Saya terpaksa berkerja diluar pejabat kerana saya telah meninggalkan kerja untuk membawa Rosalie ke penthouse. Saya juga membawa fail dari pejabat untuk mengusahakannya di rumah.
"Lexus?" saya terdengar bisikan dari belakang saya ketika saya sedang duduk di sofa, membelakangkan tangga. Saya berpusing dan melihat dia berdiri di tangga ketiga dari bawah.
"Mari ke sini" saya memanggilnya dan melemparkan fail ke meja. Saya memerhatikannya, berjalan di sekitar sofa ke arah saya. Ketika dia mendekat, saya menghulurkan tangan saya kepadanya dan dia mengambilnya dengan lembut. Saya menariknya ke bawah untuk duduk bersama saya. " Rosalie saya tidak tahu apa yang membuatmu menangis. Apakah itu kenangan masa lalu kamu?" Rosalie mengeleng kepalanya "Baiklah, apa pun yang menganggu kamu sampai ke hari ini, saya harap anda melupakannya, kerana perkara itu tidak akan berlaku lagi".
"Boleh saya tanya sesuatu?" Rosalie bertanya sambil menatap ke arah saya dan saya mengangguk "Mengapa kamu membeli saya?"
"Itu... tidak penting!. tidaklah perlu anda mengetahuinya, saya tidak menafikan tidak mempunyai alasan.
"Saya faham" Rosalie menunduk di pangkuannya "Lagipun,
saya bukan siapa-siapa" Dia membisikkan kata-kata itu kepada dirinya sendiri tetapi saya mendengarnya.
"Tidak!, anda mungkin tidak menyendarinya tetapi anda mempunyai nilai tersendiri"
Rosalie memandang saya bingung. Malangnya, saya tidak mempunyai cara untuk menjelaskan apa yang baru saya katakan, jadi saya membiarkannya.
"Sekiranya ada sesuatu yang menggangu anda, saya mahu anda memberitahu saya"
"Kenapa.?"
"Kerana saya ingin membuatmu selamat. Saya berjanji tidak akan membiarkan bahaya datang menghampiri kamu"
Rosalie bingung, tetapi saya tidak ingin berdebat dengannya, jadi saya mengambil dokumen dan mula memeriksanya kembali.
Ketika sedang menyemak dokumen, saya meliriknya sedang tengelam dalam fikirannya.
Adakah dia tidak mempercayai saya? Apakah itu sebabnya dia tidak mempercayai saya?.