PERTEMUAN
Ruth tergesa-gesa saat masuk ke pintu lif yang menuju ke tingkat atas bangunan tempat di mana dia selalu pergi bersenam,coach kegemaran Ruth.Qistina.tempat inilah Ruth menbina kembali keyakinannya yang jatuh seketika,pada saat dia fikir segalanya terjadi lagi,fikiran berperang dengan perasaannya saat Diana muncul lagi dan waktu itu juga Quan mendesaknya meletakan jawatan.Ruth benar-benar kecewa terhadap Quan dan dirinya sendiri jatuh sakit selepas mendermakan hatinya kepada Villiam, hidupnya gelap seketika,Ruth di landa kemurungan tanpa pengetahuan Quan,Ruth juga tidak berani untuk memberitahu kepada ayahnya,encik Tan dan kedua abangnya.Kalau saja mereka tahu sikap Quan melayan Ruth teruk, sudah pasti mereka membuat kekecohan dan mendesak Ruth tidak bersama dengan Quan lagi,untung Ruth masih bertahan dan cuba menyelesaikan masalahnya sendiri, sehingga dia bertemu Qistina dan menjadi sahabat.Qistina banyak memberi motivasi kepada Ruth tentang fizikal dan mental,kerana itu Ruth merasa terhutang budi dan mereka menjadi sahabat.
Sudah berapa tahun Ruth menghabiskan masanya di tempat ini,hingga semua orang yang bersenam di sini mengenalinya,mereka semua positif dan banyak membantu terutama dalam diet serta cara membina otot,sebelum ini Ruth tidak mempunyai otot dia kelihatan langsing dan lemah.Quan juga menyukai penampilan barunya,Ruth kelihatan lebih bersemangat dan kuat.Dengan semangat yang membara Ruth melawan tubuhnya dengan nafas yang panjang,dia membuat Squad selama tiga puluh minit, kelihatan kedua pahanya mula bergetar, senaman yang paling Ruth tidak suka lakukan,tapi dia terpaksa kerana Qistina memaksa dia melakukannya,kerana Qistina tahu cara untuk merangsang fikiran Ruth.
"97!98!99!100!...jerit Qistina."
"Ah!!!...ah...ah...Ruth bersuara sesak nafas.
Dia sudah melepasi limit ketahanan tubuhnya hari ini,biasanya tidak sampai sehingga seratus kali,kali ini Ruth melepasi rekod sebelumnya,dia terbaring di lantai dengan lemah,dia tidak peduli orang lain memandangnya,dia sudah keletihan sangat.Ruth tertawa sambil menunju kearah Qistina.Ruth berkata Qistina Coach yang kejam,sebab memaksa dia buat sesuatu yang gila.Qistina tersenyum bila mendengar kata-kata Ruth.Tapi jauh didalam hatinya,dia sangat gembira melihat Ruth yang sekarang,Ruth kembali positif dan gembira,Ruth memang sangat gembira setelah pulang dari Jepun,apa lagi dia tahu rancangan Quan yang sebenar,yang paling dia gembira suaminya masih mencintainya, sebelum ini Ruth yang salah sangka dan tidak tahu keadaan,tapi sikap Quan benar-benar menghancurkan hatinya.Tapi kalau Ruth tahu dia pula tidak boleh berpura,sudah tentu segalanya yang Quan rancang tidak menjadi.
"Qistina,mari kita pergi makan bersama."kata Ruth.
"Sekarang?...
"Ye... sekarang."
Qistina melihat jam ditangannya,dia ada temujanji dengan seseorang.Ruth berasa tidak puas hati bila Qistina melihat jamnya,Ruth tahu Qistina pasti ada temujanji dengan seseorang,Ruth mendekati Qistina dengan wajah sedih,Ruth berharap yang Qistina menemani pergi makan tengahari.
"Sorry Ruth,saya ada temujanji lagi...kata Qistina.
"Saya sudah perhatikan awak berapa kali,dalam satu bulan ada tiga kali temujanji,siapa orang itu?."Ruth melihat Qistina dengan harapan ada jawaban.
"Okay,Saya beritahu... sebenarnya saya dan Tony ada buat temujanji dulu."
"Tony... temujanji apa?"Ruth berasa ingin tahu.
"Tony ingin saya menjadi kekasih dia... Qistina malu untuk meneruskan perbualannya.
Ruth seperti tidak percaya Tony suka kepada Qistina,bila Ruth fikir balik Tony dan Qistina selalu menghilang saat mereka bersenam,bila tahu saja mereka berdua mesti berbual di kafe.Ruth tersenyum nakal melihat Qistina, akhirnya dia faham sahabatnya masih dalam pergelutan,nampaknya Qistina masih tidak percaya Tony seratus peratus lagi,Ruth tidak tahu nak beri nasihat apa,dia pun tidak mengenali sangat siapa Tony.
