Chereads / MR Q DAN MR V / Chapter 34 - Chapter 33

Chapter 34 - Chapter 33

MERASA KURANG SELESA

Tangan mereka berdua mula bersalam tanda kata sepakat sudah dipersetujui,Villiam melirik tajam kepada Diana yang tersenyum manis kepadanya,manakala Quan mengarahkan Achong menbawa dia keluar dari bilik mesyuarat dengan segera,Quan tidak peduli apa yang Diana mahukan,Diana sudah menemui calon baru untuk dikejar,melihat Villiam kacak dan berjaya menbuat Diana berasa sangat teruja.Villiam pula tidak sedar akan niat Diana terhadapnya,Villiam berfikir Diana sudah kembali bersama Quan.Villiam menunjuk ke arah pintu,baru Diana tersedar Quan sudah meninggalkannya sendirian,sebelum Diana beredar dia sempat menyelitkan kad peribadinya di poket baju Villiam,dengan senyum manis dan jelingan mengoda,lalu Diana beredar,dia fikir Villiam pasti terpikat terhadapnya.Setelah bayangan Diana hilang dari mata Villiam,Villiam mengeluarkan kad tadi dan menbuang ke dalam tong sampah.Villiam tahu siapa Diana,kerana dia...Ruth kecewa berapa kali.Tetapi yang menbuat Villiam berasa panas hati, kenapa dengan Quan,apa yang Quan inginkan?dia masih bersama Diana,apakah Ruth tidak tahu,tapi Quan sepertinya ada masalah tersendiri yang Quan tidak boleh beritahu kepada orang lain,mungkin juga termasuk Ruth.Villiam perlu bersabar sebelum Loy mendapatkan maklumat tentang Ruth,Villiam hanya ingin Ruth gembira,kalau benar hubungan Quan dan Ruth tidak baik,kali ini Villiam akan buat apa saja demi mendapatkan Ruth kembali.

"Bos,mengapa bos buang kad cik Diana?"tanya Felisha.

"sebab tak penting"jawab Villiam.

Sebaik masuk ke dalam kereta,Diana marah kepada Quan,mengapa pergi tampa menberitahu dia,Quan tersenyum sinis,dia tahu niat Diana.Quan berkata apakah Diana tidak mengenali Villiam?Diana serius ingin tahu,Diana memerhati Quan yang bersahaja,Diana tidak sabar ingin tahu mengapa Quan berkata bergitu.Diana bertanya "siapa dia" apakah Diana mengenalinya?

Quan menjawab yang dia tidak pasti,tapi kalau Diana ingin tahu maklumat tentang Villiam, pasti Diana boleh mencari dengan mudah.Tapi sudah pasti tidak semua,terutama soal peribadi Villiam.Diana berasa ingin tahu,tapi sudah pasti Quan inginkan imbalan.Diana bersuara kerana dia tidak suka berputar belit...

"apa yang kamu inginkan untuk maklumat dia?"

Ha...ha...ha...Quan tertawa geli hati melihat perubahan Diana.

Quan kembali serius,dia memandang Diana dan berkata,projek kali ini Diana tidak boleh ikut campur, mendengar seperti ugutan.Diana meninggikan suaranya dengan kuat,Diana tidak bersetuju kerana projek ini boleh merapatkan lagi hubungan dia dengan Villiam,ini satu-satunya jalan yang paling sempurna untuknya.

Quan tahu Diana pasti tidak setuju,kerana demi kerjasama dengan syarikat Villiam,Diana sudah banyak menghabiskan uangnya menyogok orang yang terlibat,termasuk kakitangan syarikat Villiam.Quan menarik nafas dan berkata Villiam adalah seorang pencinta setia,orang yang pernah jadi kekasihnya sangat beruntung,mendengar kata-kata Quan hati Diana menjadi panas.

"siapa perempuan itu?!

"hee...hee...hee...Quan geli hati.

"kamu fikir,saya tidak akan tahu tentang dia,saya akan mencari sendiri setiap inci soal peribadi dia dan tidak tertinggal walau satu pun."

Diana memeluk tubuhnya sambil bersandar dengan marah,mereka berdua berdiam dan tidak bercakap lagi sehingga tiba ke hotel.Achong tinggal sebilik bersama Quan,Diana pula bersendirian.Diana masih menanti panggilan dari Villiam,dia melihat jam di dinding,waktu sudah pukul sebelas malam,agak lewat untuk menbuat panggilan,Diana berfikir mungkin Villiam terlupa,sebab kad peribadinya tadi,dia letak di poket baju Villiam.

