Chapter 9 - 9. Dadu

He Yan dihampiri oleh seorang wanita, "Tuan Muda, tempat ni adalah rumah perjudian".

"Saya tahu, lagi pula saya datang kesini kerana ingin berjudi", balas He Yan pula.

Sebolehnya wanita tersebut cuba menghentikan He Yan daripada memasuki rumah perjudian itu tapi tidak berhasil. Para wanita yang ditugaskan untuk memanggil orang ramai masuk berjudi didalam Le Tong menyasarkan mereka yang berasal dari golongan mewah serta bangsawan. Melalui pemakaian pelanggan, mereka akan mengetahui sama ada seseorang itu berasal dari golongan mampu atau sebaliknya.

Pelanggan miskin selalunya hanya suka membuat masalah malah bersikap kedekut kerana tidak memberikan sebarang komisyen jika menang dan yang paling buruk ialah tidak dapat menerima kenyataan sekiranya mengalami kekalahan, berlainan sekali dengan orang kaya.

Semasa He Yan berada didalam Le Tong, riuh rendah pertaruhan jelas kedengaran di setiap penjuru tempat itu. Sebelum meninggalkan Wang Jiu Gui tadi, dia sempat bertanya kepada pemuda itu tentang rumah perjudian yang paling terbaik dan Wang Jiu Gui menyatakan bahawa tempat ini merupakan lubuk untuk mendapatkan duit jika seseorang pandai bermain judi.

Ini merupakan pengalaman pertamanya memasuki rumah perjudian, di kehidupan lalu tugasnya sebagai seorang general yang menguruskan masalah ketenteraan menyebabkan dia langsung tidak mempunyai masa untuk mengunjungi tempat seperti ini. Pelbagai jenis permainan yang berada disana membuatkan He Yan merasa teruja dan merasa agak menyesal kerana dahulu dia tidak pernah mencubanya walau sekali.

He Yan menuju kearah meja permainan teka dadu. Baginya meneka dadu merupakan permainan yang paling mudah untuk mendapatkan duit.

Keadaan ekonomi keluarga mereka sangat miskin sedangkan He Yunsheng perlu mendapatkan pendidikan yang sempurna dengan pergi ke sekolah. Hasil jualan kuih da'nai mereka langsung tidak dapat membantu untuk menyekolahkan adiknya itu malah hasil jualan barang kemasnya amat sedikit. Oleh itu, dia tekad untuk menang pada malam ini!

"Hei, pindah sana kalau tidak mahu bertaruh. Buat apalah orang miskin masuk kesini, menyemak pandangan mata sahaja!" ucap salah seorang yang berada disitu.

"Saya mahu bertaruh", balas He Yan sambil mengeluarkan dua keping duit perak hasil jualan barang kemasnya.

"Hei budak, ini adalah rumah perjudian dan bukannya tempat bermain. Saya tengok, kamu tidak mempunyai duit yang lebih, lebih baik simpan atau gunakan untuk perkara yang lebih berfaedah. Jangan pula awak menyesal sambil menangis nanti".

Sebenarnya itu merupakan satu nasihat yang berguna kepada sesiapa yang baru mahu berjinak jinak dalam dunia perjudian kerana sekali terlibat seseorang itu akan menjadi ketagih sehingga ada yang sanggup menjual apa sahaja harta benda mereka bahkan ada yang sampai menjual ahli keluarga sendiri. Judi hanya akan membawa kehancuran kerana tiada judi yang pernah membuatkan seseorang itu menjadi kaya selamanya.

Permainan dadu pun dimulakan, sebenarnya sewaktu menjadi tentera dahulu para bawahannya selalu memainkan permainan ini jika mereka tidak mempunyai sebarang latihan, ianya sebagai pengisi masa lapang dan kadang kala dia akan turut serta dalam permainan teka dadu tersebut.

"Besar", ucap He Yan membuat pertaruhan.

Apabila mangkuk penutup dadu itu dibuka, ia memaparkan nombor besar iaitu 5,5,6 seperti yang dipertaruhkan oleh He Yan.

"Hei budak, awak seorang yang bernasib baik, ambil duit kemenangan itu dan balik untuk pergi membeli baju yang baru", ucap lelaki yang telah memandang rendah kepadanya sebelum ini.

Namun duit kemenangan yang baru diperolehi He Yan digunakannya sekali lagi untuk membuat pertaruhan.

"Lebih baik awak berhenti bertaruh, menang sekali tidak semestinya akan menang sekali lagi".

Tetapi He Yan tidak mempedulikan nasihat tersebut dan tetap meneruskan niatnya untuk bertaruh. Dia memerlukan duit yang banyak bagi membiayai penghidupan mereka, malah untuk mendapatkan sebarang info mengenai He Rufei dan Xu Zhi Heng ia juga memerlukan duit.

Bagi mencapai matlamatnya, He Yan perlu bertaruh kerana dia yakin dia akan menang pertaruhan tersebut!