Chereads / MR Q DAN MR V / Chapter 31 - Chapter 30

Chapter 31 - Chapter 30

PROSES PEMULIHAN

Pada waktu pagi Villiam tersedar,dia merasakan sensasi perit yang sangat dahsyat di tempat pembedahannya,nyari dan sakit untuk bergerak,dia cuba menahan kesakitan itu,kali pertama dalam hidupnya terasa begitu sakit lebih sakit dari putus cinta,tetiba dia teringat akan wanita yang menderma hati untuknya,pasti dia juga merasa sakit seperti ini,kalau dia seorang wanita boleh bertahan,apakah dia seorang lelaki tidak boleh tahan,Villiam mencuba untuk bangun sendiri,dia menahan sakit tiap kali bergerak,terasa luka itu seperti ditabur garam hingga dia mengerang kesakitan,kemudian jururawat datang menbantunya menaikan kepala katil,agar Villiam selesa bersandar,dia diberi ubat tahan sakit dan berapa lagi ubat untuk ditelan,setelah menelan ubat tadi,beberapa minit kemudian dia berasa sedikit lega dari kesakitan yang dia rasa,doktor telah mengecek tekanan darah dan jantungnya,dia kelihatan baik saja,dia tidak mengalami masalah lain,hanya sakit ditempat bedah saja katanya,jadi doktor akan memindah dia ke wad biasa hari esok,dia tidak perlu berada di ICU lagi,kerana keadaannya kelihatan baik.

Setelah dihantar ke wad biasa,Villiam boleh duduk sendiri,Loy dan Lili datang melawat menbawa sedikit makanan untuknya,Villiam tidak berselera untuk makan,dia hanya menjamah sedikit,kerana tempat lukanya masih sakit,dia merasa sedikit terganggu dengan keadaan itu.Villiam melihat ke arah pintu dengan harapan Ruth akan melawat dia,kemudian Loy menberi buku kepada Villiam,Loy tersenyum memahami,dia tahu fikiran Villiam.Villiam juga tahu buku itu dari siapa,dia menyimpannya di bawah bantal untuk dibaca kemudian.Lili juga merasa senang hati sebab dia berfikir buku sebelum ini mungkin dari Loy,tapi Lili masih terfikir kenapa akhir ini dia tidak melihat Ruth,tetapi dia tidak mahu bertanya kepada Villiam,sebab Lili tidak mahu keduanya bertemu,Lili dapat menagak kalau Quan memang melarang Ruth menemui Villiam.Lili tahu orang seperti Quan agak cemburu,kalau bukan kerana Quan yang tolong Lili sebelum ini,mana mungkin mereka dapat bersama,Lili merasa gembira,dia tidak perlu berasa bimbang dengan Ruth,sebab Quan akan mengawalnya,sekarang rancangan Lili adalah menjaga Villiam hingga pulih dan berbincang tentang hubungan mereka lagi,Lili tidak mahu kehilangan Villiam,dia akan berbuat apa saja untuk kembali kepada Villiam,biarpun Villiam sudah menberi kata putus sebelum ini,mereka pernah bergaduh teruk,kerana kesilapan Lili sendiri,dia terlalu yakin dengan permainannya.Walaupun Villiam benar tetapi Lili tidak akan mengaku,sebab tiada bukti segala apa yang dia lakukan,semuanya sekadar imaginasi semua orang,Lili hanya perlu dengan pendiriannya saja.

Hampir tamat waktu melawat,Loy dan Lili meminta diri untuk pulang,esok mereka akan datang lagi sekiranya Loy balik awal dari kerja,Lili pula akan datang waktu dia rehat,biarpun Villiam tidak mahu dia datang,Lili tidak peduli dengan larangan Villiam,inilah satu² kesempatan Lili mendekati Villiam lagi,jururawat turut memuji Lili seorang isteri yang baik menjaga suaminya,wajahnya sangat manis bila tersenyum.Villiam memang dingin padanya,tapi dia tidak peduli,sedangkan orang lain dapat melihat cara layanan Villiam padanya,tapi Lili menbela Villiam,dia berkata Villiam sangat baik padanya,hanya kerana Villiam sakit dia jadi bergitu.Lili tidak tahu apa yang Villiam telah fikirkan selepas dia sembuh nanti.

