Chereads / dijual? (Hamba Rosalie) / Chapter 37 - Chapter 37

Chapter 37 - Chapter 37

Kami berdua semakin membesar, Alios sama tinggi dengan ketinggian saya walaupun dia lebih muda dari saya. Dia membesar dengan lebih cepat.

Tiba-tiba kami mendengar pintu di buka. Saya dan Alios mengetap bibir. Baru dua jam sejak Lizzie pergi.

Seseorang dengan panik berlari masuk, saya mendengar orang itu pergi ke dapur, kemudian ke bilik stor dan akhirnya saya mendengar troli ditarik keluar. la betul-betul berhenti dia sebelah kotak kami.

Kemudian saya mendengar kunci kotak dibuka.

"Keluar kamu berdua!" Itu adalah Lizzie tetapi suaranya pelik.

Kami berdua keluar dari kotak dan dia dengan panik meletakkan kotak di troli. Ketika saya menatap wajahnya ketakutan, saya tidak dapat menguraikan apa yang salah. Sepertinya dia telah melihat hantu dan dia berpeluh dengan teruk walaupun sekarang musim sejuk.

Setelah selesai meletakkan kotak di troli dia memandang kami.

"Jangan bertanya, masuk! kita akan pergi."

Saya dan Alios saling berpandangan, tiba-tiba dia berteriak "SEKARANG"

Kami berdua masuk ke dalam kotak dan Lizzie mengunci penutupnya.

"Jangan bersuara" dia mula menolak troli keluar. Tidak lama kemudian, saya sedar kita tidak pergi ke bandar, tapi sebaliknya Lizzie mengambil jalan berbukit. Saya dapat merasa jalan tidak rata. Semuanya baik-baik sahaja pada awalnya, kemudian saya mendengar siren.

"Sial!!" saya mendengar kutukannya dan dia mempercepat, mencuba berlari secepat mungkin.

ltu bukan siren polis atau ambulans, ia berbeza. Hanya dengar beberapa saat, lebih kurang seperti memberi isyarat. Saya masih ingat pernah mendengarnya sebelum ini tapi saya tidak ingat di mana.

Kemudian saya mendengar beberapa kenderaan menghampiri, mereka jauh tapi semakin hampir.

"Tidak tidak tidak!!" adakah Lizzie menangis? saya tidak tahu, saya tidak dapat melihatnya.

Saya mendengar kenderaan semakin hampir, bunyi enjin semakin kuat.

"Rose.." suaranya bergetar "Maafkan saya, tidak dapat menyelamatkan kamu berdua"

"Lizzie?" saya tidak tahu apa maksudnya, tiba-tiba troli berhenti. Lizzie mengeluarkan Alios dari kotak yang tidak berkunci dan kemudian mereka melarikan diri.

"Lizzie?" tidak ada yang menjawab "Lizzie!" adakah mereka meninggalkan saya? "Lizzie!!!???"

"Alios ...?"

Saya mendengar kenderaan mendekat, sebilangan dari mereka hanya melalui saya.

Mereka meningalkan saya, di kunci di dalam kotak yang sempit.