Chereads / MR Q DAN MR V / Chapter 38 - Chapter 37

Chapter 38 - Chapter 37

KEMARAHAN

Bila Diana mengetahui seorang perempuan memeluk Villiam dengan gembira,membuat Diana merasa geram saat melihat foto yang diberikan oleh pengintip upahan nya, Villiam dipeluk oleh Lili dengan erat dan mesra.Diana tidak dapat menahan perasaan cemburunya,dia merancang untuk pergi ke kafe Lili setelah kerjanya selesai.Diana ingin mengetahui siapakah perempuan itu? fikirannya menjadi buntu seketika sewaktu dia sedang menyiapkan tugasnya, Diana sering terfikir siapa perempuan itu, sahabat atau mungkin saudara Villiam.Tetapi Villiam anak tunggal tiada saudara kandung,apa mungkin perempuan itu sepupu Villiam fikir Diana.Dia cuba menbuat hatinya berasa senang,agar Diana Boleh menyelesaikan tugasnya dengan cepat,selepas itu dia sendiri akan pergi mencari tahu siapakah wanita itu,walaupun sepupu mereka berdua tidak boleh terlalu rapat fikir Diana,sebab Villiam bakal menjadi kekasihnya yang baru,dan Quan secacat itu sudah menbuat Diana tidak berminat lagi,lelaki cacat sesuai dengan wanita lemah seperti Ruth.Diana tersenyum sinis bila memikirkan soal Ruth,Ruth sudah kalah teruk baginya,mendapat suami yang cacat dan tidak perduli akan perasaan Ruth.Ruth seperti bunga yang layu tidak berharga lagi di mata Quan,Quan sanggup memecat isterinya sendiri demi syarikat.Kebahagian yang mereka tunjukan sebelum ini ada drama bagi Diana.Diana menpunyai niat baru untuk merampas syarikat Quan sekiranya dia dapat menakluki hati Villiam,dia ingin mereka berdua berpakat merampas kuasa Quan sebagai bos di syarikat itu.Tapi sukar untuk mendekati Villiam fikir Diana,sebab Villiam terlalu berhati-hati dan tidak menunjuk minat kepada Diana,sekiranya Diana boleh menbuat Villiam jatuh cinta kepadanya,pasti rancangan Diana berjalan dengan lancar.Tetapi yang paling penting sekarang siapa perempuan itu fikir Diana lagi,dia harus mengambil langkah segera bagaimana cara untuk menbuat semua perkara berada di dalam kawalannya.Lili harus di singkirkan juga...

Diana mahu mendapatkan hati Villiam dan syarikat Quan akan menjadi miliknya serta menbalas dendam kepada Quan,sekali gus terhadap Ruth,bergitu lama Diana bertahan dengan perasaan cemburu terhadap Ruth,dan sekarang inilah waktu yang terbaik balas kembali apa yang Diana pernah rasakan.Quan bodoh tidak mahu memilihnya,sekarang dia hanya mempunyai harta,harta itulah yang harus menjadi hak Diana sebagai pampasan.Ruth pasti menangis hingga ke air mata darah,mendapat suami yang cacat dan miskin.Diana tersenyum senang hati bila memikirkan rancangannya secara teliti.

Diana kembali ke rumah orang tuanya,akan tetapi hubungan mereka sekeluarga tidak mesra lagi, ibubapa Diana tidak peduli kepadanya lagi, semenjak Diana menjadi bos di syarikat pakciknya Sam, sedangkan pakcik Sam terlantar sendirian di hospital kerana kemalangan.Diana tidak pernah berasa bersalah kepada sesiapa pun,dia hanya buat apa yang dia inginkan sahaja.Diana berdandan dengan cantik dan bergaya hanya untuk pergi ke kafe melihat orang yang di anggap saingannya.Diana mengajak Felisha bersamanya,kerana Felisha seorang yang penurut dan membuat Diana berasa senang,maka Felisha Orang yang tepat sebagai teman sementaranya.Apalagi Felisha pembantu Villiam,pasti banyak maklumat yang Diana terima.

Tiba di luar kafe,Diana melihat atas bawah di ruang kafe itu,Diana mengeluh sinis dengan senyuman sengit di wajahnya,matanya memutar ke atas seolah dia meluat sangat dengan tempat ini.Fikir Diana inikah yang di manakan kafe?tempat ini sangat kecil dan tidak bergaya,benar-benar menbosankan.Pelanggan pun tidak ramai dan tidak menarik langsung.Diana dan Felisha duduk di ruang tengah kafe kecil itu,Diana suka tempat yang terdedah supaya dia kelihatan di mata orang ramai.Dengan pakaian yang cantik seumpama bintang superstar.Dia duduk bersilang kakinya,terlihat kakinya yang seksi.Lili dapat merasakan aura yang di bawa oleh Diana,pelanggan yang sukar di layan dan di harapkan tidak menjejak kakinya di kafe ini.Walaupun Lili sudah dapat merasakan keadaan yang tegang,dia tetap menuju ke arah Diana dengan senyuman yang manis,sebab pelanggan itu penting.Lili menyapa Diana dan Felisha dengan lembut,Lili bertanya minuman apakah yang mereka berdua ingin minum.Diana memuncungkan mulutnya dengan sedikit bulu keningnya di angkat,Felisha terus menjawab, dia ingin minum macha latte.Tapi Diana bertanya air apakah yang popular di kafe Lili?

