Kami berada di dalam kapal terbang.
Saya mengalami demam, sepatutnya saya menyedari perkara ini.
Mungkin ia terjadi pada malam semalam, tapi saya ingat boleh menghilangkannya. Sebaliknya menjadi lebih buruk dengan tidur tanpa mengeringkan badan.
Saya melihat Lexus yang sibuk dengan Macbooknya.
Baiklah, tidak perlu memberitahunya. Tidak ada yang boleh dia lakukan di sini.
"Rosalie" saya mendengar suaranya "Bangun, kami sudah mendarat"
Saya merasakan dunia berputar selepas bangkit, saya hampir jatuh tapi sebaliknya, Lexus menyokong saya.
"Hei, megapa kamu?" saya memandang Lexus yang sedang menganalisis wajah saya, tidak lama kemudian dia tahu ketika saya mencuba berdiri " Sejak bila kamu demam?"
"Saya tidak tahu, mungkin pagi ini?"
"Mari kita mencari ubat dalam perjalanan kembali."
Saya menganguk dan kami berdua turun dari pesawat, berjalan untuk mendapatkan barang kami. Ketika kami sampai di lobi, penglihatan saya tiba-tiba kabur.
Saya menggelengkan kepala.
Tinggal sedikit waktu lagi, kita akan mendapatkan ubat setelah keluar. Saya yakin kepada diri saya dan ketika ingin mengambil langkah seterusnya tiba-tiba fikiran saya berputar membuat saya kehilangan keseimbangan dan jatuh tidak sedarkan diri.
Saya kembali sedar di dalam bilik yang kosong. Badan terasa ringan dan demam sudah kembuh, saya mengosok mata dan merasa dahaga. Saya bangun dari katil mencuba mengimbangkan diri, kemudian berjalan keluar menuruni tangga menuju ke dapur dan berhenti terkaku.
Terdapat timbunan makanan yang terbakar di atas kuali.
Apron merah jambu di penyandar kerusi menarik perhatian saya.
"Jangan memperhatikan itu!" suara Lexus di belakang saya membuat saya terkejut dan melihatnya. "Itu -tinggalkan sahaja" dia pergi dan membuang keseluruhan termasuk kuali ke dalam tong sampah.
Adakah dia mencuba memasak dengan memakai apron merah jambu itu? Ya tuhan!!"
Dia kembali menggaru belakang kepalanya, "Apa yang kamu mahu makan?"
Adakah dia malu? dari benda yang hangus itu? Atau mungkin-
"Lexus adakah anda- "
"Jangan! jangan tanya apa-apa, cukup beritahu saya apa yang anda mahu makan. "
Saya menahan tawa, saya tidak percaya saya melihat sisi dia seperti ini. Saya tertanya-tanya apa yang membuatnya melakukan ini?
Itu membuat hati saya berdebar.
"Jadi. Bagaimana dengan pizza?" dia bertanya lagi.
"Pizza? sudah tentu mari kita makan pizza" saya tidak pernah makan pizza dalam kehidupan saya, salah satu hasrat hidup saya dikabulkan.
"Baik." dia pergi mengambil telefon dan saya pergi untuk melihat apron dengan lebih dekat. Saya mengambil dan memegangnya di hadapan saya. la mempunyai poket di bahagian depan dan itu membuat saya membayangkan dia memakainya memcuba memasak. Saya membayangkan dia bergelut.
Saya tertawa.
Apron itu tiba-tiba disambar dari tangan saya dan dilempar dengan kasar ke dalam almari.
"Jangan membayangkan idea lucu." dia mengetap giginya dan saya mengigit bibir mencuba menahan diri dari tertawa kembali.
"Lexus-"
"Jangan!, pizza kamu akan berada di sini dalam dua puluh minit."
Dia berkata dan berjalan keluar dari penthouse. Saya tidak tahu mengapa? saya sangat gembira, perasaan hangat ini mengelegak di dalam diri saya.