Saat Villiam ingin tidur dia teringat akan buku yang diberikan oleh Loy siang tadi,dia menyeluk buku dibawah bantalnya,lalu bersandar kembali untuk melihat isi kandungan didalam buku itu,agak menarik untuk dibaca.Kebetulan matanya masih segar,dia mula menbaca satu persatu muka surat,tetiba ada note yang di selit dimuka surat lima,bedebar hati Villiam menbaca tulisan tangan itu,ia dari Ruth.

"semoga cepat sembuh,saya mendoakan awak sihat dan gembira dengan segala perkara yang bakal awak lakukan,dari Ruth."

Kalau boleh malam ini juga Villiam nak telefon Ruth,nak cakap terima kasih kerana Ruth masih terfikir padanya,tapi Ruth dah jadi milik orang,apalagi dah waktu malam,risau dia menggangu orang,fikir Villiam mungkin esok dia akan menghantar mesej kepada Ruth,sebab Ruth sekarang kelihatan sibuk dan tidak melawat dia,Villiam faham kerana Villiam akan kembali sihat,jadi Ruth tidak perlu melawat Villiam lagi.Villiam faham walaupun seakan terhiris rasa perasaannya.

RUTH MENAHAN SAKIT

Selepas pemedahan Ruth diserang deman,agak menrisaukan Quan melihat isterinya lemah dan sakit,tetapi doktor menberitahu tiada apa yang perlu dirisaukan,kerana Ruth deman biasa.Ruth terbaring lemah kelihatan lesu,Quan agak risau dan berasa marah,dia dalam diam menyalahkan Villiam,kerana Villiam Ruth terpaksa menjadi penderma,kalau tidak Ruth tidak akan terbaring dikatil menahan kesakitan.Walaupun dia marah,dia masih berlembut kepada Ruth,dia tidak mahu Ruth tahu apa yang dia fikir dan rasa,dia hanya ingin Ruth cepat pulih dan sihat.Quan masih tidak berterus terang kepada Ruth,yang sebenarnya dia sudah sembuh,Ruth merasa bimbang yang sia² terhadap suaminya,pada mulanya Quan ingin menberitahu keadaannya kepada Ruth,tetapi ada sesuatu yang menlanda di perusahaannnya,demi menyembunyikan rahsianya dan masalahnya.Quan terpaksa berpura lagi,Ruth ingin ayahnya encik Tan datang menolong,tapi Quan seakan menlarang dan memberi alasan,Ruth hanya tidak mahu Quan penat dan serabut mengurus dia dan syarikat.

Quan takut kalau ada orang lain yang menolong,rahsia dia terbongkar dan dia tidak boleh berpura lagi,kerana dia ada alasannya sendiri.Quan tidak merasa sibuk atau letih sebab dia sangat sihat,setiap pagi setelah siap menolong Ruth menbersihkan diri dan bersarapan,Quan akan pergi berkerja seperti biasa,Ahcong akan datang mengambil dan menghantar Quan kemana saja,di saat Quan tiada di rumah,dia akan memanggil seorang makcik untuk menjaga Ruth berapa jam,kerana selepas satu minggu Ruth sudah boleh bergerak seperti sedia kala,hanya dia tidak bolah melakukan kerja berat,Quan hanya ingin Ruth berehat hingga betul² sembuh.Ruth sangat gembira melihat Quan bersusah payah menolong dan menlayannya dengan baik.Ruth terharu biarpun Quan tahu apa yang telah Ruth lakukan,tapi Quan tidak cemburu atau marah,malah sanggup bersusah payah untuknya,biarpun Quan sendiri tidak boleh bergerak bebas,bermula dari sekarang Ruth hanya ingin dia dan Quan bahagia,selepas ini Ruth akan fokus terhadap kerjaya dan rumah tangganya saja dari perkara lain dan Villiam adalah sejarah pribadi yang harus dia lupakan mulai hari ini.Ruth berfikir yang dia harus sembuh terlebih dahulu,sebelum dia fokus kepada Quan,sedangkan Quan pula diserang oleh musuhnya,syarikat dia disabotaj oleh orang dalaman.