Di ruang tamu Fauzan yang baru turun dari tangga, matanya melihat Dania dan Damia yang duduk di sebelah antara mama dan papa mereka. Fauzan senyum kepada si kembar yang turut senyum kepadanya. Tetiba ada suara perempuan menyapanya. Dia hanya pandang sekilas pemilik suara wanita muda yang duduk di sebelah Uncle dan Aunty yang datang petang tadi, mungkin mama papa gadis itu.
"Ahmad Haris Fauzan kan?" tanya gadis tadi. Fauzan hanya mengangguk dan kakinya menuju ke sofa yang Dania dan Damia duduk.
"Kau tak chat aku pun nak datang?" Fauzan menyapa Dania apabila punggungnya duduk di sebelah Damia.
"Well, Aku rasa bazir pula data aku kalau chat kau." Dania ketawa kecil di ikuti oleh Damia di sebelahnya.
"Ceh.. Bukannya guna 1gb pun klo kau chat aku di whatsapp." Fauzan mengeleng kecil sebelum senyum kepada Dania dan Damia. Fauzan ada perasan yang Puan Anna kuis perlahan anak dara di sebelahnya, gadis itu bersuara semula.
"Nama saya Hanna Ariffha awak boleh panggil saya apa pun yang awak suka." Katanya dengan senyuman. Fauzan hanya mengumam kecil membalas kata dari Hanna.
"Saya ada dengar awak selalu pergi library kan?" tanyanya lagi. Kali ini Fauzan tidak mengumam ataupun mengangguk, dia hanya diam tanpa memandang Hanna.
"Saya pun suka juga pergi library, nanti boleh lah kita study sama-sama." Masih kedengaran suara Hanna. Fauzan hanya diam tiada balasan.
"Haris.. Kan Hanna lagi cakap dengan Haris." Puan Farida mula bersuara apabila anak ketiganya tidak membalas kata dengan Hanna.
"Mia.. Esok petang kau free?" Fauzan tidak balas kata dengan mamanya, dia hanya bersuara apabila melihat wajah Dania dan Damia yang lagi menahan senyum. Terkejut dua beradik itu mendengar pertanyaan dari Fauzan. Jarang sekali Fauzan nak panggil nama Damia.
"Aku tak free lah.. Esok petang aku ada janji dengan Waney nak study. Nak join? Jom lah.. Tapi bukan di library." Balas Damia, Dania hanya mengangguk.
"Di rumah kau orang?" tanya Fauzan pula.
"Tak.. Kali ini special sikit. Kita orang belajar di kampung nenek!" Balas Dania dengan senyuman dan keningnya di angkat.
"Eh?!" Terkejut Fauzan mendengarnya.
"Kenapa di rumah nenek kau orang pula?" tanya Fauzan hairan.
"Kita orang dah lama tak jenguk nenek dekat kampung, esok hari jumaat jadi boleh lah aku dengan Nia pergi tengok nenek.. Itu yang ajak Waney sekali, mana tau dia boleh tenangkan fikiran dekat kampung. Kau nak ikut tak? Jom lah pergi, tidur sana lepas balik sekolah esok. Ahad petang kita balik lah." Balas Damia.
"Aku pergi malam, esok petang aku ada latihan silat." Balas Dania.
"Ya.. Aku dah tau jadual kehidupan dan jadual dating kau dengan cikgu Hassim." Fauzan senyum sinis kepada Dania.
"Alaa cikgu Hassim hensem apa. Kan pa, kan ma." Dania senyum sebelum ketawa kecil apabila melihat papa dan mamanya menjegil mata kepadanya.
"Err.. Saya join sekali boleh?" tanya Hanna tetiba.
"Ouh.. Boleh ja kalau awak nak join, tapi dengan Kita orang lah. Fauzan dia tak ikut kut.. Tapi kawan kita orang suka sangat kalau ramai-ramai study." Dania mula memancing Hanna. Hanna terdiam.
"Err.. Tak apa lah. Next time ya." Hanna senyum kecil.
"Eh? Kenapa? Bukan kah awak suka pergi library? Kalau pergi library mesti suka belajar kan?" Tanya Damia pula. Fauzan senyum dengan kawan baiknya.
"Err.." Hanna terkedu sekejap.
