Sampai sahaja di kelasnya, dia hanya duduk di mejanya tanpa berbuat apa-apa. Dia letak kepala di atas meja dengan alas lengannya. Pagi ni dia terasa sangat mengantuk sampai dia tidak mampu hendak angkat muka.
"Just a little nap." Waney bisik pada diri sendiri.
Ana di meja bersebelahan dengan Waney hendak gerak Waney tetapi takut menganggu gadis itu tidur. Apabila melihat Fauzan yang beria-ria meminta dia gerakkan Waney dengan berjaga-jaga dia tepuk perlahan bahu Waney. Rakan sekelasnya hanya melihat Ana yang cuba gerak budak pendiam itu.
Alia dengan Anis yang perasan Fauzan yang berada di luar kelas mereka, terjerit kecil mereka menyebut nama Fauzan. Terkejut Ana yang berdiri di belakang Waney. Waney hanya merenyek sikit apabila terasa seperti terganggu. Terdiam sekejap dua kawan baik itu. Kemudian Nisa yang duduk di meja sebelah dengan Ana jerit memanggil nama Waney.
"Oii Waney! Bangun lah!" Jeritnya apabila melihat Ana yang takut-takut hendak kacau lena gadis itu. Ana menyuruh Nisa diam sebelum melihat Waney yang sudah tersedar dari lenanya.
"Huh..." Waney sedikit mengeluh. Dia gosok matanya yang masih terasa mengantuk. Dia bangun dan melihat Ana yang berada di belakangnya.
"Sorry." Waney senyum kecil dan sedikit menunduk.
"Saya nak pergi tandas kejap.. Boleh?" Nada suaranya yang sedikit berbeza. Adakah Waney lagi marah? Anggukan dari Ana memberi jawapan kepada Waney.
Waney langsung keluar dari kelas tanpa menoleh ke arah Fauzan yang dari tadi memandangnya. Mata Waney yang sedikit layu akibat masih mengantuk itu membuat hatinya sedikit risau. Tanpa fikir panjang, dia ikut Waney dari belakang. Lengan Azim di tarik mengikuti langkahnya.
Dari tandas sehingga lah ke kantin, Fauzan tetap setia mengikut Waney dari jauh. Azim di sebelah hanya menjadi body guard antara Waney dan Fauzan. Waney capai botol mineral sebelum membayar kepada makcik kantin. Sementara Waney nak pergi dari kantin, tetiba ada sekumpulan lelaki berhenti tepat-tepat di hadapan Waney.
Fauzan dan Azim yang berdiri agak jauh dari Waney memandang sekumpulan itu pelik. Langsung sahaja mereka menuju ke arah Waney yang sudah pun melihat ke lantai. Kedengaran suara Amirul yang mengejek gadis di hadapannya.
"Aduhai si cantik.. Kenapa tak tengok wajah kami yang hemsem ni? Haha." Badri ketawa apabila melihat Waney yang takut. Tangannya memegang bahu Waney.
"Ap-pa pe-gang - pegang ni!!" Jawabnya dengan takut. Memandang wajah kelima lelaki di hadapannya dengan perasaan takut.
"Woi Badri! Berani kau sentuh budak tu ha!" Kedengaran suara Azim yang tidak jauh dari mereka. Waney memandang Fauzan dan Azim dengan air mata yang hendak mengalir.
"Wei Azim tu.. Jom blah!" Zamri mengajak kawannya pergi dari situ. Tetapi hanya Amirul dan Badri sahaja yang setia berdiri di hadapan Waney.
Lengan kiri Waney di genggam Amirul kuat, supaya gadis di hadapannya tidak dapat lari darinya lagi. Fauzan yang perasan Waney cuba melepas tangannya dari Amirul, dia pandang Amirul geram.
"Kau dah kenapa nak pegang lengan dia sesuka hati kau ha?!" Fauzan tetiba marah.
'Aku pun tak berani nak pegang anak dara orang sesuka hati. Jantan ni boleh pula sentuh Waney macam dah halal. Cis.' bisik hatinya pula.
"Suka hati aku lah, dia aku punya." Amirul tarik Waney kuat sehingga gadis itu berada dalam pelukannya. Fauzan dengan Azim yang melihat terkelu seketika. Waney terus tolak Amirul kuat sehingga kakinya pijak kaki Amirul kuat.
"What you say? Saya awak punya? Go the hell!" Jerit Waney geram.
'Siapa dia nak jadikan aku milik dia?' Waney pandang Amirul yang menahan sakit.
"Arhh.. Kau memang dah melampau lah." Amirul hendak menarik Waney tetapi di halang oleh Fauzan.
Fauzan berdiri di hadapan Waney. Azim senyum kecil melihat beberapa pelajar yang berada di sekitar situ. Amirul senyum sinis kepada Fauzan. Matanya pandang Waney yang tajam menikam matanya.
