Dua minggu kemudian...
"Please la.."
"Tak nak! Cukup Fiena."
"Alah..kali ni je pun..."
"Aku tak nak...dah la tepi..."
"Ahh...please..please..."rayu Fiena pada Aster lagi supaya ganti tempat Fiena untuk blind date yang parents Fiena tetapkan.
"I said no..it mean no..."tegas Aster lagi sebelum tolak Fiena ke tepi.
Fiena dengan muka merengek merayu dia pegang tepi lengan Aster sewaktu mereka berdua jalan merentasi koridor sebelum masuk ke kawasan kafeteria. "Aku tak nak pergi...kau pergi dulu..kemudian jumpa siapa lelaki tu kemudian beritahu aku dia macam mana...boleh la.."
Aster tarik lengan dia dari Fiena. Mahu jauhkan anak orang kaya terlebih dimanjakan ni dari dia. Urgh!!! "Dah la..."minta dia dengan letih semasa mula berjalan masuk ke dalam kafeteria.
Disebabkan waktu itu waktu tengah hari, jadi keadaan tempat itu agak sesak dengan para pelajar yang lain. Banyak meja sudah dipenuhi pelajar, deretan barisan pelajar berbaris hendak membeli makanan.
Pada masa itu seorang pelajar lelaki yang sedang tunduk membelek telefon berjalan dari arah bertentangan dengan Aster dan Fiena. Disebabkan pelajar lelaki tu terlalu fokus dengan telefonnya, dia langsung tak pandang ke depan, malah hanya jalan melulu laju tak tengok-tengok.
Aster dan Fiena yang pada masa itu jalan bersahaja dan elok-elok mengikut arah jalan yang betul itu tak sedar akan kedatangan pelajar lelaki itu kerana sibuk berbual.
Bertembung saja pelajar lelaki tu dengan Aster, habis berlanggar dua orang tu. Aster yang paling teruk. Dia jatuh terduduk terus dekat lantai kerana rempuhan kuat dari pelajar lelaki tersebut.
"Argh!"teriak Fiena terlebih dulu kerana tangan dia yang merangkul Aster terlepas begitu sahaja. Dengan mata terbutang luas, dia menekup mulut sebab terkejut dengan diri sendiri kerana menjerit.
Dengan wajah bengis lelaki tadi bersuara.
"Hoi! Buta ke!Kau jalan pandang mana!"jerkah pelajar lelaki tu tak semena pada Aster sejurus berlanggar. Dia tunduk mengutip telefon bimbitnya yang jatuh dekat lantai lalu di periksa rosak ke tidak.
Sementara Aster dekat lantai dah mengerang ke sakitan kerana terjatuh punggung dulu dengan kuat tadi. Mahunya otak dia turut bergegar lepas jatuh ni. Belum sempat dia nak sober dari sakit tu, satu cengkaman kuat hinggap pada kolar baju dia dan tubuhnya di paksa berdiri.
"Bangun sekarang!"arah pelajar lelaki tu sambil pegang belakang kolar baju Aster dengan sebelah tangan, sebelah lagi pegang telefon. "Kau tengok!Kau tengok apa kau dah buat!"marah lelaki tu sambil tunjuk telefon yang sudah retak skrinnya.
"Hei! Apa ni! Lepaskan dia!"marah Fiena yang cuba hendak lepaskan Aster dari lelaki tu.
"Ahh! Kau jangan sibuk!"giliran Fiena pulak yang di tolak ke tepi tapi tak terjatuh, dia cuma terundur beberapa langkah ke belakang.
"Bukan salah saya...awak tu yang jalan tak pandang depan.."balas Aster sambil pegang tangan yang berada di kolar dia, tak di rentap. Dia hanya pegang supaya lelaki ni tak terus menerus cengkam dengan kuat. Koyak pulak nanti ni!
"Apa kau cakap! Kau yang langgar aku sampai telefon aku terjatuh! Kau salahkan aku?!"marah lelaki tu dengan berang sambil hayun badan Aster depan belakang sambil cengkam kain kolar baju Aster dengan kasar.
Nak menangis Aster dah masa tu sebab takut dan sakit bila di perlakukan macam tu. Dah memang betul bukan salah dia. Lelaki ni yang tiba-tiba langgar dia!
Sedang lelaki tu goncang Aster, ZRAP! Terkoyak baju Aster masa tu jugak sebab baju yang Aster pakai tu kain nipis nampakkan bahagian dalam. Tapi dia kenakan singlet di balik kemeja putih tu. Tak adalah terdedah mana.
"Ahp!"jerit Aster sewaktu badan dia terdorong ke belakang sebelum berlanggar dengan badan lain dari belakangnya. Terkejut dengan hal itu, Aster cepat-cepat jarakkan diri sebelum berpaling ke belakang hendak lihat siapa orangnya. Sudah la dia ditimpa masalah, jangan ditambahkan lagi masalahnya. "Maafkan saya?"ucap dia dengan cemas sambil pegang bahagian kolar bajunya yang sudah terkoyak hingga menampakkan singlet yang dipakainya.
