Chereads / THE MAFIA IS MY HUSBAND / Chapter 2 - BAB 1:

Chapter 2 - BAB 1:

Aku melontarkan pandangan ku kearah bingkai gambar yang besar di dalam bilik ku. Yang mana gambar aku dan keluarga ku bercuti di Paris... Di dalam gambar itu, mataku terarah ke arah wanita yang sedikit tua... Wanita itu bernama Tengku Maria iaitu mama ku.. Kemudian mataku terarah kepada diriku yang berada di dalam gambar itu, betapa ayunya diriku ketika itu.. Masa tu aku berumur 14 tahun..Sedar tak sedar, umur aku dah 20 tahun.. Cepat betul masa berlalu... And diri aku yang sekarang bukanlah seperti diriku yang berada di dalam gambar itu.. Diri aku yang sekarang ialah perempuan yang sangat kejam and pendendam. Aku, abang Danial, Abang Danish,papa and kawan-kawan ku masih mencari siapakah orang yang telah membunuh mama ku dengan kejam sekali.

Tiba-tiba,

Kring! Kring! Kring!

Telefon ku berdering menandakan panggilan telefon masuk. Tertera nama Amanda.

"Hello! Melissa! Jom gi club.. Tenangkan fikiran, kita dah lama tak keluar... Asyik duk ambik nyawa orang jer... Meh lah kita rileks rileks.." Ajak Amanda. Amanda hanya berani bergurau, ajak lepak dan ajak enjoy time diluar waktu kerja sahaja, kalau waktu kerja, memang tak lah... Kang nanti nyawa dia yang melayang.. Amanda and Zahirah bekerja dengan aku, atau lebih tepat lagi, papa aku...Tapi papa aku memberikan kuasa sepenuhnya kepada aku untuk uruskan segalanya..Yes! Sebut jer nama aku, semua orang dah kenal... Tengku Melissa, anak kepada Tengku Razlan... Tengku Razlan, ketua mafia yang terkenal dan kejam.. Amanda dan Zahirah pun turut kejam seperti aku... Tak banyak cakap dengan musuh kat depan mata, kalau tak puas hati, terus tarik picu pistol.. Memang dah adat kitorang...

"Hmm.. Okey, aku gerak sekarang..." Balas ku dengan dingin and terus bersiap ke club malam...

Sewaktu aku ingin menuruni tangga,

"Mel nak pergi mane malam-malam ni?" Soal papa ku.

"Nak gi club pa, nak tenangkan fikiran.." Balas ku.

"Okeh, take care girl... Jangan balik lambat sangat. And jangan lupa, lelaki tua tu still tak bayar hutang kita." Pesan papa.

"I know papa... Malam ni akan settle punya... Or, kalau dia tak bayar jugak, nyawa dia yang melayang." Balasku and tersenyum lebar.

"Haha, I know you well, Mel..." Balas papa and ketawa kecil. Dia sudah tahu yang anak perempuannya ini takkan bercakap banyak dengan musuh, tarik picu pistol, everything settle.

Aku mengangguk seraya tersenyum.

#DI CLUB#

"Hye Melissa, lama tunggu babe?" Soal Amanda..

Aku yang berada di atas sofa di club malam itu memandang Amanda dengan wajah yang tidak ditafsirkan.

"Dah setahun aku tunggu, asal?" Soal ku dengan dingin.

"Alahhh! Engkau ni! Rileks lah!" Balas Amanda dengan bersahaja seraya melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan ku.

"Kau tak minum?" Soal Amanda.

"Tak." Jawabku ringkas dan dingin.

"Zahirah mane?" Soalku.

"Zahirah, dia... Dia dengan anak buah kau, pergi settlekan kerja... Pergi kutip hutang.." Jawab Amanda dengan bersahaja.

Aku mengangguk tanda faham.

Tiba-tiba, ade seorang lelaki datang kearah aku and terus merangkul bahuku. Amanda terkejut beruk. And terus menyeluk poketnya untuk mengambil pistol.. Aku menghentikan tangannya and Amanda tersentak.

"You look cute dear.. Jom ikut I" Ajak lelaki itu. Aku tersenyum tawar and mengangguk. Aku mengenyitkan mata sebelah memberi isyarat yang aku ade plan baik punya! Amanda mengangguk tanda faham. Amanda faham sangat kalau aku kenyit mata kat dia, sat lagi adelah mayat... Aku terus pergi dengan lelaki itu and meninggalkan Amanda disitu.. Amanda tersenyum and terus meneguk arak dihadapannya. Nikmat doh!

#DI BILIK#

Aku terus mengambil pistol di dalam poket seluar ku membuatkan lelaki yang berada di hadapan ku tersentak.

"What are you doing girl?" Soal lelaki itu dengan terkejut. Aku tersenyum tawar.

"Kill you, dear.." Balasku ringkas and terus menghalakan pistol tepat di dahi lelaki itu.

Wajah lelaki itu terus pucat lesi..

