"Ini sahaja?", soal He Yan dengan perasaan agak kecewa.
"Saya dah minta bayaran lebih dari mereka, tapi menurutnya nilai barangan kemas Cik hanya sebanyak ni sahaja", jawab Qingmei pula.
"Baiklah, saya faham".
He Yan mengeluh kecil sambil memegang erat, duit dua keping perak hasil dari menjual segala barang kemas miliknya. Dikehidupan yang lalu, dia tidak pernah merasa kekurangan, apatah lagi setelah dianugerahkan sebagai General Fei Hong, hadiah berupa duit, barang kemas dan pelbagai lagi barang berharga terus memenuhi beberapa halaman yang terdapat di kediaman He.
Namun semua itu bukan miliknya lagi, dia tidak boleh kembali kesana dan mengambilnya semula. Perkara ini membuatkan tekadnya untuk membalas dendam semakin membara. Namun pertama sekali, dia harus menguatkan lagi stamina dirinya, dia memerlukan latihan yang khusus seperti yang terdapat didalam kem tentera. Sebagai anak kesayangan He Sui, mustahil dia dapat pergi menyertai tentera seperti yang dilakukannya dahulu.
Perkara ini, membuatkan fikiran He Yan menjadi tidak tenteram. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk tidur dan tidak memikirkan perkara itu lagi.
***
Keesokkan harinya, seperti biasa selepas memotong kayu adiknya akan menjual kuih da'nai dipasar. "Yunsheng, banyak sangat kuih yang awak buat pada hari ni, awak yakin semuanya akan habis?"
"Keadaan cuaca sekarang sangat baik, tentu ramai orang akan berada dipasar dan pastinya hanya dalam masa beberapa jam sahaja, kesemua kuih kita pasti akan laris terjual".
"Baiklah, kalau begitu mari cepat kita pergi ke pasar", ucap He Yan dengan bersemangat.
Seperti yang dijangka oleh He Yunsheng, jualan kuih da'nai mereka segera mendapat sambutan yang menggalakkan. Namun tiba tiba gerai mereka didatangi oleh sekumpulan lelaki yang diketuai oleh Wang Jiu Gui.
Kedatangan Wang Jiu Gui itu membuatkan pelanggan mereka yang masih beratur untuk membeli terpaksa melarikan diri kerana tidak mahu terlibat sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.
"Apa yang awak mahu?" soal He Yunsheng yang cuba menahan rasa marah.
"Awak ingat saya akan lepaskan awak begitu sahaja setelah memukul saya kelmarin?"
"Ooo..jadi awak nak berlawan dengan saya? baiklah awak ingat saya takut?"
Wang Jiu Gui yang datang bersama pengikutnya merasa semakin tercabar dengan kelakuan He Yunsheng yang langsung tidak menunjukkan sebarang rasa gentar. Oleh itu, dia lantas mengarahkan anak anak buahnya untuk memukul He Yunsheng serta menghancurkan tempat jualan mereka.
"Sudah..berhenti!" teriak He Yan tiba tiba sambil berdiri di tengah tengah antara adiknya dan juga Wang Jiu Gui.
"Baiklah, saya akan memaafkan adik awak yang masih mentah ini, jika Cik He sudi untuk menemankan saya bersiar siar", ucap Wang Jiu Gui sambil tersenyum lebar memandang He Yan.
"Mulut awak tu, jangan kurang ajar sangat!" tambah He Yunsheng semakin tidak puas hati.
He Yan segera memegang tangan adiknya yang ingin menumbuk wajah Wang Jiu Gui pada ketika itu juga, walaupun He Yunsheng berusaha untuk menjauhkan tangan He Yan namun dia tidak berjaya membuatkannya merasa hairan akan kekuatan kakaknya yang tiba tiba sahaja meningkat.
"Baiklah, mari kita pergi ke Restoran Zui Yu".
He Yunsheng tidak bersetuju dengan keputusan He Yan, "awak tu anak gadis, mana boleh ikut kumpulan lelaki yang tidak bermoral seperti ini dengan begitu sahaja".
"Nampaknya Cik He seorang yang tahu membezakan perkara baik dan buruk, mari kita pergi kesana dengan segera lagi pula saya telah sediakan hadiah khas buat awak".
He Yunsheng masih tidak berputus asa untuk menahan He Yan dari mengikuti Wang Jiu Gui dan pengikutnya ke Restoran Zui Yu namun He Yan berbisik ke telinganya dan memohon kepada He Yunsheng untuk percaya kepadanya. Walaupun begitu, dia masih merasa tidak sedap hati dan berjanji akan membawa He Yan keluar dari restoran tersebut sekiranya kakaknya itu masih tidak keluar dari sana setelah setengah jam.
He Yan dan Wang Jiu Gui tidak masuk ke dalam Restoran Zui Yu sebaliknya hanya berhenti dilorong yang agak tersembunyi ditepi restoran tersebut.
"Cik He, selama ini hanya awak sahaja yang berada didalam hati saya, saya ingin menjadikan awak sebagai isteri saya dan..", ucap Wang Jiu Gui sambil memberikan He Yan sebuah kotak hadiah.
Namun belum sempat Wang Jiu Gui menghabiskan perbicaraanya, dia telah berteriak dengan sekuat tenaga kerana tangannya dipulas oleh He Yan.
Kebetulan sekali kedudukan He Yan dan Wang Jiu Gui berhampiran dengan bilik mewah restoran tersebut. Pengunjung yang sedang berada didalamnya merasa terkejut kerana mendengar suara jeritan Wang Jiu Gui. "Bunyi apa tu?"
Selepas memulas tangan Wang Jiu Gui, He Yan melempar kotak hadiah pemberiannya lalu membuatkan isi kotak tersebut iaitu serbuk kecantikan terkeluar dan terkena ke wajah Wang Jiu Gui, "terima kasih dengan hadiahnya tapi lain kali jangan berikan saya barang kecantikan yang murah sepert ini".
Wang Jiu Gui yang merasa malu serta tercabar segera mengarahkan anak buahnya untuk memukul dan menangkap He Yan. Namun mendengar arahan tersebut He Yan bukannya takut malah tersenyum manis kepadanya sambil berkata "awak jangan menyesal jika mereka semua tercedera ditangan saya!"