Bertentang saja mata dia dengan mata berenungan dingin itu, wajah Aster terus pucat lesi.
Damn! Lelaki ni jugak yang dia langgar ke memang cari pasal betul.
Azriel kerling ke Aster yang berwajah ketakutan itu sebelum kerling ke lelaki yang berada di depannya sebelum berhenti ke Fiena yang turut kelihatan sedang ketakutan.
"Azriel...maafkan saya."ucap Aster dengan ketulan udara dalam tekak hendak menangis. "Saya tak sengaja langgar awak.."
Mata Azriel bergerak sekali lagi ke Aster, dan baru la dia perasan betapa devastatednya keadaan Aster waktu itu. Baju gadis itu sudah koyak rabak!
"Azriel...dia yang langgar Aster dulu..."tunjuk Fiena ke lelaki tadi. Biar padan muka lelaki tu! Hari dekat lif Azriel belasah orang yang buat kecoh dalam lif sampai Aster didorong. Jadi kali ni mesti Azriel akan buat perkara yang sama.
Aster menahan nafas terkejut bila dengar Fiena cakap macam tu. Kawannya sengaja apa nak burukkan lagi keadaan. Mengingatkan semula kejadian yang berlaku dalam lif tempoh hari, Aster terus cuak, dia alihkan pandangannya dari Fiena ke lelaki tadi sebelum gerak ke Azriel.
"Awak..semua ni salah faham. Ianya salah saya.."kata Aster dengan terketar-ketar. Dia dah tak fikir malu dah. Dia hanya fikir akan nama baik Azriel dan keselamatan lelaki yang melanggar dia tadi.
Dengan wajah tenang, Azriel gerak ke Aster lalu menanggalkan jaket varsiti merah putihnya dari badan sebelum di letakkan ke bahu Aster.
"Saya yang salah dalam hal ni..."kata Aster lagi masa pandang takut ke Azriel. "Sebab tu saya terlanggar awak..."rayu dia lagi.
Tanpa berkata apa-apa Azriel masukkan tangan Aster yang sangat dingin seperti ais itu ke dalam lengan jaket. Nampak sangat Aster tengah takut sekarang ni.
"Siapa pulak kau ni?Boyfriend dia?"tanya lelaki tadi dengan sinis. "Kalau ya..ganti balik telefon perempuan kau ni dah rosakkan!"lelaki tu bersuara.
Aster palingkan kepala dengan takut ke lelaki itu sebelum pandang Azriel yang sedang tarik zip jaket itu naik ke leher dia. Gila ke!
"Hei! Kau dengar tak ni!"lelaki tu pegang bahu Azriel hendak hadapkan Azriel kepada dia.
Azriel pun hadapkan badan di ke lelaki tu dengan renungan dingin maut dia. "Berapa?"tanya dia dengan mendatar.
"1K"sebut lelaki tu dengan sengih sinis kemenangan.
Azriel angguk kepala. "Okay...aku bagi kau 2K lepas ni."habis saja dia cakap, satu hayunan padu melayah tepat ke batang hidung itu.
POK!
Bunyi sesuatu patah jelas kedengaran setelah tumbukan itu kena. Dan lelaki tadi terus jatuh terduduk di lantai sambil memegang hidung.
Suara orang menahan nafas kedengaran pada masa yang sama sewaktu Azriel beri tumbukan sepantas kilat itu. Sampai tak sesiapa perasan atau lihat apa yang berlaku. Tup-tup lelaki tadi sudah terduduk dekat lantai.
Kelu tak terkata dengan situasi yang baru saja berlaku, Aster berdiri kaku dekat situ dengan mata terbutang luas bila melihat darah keluar seperti air dari hidung lelaki tu.
"Kau-kau.."lelaki tu terketar-ketar tunding jari ke Azriel. Elok dia nak bersuara, terus tak jadi lepas tengok renungan maut Azriel.
Sambil seluk tangan ke dalam poket seluar dia bersuara. "Lain kali kau patut jaga langkah kau dan guna mata masa berjalan...atau nanti bukan hidung kau je yang patah tapi seluruh tulang badan kau pulak yang patah..."kata Azriel dengan dingin sebelum menghadap Aster semula.
Luas terbutang mata Aster masa menghadap Azriel. Dah...apa pulak ni?Lelaki ni nak tumbuk dia pulak ke?
Dekat lima saat macam tu, Azriel pandang je Aster. Setelah itu baru la dia bersuara.
"Menyusahkan!"sentap Azriel dengan garang ke Aster sebelum melangkah keluar dari situ.
Terkedip mata Aster dibuatnya bila Azriel menyentap depan mukanya begitu. Mama....!
Takut betul!
Fiena cepat-cepat dapatkan Aster lalu memeluk badan rakannya itu. "Kau okay?"tanya dia sambil gosok tepi lengan tu.
Aster yang masih terkejut itu pandang Fiena dengan muka tak percaya. Apa la dia nak buat dengan Fiena ni!