'Well.. She's already changed. Her eyes were too sharp look at me, kalau aku cuba dekat dengan dia sekarang. Lain pula jadi nanti, lagipun ada Azim pula di sini.' Amirul melihat wajah Fauzan yang seperti Waney. Tajam memandangnya.
'Bukan senang nak dekat dengan dia, lain kali saja lah.' Amirul bisik pada diri sendiri. Dia sentuh belakang Badri dua kali menanda ajak pergi dari situ.
Fauzan dan Waney melihat Amirul dan Badri yang sudah pergi dari kawasan kantin, Waney lepas keluhan kecil. Fauzan pusing melihat gadis yang dia selamatkan tadi. Senyumannya terukir setelah mendengar ayat yang keluar dari mulut Waney.
"Terima kasih Fauzan. Terima kasih Azim." Waney senyum tiga saat sebelum dia menunduk kepalanya dan beredar dari kantin.
Seperti biasa, Fauzan dan Azim akan ikut Waney dari belakang. Loceng bunyi menandakan waktu pembelajaran, mereka masuk dalam kelas masing-masing. Setelah lihat Waney sudah menuju ke mejanya baru lah Fauzan menuju ke kelasnya. Wajah Waney dia lihat sambil tersenyum setelah Waney mula keluar buku subjek matematik.
"Sudah-sudah lah ka-u ganggu ka-wan aku Irul." Kedengaran suara perempuan yang sangat mereka kenal. Fauzan dan rakannya sembunyi di sebalik dinding, mata mereka melihat ke arah Dania dan Damia yang betul-betul berdiri di hadapan Amirul dan Badri.
Terkejut mereka melihat Dania dan Damia yang lagi tahan rambut mereka dari cengkaman Badri. Azim hendak pergi ke arah mereka tetapi di halang oleh Farhan.
"Kau kenapa halang aku?" Azim bisik geram.
"Kau tak nampak ka? Kan ada lagi kawan-kawan Badri tu.. Kita ja mana mampu nak tolong Dania dengan Damia." Azniz balas dengan bisikan. Azim mengeluh kasar, matanya melihat Dania dengan Damia yang lagi tahan sakit.
"Oii!" Kedengaran suara lelaki jerit kuat. Fauzan!
Amirul dan Badri pandang ke arah Fauzan yang mula berjalan ke arah mereka. Matanya pandang wajah Dania dengan Damia sekilas sebelum tangannya genggam penumbuknya geram.
"Hek eleh... Ada lagi mamat ni." Badri lepas rambut Dania dan Damia, langkahnya mula maju tetapi di halang oleh Amirul.
"Jom blah! Sir Grey tu!" Amirul tarik lengan Badri minta pergi jauh-jauh dari sini.
Fauzan melihat semua rakan dan Amirul berlari laju tinggalkan tempat mereka tadi. Matanya melihat Waney yang entah dari mana datangnya berlari anak melepasinya. Menuju ke arah Dania dan Damia, di peluk erat si kembar itu.
Matanya melihat Sir Grey guru disiplin dan pelajar pengawas sekolah yang lagi mengejar rakan-rakan Amirul. Dia berasa tenang. Dia kembali melihat Waney, Dania dan Damia yang menangis. Rakan Fauzan mula menghampiri Fauzan yang turut melihat kearah tiga sahabat itu.
Empat minit waktu berehat telah berlalu. Mereka duduk di bilik rawatan, Fauzan dan rakannya setia menunggu. Waney dengan berhati-hati letak ubat ke siku dan lengan Damia. Dania tidak lah seteruk Damia, wajahnya hanya sedikit calar di pipi.
"Sorry.." Lembut dan perlahan sahaja suara Waney. Dania dan Damia pandang Waney dengan senyuman.
"Alah kau ni.. Bukan sakit sangat pun, setakat luka sikit ja nii." Damia tepuk bahu Waney perlahan. Fauzan senyum kecil melihat Damia dan Dania yang lagi memujuk Waney.
Tetiba Damia jerit kecil, terkejut semua dalam ruangan itu. Mata mereka melihat Damia yang jerit.
"Ni bukan luka sikitlah." Waney tekan-tekan geram tempat luka di lengan Damia.
"Alaa.. Sorryy lahh.. Aku gurau ja." Damia hentikan tangan Waney yang masih tekan lukanya.
"Aku tak nak lah kau minta maaf dekat kita orang macam ni." Dania pula bersuara.
"Hmm.."
Fauzan hanya memerhati tiga sahabat di hadapannya. Lebih-lebih lagi dia hanya melihat Waney yang bebel kepada dua rakannya. Senyumannya terukir tanpa dia sedar. Azniz di sebelahnya hanya melihat Fauzan yang senyum sendiri.
'Haish, dah terlampau angau kau ni Zan.' Azniz senyum kecil sebelum matanya melihat kearah si kembar dan si pintar.