Chereads / MR Q DAN MR V / Chapter 35 - Chapter 34

Chapter 35 - Chapter 34

MENGAPA QUAN DENGAN DIANA

Sewaktu Quan memulakan perniagaannya,dia tidak tahu pakcik Diana adalah salah seorang pelabur di syarikatnya,kerana waktu itu dia baru saja berjinak dalam perniagaan secara kecilan di US dan memerlukan banyak sokongan dari pelabur untuk meningkatkan prestasi syarikat dengan cepat supaya dia dapat mengembangkan perniagaannya di negara M. Tempat kelahiran dan juga cinta pertamanya,dia juga tergesa² untuk kembali semenjak dia tahu tentang Ruth dan Villiam bercinta,saat itu pakcik Sam iaitu pakcik Diana juga tidak tahu siapa Quan,hanya kerana Quan orang Asia, pakcik Sam ingin menolongnya,kerana mereka sesama orang dari Asia yang seharusnya saling menolong.Diana mengetahui tentang pakcik Sam menjadi salah seorang pelabur di syarikat Quan, sewaktu dia tiba di US dengan tujuan untuk membalas dendam semasa berkerja dengan pakcik Sam,pakcik Sam juga mengharapkan Diana menjadi pewarisnya kelak,oleh itu pakcik Sam mengajar Diana menguruskan syarikatnya di US.Diana yang tidak sengaja mengetahui maklumat itu,dia memujuk pakcik Sam untuk menyerahkan maklumat syarikat Quan,dari situ dia dapat menyertai syarikat Quan sebagai pelabur yang lebih besar kerana dia membeli syer kecil dari pelabur² yang lain sedikit demi sedikit tanpa pengetahuan Quan,kerana Diana juga menyogok orang dalaman syarikat Quan,pada saat Quan tersedar dia sudah masuk ke dalam perangkap Diana.Quan cuba menghalangi Diana dari memasuki syarikatnya agar Ruth tidak salah faham,tetapi segalanya terbongkar dan membuat Ruth marah besar,mengapa Diana masih berada di syarikat Quan,apa yang Diana buat sehingga dia boleh berada di dalam syarikat Quan,Quan tidak dapat menjelaskan dengan jelas, sebab semuanya secara tetiba sehingga Quan juga terkena.Quan terpaksa memikirkan bagaimana untuk membuat Diana keluar dari syarikatnya selepas kejadian itu,sebab itu Quan berkerjasama dengan Diana walaupun terpaksa dan terpaksa memaksa Ruth meletakkan jawatannya,Ruth sangat marah mengapa Quan sanggup membiarkan dia pergi dari syarikat mereka,apakah demi Diana?Kerana kewangan syarikat Quan semakin jatuh dan Diana juga seorang pelabur besar dalam syarikat Quan.Fikir Ruth mungkin sebab itu Quan membiarkan dia pergi,sebab dia tidak memberi kepentingan dalam syarikat Quan langsung.Diana masih menggunakan trik kotor untuk membuat Ruth pergi dengan malu dari syarikat suaminya sendiri,Diana sengaja membuat hubungan Quan dan Ruth retak di depan semua orang, sedangkan Quan terpaksa sebab dia takut kalau Ruth masih di syarikatnya,Quan tidak dapat melindungi Ruth dari menjadi kambing hitam Diana,kerana Diana masih berdendam dengan mereka.Walaupun Diana benci kepada Quan, tetapi Quan masih ada kepentingan dalam syarikat itu.Quan mendapat tahu Diana ingin memerangkap Ruth sebagai pengelap duit syarikat.Quan terlalu cemas sehingga dia terpaksa menyakiti hati Ruth.Semenjak peristiwa itu hubungan mereka juga semakin renggang,Quan cuba memujuk Ruth,tetapi Ruth macam nak tak nak lagi melayan Quan.Ruth juga lebih fokus menjaga kesihatannya,kerana selepas dia menjadi penderma hati kepada Villiam,dia sering jatuh sakit dan tidak kuat seperti dulu,hal itu juga sebenarnya merisaukan Quan.Quan lega bila Ruth mula menjaga makan dan kesihatannya,Ruth juga lebih tenang menbuat perkara yang dia suka,tanpa terlibat dalam hal berkaitan syarikat.Hanya kerana hal itu juga Ruth menjadi tidak puas hati dan merasa Quan sudah tidak sayang padanya lagi.

VILLIAM SENGAJA MENCABAR QUAN

Biarpun Villiam berasa menyesal menanda tangan kerjasama dengan syarikat Quan,dia harus menunjukkan sikap profesional dan positif terhadap kerja dan syarikatnya, setelah mengetahui berita yang tidak jelas mengenai kehidupan Ruth, Villiam cuba bertahan menghadapi Quan dan Diana, Villiam juga ingin kepastian dari Quan, mengapa Quan sanggup membiarkan Ruth di buli oleh Diana, sehingga Ruth berhenti kerja.Apakah kesalahan Yang Ruth lakukan?dan Quan langsung tidak mencuba untuk mempertahankan Ruth iaitu isterinya sendiri.Malah berdiam diri dan berkerjasama dengan Diana lagi, seolah tiada orang lain untuk menjadi rakan kongsi Quan.Villiam benar² marah saat memikirkan semua ketidakadilan yang terjadi kepada Ruth.Quan bukan suami yang baik terhadap isterinya,dia pentingkan diri sendiri.Villiam menjadi semakin tidak puas hati bila melihat musuh Ruth yang bermegah dengan kuasa berlagak seperti dia pasangan Quan.