"Asal? Kau takut?" Soalku and tersenyum.. Yes, aku bencikan lelaki! Semua lelaki aku benci kecuali abang-abang and papa aku, sebab anak buah aku cakap yang bunuh mama aku tu orang lelaki, so, mulai hari itu, aku berjanji aku bencikan lelaki kecuali abang-abang and papa aku.

"Emm... Kat mane erh aku patut tembak kau? Kat perut? Kat dahi? Telinga? or hidung?" Soalku dan tersenyum sinis.

"To... Tolong lepaskan aku.." Rayu orang itu.

"Tak semudah tu sayang.." Balasku and terus menembak orang itu.

Bang!

Bang!

Dua das tembakan tepat terkena di perut lelaki itu membuatkan darah terus terhambur keluar dari mulut nya. Aku tersenyum lebar, tiada belas kasihan bagi Tengku Melissa...

Aku terus mengeluarkan telefon aku and menelefon seseorang.

"Hello!" Sapaku.

"Hello Boss!" Sapa anak buah ku.

"Aku nak kau datang kat club yang aku selalu lepak, and datang kat bilik 10, aku nak kau bersihkan tempat ni.. And bakar mayat jantan tak guna ni, ingat... Jangan tinggalkan sebarang kesan!" Arahku dengan tegas.

"B..Baik boss!" Balas anak buah ku. Aku tersenyum sinis dan terus berlalu keluar dari bilik.

"Eh! Kau dah settlekan ker?" Soal Amanda and tersenyum sinis.

Aku mengangguk.

"Jantan miang macam tu.. Memang patut mampos!" Ujarku dengan dingin.

"Chill.. Babe.. Nah!" Amanda memberikan segelas arak kepada ku. Aku terus meneguk arak itu dengan rakus.

"Hye babe!" Sapa Zahirah dari belakang. Aku and Amanda menoleh ke belakang.

"Dah settle?" Soal Amanda. Zahirah mengangguk.

"Duduk ar... Nah, baik punya!" Amanda memberikan segelas arak kepada Zahirah. Zahirah tersenyum sinis and terus meneguk dengan rakus.

"Woah! Kau macam dah lama tak minum!" Tegurku. Zahirah tersenyum sinis.

"Macam lah kau tak tahu.. Kerja banyak dohl! Tak sempat nak minum!" Balas Zahirah.

"Hahahaha" Aku and Amanda ketawa besar.

"So camne? Ade kerja baru tak?" Soal Amanda.

Aku mengangguk. Wajahku menjadi dingin semula.

"Jom." Ajakku seraya berdiri.

"Pergi mana Siot? Baru nak enjoy!" Marah Amanda.

"Enjoy kepala hotak kau! Musuh kita dah tunggu la bodoh!" Marahku kembali.

"Ek eleh! Semak lah kau ni!" Balas Zahirah. Aku menggeleng kepala melihat perangai kawan-kawan ku.

Kitorang terus ingin meluru ke arah pintu and tiba-tiba,

Bukk!

Aku terlanggar seorang lelaki yang tinggi lampai. Aku pun mendongak memandang ke arah orang itu. Handsome, rambut dia warna perang, wajah dia putih melepak, hidung mancung and nampak macam bad boy, but not my taste. Mata kitorang bertentang untuk beberapa saat. Tengku Amirul terkejut apabila melihat wajah seorang gadis yang amat cantik, rambut panjang, wajah ala-ala orang bukan Melayu, macam orang puteh.. Gincu dibibir pula berwarna merah menyala... Pakai pakaian macam tomboy.. Tapi, Tengku Amirul bukan manusia yang mudah tergoda dengan perempuan.. Cukuplah sejarah yang hitam didalam hidupnya dulu, dia takkan ulangi kembali... Mempercayai wanita adalah kesilapan yang terbesar baginya.

"HOI PEREMPUAN! KAU TAK RETI NAK DUDUK KAT TEPI KER?!" Jerit Tengku Amirul Alexander. Aku tersenyum sinis.

"Kau tu mata letak kat mane?" Soalku bersahaja. Amanda and Zahirah tersenyum mendengar kata-kata ku.

Kedua-dua kawan lelaki yang bernama Rayyan and Zack itu terus terkejut mendengar kata-kata ku. Tak ada perempuan yang berani bercakap kasar dengan Tengku Amirul and yes! Ni lah perempuan pertama yang berjaya berbuat demikian.

"Eh perempuan! Kau tak tahu ke aku ni sape?!" Marah Tengku Amirul. Aku tersenyum sinis.

"Ade aku kisah?" Balasku selamba badak. Tiba-tiba, dia mengheret rambut ku dengan kasar. Tak guna punya jantan! Amanda and Zahirah terus mengeluarkan pistol and mengacukan ke arah Tengku Amirul.

Zack and Rayyan kaku.

"Better kau lepaskan dia.. Or, you will die." Amanda memberi amaran.