Lili tersenyum dan mencadangkan beberapa minuman popular di kafenya,akan tetapi Diana berkata air di kafe Lili sama seperti kafe lainnya,apa yang popular.Diana memilih kopi ais biasa,dia juga berkata kalau air di kafe ini sedap,sudah pasti kopi biasa juga sedap.Lili tersenyum dan mengiyakan saja kata- kata Diana,jadi Lili sendiri yang menbuatkan minuman untuk Diana,kopi yang pekat dan rasa berkrim.Kopi yang biasa Lili buatkan untuk pelanggannya yang penting,termasuk Villiam.Pada saat Lili sibuk di belakang menbuat minuman,Diana mula bergosip akan tentang kafe ini dengan Felisha,Felisha tidak faham maksud Diana,jadi dia juga mengeluarkan akan pandangannya tentang kafe Lili,kecil dan kurang menarik,seperti kedai zaman dahulu.Diana tertawa mendengar kata Felisha.Diana pun berkata entah mengapa Villiam datang ke sini?Felisha bertanya pada saat dia mendengar nama Villiam,bosnya.Diana berkata Villiam dan bos kafe ini sangat rapat,mendengar kata Diana,Felisha ingin tahu cerita seterusnya.Diana berkata lagi,mungkin Lili adalah kawan atau saudara Villiam.Felisha bersemangat bila tahu bosnya berkenalan dengan Lili,apalagi Lili memang cantik.Felisha berkata mungkin kopi di sini sangat sedap,sebab itu bosnya datang,sebab bosnya agak cerewet dan memilih tentang makan minum.Felisha juga berkata Villiam pernah berkerja sebagai chef sebelum ini,sebab itu dia lebih tahu tentang makanan dan minum.Diana tidak sangka Villiam pernah berkerja sebagai chef.

Tidak lama dari itu Lili menghantar minuman ke meja mereka,Felisha menberi senyuman dan mengucapkan terima kasih,Diana hanya melihat Lili dari kaki ke atas,rambut Lili cantik bergulung,dia juga kelihatan lembut.Diana ingin sangat bertanya kepada Lili apakah dia mengenali Villiam.Tapi Diana memilih untuk berdiam dulu,setelah Lili meletak minuman,dia menyambut pelanggan lain pula,Felisha tidak sabar untuk meminum air yang di pesan olehnya tadi,sekali sedut terasa kemanisan yang seimbang dan haruman dari sedutan.Felisha memuji minumannya sangat sedap,Diana hanya memerhati gelagat Felisha,dalam hatinya entah apa yang sedap tentang macha latte,semua kafe pun ada dan rasanya sama.Diana pula menyedut kopi ais yang dia pesan tadi,sekali sedut seolah dia melihat malam tahun baru dengan percikan bunga api di atas langit,sedap...

DI KELAB MALAM

Seperti yang di janjikan,Villiam dan Loy menemui kawan lama mereka di sebuah kelab malam,semuanya sangat teruja sejak berapa tahun tidak berjumpa,akhirnya mereka bertemu lagi,mereka berbual tentang kerjaya memasing,tapi yang paling menarik sudah pasti mereka ingin tahu kehidupan Villiam,dia sudah menjadi bos besar dan menpunyai peniagaan sendiri.Villiam tidak meninggikan diri di hadapan teman lamanya,dia masih berdiri di bumi yang nyata,dia menceritakan detik kesukaran dia bermula di tempat asing,dengan usaha yang keras,dia berhasil dan berasa selesa sekarang.

Mereka juga masih bertanya tentang hubungan Villiam dengan Lili,tiada apa yang Villiam mahu sorokan,hubungan Villiam dan Lili sudah berakhir dan dia masih solo.Ada di antara mereka menpelawakan adik perempuan kepada Villiam,tapi Villiam menolaknya dengan baik,dia menberi alasan yang dia masih sibuk dengan kerja,kemudian Tony berkata dia pernah bertemu dengan Ruth,Ruth agak berbeza sekarang semenjak dia jatuh sakit,Villiam terdiam seketika,kerana hanya dia yang tahu mengapa Ruth jatuh sakit.Villiam bertanya bagaimana Tony tahu keadaan Ruth?Tony menjawab mereka sering bertemu dan sering berbual.Villiam agak keliru mengapa Tony boleh bertemu dengan Ruth,bukankah Quan seorang yang kuat cemburu dan melindungi isterinya.Tapi bila Villiam terfikir kembali,Diana pernah berkata yang hubungan Quan dan Ruth kurang baik,tapi ini sekadar khabar angin,jadi Villiam tidak perlu percaya.Villiam mengajak Tony berbual sendirian,kerana Villiam ingin tahu keadaan Ruth,dia sudah lama tidak melihatnya,dia teringin sangat untuk bertemu dengan Ruth...