VILLIAM JADI REBUTAN
Di kafe,Lili sibuk melayan pelanggan yang datang,dia dan pekerjanya bertungkus Lumus untuk memenuhi permintaan pelanggan, mengambil pesanan dalam kafe dan juga pesanan dari luar.Viliam dan Loy datang untuk minum,kerana tidak lama lagi mereka akan pulang ke US, seperti biasa di saat Diana tahu Villiam ke sana,dia pasti akan mengajak Felisha pergi bersama, Felisha hanya mengikuti kehendak Diana,kerana Diana telah memberi dia banyak barang mewah tanpa dia sedar.Felisha fikir Diana menganggap dia sebagai teman,dia tidak menolak sebab Diana juga berduit,sudah pasti bukan mudah bergaul dengan orang yang berpangkat dan berduit.Bagi Felisha ini adalah peluang baik bagi dia mendapat teman.Mereka berdua baru tiba di kafe Lili, Felisha segera menuju ke arah bosnya dan Loy saat terlihat mereka,Diana dari belakang berpura tidak menyangka melihat Villiam.
"Hei bos... nampaknya kami berdua beruntung".kata Felisha tersenyum.
"Kamu berdua datang minum?"kata Loy.
"Hei, Villiam...Diana menegur.
"Senang nampak hari ini?...kata Villiam.
"Ye,kerja dah siap,jadi datang minum disini."jawab Diana sambil menarik kerusi.
Diana duduk semeja dengan mereka,dia berkata biarpun kafe ini kecil, suasananya selesa.Katanya di persetujui oleh yang lain,hanya kalau tempat ini lebih luas lagi, mungkin lebih baik katanya.Diana berkata Villiam pasti boleh menolong Lili.Villiam menjawab dia ingin menolong Lili,tapi Lili tidak mahu.Kemudian Lili datang mengambil pesanan,mereka semua ingin minum kopi dan sedikit makanan manisan,Diana memesan sepotong kek strawberi, kemudian Lili pergi ke tempat lain mengambil pesanan lagi,Diana berkata kepada Villiam,dia berbisik di telinga Villiam,Diana berkata dia terkejut bila mengetahui Lili bekas isteri Villiam.Villiam tersenyum sebab dia tahu Diana ada hati padanya,tapi Villiam menjawab mereka tiada jodoh.Diana berpura heran mengapa wanita secantik Lili,Villiam pun ingin bercerai?saat mereka berdua berbual,dari jelingan mata Lili dah nampak semuanya,bertapa mesranya Villiam melayan Diana.Villiam memang baik padanya,tetapi tidak terlalu dengan perasaan.Lili terasa hati, perasaannya tidak seronok lagi,ada rasa cemburu.
Walaupun mereka berdua sudah lama tidak tinggal bersama, tetapi mereka pernah menjadi suami isteri,apakah tiada langsung perasaan Villiam kepadanya,mungkin kerana sebelum perceraian Villiam menawarkan duit untuk melihat sejauh mana kesabaran Lili dengan ujian yang Villiam beri,apakah Lili tersilap langkah.Lili terfikir kalau ada puan Anita,sudah pasti mendiang puan Anita tahu cara menyelesaikan masalahnya, sekarang dia harus bagaimana?kalau benar Villiam dan Diana bersama,Lili pasti tiada harapan lagi.Lili membawa pesanan ke arah meja mereka.
"maaf,hari ini sibuk sangat".kata Lili
"Tidak apa,kita semua banyak masa".kata Diana sambil menjeling ke arah Lili,Diana juga menggunakan sikunya menyentuh lengan Villiam,mereka tertawa.Lili juga tersenyum basi melihat gelagat kedua orang di depannya.
"Lili...saya baru tahu awak bekas isteri bos,tapi mengapa kamu berdua berpisah?. tanya Felisha.
Felisha dengan muka tidak bersalah bertanya di depan semua,mereka saling memandang,tidak tahu bagaimana mana untuk menjawab soalan kilat.Loy menutup mulut Felisha dengan tangannya.
"kenapa kamu dungu sangat?"bisik Loy.
Dalam hati Diana ketawa terbahak-bahak,tapi dia puas dengan pertanyaan Felisha.
Felisha tersedar kalau dia sudah merosakkan suasana tenang, Felisha meminta maaf kepada Lili dan bosnya.Lili memaafkan Felisha, sebab dia tahu Felisha tidak sengaja.Villiam hanya berdiam,sebab dia sudah melepaskan segalanya, tetapi dia tahu Lili masih lagi tidak melepaskan hubungan lama mereka.