Quan sudah berfikir yang Villiam pasti akan mencari tahu keadaan Ruth, kerana baru sekarang Loy kelihatan berada di sisi Villiam, mungkin sudah selesai kerja mencari maklumat yang Villiam inginkan,sebab itu Loy kembali ada.Quan menyedari sewaktu hari pertama mereka bermesyuarat hari itu Loy tidak bersama dalam berapa hari,jadi fikiran Quan tepat yang Loy pergi negara M.Sekarang Quan sudah tahu Diana ingin menggoda Villiam,sudah pasti dengan senang hati Quan akan menolong Diana,sebab Quan tidak mahu Villiam masih mempunyai hati terhadap isterinya.Oleh kerana mereka sudah bersepakat untuk berkerjasama,mereka terpaksa bertemu walaupun tidak suka demi syarikat memasing, nampak sangat wajah Villiam tidak puas terhadap Quan, sedangkan Quan pula menikmati keadaan itu,dia tahu kemarahan Villiam terhadapnya sebab membiarkan Ruth ditindas oleh Diana,Quan terpaksa bertahan dengan ugutan Diana,tapi dia tidak mahu orang lain tahu semua masalah yang dia hadapi, baginya ikut saja kemahuan Diana,biarkan Diana nampak berkuasa dalam semua perkara,selesai berbincang Diana mencadangkan mereka semua pergi minum bersama untuk meraikan kejayaan kata sepakat.Tetapi Villiam memberi alasan tidak mempunyai waktu,kerana dia sudah merancang untuk pergi ke negara M selepas selesai proses kerjasama syarikatnya.Quan berkata rugi sekali orang bujang seperti Villiam sangat sibuk hingga tiada waktu untuk berseronok.Quan tersenyum memandang Villiam yang sedang menahan marah.Quan cuba untuk menbuat Villiam hadir sekali hanya untuk menbuat Diana senang.Diana cuba mengajak Villiam turut hadir, kerana Diana sangat gembira mereka sudah selesai proses kerjasama,Diana hendak belanja mereka semua minum.Diana juga mengajak Felisha dan Loy datang juga.Felisha dan Loy menunggu bos mereka bersetuju,tapi bos mereka Villiam seperti dapat menghidu sesuatu yang tidak baik,mengapa Quan dan Diana nampak mencurigakan.

Tidak lama Quan menghantar pesanan kepada Villiam,Quan berkata Diana tidak tahu Villiam bekas kekasih Ruth,kalau Diana tahu pasti Diana akan mengancam Ruth,demi Ruth...Villiam harus melayan Diana.Villiam yang membaca pesanan itu terkejut dan bertanya mengapa Diana seperti itu? kerana Quan jadi seperti sekarang adalah kerana Diana, sekarang Diana lebih berkuasa di syarikatnya, semua yang terjadi adalah kerana perbuatan kotor Diana,dan sekarang Diana suka kepada Villiam dan juga ingin mencari tahu latar belakang Villiam,bukan Ruth saja yang akan jadi mangsa, tetapi Lili juga.Quan hanya ingin Villiam terlibat dan tergugat dengan katanya,sebab itu dia sengaja memberitahu kepada Villiam tentang niat Diana.Quan tahu Villiam tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu.Walaupun tidak masuk akal Diana sanggup berbuat apa saja demi keinginan peribadinya sendiri.Dan Villiam tidak mahu menggadai sesiapa pun,jadi dia menerima jemputan Diana.Mereka semua minum bersama dan berbual hal yang berkaitan syarikat, sedangkan Diana cuba mendekati Villiam,jadi memang benar kata Quan,Diana ingin menggoda Villiam.Villiam agak rimas dengan cara Diana seperti terdesak inginkan layanan.Villiam cuba mendorong Loy agar melayan Diana,Loy yang tidak tahu hanya menbuat yang terbaik untuk semua orang.Quan senang hati dalam diam,bila melihat Villiam jadi mangsa baru Diana,mereka berdua sudah terjerat demi kepentingan memasing.Villiam menyedari Quan gembira dengan keadaannya serba salah dengan Diana.Villiam berkata kepada Quan...

"kita berdua minum hingga salah seorang mabuk, bagaimana?"

"Saya setuju...jawab Quan.

Jadi kerana cabaran dari Villiam,malam semakin meriah,mereka bersorak gembira menyokong antara Quan dan Villiam.Diana pula menjadi terpinggir kerana permainan orang lelaki,dia sudah tidak menjadi perhatian. Pada mulanya Diana merasa tersinggung, selepas melihat wajah Villiam kemerahan,Diana tetiba suka dan mula memberi sokongan kepada Villiam.Quan tahu Villiam tidak akan dapat bertahan sebab Villiam tidak lagi boleh minum banyak kerana penyakitnya dulu,Loy agak bimbang keadaan Villiam dan mula menasihati Villiam agar tidak minum lagi, masalah bagi Villiam sekiranya dia mengaku kalah maruahnya juga turut terjejas.Quan menggeleng-leng kepalanya dia berasa kasihan isterinya menjadi penderma yang salah. Loy berbisik agar Villiam mengalah dan mengingati Ruth,Ruth sudah jatuh sakit kerana menderma hati kepada Villiam, apakah Villiam masih ego dengan perkara kecil.Villiam tersedar dan mengaku kalah,dia minta maaf dan meminta diri,untung ada Loy menasihati,kalau tidak mereka berdua akan bertarung hingga ada yang masuk hospital,melihat sikap Villiam menbuat Diana semakin suka,Diana melepaskan Villiam malam ini, kerana baru permulaan perkenalan, sedangkan Quan berasa senang dengan semua ini,yang pasti Villiam adalah sasaran baru Diana.