Chereads / MR Q DAN MR V / Chapter 36 - Chapter 35

Chapter 36 - Chapter 35

RANCANGAN TERBATAL

Villiam terpaksa menanguh rancangannya untuk pergi ke negara M,kerana dia merasakan tubuhnya tidak sihat selepas mereka banyak minum di malam itu,dia kembali ke US untuk berehat dan mengurus kerja yang tertangguh,tidak di duga Diana juga turut pulang sekali,mereka bertemu di dalam kapal terbang.Diana yang berpura terkejut sewaktu ternampak Villiam,padahal dia sudah tahu dari Felisha yang mereka akan pulang hari ini.Villiam tiada mood untuk melayan kerana sedang menahan ketidak selesaan di dalam perutnya.Villiam hanya menganguk saat melihat Diana.Villiam dan Loy duduk berdua di depan,manakala Diana duduk bersama Felisha.Diana menyedari dan bertanya mengapa Villiam nampak tidak sihat,Felisha berkata bosnya memang tidak sihat.Diana cuba untuk berbuat baik,dia berkata dia menpunyai kenalan doktor di US,jadi Felisah juga berkata bosnya juga menpunyai kawan yang berkerja sebagai doktor,kawannya itu juga yang menjadi doktor pribadi Villiam.

Setelah tiba Villiam terus pulang ke rumahnya,Villiam menyuruh Loy memanggil kawannya Bob datang melihat keadaannya yang tidak selesa di bahagian hatinya,mengapa terasa panas seperti terbakar.Bob tiba sebaik saja dia di panggil,Bob menbuat pemeriksaan ke atas tubuh Villiam,melihat tekanan darah dan jantungnya,semuanya baik saja.Bob berkata kemungkinan Villiam minum terlalu banyak hingga di serang keradangan,Bob menberi ubat untuk di makan dan mengarahkan Villiam berehat dulu,dia juga perlu makan makanan yang baik.Kalau Villiam masih berasa tidak sihat dia seharus menbuat pemeriksaan secara teliti di hospital.Villiam tidak mahubke hospital sebab dia merasa agak trauma selepas di bedah dulu,merasa kesakitan yang menyiksakan baginya.Bob marah kepada Villiam sudah tahu dia pernah sakit,mengapa dia masih berani minum lagi?Villiam tidak dapat menjawab kerana dia merasa tercabar oleh kehadiran Quan dan merasa jengkel terhadap musuh cintanya itu.Bob berkata lagi kalau tidak mahu ke hospital lagi,Villiam harus menjaga kesihatan sendiri,kali ini kalau dia masih degil,kemungkinan ada penderma pun tidak berguna lagi.

Villiam tidak mahu mendengar leteran Bob,Villiam menyuruh Loy menghantar Bob ke pintu.Bob faham sikap Villiam yang kadang suka menahan sakit,sudah lima tahun mereka kenal,kerana Villiam adalah pesakit Bob,selalu bertemu hingga menjadi teman.Loy kembali dia juga mula berleter seperti Bob,Villiam harus menjaga kesihatan,Villiam memang tidak boleh minum lagi,dia harus ingat apa yang dia ingin buat.Villiam mula terfikir apa yang dia ingin lakukan,mencari Ruth.Villiam berkata Loy terlalu bising,dia ingin berehat sebentar.Loy terdiam lalu keluar dari bilik Villiam.Di rumah ini mereka tinggal berdua saja,jadi kalau ada apa² hal,boleh saling tolong menolong.

Diana ingin berjumpa dengan Villiam,lalu dia mencari Felisha dengan harapan dapat ke rumah Villiam,tetapi Felisha juga tidak tahu di mana bosnya tinggal,hanya Loy saja yang tahu,kerana Villiam tidak suka orang asing ke rumahnya kata Felisha.Diana tidak puas hati dengan kata² Felisha,dia cuba meminta nombor telefon Loy,Felisha menberikan nombor telefon Loy kepada Diana.Diana pun menelefon dengan harapan dapat berjumpa Villiam dengan alasan ada kerja yang masih belum selesai,Diana ingin bertemu Villiam di rumahnya untuk berbincang,tapi ditolak oleh Loy.Loy berkata kalau ada masalah kerja mereka harus bertemu di syarikat,bukan di rumah.Diana berasa marah bila Loy agak kasar menolaknya.