"tidak lama lagi kami akan balik ke US."Villiam bersuara untuk menghilangkan suasana tegang tadi.
Lili sedikit merasa sedih bila mendengar kata Villiam,muncul idea di kepalanya,apa kata Lili pergi bersama dengan alasan melancong ke sana,sudah pasti Lili boleh pergi ke tempat tinggal Villiam dan melihat tempat di mana Villiam berkerja,mana tahu Lili ada peluang membina kerjaya di US seperti Villiam.
Lagipun tiada apa yang ingin di kenangan di sini,lebih baik dia mencari peluang baru sambil meneruskan niatnya,mana tahu boleh mendapatkan kembali Villiam.Lili tidak boleh membiarkan Diana menjadi kekasih Villiam,Lili harus lebih berani membuat keputusan,inilah waktu yang sesuai dari terus menanti sesuatu yang tidak pasti.
"Lili rasa Lili nak ikut sekali,Lili tidak pernah pergi ke US,pasti banyak tempat yang menarik disana."kata Lili.
"Betul,Lili boleh belajar banyak perkara baru di sana".saran Loy.
Mata yang tajam dan tidak puas hati menatap Loy,tadi Felisha bercakap melulu, sekarang Loy pula.Loy melihat bosnya menatap dia,dia terbatuk-batuk dengan segera dia memberi alasan untuk pergi ke tandas.Felisha juga setuju kerana Lili juga boleh jadi kawannya di sana selain Diana.Diana agak geram dengan si dungu yang suka berkata sebarangan.Akan tetapi Diana mendapat idea,Diana menyokong Lili ikut sekali,Villiam agak serba salah,dia sekarang berada di tengah antara dua perempuan yang cuba mendekatinya.Villiam tidak melarang atau menyetujui,dia berkata terpulang kepada Lili ingin bagaimana, lagipun tiada kaitan dengan Villiam.
QUAN TAHU NIAT VILLIAM
Walaupun Quan tahu Villiam hanya sementara di sini, tetapi Villiam sudah mempunyai banyak kenalan dan kelebihan,dalam diam Villiam mendirikan bisnes,Quan tahu niat Villiam mengapa dia bertungkus Lumus untuk kembali,ini yang membuat hatinya tidak tenang.Quan mengharapkan Diana dapat mengawal Villiam supaya dia tidak perlu risau,Quan tidak mahu Villiam mendekati isterinya walaupun sebagai sahabat,bagi Quan,Villiam dan Diana sana licik, keduanya boleh jadi pasangan serasi.Dia tidak mahu kedua orang ini mendekati keluarganya terutama Ruth,insan yang paling dia cintai.Tapi Quan tidak tahu akan masa depan,dia tidak tahu fikiran Villiam dan langkahnya,tapi Quan pasti ada sesuatu yang Villiam rancang.
PAPA NAK CUCU
Ruth berfikir dia sangat bersyukur sejak tidak pergi berkerja,dia lebih menumpukan kepada kebolehan bina badan dan menari,Ruth tersenyum manis bila terkenang detik romantik dia bersama Quan pada malam itu,sedang seronok mengelamun.Ruth di kejutkan oleh papanya encik Tan,encik Tan bertanya kepada Ruth apa yang dia fikirkan tersenyum seorang diri?Ruth terasa segan nak meluahkan detik manisnya,dia berkata kawannya sudah mempunyai seorang anak lelaki yang comel, terdengar kata Ruth bercakap tentang anak kecil,encik Tan pun tersenyum dan bertanya bila Ruth dan Quan nak beri dia cucu?encik Tan sudah tua...jadi inilah waktu yang sesuai dia mendapati cucu.Ruth tercengang mendengar permintaan encik Tan.Ruth menjawab cepat yang mereka berdua belum bersedia.Encik Tan berkata mengapa belum sedia, mereka berdua sudah berkahwin beberapa tahun, sekarang lah waktunya Ruth dan Quan seharusnya ada anak, mereka nak tunggu sampai bila kata encik Tan.Ruth menyedari wajah encik Tan kesal.Ruth cuba memujuk encik Tan dengan alasan kesihatannya masih belum baik,Ruth berjanji dia akan segera hamil setelah dia betul-betul sihat.Encik Tan setuju bila teringat akan kesihatan Ruth,niatnya untuk memiliki cucu pudar kerana Ruth lebih penting daripada keinginannya.