"I? Die? Hahaha" Tengku Amirul ketawa besar.

"Kau tahu tak aku sape perempuan?" Soal Tengku Amirul.

"And kau tahu tak kitorang ni sape?" Soal Zahirah selamba and menguak rambutnya yang panjang ke belakang, Rayyan memandang Zahirah dalam slow Mo. Sungguh dia terpaku dengan kecantikan Zahirah. When Zahirah bercakap, nampak lesung pipitnya yang dalam itu.

"Aku tak tahu kau sape and aku taknak tahu kau sape." Balas Tengku Amirul.

"Better kau lepas rambut aku, kalau tak, kau akan menyesal." Aku memberi amaran.

"Kau memang betul-betul cari pasal dengan kitorang, yeah... Mel.. Aku rasa, malam ni aku teringin nak bunuh orang la.." Ujar Amanda dengan riang and menepuk-nepuk tangannya. Zack pula yang memandang Amanda dalam slow Mo. 'She's beautiful.' Bisik hati Zack.

Tengku Amirul terus melepaskan rambut aku and berbisik sesuatu kepada Zack. Zack mengangguk tanda faham and terus memulakan kerjanya.

Zack mengeluarkan pistol di hadapan semua orang yang berada di dalam club itu.

"KELUAR SEKARANG ATAU AKU AKAN BUNUH KORANG!!" Jerit Zack. Semua orang terus berlari keluar dari situ.

Aku, Amanda and Zahirah hanya membuat wajah selamba. Ape nak takut? Rileks arr..

Tengku Amirul Alexander terus mengeluarkan pistolnya and menghalakan tepat ke atas dahi aku. Aku just buat muka selamba.

"Ada kata-kata terakhir?" Soal Tengku Amirul dan tersenyum psiko. Aku tersenyum sinis.

"Ade."Balasku.

"What?" Soal Tengku Amirul.

"Better you leave now... Or you will regret.." Aku memberi amaran keras.

"Oh.. Sure? You know what? This club kawasan bapak aku.. Kau nak buat ape?" Soal Tengku Amirul and tersenyum sinis.

"Oh! Really? Ho! Ho! You're crazy men.." Balasku. Tiba-tiba anak-anak buah ku yang baru sampai di hadapan pintu itu terus memulakan tembakan and anak-anak buah Tengku Amirul terus membalas tembakan itu. Tengku Amirul terus mengheret aku kebawah meja.

"Oh shit! Lepaskan aku lah sial!!" Marahku.

"Aku taknak kau mati dengan mudah! Aku yang nak bunuh kau..Girl!" Balas Tengku Amirul and tersenyum sinis.

Tiba-tiba, Tengku Amirul melihat sesuatu di leher ku. Dia terus menguak rambut aku and melihat tattoo yang berbentuk singa itu.

"OH SHIT!!" Jerit Tengku Amirul dengan terkejut beruk.

Aku terus bangun dari situ and terus menembak anak buah Tengku Amirul. Aku memandang sekilas ke arah Zahirah and Amanda... Nampak chill jer diorang.. Tambah-tambah lagi si Amanda, memang suka lah tembak tembak ni.

Tiba-tiba, tanpa aku perasan, seseorang cuba untuk menembak aku and at the same time Tengku Amirul terus memeluk aku and membuatkan kami terjatuh, aku berada di bawah and dia berada diatas ku.

Aku memandang wajahnya dengan wajah ku yang dingin. Entah kenapa aku rasa benci sangat dengan dia ni.

'You look beauty, girl.' Bisik hati Tengku Amirul.

"Kenapa kau selamatkan aku sial?!" Soalku.

"Sebab kau anak kepada rakan bisnes daddy aku, bapak kau Tengku Razlan, right? Your tattoo, just family Razlan jer yang ade tanda tu." Balas Tengku Amirul.

Tiba-tiba,

"STOP!!!" Jerit Tengku Harith and Tengku Razlan serentak. Membuatkan semua orang yang berada di dalam club itu berhenti menembak. Kedua-dua Ketua mafia turun padang gaiss!!

Tengku Amirul terus bangun...

"Ape yang terjadi sekarang n?!" Marah papa. Aku tersenyum sinis and bangun.

"Well, you know what pa? Ade orang gila yang mengaku tempat ni kawasan dia.." Balasku dengan selamba.

"No! Daddy! Dia yang gila... Dia yang mengaku tempat ni kawasan dia!" Marah Tengku Amirul.

"STOP IT!!" Jerit Tengku Harith.

"Tempat ni tempat daddy and Tengku Razlan." Terang Tengku Harith. Aku hanya membuat wajah selamba, manakala Tengku Amirul pula sudah membuat wajah bengang.

"Pa, I need to go." Ujarku and terus berlalu pergi. Amanda and Zahirah terus mengekori langkah aku dari belakang untuk keluar dari situ.

'Kau tunggu lah perempuan! Tunggu!' Bisik hati Tengku Amirul.