Keluh Amanda.
"Aku pun sama lah! Jahat eh kau Mel! Tak cakap langsung pasal hal ni! Kalau aku tahu aku tak stay sini." Marah Zahirah.
Aku menjeling tajam ke arah Amirul.
Aku terus berlalu pergi ke arah bilik. Begitu juga Amirul.
"Kau pandai solat?" Soal Amirul kepada ku.
"Emm... Aku last solat masa aku form 2.." Jawabku.
"Kau?" Soalku.
"Aku last masa darjah enam." Jawab Amirul.
"So? Macamana ni?" Soalku.
"Emm... Kita tengok YouTube jap.." Ajak Amirul seraya mengeluarkan iphonenya. Aku and dia khusyuk mendengar..
Beberapa minit kemudian..
Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik diketuk.
"Mel! Mirul! Mummy suruh turun solat!" Laung Tengku Hafiz.
"O... Ok.. " Laung aku and Amirul serentak.
"Okeh, aku dah ingat!" Ujarku dengan riang and terus mengambil wuduk.
"Aku pun dah ingat!" Jerit Amirul and menunggu giliran mengambil wuduk.
Usai itu, kitorang terus turun ke bawah and masuk ke dalam bilik yang khas untuk solat.
"Amirul, jadi imam." Arah Mummy. Amirul tersentak. Aku yang dibelakang tersengih..
Apabila mataku memandang sejadah di bawah, aku terkedu... Ya Allah! Dah lama aku meninggalkan solat,, adekah pintu taubat masih terbuka untuk aku?
"Mel, kau okey?" Soal Amanda.
"Okey.." Jawab ku.
Usai solat, Amirul terus menghulurkan tangan kepada ku ingin bersalam.. Aku terus bersalam and mencium tangannya. Awkward doh!
Usai itu kitorang terus makan and lepak kat ruang tamu.
"Hmm... Mel, nak tanya, mama Mel busy ker? Sebab mummy tak nampak mama Mel pun." Soal mummy. Zahirah and Amanda memandang Tengku Hafiz dengan pandangan tajam..
Aku mengeluh kecil...
"Emm... Mama Mel dah takde..." Jawabku lirih.
"Takde? Pergi mane? Amboi mama kau ni... Kalau yer pun nak holiday, tak terdetik ke nak ade sekali dalam majlis perkahwinan anak sendiri?" Bidas Rayyan and tersenyum sinis. Aku tak tahu lah kenapa menatang ni suka sangat cari pasal dengan aku.
"M...Mama dah.. Meninggal..." Terangku dengan tergagap-gagap. Zack and Rayyan tersentak.
"Emm... Ma.. maafkan aku Mel... Aku tak tahu..." Ucap Rayyan dengan serba salah. Abang Hafiz memandang ku dengan sayu.
'Sekiranya aku dapat membuang kesakitan yang kau alami sekarang ni..' Bisik hati Tengku Hafiz.
Tiba-tiba,
Kring! Kring! Kring!
Telefon mummy berdering and mummy terus mengangkat call and mummy pamit untuk keluar sebentar.
"Rayyan! Kau ketuk ketampi 10 kali!" Jerit Amirul dengan bengang.
"Hah?! As.. Asal pulak?" Soal Rayyan dengan terkejut, begitu juga kitorang, terkejut dibuatnya.
"AKU BOSS KAU! IKUT ATURAN AKU!" Jerit Tengku Amirul dengan wajah bengis. Semua orang tersentak. Rayyan terus mengikut arahan... Ni dah masuk Amirul versi kejam ni..
"Tak payahlah Rayyan.." Arahku. Entah kenapa aku rasa macam kesian pulak... Eh! Kenapa ni?! Bukan ker selama ni Tengku Melissa tak pernah ade perasaan kesian dalam hidup dia? Baru sehari kahwin dengan Amirul dah berubah sampai ke tahap ni?
"NO!" Jerit Amirul kepada ku. Wajah dia teramat bengis.. Kawan-kawan aku dah kecut perut, begitu juga Tengku Hafiz, dia tahu kalau adik dia dalam posisi ni, tak silap haribulan, dengan nyawa dia melayang. Tapi bukan aku, setakat jerkah macam tu, Tengku Melissa takkan goyang lah... Cehh...
"Rayyan! Dengar cakap aku! Tak payah.." Ujar ku.
"AKU KATA BUAT RAYYAN!!" Jerit Amirul di tahap maksima.
"Jangan Rayyan!" Arah Zahirah. Sape jer nak tengok crush dia tersakiti kan? Cehh...
"KAU DIAM!" Jerit Amirul and terus menghayunkan tangan dengan kuat ingin menampar Zahirah, tapi aku sempat menolak Zahirah and tamparan yang kuat itu tepat dikenakan di pipi aku.
PANGG
"Auchhh!" Raungku and aku terteleng sedikit dek kerana terkena tamparan yang kuat itu.
Tengku Hafiz terus menyambut aku yang hampir terjatuh itu.
