Chereads / dijual? (Hamba Rosalie) / Chapter 31 - Chapter 31

Chapter 31 - Chapter 31

Semasa mandi saya merasa sedikit pusing. Mungkin saya lelah kerana terlalu banyak berjalan semasa cuaca sejuk. Baiklah, mandi air suam, tidur yang nyenyak harus dilakukan dan saya akan sihat pada waktu pagi.

Saya keluar dari bilik mandi. Saya tidak mengeringkan badan kerana lelah dan saya hanya mengunakan baju tidur sutra hitam.

Lexus berkata dengan seseorang di telefon, menatap saya beberapa saat sebaik melihat saya keluar dari bilik mandi dan dia tergangu dari pangilan itu.

"Eh-ya? apa kamu katakan sebentar tadi?" dia menoleh, berkata kembali semasa saya baringan di atas katil. Lembut dan selesa. Saya sangat letih dan langsung ketiduran. Lexus menamatkan pangilan dan ingin memberitahu saya. Tapi sudah terlambat saya sudah ketiduran.

Saya bangun dengan kepala yang berat dan melihat waktu sudah pukul 7 pagi. Itu bermakna saya tidur selama 8jam, jadi mengapa kepala saya berat? adakah saya tidur terlalu lama?

"Bagus. Kamu sudah bangun." saya mendengar Lexus berkata dan saya menganguk kepala, "Pergilah bersiap, kita mempunyai penerbangan untuk dikejar. "

"Penerbangan?"

"Ya. Kita akan kembali hari ini"

"Tapi, kita sepatutnya berada di sini selama tiga hari ..."

"Saya tahu- tapi kerana saya dan ibu di sini syarikat tidak mempunyai penyelia. Oleh itu, saya perlu kembali dahulu. Bersiaplah."

Saya menganguk dan mengheret diri ke bilik mandi dengan fikiran yang hancur. Saya tidak boleh berfikir secara lurus.

Tunggu. Ibunya ada di sini? Jadi bagaimana dengan ayahnya? Adakah dia di sini juga?

Kerana seluruh keluarga ada di sini seseorang perlu kembali dahulu?

Ah apa sahaja. Saya tidak tahu mengapa otak saya pusing dengan hanya berfikir.