"Kenapa awak diam?"tanya Qistina.
"Saya sebagai teman,saya hanya nak awak gembira Qistina,buat apa yang awak rasa betul."kata Ruth.
"Hmm...okay,Saya pergi dulu."
Melihat Qistina keluar dari pintu,Ruth terduduk,dia mengambil air untuk di minum sambil berfikir, percintaan sangat sulit kerana dia juga mengalami naik turun percintaan,agak sukar untuk dia kongsi pengalamannya.
"Positif Ruth!"Ruth bersuara.
Dia pergi ke bilik mandi untuk membersihkan tubuhnya,tidak lama dia keluar dengan haruman wangian,dia memakai pakaian bersih dan kemas,perut pula terasa lapar.Ruth menyentuh perutnya mula berkeroncong.
"Okay,kita pergi makan sekarang."
Ruth melihat phonenya,tiada panggilan atau mesej dari suaminya, Quan.Ruth tahu Quan sibuk semenjak mereka balik dari Jepun,bila Ruth fikir kalau dia tunggu Quan di Jepun sudah pasti mereka berdua menikmati waktu romantik berdua, sekarang dia terasa menyesal dan kesepian,bila berjumpa pun waktu mereka masuk tidur.
Ruth keluar dari pintu menuju ke lif disebelah kanan lorong,tidak sengaja dia terlanggar seseorang yang lebih tinggi daripadanya,Ruth terkejut tidak sempat mengelak,sebelum dia terjatuh dia di sambut oleh orang itu.
"Sorry... sorry...sorry,saya tidak sengaja."Ruth berkata sambil mencapai telefonnya yang jatuh di lantai tadi.
Lelaki itu berdiri tidak bergerak,Ruth hanya melihat kakinya yang panjang,lalu bangun melihat ke arah wajah orangnya,lelaki itu tersenyum manis.Ruth tercengang matanya tidak berkelip,tidak tahu apa perasaannya sekarang,gembira atau sedih.Ruth kaku sebab terkejut melihat Villiam di hadapannya, Villiam kelihatan sangat berubah,lebih hensem dan lebih bergaya.Berapa tahun tidak tahu cerita sebenar tentang Villiam sejak kali terakhir mereka bertemu,Ruth baru tahu pun sewaktu Quan memberitahu tentang Villiam kepadanya,tapi Ruth tidak percaya sepenuhnya sebab mereka musuh cinta,tapi dalam hati Ruth berharap cukup Villiam sihat dan gembira dalam hidupnya.
"Hei... Villiam menggerakan tangannya di muka Ruth.
"Oh,sorry...saya terkejut sangat."
"Saya pun sama,awak kelihatan sangat luarbiasa Ruth."
"Oh,awak ketawakan saya?"
"Tidak,saya gembira sangat berjumpa dengan awak."kata Villiam.
Ruth mula terasa segan bila Villiam seperti tidak berubah pun,dia masih bercakap seperti dulu dengannya,Ruth bertanya mengapa Villiam berada di sini? Villiam berkata dia tahu dari Tony,Ruth bersenam di sini,jadi sengaja datang untuk melawat Ruth.Mereka agak canggung seketika, Villiam bertanya Ruth ingin kemana?Ruth berkata dia ingin pergi makan,jadi Villiam mempelawa dirinya sebagai peneman,mereka pergi makan di area kawasan itu,kerana memasing ada kereta agak buang masa sekiranya mereka pergi makan di tempat jauh, kebetulan ada restoran di kawasan itu,jadi lebih mudah untuk mereka berbual lebih lama,hampir sejam mereka makan dan minum,banyak juga cerita yang menarik dari Villiam, Villiam juga bercerita tentang Diana kepada Ruth.Ruth berdiam diri,Ruth tahu rancangan Quan,Quan juga pernah berkata yang Diana dan Quan berkerjasama,Ruth tahu Diana ingin memikat Villiam,Ruth tidak tahu apakah Villiam tahu atau tidak sikap sebenar Diana,tapi kali ini Ruth tidak mahu masuk campur apa pun,dia tidak mahu hilang kawalan lagi.
"Kenapa Ruth berdiam soal Diana?"tanya Villiam.
"Kami pernah berkawan di sekolah dulu,saya kenal sangat dia hingga saya percaya."kata Ruth.
"Bukankah Diana orangnya,yang merosakkan pertunangan kamu dan Quan dulu?"kata Villiam.
Ruth terdiam,tapi wajah Villiam kelihatan lain dan wajah Ruth juga seakan terkejut.