Puan Anna melihat pintu bilik Fauzan yang sudah di tutup rapat dan siap berkunci. Matanya memandang anak dara di hadapannya. Mata Farisya tajam menikam anak daranya.
'Adik, abang sama ja garang!' Bisik Puan Anna dalam hati.
"Apa kamu dah buat Hanna?" Tanya Dato' Rashdan lembut.
"Hanna tak sengaja lah pa.. Kaki Hanna tetiba tersandung. Itu yang terpeluk Fauzan." Jawabnya tipu. Matanya sedikit jeling kepada Farisya yang tajam sahaja memandangnya.
"Sudah-sudah lah tu menipu cik Hanna Ariffha, sudah muak saya mendengarnya." Balas Farisya sinis. Puan Farida dan Tuan Darrul hanya mendengar perbalahan antara Farisya dan Hanna.
"Hey.. Apa yang kau tau? Kau ingat aku ingin sangat ka nak peluk abang kau tu ha?!" Hanna sudah mula meninggi suara.
"Haah.. Memang kau nak peluk abang aku pun.. Kalau Datin dengan Dato' tak percaya. Boleh lah tengok cctv tu." Farisya tunjuk cctv yang berada betul-betul di atas kepala mereka.
Terkelu Hanna mendengar dari Farisya. Di pandang cctv yang berada di atas kepalanya. Terkebil-kebil matanya hendak mencari ayat. Akhirnya dia terpaksa mengajak daddy dan mummynya balik.
"Hanna nak balik!" Balasnya geram. Di tarik lengan mummynya menurun tangga.
Dato' Rashdan hanya memandang anak daranya dan isteri yang sudah berada di pintu utama. Dia berasa dirinya seperti bapa yang tidak berguna. Melihat wajah Farisya yang sedikit senyum sinis kepada anaknya, dia tahu hubungan antara Hanna dan Farisya bukan lah sebaik yang mereka sangka. Dia sedikit menunduk meminta maaf kepada Puan Farida dan Tuan Darrul sebelum kakinya melangkah menurun anak tangga.
Tuan Darrul menemani Dato' Rashdan sehingga ke keretanya. Puan Farida memandang anak bongsu yang senyum mengejek kepada Hanna yang memandangnya geram. Farisya langsung masuk ke dalam rumah apabila kereta milik keluarga Hanna tidak kelihatan lagi. Langkahnya di ikuti oleh Puan Farida dan Darrish dari belakang.
"Apa yang berlaku tadi Sya?" Tanya abang sulungnya iaitu Ahmad Darrish.
"Hurm.. Tengok lah dekat bilik cctv tu sendiri, Sya malas nak cerita nanti cakap Sya reka-reka cerita pula." Balasnya dengan nada yang sedikit menyindir mamanya yang duduk di sebelah abang sulungnya.
"Tak perlu perli mama.. Mama dah tahu mesti akan jadi begini." Balas Puan Farida sedikit kecewa.
"Alah mama.. Tak perlu nak sedih sangat, abang tu memang dari awal tak suka Hanna tu.. Mama ja yang masih berusaha nak budak tu jadi kekasih abang kenapa?" Farisya balas tanpa memandang wajah mamanya yang sudah menjegil mata kepadanya.
"Lagipun ma.. Biarlah abang tu fokus dengan study, macam lah lepas habis SPM abang kena langsung kahwin." Sambungnya lagi.
"Mama tak nak Haris tu pilih perempuan yang tak sama level dengan kita.. Mama nak anak-anak mama cari anak dato' ataupun yang kaya macam kita ni." Balas mamanya pula.
"Anak dato' kalau pandai tak apa lah juga. Tapi kebanyakkan yang mama bawa tu semuanya budak yang malas belajar. Macam lah kak Dania dengan kak Damia tu, memang lah abang tolak awal-awal." Balas Farisya lagi. Darrish hanya dengar sahaja adik bongsu dan mamanya yang melawan kata.
"Tapi Sya lebih suka kak Dania dengan kak Damia, mereka tak terlalu kejar abang sangat." Sambungnya lagi. Puan Farida hanya mengangguk kepalanya mendengar bebelan anaknya.
"Apa saja lah Sya. Yang penting mama tetap akan cari jodoh yang sesuai untuk abang kau." Balas Puan Farida lagi, masih tidak mahu mengalah.
Farisya mengeleng kecil kepalanya mendengar kata mamanya. Sudah banyak kali dia nasihatkan mamanya tapi tetap juga tidak terkesan di hati mamanya. Darrish hanya senyum kecil mendengar kata terakhir mamanya. Dia pun sudah pening dengan sikap mamanya yang suka sangat mengongkong hidup Fauzan.
===
Setelah dirinya siap dengan pakaian seragam sekolah, dia mula capai beg yang berada di atas meja. Wajah Waney di dalam frame di sentuhnya lembut. Terus lebar senyumannya melihat senyuman manis gadis di dalam gambar itu.
"Haih si cantik, mengapa lah kau susah sangat untuk aku dekat?" Perlahan sahaja suara Fauzan. Bagaikan dia lagi bisik di tepi telinga Waney.
"Selamat pagi awak." Sambungnya lagi. Kali ini lembut sahaja dia berkata.
