Saya duduk di sebelah kubur datuk. Dia selalu berkata ingin dikuburkan di alam semula jadi dan saya akan memastikan keiginannanya dikabulkan. Sudah lima tahun sejak hari itu, datuk membawa saya masuk dan saya tidak menyesal sekalipun. Setiap hari adalah hari yang terbaik bersama datuk yang mengajar saya. Kami pergi ke sungai untuk menangkap ikan dan kadang-kadang pergi ke bandar terdekat.
Saya berdiri untuk kembali ke kabin, "Mari kita pergi Mikey."
Ketika saya sibuk membaca di kabin, saya mendengar ketukan di pintu.
Seorang lelaki membuka pintu dan masuk.
"Cik Rosalie Yuki?"
Saya berdiri dan memandangnya, "Ya?"
"Oh Bagus. Kami dari polis."
"Polis?"
"Oh, anda tidak perlu risau!" dia melambaikan tangannya "Sekarang penjaga kamu sudah pergi, kamu harus berpindah kembali ke kota"
"Oh begitu"
Oleh kerana saya tidak mempunyai tempat untuk tinggal di bandar. Saya diambil oleh Rumah anak yatim bukan sebagai anak yatim tapi sebagai pekerja. Saya bergaul bersama anak-anak di sana dengan baik dan hidup saya di sana seperti kehidupan biasa, sehingga saya berusia 18 tahun.