"Dik, kau okey tak ni?" Soal Tengku Hafiz dengan cemas. Aku memandang wajah Tengku Hafiz, kenapa aku rasa macam dia caring sangat pasal aku? Kenapa aku rasa selesa apabila berada di dalam pelukan dia?Pelukan dia same dengan pelukan arwah mama.
"Okey, bang..." Balasku.
Amirul terus meraup mukanya dengan kasar. Dia terus melangkah ke arah aku and mendukung aku ala-ala bridal style. Eh jap! Aku rasa aku kena tampar jer...Asal dia buat aku macam aku ni sakit kaku pulak? Erkk..
Semua orang yang berada di ruang tamu itu terpinga-pinga.
Setibanya kami di dalam bilik, Amirul meletakkan aku di atas katil dengan kasar and dia turut tidur di sebelah aku and membelakangkan aku. Merajuk ker? Lantak dia lah... Bukan hal aku.. Aku terus menutup mataku and terus dibuai mimpi.
Tiba-tiba, selepas beberapa jam...
perut ku terasa sakit yang teramat. Arghhh!! Ni tak lain tak bukan! Ni mesti senggugut ni... Arghhh! Aku meraung kesakitan.. Amirul membuka matanya perlahan-lahan and menenyeh nenyeh matanya. Dia memandang aku yang menangis...
"Kau okey tak ni?" Soal Amirul dengan cemas and terus memeluk aku.
"Tolong aku Amirul... Sakit..." Rintih ku.
"Hey.. Stop crying... What happen ni?" Soal Amirul dengan lembut. Aku tersentak and terus memandang wajahnya.
"Sakit... Senggugut..." Terangku.
'Haih... Kalau period memang manja camni ea? Tapi takpe, aku suka.. Comel.' Bisik hati Amirul and tersenyum.
"Pastu nak aku buat macamana?" Soal Amirul dengan hairan. Dia bukan arif sangat pasal benda-benda ni. Aku menjongketkan kedua-dua belah bahu ku tanda tidak tahu.
"Hey... Dah lah nangis..." Pujuknya seraya mengelap air mata ku.
"Kejap eh.." Dia terus bangun dari katil and mengambil iphone nya di atas meja.
Nombor Zack di dalam contactnya di tekan.
"Hello Zack?" Sapa Amirul.
"Kau nak ape call aku pukul 2 pagi ni hah?" Soal Zack dengan bengang.
"Emm.. Ni, aku nak tanya..." Aju Amirul and menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Malu mungkin.. Hahaha.
"Hah ape dia?" Soal Zack.
"Macam ni, kalau perempuan senggugut, nak buat macamana eh?" Soal Amirul.
"HAH?! KAU INGAT AKU PEREMPUAN KER?!" Jerit Zack dengan bengang.
"Eh sial! Sekarang ni aku ker engkau yang jadi bosss?!!" Soal Amirul sedikit bengang.
"Emm... Eh sorry sorry..." Balas Zack.
Amirul membuat muka menyampah.
"Tapi wei, aku tak tahu lah pasal benda-benda macam ni... Bukan kepakaran aku, kalau kau tanya aku jenis-jenis senjata, aku boleh jawab, tapi kalau bab benda ni aku tak reti." Terang Zack.
"Hum... Takpelah." Balas Amirul seraya mematikan panggilan. Actually diorang sekarang ni duduk satu rumah aje, tapi nak call bagai...Hadoii...🤦
Amirul terus menekan Google, selepas dia memahaminya, dia terus mencapai tuala kecil and dia terus datang kearah aku and mendukung aku ala-ala bridal style.
"Kau nak buat ape ni?" Soalku dengan hairan.
"Ikut jer..." Balasnya. Aku hanya diam...
Setibanya kitorang di dapur, dia terus meletakkan aku di atas kerusi and dia mengambil mangkuk kecil, lepastu dia terus menekan butang hot Coway itu.
Usai itu, dia terus mengambil mangkuk kecil yang berisi air panas itu and mencampurkan sedikit dengan air kat singki, so, air tu jadi suam-suam sikit. Dia terus meletakkan tuala kecil itu ke dalam mangkuk itu and memerah tuala itu, kemudiannya dia menyelak baju aku sedikit and membalut perutku.
"Macamana? Okey?" Soal Amirul dengan lembut.
"Hum... Lega sikit, thanks.." Ucapku and tersenyum.. Amirul turut tersenyum, Oh My Gosh! Senyuman dia! Hampir buat aku cair!
Amirul terus mendukung aku menuju ke bilik. Tanpa kami sedar, perbuatan Amirul tadi diperhatikan oleh seseorang.
"Aku tahu, kau jodoh yang terbaik untuk dia, Amirul..." Bisik Tengku Hafiz seraya tersenyum.
Setibanya kitorang dibilik,
"Emm... Kau tidur ea?" Soal Amirul. Aku mengangguk, tiba-tiba, tangan sasa Amirul memeluk aku and menyembamkan mukaku ke atas dada bidangnya. Aku diam seribu bahasa. Akhirnya aku and Amirul nyenyak tidur di buai mimpi.
______________________________________________
Sorry lambat Update, saya tak berapa sihat sekarang... Family saya disahkan positif covid... 😔