"Jumpa awak di sekolah." Sekali lagi dia bicara dengan gambar yang tak bernyawa.
Langkahnya menuju ke bakul baju. Baju yang dia pakai semalam, di capainya dan di bawa sekali keluar dari biliknya. Bilik dia akan di kunci seperti selalu. Kunci biliknya di simpan di dalam poket seluar baju. Turun tangga dan menuju ke dapur.
Matanya tidak bertentangan dengan keluarganya yang lagi duduk di meja makan. Matanya mencari kelibat mak Som yang berada di bahagian lobi. Baju yang dia pegang mula serah kan kepada mak Som setelah berada di belakang mak Som.
"Baju ni, mak Som basuh terus bagi dekat abang Man." Fauzan bersuara. Terkejut sedikit mak Som mendengar dari anak muda di hadapannya kini.
"Eh kenapa pula encik Haris? Baju ni kan encik Haris paling sayang? Kenapa nak bagi dekat anak mak Som pula?" Tanya mak Som yang sedikit curiga hendak mengambil baju di tangan Fauzan.
"Itu dulu, semenjak kejadian semalam. Baju tu dah tak penting untuk saya." Balasnya lembut. Baju itu terus di letak di dalam bakul yang sememangnya khas untuk anak mak Som.
Langsung sahaja Fauzan keluar dari lobi, matanya memandang Farisya yang turut memandangnya. Langkahnya berhenti di sebelah Farisya, tangannya capai roti bakar dalam pinggan Farisya.
"Lima minit. Kalau kau lambat aku suruh pak Jamal tinggal kau." Fauzan bersuara sambil berlalu menuju ke rak kasut.
Dengar sahaja perkataan yang keluar dari mulut abangnya. Farisya capai beg di kerusi sebelah dan salaam tangan kedua orang tuanya dan Darrish, kakak ipar dan kakak nya Darina sebelum berlari anak menghampiri ke arah abangnya yang sudah siap memakai kasut sekolah.
Puan Farida hanya melihat kedua anak kesayangan keluar dari rumah sebelum matanya melihat suami di sebelah. Tuan Darrul hanya diam tanpa sedikit pun hendak bersuara menegur isteri yang memandang ke arahnya.
"Haris tu tidak pernah nak salaam kita." Puan Farida bersuara setelah melihat si suami tidak mengendah dengan pandangannya.
"Apa yang awak nak pelik sangat? Bukan kah awak yang ajar budak tu begitu?" Tuan Darrul hanya balas tanpa pandang si isteri.
"Bilanya saya ajar Haris macam tu?" Tanya Puan Farida dengan bingung.
"Kalau awak tak berkeras nak cari jodoh dekat budak tu.. Tak adanya budak tu perangai macam sekarang." Balas Tuan Darrul lembut. Puan Farida hanya menjeling apabila mendengar suaminya mula bangkitkan semula kejadian semalam.
"Bila saya tegur, macam tu lah riaksi awak. Memang patut lah Haris ikut perangai awak. Degil!" Sambung Tuan Darrul sekiranya melihat mata si isteri yang sedang jeling dengan kata-katanya.
"Saya buat ni semua sebab saya nak dia bahagia. Saya tak nak dia cari perempuan yang tak setaraf dengan level kita bang." Puan Farida masih cuba pertahankan niatnya.
"Abang tak akan nak tengok anak kita di pandang rendah dengan kawan-kawan kita?" Sambung Puan Farida lagi.
"Saya tengok anak-anak sulung mereka dah dapat cucu tau..."
"Yang Darrish kahwin dengan Hannaz ni untuk apa? Nak bagi kita cucu kan? Cuba awak bersabar, yang awak nak cari jodoh dekat Haris kenapa? Budak tu masih sekolah." Potong Tuan Darrul.
"Darina tu awak tak nak carikan pula? Dah umur 25 tahun pun. Sepatutnya awak tumpukan dekat Darina bukan dekat Haris. Budak tu tahun ni SPM, boleh tak jangan serabutkan kepala budak tu?" Tuan Darrul mula berhenti makan. Memandang isterinya yang sudah pun diam.
"Kalau awak nak cucu.. Tumpukan dekat Darrish dengan Hannaz ni.. Kalau awak nak anak kita kahwin dengan anak dato' atau anak raja sekalipun, yang penting Darina perlu kahwin dulu. Haris tu banyak perkara dia perlu hadapi, saya tak nak anak saya kahwin selepas SPM." Tuan Darrul sedikit keras suaranya memberi amaran kepada si isteri.
"Satu lagi. Haris tu adalah impian saya, dia satu-satunya waris company saya. Jangan awak nak buat budak tu gagal dalam pembelajaran dia." Tuan Darrul bangun dari kerusi dan berjalan menuju ke rak kasut.
Puan Farida ikut juga langkah suaminya dari belakang dengan membawa beg kerja si suami. Ketiga anaknya itu hanya senyum kecil apabila melihat mama papa mereka berada di pintu utama. Selalunya akan ada berlawan mulut setiap kali sarapan pagi. Darrish dengan Darina mula bangun dari meja makan hendak pergi ke klinik mereka bekerja.