MAKAN TENGAH HARI

Diana mendekati Felisha,kerana dia ingin tahu tentang hal peribadi Villiam,apakah Villiam sudah menpunyai kekasih atau tidak,Diana kelihatan sangat mesra terhadap Felisha pertemuan kali ini,dia sengaja mencari peluang untuk berbual saat melihat Felisha ke bilik air.Diana berkata makanan di tempat ini sangat sedap dan suasananya pun selesa,Felisha pun menjawab,ini restoren kegemaran bosnya,bosnya sering kali makan di sini, setiap kali Villiam berurusan dengan sesiapa saja.Felisha yang tidak faham akan niat Diana telah menberi maklumat secara tidak sengaja.Diana tersenyum dan memberi kad peribadinya kepada Felisha,Diana berkata dia harap Felisha menjadi kawan baiknya, mendengar kata Diana,Felisha berasa sangat gembira sebab dapat berkawan dengan orang kaya yang cantik dan baik,mereka pun saling bertukar nombor telefon supaya mudah untuk berhubung kemudian nanti.

LOY SUDAH MENDAPATKAN MAKLUMAT

Loy mencari Lili,kerana dia tahu Lili dan Villiam sudah bercerai,Loy hanya ingin tahu bagaimana keadaan Lili sekarang,kerana mereka berdua agak baik semenjak Villiam jatuh sakit dahulu,secara tidak sedar Loy jugalah tempat Lili mengadu masalah antara mereka berdua.Loy menjadi pendengar setia saat Lili memerlukan seorang teman.Loy mendapat tahu Lili membuka sebuah kafe minuman selepas bercerai, perniagaannya juga sangat bagus kerana Lili cekap mengurus.Walaupun Villiam tidak pernah menyebut nama Lili, mungkin Villiam ingin tahu keadaan Lili juga fikir Loy, supaya dia tidak perlu terpinga saat Villiam bertanya nanti,lebih baik dia selidik awal.

Dari jauh Lili kelihatan sangat sibuk,Loy hanya memerhati dari dalam kenderaannya yang bercermin gelap dari seberang depan jalan kafe Lili,sudah pasti Lili tidak menyedari dia diperhatikan,Loy masih berfikir apakah dia patut pergi menyapa Lili,tapi Lili sangat sibuk,Loy berfikir dia tidak mahu mengganggu Lili sekarang.Lalu Loy pergi memandu dari tempat itu dan menuju ke hotel dia menginap,di situ secara tidak sengaja Loy menemui kawan lama mereka.Tony.

Tony juga terkejut saat ternampak Loy,sebab mereka sudah tidak berjumpa selama lima tahun,lima tahun berlalu dengan sekelip mata sahaja,Loy juga kelihatan sangat bergaya,sudah pasti dia berjaya semenjak berkerja dengan Villiam.Nama Villiam juga terkenal seperti Quan,mereka mempunyai perniagaan yang sangat bagus.Tony dan Loy berbual di lobi hotel penuh semangat memasing menceritakan hal memasing,tampa Loy sedar Lili datang mendekati mereka berdua.Loy dan Tony terkejut saat Lili mendekati dan mencelah saat mereka seronok berbual.

"Lili...Loy menyebut nama Lili dengan wajah agak cuak.

"Loy,kamu balik seorang ke?"tanya Lili.

Loy,menjawab ya, dia nampak agak cemas,sebab Loy takut Lili bertanya tentang Villiam,lalu Loy bertanya kepada Lili,dia buat apa di sini?Lili berkata dia sudah nak balik, tetapi ada order dari temannya,lalu menghantar pesanan temannya yang berkerja di sini.Lili faham melihat wajah Loy,jadi dia beredar selepas berkata beberapa patah perkataan,melihat Lili sudah pergi menaiki keretanya,baru Loy melepaskan nafasnya,Tony tertawa melihat gelagat Loy.Tony bertanya kenapa Loy nampak takut sangat dengan Lili?Loy tidak takut,hanya dia tidak tahu bagaimana nak menjawab kalau Lili banyak bertanya tentang Villiam.Villiam lebih ingin tahu hal isteri orang dari bekas isterinya sendiri.Loy kenal Lili dan berasa kasihan kepadanya,Loy rasa serba salah bila melihat perempuan menangis,sebab dia tidak tahu bagaimana untuk menenangkan mereka, kelemahan Loy adalah airmata,sejak kenal Lili,Lili banyak menangis dari ketawa, semuanya kerana Villiam,tetapi Loy tidak dapat memaksa atau memahami soal cinta antara mereka dan dia juga tidak mahu terlibat,lagi esok Loy akan balik semula menemui Villiam.Villiam sudah tidak sabar untuk mengetahui maklumat yang dia inginkan.