"Untuk pengetahuan cik Hanna. Kawan kita orang iaitu Haris Fauzan ini hanya tahu erti belajar atau di kenali sebagai ulat buku. Jadi, dia tak ada masa nak layan budak budak yang suka bercinta ni. Saya bukan apa.. Saya pun dah pernah kena tolak dengan encik Haris Fauzan ni. Jadi saya tak nak lah awak juga akan rasa sakitnya apabila di tolak oleh encik Fauzan aka Ulat buku ini." Dania ketawa di hujung katanya apabila melihat wajah Fauzan yang menjelingnya geram. Ketawa Dania di sambut oleh Damia dan mama, papa mereka berdua.
"Lebih baik awak join kita orang. Kawan kita orang tu suka study juga. Mesti awak akan suka dia. Jangan risau, dia akan marah apabila kita orang ni pemalas ja." Sambung Damia pula dengan ketawa kecil apabila teringat mereka selalu di marahi oleh Waney.
"Memang patut Waney marah kamu berdua. Pemalas, tapi nak masuk UNIMAS." Mama Si kembar itu mula bersuara apabila cakap tentang anak Razali. Fauzan ketawa dengan perli Datin Sarah.
"Mama ni..."
"Alaa Mama." Jawab Dania dan Damia serentak.
"Kamu tak join Nia sekali ka Haris?" tanya Dato' Darman.
"Esok petang saya sibuk dengan club tenis, itu yang tanya Mia dia pergi ke tidak. Esok malam atau pagi sabtu saya pergi rumah Puan Shin." Jawab Fauzan sambil mengukir senyuman manis kepada Dato' Darman.
"Okey lah macam tu. Ibu mertua saya mesti dah rindu sangat dengan kamu." Kata Dato' Darman yang membalas senyuman Fauzan.
Ibu mertuanya Puan Ashina tapi di kenali sebagai Puan Shin, selalunya Dania, Damia dengan Fauzan masih kecil, dia akan bawa budak-budak ini balik rumah mak mertuanya di hujung minggu. Tapi semenjak anak- anaknya dan Fauzan sudah membesar, dia pun tidak ada masa untuk balik kampung jenguk mak mertuanya. Kali ni, elok lah anak-anaknya study di rumah mak mertuanya hujung minggu ni.
"Boleh lah bawa Hanna sekali." Puan Farida bersuara.
"Boleh ja, Puan Farida." Datin Sarah menjawab.
"Tapi aunty beritahu awal-awal lah. Mama aunty tu garang sikit ya." Datin Sarah senyum kepada Hanna. Hanna hanya sengih mendengar nasihat dari Datin Sarah.
Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam. Keluarga Dania dan Damia sudah pun balik ke rumah mereka pukul sepuluh suku tadi. Sekarang hanya tinggal keluarga Hanna sahaja. Fauzan sudah lama masuk bilik selepas makan malam bersama.
Adik Fauzan iaitu Farisya turut menyertai di ruang tamu bersama mama dan keluarga Hanna. Tangannya hanya memegang novel tapi matanya memandang sahaja gerak geri Hanna yang dari tadi memandang pintu bilik Fauzan di tingkat atas.
"Err.. Aunty Farida.. Saya nak jumpa Fauzan boleh?" Tanyanya tanpa rasa malu.
"Eh? Fauzan dah tidur sekarang, macam mana kamu nak jumpa Fauzan pula?" Puan Farida membalas dengan pertanyaan.
"Erm.. Saya jumpa dia di bilik lah. Boleh ya?" Hanna langsung bangun tanpa menunggu kebenaran dari Puan Farida.
"Eh Hanna.. Aunty tak rasa..." Tidak sempat Puan Farida berhenti kan langkah Hanna. Puan Anna terlebih dahulu bersuara.
"Eh tak apa lah.. Mana tahu Fauzan dengan Hanna rapat nanti." Puan Anna henti percakapan Puan Farida.
"Tapi Anna.. Fauzan dia tak.."
"Ish.. Tak ada apa lah.. Cuma hanya jumpa ja." Potong Puan Anna lagi.
