Chereads / You and Me Never / Chapter 82 - 82.

Chapter 82 - 82.

Seperti biasa, bilik belajar itu tenang dan senyap tiada suara sewaktu dua orang itu duduk bersebelahan sambil tekun memandang buku.

Aster dekat sebelah hanya diam memerhati Elisson menulis ayat karangan dalam buku latihan bahasa inggeris budak itu. Kalau ada yang salah dia tolong betulkan.

Elisson pulak semakin hari semakin meningkat prestasinya. Belajar nak, pergi terapi nak, terima rawatan nak dan tak lagi meragam atau menunjukkan tantrum panas barannya. Malah dia lebih suka buku dari luangkan masa dengan game.

Knock!Knock!

Ketukan di pintu kedengaran tak lama kemudian. Buatkan Aster tersentak. Dia angkat kepala memandang ke arah pintu itu.

"Ya..."sambut dia.

Pintu bilik itu pun terbuka luas. Dan berdirinya tuan senator di depan pintu itu. Bersama senyuman serba salah sebab menganggu."Boleh saya masuk?"tanya dia.

"Masuk la.."angguk Aster dengan perasaan lega. Ingatkan Azriel tadi. Sejak kes dekat kafeteria semalam, dia cuba untuk tak bertembung atau bercakap dengan Azriel sebab takut lelaki tu masih marahkan dia. Baju yang Azriel pinjamkan pun dia tak sempat nak pulangkan.

"Maaf la menganggu."sapa tuan senator semasa mendekati meja belajar itu.

Elisson yang boleh dengar dengan alat bantuan pendengarannya ikut angkat kepala. Dan bila dia bertentang mata dengan papa dia, Elisson tersenyum senang lalu mengangkat bukunya itu untuk di lihat oleh papanya.

"Oh...kamu buat karangan ke?"tanya tuan senator sebaik melihat buku yang di tunjukkan oleh Elisson dengan senyuman senang di bibir.

ELisson angguk kepala dengan teruja.

"Yalah..teruskan usaha kamu.."sokong tuan senator.

Tanpa berlengah, Elisson kembali tunduk menyambung penulisannya dengan senyuman di bibir.

Aster dekat sebelah hanya tersenyum senang dengan interaksi anak beranak itu. Elok la mereka semua dah berbaik. "Ya tuan..ada apa-apa yang saya boleh bantu?"tanya dia sejurus itu.

Tuan senator tersentak. "Ah..ya. Lupa pulak. Ini saya nak beritahu. Hujung minggu ni Azriel akan sambut ulang tahun kelahiran dia. Saya fikir mahu pelawa kamu sekeluarga untuk datang bersama raikannya dengan kami.." maklum dia dengan senyuman gembira di bibir.

Kening Aster terangkat tinggi lepas dengar. "Hari lahir?"

"Ya...Tiara kata dia nak beritahu tapi asyik tak sempat je. Itu yang saya sendiri datang beritahu kamu. Nanti maklumkan pada parents kamu ya."

"Baik tuan.."

Tuan senator kemudiannya diam buat seketika lepas tu. Dia buat muka seperti terganggu akan sesuatu. Yang mana disedari Aster. Jadi dia pun bersuara la nak tahu kenapa.

"Ada apa-apa lagi ke tuan?"tanya Aster dengan berhati-hati supaya tidak kedengaran kurang ajar.

Tuan Senator menggeleng kepala. "Tak ada...saya cuma risaukan Azriel."luahnya semasa memandang kepala ELisson yang tunduk menulis sesuatu dengan tekun.

Aster buat muka tak faham. "Apa yang tuan risaukan tentang Azriel?"

Tuan Senator senyum pada Aster. "Saya dapat panggilan semalam dari pihak kolej yang dia telah mencederakan rakan sekolejnya sehingga berdarah.."

Air muka Aster terus jatuh kepada serba salah lepas dengar. Oh no! Salah dia Azriel tumbuk student lelaki tu. "Tuan sebenarnya-"

"Saya tak marahkan Azriel...saya cuma risaukan dia."potong Tuan Senator sewaktu memandang sedih ke Aster. "Saya risau kalau dia tak boleh nak jadi seperti remaja lelaki dekat luar sana. Salah saya sebab didik dia dengan kekerasan jadi hanya cara itu saja dia ekspresikan diri dia.."

Hati Aster di pagut rasa sedih lepas dengar. "Maafkan saya sebab gagal jalankan tugas saya dengan baik."sebut Aster dengan perlahan.

"Eh...tak ada la. Kamu lakukan tugas kamu dengan baik. Nak dibandingkan Azriel dulu dan yang sekarang...saya lebih suka yang sekarang. Dia dah banyak berubah. Dia dah tak belasah orang tanpa sebab dan marah-marahkan orang dalam rumah ni selalu. Dia kelihatan lebih collected dan tenang."geleng tuan senator dengan senyuman lembut di bibir. "Teruskan usaha kamu Aster...dan saya harap kamu boleh lebih lama di sini..."

Aster tak cakap apa-apa lagi lepas tu. Dia hanya diam melepaskan hela nafas panjang semasa pandang ke bawah. Dia tak tahu kalau dia boleh buat.

"Sudah la...saya tak nak ganggu waktu kamu...teruskan usaha kamu ya."pamit tuan senator.

Aster berdiri lalu beri tunduk hormat pada tuan senator sewaktu lelaki itu berjalan keluar dari situ meninggalkan mereka.

Tertutup saja pintu itu, Aster termenung pandang ke pintu itu. Memikirkan Azriel. Apa la yang lelaki tu tengah buat sekarang ni?