VILLIAM NAK BERCERAI
Walaupun Villiam masih tidak sembuh sepenuhnya,dia tetap dengan keputusannya untuk pergi ke Amerika,tempat yang bakal menberi peluang kepadanya untuk mencapai impian yang dia rancang,bila Lili mengetahui rancangan Villiam dari Loy,dia sedaya upaya memujuk Villiam agar tidak ke luar negara.Lili tidak mahu Villiam pergi darinya,jadi Lili setiap hari akan pergi menbantu Villiam mengurus makan minum dan menbersihkan pakaian Villiam,walaupun Villiam menlarang Lili berbuat demikian.Lili tidak mengendah larangan Villiam.Lili fikir dengan pengorbanan yang dia lakukan pasti menbuat Villiam terharu padanya,Villiam sudah mati akal dengan sikap degil Lili yang tidak perduli akan kemarahannya,setelah Villiam berfikir sedalamnya,dia ingin berdepan dengan Lili,bila Lili mendapat pangilan dari Villiam,dia bergitu gembira sangat,sebab sudah lama Villiam tidak menghubungi dia menlalui telefon,bila Villiam mengajak Lili keluar berdua saja,hatinya berbunga-bunga,tiada Loy yang menjadi pengganggu,sejak Villiam lepas dibedah hari itu,Loy sentiasa menolong Villiam kerana mereka serumah,kadang Lili tidak suka sebab Villiam banyak meminta pertolongan kepada Loy,sedangkan Lili hanya memerhati saja,Villiam tidak mahu Lili mendekatinya,seolah Villiam berhati-hati terhadap Lili.
TEMUJANJI
Villiam menjemput Lili di rumah sewa tempat tinggal Lili bersama rakannya,Lili berhias dengan cantik seolah mereka berdua pergi bersiar-siar,Villiam memahami perasaan Lili padanya,bukan Villiam tidak cuba untuk menerima Lili,tetapi ada waktu sikap Lili terlalu obsesi padanya,perkara itu menganggu dan menbuat Lili menjadi agresif.Villiam hanya inginkan sebuah perhubungan yang gembira dan selesa,tampa drama yang menbuat hidup dalam kesulitan.Lili tersenyum gembira saat Villiam sampai di depan rumah,dari tadi Lili menanti dalam kesabaran,dia bersiap lebih awal untuk berdandan dan mencari pakaian yang sesuai,tidak terlalu menonjol dan selekeh.Villiam menbawa Lili ke sebuah tempat yang tidak banyak orang,kerana dia serius ingin berbincang,Villiam juga tahu Lili bakal mengamuk nanti.
Sampai di restoran Villiam menbawa Lili duduk di sudut luar dengan pemandangan laut yang cantik,bunyi ombak menyapa mesra pengunjung yang datang ke restoran itu.Lili berdebar tak terkata,mungkin hari ini permulaan baik baginya,dia dan Villiam akan bersama lagi.Villiam memesan makanan dan minuman untuk mereka berdua,sebab Lili akan makan apa yang Villiam makan.Lili tersenyum manis melihat lautan yang berkilau terkena sinaran matahari,Villiam juga agak risau apa yang bakal berlaku selepas ini,tapi dia tidak mahu berfikir tentang selanjutnya,yang penting makan dan minum dengan gembira,selepas ini dia harus lebih tegas kepada Lili,biar Lili faham dan menerima kenyataan.Lili tidak akan selalu mendapat apa yang dia inginkan.