Dengar sahaja Puan Anna yang asyik memotong percakapan mamanya.. Farisya langsung bangun dari sofa dan mengikut langkah Hanna yang sudah ada di tingkat dua. Dia berlari kecil menaiki tangga, tapi dia hanya melihat Hanna dari tangga berhadapan dengan depan pintu bilik abangnya.
Hanna yang perasan dirinya di ikut melihat ke arah Farisya yang berada di belakangnya. Senyuman kecil mengukir kepada Farisya, tapi tidak di balas oleh Farisya. Hanna melihat pintu bilik Fauzan dengan bibir mengumat mengatakan sesuatu.
"Adik abang sama sahaja, sombong!" Katanya kecil.
Pintu bilik Fauzan di ketuknya. Setelah empat kali dia mengetuk pintu Fauzan barulah pintu bilik Fauzan terbuka kecil. Tanpa menunggu pintu itu buka luas, langsung sahaja Hanna menolak pintu itu dan langsung masuk ke bilik Fauzan.
Terkejut Farisya dengan Fauzan melihat Hanna yang terjah sahaja masuk ke bilik Fauzan. Tanpa di pinta dia langsung peluk Fauzan yang agak sedikit mamai akibat terjaga dari tidurnya. Langsung sahaja Fauzan menolak Hanna kuat keluar dari biliknya.
"Kau tak ada otak ka apa ha?!" Langsung Fauzan mengeluar kata-kata kasar. Farisya menghampiri abangnya, cuba menenangkan abangnya yang sudah sedikit naik angin.
"Kau dah lah sesuka hati masuk bilik aku, terus peluk aku pula? Bodoh ka apa kau ni!" Tanpa Fauzan fikir panjang, dia sudah keluarkan perkataan yang tidak sepatutnya dia kata dengan orang yang baru dia kenal. Tetapi sikap gadis di hadapannya ini sudah melampau.
Puan Farida yang dengar suara anak ketiganya langsung bangun dari sofa dan menuju ke tangga. Bukan hanya mereka yang di ruang tamu. Tapi abang sulung, akak keduanya dan papa mereka pun turut keluar dari bilik setelah mendengar suara bising dari luar.
"Ya Allah anakku." Langsung Puan Anna menghampiri anak keduanya, Hanna yang sudah terduduk di lantai.
"Kamu ni lelaki jenis apa ha? Tolak anak aku sesuka hati?!" Jerit kecil Dato' Rashdan melihat Fauzan yang di pegang oleh Farisya.
"Oh anak Dato' ka ni? Saya minta maaflah Dato', Datin.. Saya terpaksa." Balasnya lembut, tapi pandangan matanya tajam membalas pandangan Dato' Rashdan.
"Apa yang kau terpaksa ha? Anak aku hanya nak jumpa kau ja pun!" Balas Dato' Rashdan geram. Di usap lembut lengan kiri anaknya.
"Oh hanya nak jumpa? Tapi sampai peluk-peluk orang sesuka hati? Sampai masuk ke dalam bilik saya tanpa kebenaran? Dia boleh sesuka hati lah masuk bilik orang?" Fauzan memandang kedua orang tua Hanna. Dengar sahaja perkataan dari Fauzan langsung wajah kedua orang tua Hanna berubah.
"Macam ni lah Dato', Datin.. Saya minta maaf terlebih dahulu sebelum saya keluarkan kata yang kasar." Senyum kecil Fauzan kepada kedua orang tua Hanna. Pandangan sinis di hadiahkan kepada Hanna yang membalas pandangannya.
"Saya harap, anak Dato ni tak akan jejak tangga tu lagi.. Dan ma.. Ini terakhir wajah budak ni muncul depan Haris." Fauzan langsung masuk ke dalam biliknya dengan hempasan pintu yang sedikit kuat. Di kunci pintu biliknya supaya tiada yang sesuka hati masuk ke dalam bilik.
Langkahnya menuju ke bakul baju kotor, baju yang di pakainya di buka dan baling ke dalam Bakul tersebut. Dia baring di atas katil, matanya melihat jam di atas meja.
"Dah pukul sebelas suku tak reti nak balik ka mereka tu? Menyusahkan lah." Bebelnya sendiri.
"Baju tu terpaksalah aku bagi dekat abang Man." Sambungnya lagi sebelum hilang di alam mimpi.