QUAN BALIK KE NEGARA M

Quan pulang ke rumahnya,dia ingin berbincang dengan Ruth tentang masalah di antara mereka,Quan tidak boleh menlengahkan waktu lagi,kerana dia sudah tahu Villiam pasti akan mencari Ruth,jadi sebelum Villiam mengeruhkan keadaan antara Quan dan Ruth.Quan ingin segalanya selesai terlebih dahulu,daripada Ruth mengetahui rancangannya dari orang lain,lebih baik dia ceritakan saja.Apa yang Quan rancangkan.Ruth tiada di rumah sewaktu Quan tiba,rumah agak sunyi.Quan tahu Ruth pasti berjumpa dengan kawannya atau pun dia pergi bersenam.Quan tidak mahu menganggunya sekarang,Quan perlu menyelesaikan kerjanya terlebih dahulu,sebelum Ruth balik ke rumah.

Hampir pukul tujuh petang,bunyi pagar rumah terbuka,kemudian bunyi pintu di buka,Quan segera duduk di kerusi rodanya,Quan menunggu Ruth menyedari yang dia sudah pulang.Sewaktu Ruth menbuka pintu bilik,Ruth terlihat ada banyak hadiah di atas katil,serta sejambak besar bunga ros.Ruth tahu Quan sudah balik.Ruth masih dengan sifat merajuknya,walaupun dia masih merajuk,dia sebenarnya gembira Quan sudah balik,jadi dia tidak merasa sunyi tinggal seorang diri di rumah.Hanya dia masih keras kepala dan tidak mahu mengalah kepada Quan.Ruth pergi ke bilik air untuk menbersihkan dirinya.Lepas dia sudah siap mandi,dia bersiap memakai pijama seksinya dan sengaja masuk ke bilik kerja Quan,hatinya bedebar sebab sudah seminggu dia dan Quan tidak berjumpa,Quan pergi ke negara Itali menyertai majlis amal dan mendapat projek kerjasama dengan syarikat Villiam.Mereka bercadang untuk menbuat proses makanan panas semula,bagi memudahkan golongan ibu yang berkerja serta orang bujang yang tinggal sendirian.

Ruth menbuka pintu perlahan,dia melihat Quan tertidur di meja kerjanya,hatinya merasa kasihan,lalu dia mengambil kain selimut untuk menyelimuti Quan,pada saat Ruth menyelimuti Quan,Quan berpura tidur,dengan segera Quan mencapai tangan Ruth,Ruth terkejut.Dia cuba menarik tangannya,tapi gengaman tangan Quan sangat kuat.Quan berkata dia sangat rindu pada Ruth.Ruth marah...

"kenapa rindu dengan saya,apa Diana tak cukup?...Ruth berkata kasar.

Quan tersenyum bila melihat Ruth marah,Quan berkata dia dan Diana tiada apa²,mereka hanya berkerjasama saja.Tapi Ruth tidak mahu dengar kata Quan,dia sangat cemburu sebenarnya.Ruth menarik tangannya dengan kuat,hingga terlepas dari gengaman Quan,pergelangan tangan Ruth kelihatan merah,Quan tidak sengaja.

"tangan Ruth merah,Quan tak sengaja...kata Quan cemas.

Quan ingin menyentuh tangan Ruth,tapi Ruth tidak benarkan,Ruth mengosok lembut

tangannya sendiri.

"Quan tak perlu berpura ambil berat akan Ruth,Ruth dah tawar hati dengan Quan."kata Ruth.

Quan merasa tergaman mendengar kata² Ruth,baru saja Ruth nak meninggalkan bilik itu,Quan berdiri dan menangkapnya dari belakang,lalu menbawa Ruth ke bilik tidur mereka,Ruth menjerit supaya Quan melepaskannya,sehingga Ruth tersedar yang Quan mendukungnya.Quan boleh berjalan.Ruth melihat wajah Quan tercegang.Ruth macam tak percaya Quan boleh berdiri semula.Tiba di bilik tidur mereka,Quan menletakan Ruth di atas katil.Ruth baru nak menbuka mulutnya,Quan menletakan jari di bibirnya.Quan berkata malam ini Quan akan ceritakan segalanya kepada Ruth,agar Ruth tiada was sangka lagi padanya.