Selesai makan dan minum,mereka di hidangkan dengan manisan dan buahan,Lili makan dengan selera.Villiam pula berasa agak kasihan dan terfikir mungkin dia agak kejam,tapi cinta tidak boleh dipaksa,kemudian Villiam mengeluarkan sehelai kertas dan menletakan diatas meja,dari tadi Lili menyedari Villiam menbawa beg bimbitnya,tapi Lili tidak terfikir apa yang ada di dalamnya.Tertera tulisan surat cerai di atasnya,air muka Lili berubah sebab dia faham maksud Villiam.Lili bertanya untuk apa?Lili ingin tahu mengapa mereka harus bercerai dari mencuba lagi...Villiam terpaksa menjelaskan segalanya kepada Lili,mengalir air mata Lili mendengar banyak perkataan yang dia tidak sangka benar-benar menusuk hatinya,rupanya selama ini dia banyak kelemahan dimata Villiam.Lili tidak perduli dia masih ingin bertahan lagi,Villiam berkata biarpun Lili bertahan selamanya dia tidak boleh melawan undang-undang,mereka tetap akan bercerai secara sah bila masa saja,Villiam juga menawarkan uang kepadanya untuk Lili memulakan hidupnya selepas bercerai,Lili akan rugi sekiranya dia masih berdegil lagi,Lili harus menanda tangan surat cerai didepan Villiam,kemudian Villiam akan menberi uang kepadanya.Kalau Lili masih berdegil dia akan diceraikan tampa satu sen,jadi Villiam ingin Lili bijak dengan keputusan yang harus dia buat sekarang.Villiam agak mendesak dan cuba menakutkan Lili.Lili bukan tidak faham setiap kata-kata yang Villiam sampaikan,hanya dia bermain dengan egonya,Lili ingin bertahan selagi boleh,tapi bila dia fikirkan betul apa yang Villiam katakan,sekarang uang lebih penting sebenarnya,kalau Lili tidak tanda tangan sekarang,nanti dia tidak akan mendapat satu sen apapun,malah melihat Villiam dengan orang lain nanti,itu pasti lebih menyakitkan hati,tiada cinta dan duit.Lili akhirnya bersetuju dan menanda tangan di kertas cerai itu,tampa berlengah Villiam juga memindahkan uang ke akaun Lili,Lili tidak rela,tapi dia terpaksa menerima...Setelah selesai menguruskan segala hal,Villiam pergi ke luar negara,dia juga telah menjual rumahnya yang dia beli dahulu,sewaktu itu dia fikir akan berkawin dengan Ruth,dia menbeli rumah itu secara rahsia untuk menberi kejutan kepada Ruth,tapi akhirnya dia tidak dapat berbuat demikian lagi,fikir Villiam mungkin ini yang terbaik,dia harus pergi dari sini.Ruth telah menemui kebahagiaannya,tiada apa untuk Villiam menantikan lagi disini,dia masih lagi dengan misinya untuk menbalas budi kepada seseorang yang telah menyelamatkan nyawanya,tampa penderma hati yang serasi sudah pasti Villiam tiada didunia ini lagi,sebab itu dia ingin memulakan kerjayanya diluar negara,dia ingin mencuba nasib di sana,bila misinya selesai nanti dia ingin mencari penderma hati itu dan menbalas budinya.
DI TEMPAT BARU
Agak mencabar dia terpaksa bermula dari bawah,tapi itu tidak mematahkan semangatnya,dia harus berusaha dengan lebih keras lagi,dalam waktu tiga tahun saja,Villiam sudah menagetkan rancangannya biar pun susah mana sekali pun,dia tidak mahu kalah dengan nasibnya,di tempat baru dia di buli oleh keadaan,tapi Villiam tidak pernah marah atau mengaku kalah,ini cabaran yang sebenar yang harus dia tempuhi dengan semangat perjuang,berapa bulan dia diterima sedikit² oleh orang sekitarnya,dia kemudian belajar di kelas masakan,bekerja sambil belajar kerana dia ingin menjadi chef yang disegani serta beribawa.Villiam hampir mendekati tempat yang dia inginkan,segalanya semakin lancar tampa sedar sudah dua tahun dia berada di sini,lagi selangkah dia menghitung hari kearah tujuannya.Tidak lama lagi Villiam akan memanggil Loy mengikutinya,kerana Loy kawan yang paling dia percaya dan boleh diharapkan,Villiam semakin bersinar di sini,bila Loy datang nanti sudah pasti Loy terkejut melihat perubahan Villiam.Villiam boleh tersenyum lebar segala penat lelahnya menbawa hasil,susah payah yang dia lalui berapa tahun ini menbuahkan hasil yang lumayan.